aku-dan-photography

Sunday, December 8, 2013

Durian Kampung Gajah

Durian Kampung Gajah

Sabtu 7hb Disember 2013. Hujan lebat tidak mematahkan semangat aku untuk bercuti di D' PUTERA INN Hotel Lumut seperti yang aku ceritakan di bawah.

Selepas bersarapan di Shamli Bistro Tapah, aku memulakan perjalanan. Wife dan anak aku macam biasa telah aku lengkapi dengan jalur lebar celcom wcdma sepanjang jalan. Mereka perlu menjaga haiwan-haiwan, hotel dan juga pokok - pokok alam maya. Manakala aku, seperti biasa akan menggunakan foursquare untuk meng check in tempat-tempat yang aku berhenti dengan niat baik dan dengan besar harapan aku dapat jadi mayor foursquare.

Setelah melepasi pekan kg gajah dan nak sampai ke jambatan yang bawahnya sungai Perak. . Betul-betul di simpang tiga tu ada replika durian. .. Besor betoi!

Epilog: kami sekeluarga dah terlepas satu musim durian so musim kedua ni aku dan wife dah set nak makan durian kg gajah memadangkan perjalanan kami ke lumut akan melalui kg gajah yang tersohor dengan duriannya!

Setelah melepasi jambatan kg gajah, aku dapati gerai yang biasa aku singgah tutup jadi gerai selepasnya menjadi pilihan. Terdapat beberapa biji durian on display. Aku, Danny dan wife berasa geram betoi melihat KING yang dalam keadaan  melambai-lambai mintak dihidangkan. 

"Lu takat tengok saja ta memberi makna. Ada berani kasi hantam sama wa kaw2.... lu angkat parang kasi tetak ini badan... lu jantan ma... takkan ta berani sama wa! Duri pon lu takot ka bro... kamon la.... "

Kalau Tamar Jalis berdialog dengan Jin maka aku terasa aku sedang berdialog dengan KING of fruits. Aku tercabar. . sangat tercabar.

Aku memandang telus mata penjual durian dengan penuh rasa amarah setelah dicabar oleh durian-duriannya yang kurang sopan. Dengan nada yang tegas dan berkeyakinan;

" Encik, pilih yang besor skali tu... mintak bukak sekali ye.... kami nak makan sini"

Dalam banyak2 tu, kami bertiga hanya mampu habiskan 2 bijik jea..tapi isi dia.... peh... tebal, lemak dan berkrim. Yang buah yang kedua tu kurang sikit sedapnya...tapi takpe la.... janji sendawa durian. 2 bijik durian... harganya rm15...macam tinggi jea..... macam terkena jea....Tapi kira reasonable gak memandangkan harga rokok pon dah rm12.... kira aci le tu...

Setengah jam selepas tu, aku mula memandu kembali.

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...