aku-dan-photography

Sunday, December 8, 2013

D' PUTERA INN Hotel Lumut part 2

D' PUTERA INN Hotel Lumut part 2

Selepas 1 jam lebih kurang aku sampai ke hotel D' PUTERA INN. Kawan lama aku yang bernama Mohd Jeffries Ariffin telah pon berada di sana bersama anaknya comel... Dia menyerahkan resit booking tempohari.

Aku ke kaunter dan disapa mesra oleh seorang lelaki. Rupanya dia yang handle bahagian bilik2 ni semua.  Teringat aku dolo, yang jaga bahagian penerimaan tu perempuan, berbudi bahasa dan berparas rupa. Tapi tak mengapalah, asal dapat bilik yang memuaskan hati...dah kira memadai. Aku bayar semua sekali, berjumlah rm180 untuk satu malam. Dia menyerahkan kunci bilik dan menunjukkan tangga untuk ke bilik yang bertingkat 2. Lift katanya dalam proses baik pulih. Dan dia memaklumkan bahawa esok time check out.

"Encik masukkan je kunci dalam kotak kunci udah"
*memang betul... tiada sapa yang berada di kaunter.. aku masukkan kunci dan terus keluar.  Pelik. Resit pun tak dibagi.

Aku tidak terus ke bilik hotel tetapi keluar bersama kawan lama aku... kami menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran mamak berhampiran simpang masuk ke Teluk Batik. Manakala wife aku dan danny, mereka, aku tinggalkan di dalam bilik hotel. Mungkin mereka nak dapatkan feel lebih awal tinggal di dalam bilik hotel baharu D' PUTERA INN Hotel Lumut.

Durian Kampung Gajah

Durian Kampung Gajah

Sabtu 7hb Disember 2013. Hujan lebat tidak mematahkan semangat aku untuk bercuti di D' PUTERA INN Hotel Lumut seperti yang aku ceritakan di bawah.

Selepas bersarapan di Shamli Bistro Tapah, aku memulakan perjalanan. Wife dan anak aku macam biasa telah aku lengkapi dengan jalur lebar celcom wcdma sepanjang jalan. Mereka perlu menjaga haiwan-haiwan, hotel dan juga pokok - pokok alam maya. Manakala aku, seperti biasa akan menggunakan foursquare untuk meng check in tempat-tempat yang aku berhenti dengan niat baik dan dengan besar harapan aku dapat jadi mayor foursquare.

Setelah melepasi pekan kg gajah dan nak sampai ke jambatan yang bawahnya sungai Perak. . Betul-betul di simpang tiga tu ada replika durian. .. Besor betoi!

Epilog: kami sekeluarga dah terlepas satu musim durian so musim kedua ni aku dan wife dah set nak makan durian kg gajah memadangkan perjalanan kami ke lumut akan melalui kg gajah yang tersohor dengan duriannya!

Setelah melepasi jambatan kg gajah, aku dapati gerai yang biasa aku singgah tutup jadi gerai selepasnya menjadi pilihan. Terdapat beberapa biji durian on display. Aku, Danny dan wife berasa geram betoi melihat KING yang dalam keadaan  melambai-lambai mintak dihidangkan. 

"Lu takat tengok saja ta memberi makna. Ada berani kasi hantam sama wa kaw2.... lu angkat parang kasi tetak ini badan... lu jantan ma... takkan ta berani sama wa! Duri pon lu takot ka bro... kamon la.... "

Kalau Tamar Jalis berdialog dengan Jin maka aku terasa aku sedang berdialog dengan KING of fruits. Aku tercabar. . sangat tercabar.

Aku memandang telus mata penjual durian dengan penuh rasa amarah setelah dicabar oleh durian-duriannya yang kurang sopan. Dengan nada yang tegas dan berkeyakinan;

" Encik, pilih yang besor skali tu... mintak bukak sekali ye.... kami nak makan sini"

Dalam banyak2 tu, kami bertiga hanya mampu habiskan 2 bijik jea..tapi isi dia.... peh... tebal, lemak dan berkrim. Yang buah yang kedua tu kurang sikit sedapnya...tapi takpe la.... janji sendawa durian. 2 bijik durian... harganya rm15...macam tinggi jea..... macam terkena jea....Tapi kira reasonable gak memandangkan harga rokok pon dah rm12.... kira aci le tu...

Setengah jam selepas tu, aku mula memandu kembali.

D' PUTERA INN Hotel Lumut

Hotel Putra Lumut ditutup sementara beberapa bulan. Aku tertanya tanya mengapa. Akhirnya baharu aku tahu.. hotel tu berubah tuannya... di bawah pengurusan baharu.

Tiba tiba wife aku bagi tau ikan bilis dah habis. Tanpa melengahkan masa aku menkontek kawan lama aku yang tinggal dekat Manjung sana supaya me riki hotel yang seperti di atas samada sudah membuka ataupun belum. Ini adalah rentetan selepas aku menge call no talipaon Hotel Putra Lumut dan ada lelaki perkasa menjawabnya.. No talipaon yang enche dail tadi tu suda tarak dalam perkhidmatan. .. berulang kali sehingga aku kelemasan.

Kawan aku yang bernama Mohd Jeffries Ariffin mewasap aku... Big, mike bernasib baik... tinggal last 2 bilik je lagi... kalau awok lewat 5 minit 4 saat, pasti mike tak merasa tinggal di hotel baharu yang dikenali sebagai... D' PUTERA INN Hotel Lumut. Aku berasa sangat ghairah apabila mendengar nama D' PUTERA INN Hotel Lumut .. sedap nama tu... ada unsur - unsur penambahanbaikan. Aku pasti setelah beberapa kali aku tinggal di Hotel Putra Lumut selama beberapa tahun keadaannya akan lebih baik di bawah pengurusan baharu....

Tuesday, December 3, 2013

To work to earn a living

Cars slowing down and from a distance I saw this big thingy slowly made it's way.

I saw a man handling his bike carefully. The bike was full with cans. There was a big plastic bundle beside him which was taller than the rest who followed behind. I knew it was not easy to control it.
.
Then at the traffic lights, I was right behind him. I couldn't see his face as he kept on looking at his bundle. The light turned green, slowly he made his way.  At that exact moment. .. I began thinking. .. if I'm at his place.... will it change of what I'm today? I wonder.

Monday, December 2, 2013

Disney Frozen at LFS KAMPAR

A few months ago, three of us glued to the screen. It was a short teaser from a movie,  Frozen. A scene between a cute snowman and a deer or a moose, I'm not sure which one but it was fun.

So last Thursday we went for the movie,  Frozen. The story was great with  such good songs and graphics.  My wife and Danny enjoyed themselves very much but for me... because of the singing.. It's killing me slowly until it's finished. Maybe that type of movie didn't suit me well but I did remain until the end. After all it was my family quality time. I wonder of all the movies (mostly animations) because of that.

Frozen was simple and light enough for everyone..  It's predictable but I loved the last part. Actually I got it wrong when I assumed that the true love (usually by kissing) would save the princess. She was saved by... I think its better for all of you to watch it. Haha...

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...