aku-dan-photography

Tuesday, January 31, 2012

Aku sambung belajar di upsi

Oleh kerana aku dah check pagi semalam (isnin) keputusan kata tidak berjaya maka aku teruskan hidup seperti biasa-life goes on-dalam jam 11 pagi orang rumah Call kata aku berjaya ditawarkan untuk buat degree di upsi. Alhamdulillah-syukur.

1. Memang cita2 aku nak ke menara gading.-cikgu aku dulu ada sebut pasal ni dan aku bayangkan menara gading tu macam pintu gerbang masuk yang berbentuk gading gajah bertemu hujung. Aku memang naif betul time sekolah menengah-skima.
2. Aku nak tahu macammana life kat universiti ni.. Ada ke ghope macam filem ali setan tu.. Naik scrambler dan ada ogy versi baru-tapi semenjak kerap sangat le waitress panggil aku "pakcik" rasanya Takya explore dah.
3. Oleh kerana pengajian inggeris maka aku nak tau sedalam mana boleh aku pelajari bahasa ni-mesti ada benda2 baru yang boleh aku belajo lagi.
4. Dekat dengan rumah-dari tapah ke tanjung malim idak le sejauh ke kolompo atau ke penang-syukur gak tu.
5. Orang rumah gembira semasa Call aku-kegembiraannya adalah kegembiraanku juga.
6-aku akan berusaha untuk seboleh2nya menghalalkan ilmu yang aku pelajari nanti-( yang ni aku akan ceritakan setelah aku mula nanti)
7. Sebagai perangsang untuk anak aku dan juga anak orang lain iaitu kastemer2 kat sekolah tu.
8. Menyedarkan aku untuk bersyukur segala rahmatNYA..

Syukur sekali lagi dan terimakasih kepada orang rumah yang merupakan motivator aku yang Paling bermakna.

Hidup kekadang selamba
SKL TalkDelicious

Monday, January 30, 2012

paksa observe

observation adalah diantara perkara yang seboleh2 nya dielakkan oleh semua orang...
tak selesa bila kita mengajar dan ada orang duduk belakang...perati dari hujung rambut sampai le hujung kaki...

tapi tidak pada aku...... kejap tadi aku jumpa boss aku, minta observe aku ngajor.....tebedik2 bijik mata dia sbb mmg belum masa pemantauan... aku tak kira... aku nak jugak dia observe aku... kikiki

tapi macam biasa, persediaan dah dibuat...tapi apentah kena ngan setting projektor/ laptop... hampir stengah jam aku nak synchronais.....

tapi yang bestnyea... kali nie aku tak duduk dekat laptop tapi dengan menggunakan remote desktop melalui tabby android... aku leh jalan merata sambil menyentuh2 tabby aku....(slideshow pon bergerak/beralih) malahan kastemer aku jawab pon hanya perlu sentuh pada tabby ideos nie.....

mudah untuk pengajaran apabila kita dapat selaraskan antara tabby android dan laptop.... terasa macam motivator jual produk MLM!!!

kawan2 mesti berebot2 mintak observe lepeh nie.... hehe.... sronok gak setkan benchmark camnie.....

hidup kekadang selamba
SKL TalkDelicious

Akhirnya aku tidak melanjutkan pengajian

Setelah aku check .. Dimaklumkan bahawa aku tidak ditawarkan ke mana2 pusat pengajian. So takde le aku fokus ke arah tu.bermakna untuk tahun ni aku teruskan dengan apa yang ada.

Ada pelbagai Rasa buat masa ni.. Yang pertama orang rumah suruh off henset sebab dah dekat Kul 2 nie-hehe
Kemdian Rasa macam silap gak tak terima dulu-tapi Rasa macam tak mampu nak teruskan kolej life pun ada.

Mungkin ada hikmah disebalik semua perkara ni-aku belum benar2 ready untuk terima segala tugasan yang akan diterima kiranya aku sambung belajo.

Kalau ikutkan dengan beban tugas yang ada sekarang ni-pun tak terkejar aku, apatah lagi kalau aku sambung belajar..

Oleh kerana tak dapat sambung belajar maka aku fokus nak gi beijing tahun depan.. orang rumah pun kata orait.-cuma danny je taknak-dia kata takut naik flight-sama macam aku.

Idakpun gi singapore-kata dema best kat theme park tu.-lupa lak namanya...

Selamat sambung belajar buat kawan2 lain-dan Selamat berehat2 buat aku setiap minggu.. Hehe

Hidup kekadang selamba..
SKL TalkDelicious

Sunday, January 29, 2012

di stadium indera mulia ipoh

aku dah kat sini.... ramai orang, rupanya gabungan antara rukun tetangga, rela dan kelab guru...

program "kita tunai janji" oleh menteri besor perak. aku tak pasti apa yang perlu ditunaikan dan yang aku tau... dema nak kasik geran untuk kegunaan pihak yang terlibat.

pelbagai jenis manusia ada kat sini... di sebelah nyebelah, blakang dan depan... penuh ngan anggota rela.... mereka begitu seronok mungkin kerana dapat berkumpul beramai2....

oleh kerana aku tidak berada dibangku khas kat bawah sana tu... mereka yang terpilih... dan aku bukan tak terpilih tetapi tidak mempunyai pilihan...

ikutkan masa dah lewat 30 minit.... ini adalah kelemahan ketara dalam mana2 majlis.... tapi pelik gak... kalau ke pawagam.. tau lak ikut time sebelum wayang setat!

nak ke ayor pon payah gak...... tempat takleh tinggal, idak kalu bersila le kami 3 branak kat stage!!!

3 pm

- sampai yab menteri besor perak... semua nyanyi lagu negaraku dan lagu 1malaysia.
- suara mc pempuan sedap didengar manakala yang lelaki tu, erm boleh diperbaiki.
- bacaan doa oleh ustaz dari sk somewhere2 simpang pulai.
- kata2 aluan dari cikgu smk raja permaisuri bainun.
- ucapan menteri besor perak.
*memperkenalkan ss baru perak.
*ucapan aluan kepada yang hadir dan memaklumkan hampir 6 ribu yang hadir.....
*memaklumkan bahawa program hari ini adalah dengan khasnya berkongsi kesejahteraan dan kemewahan negeri perak dikongsi sama rata dengan agensi yang terlibat.
* penghargaan kepada anggota rela, guru2 dan rukun tetangga.
* sikit2 selit politik.. konsep 3P ...
1.p for padang
2.p for perasaan
3.p for penyelesaian
* memaklumkan bahawa perjuangan nasib rakyat bermula dari hati... penetapan niat itu penting.
4. ambil geran ikut kategori.
5. bergambar.

kemudian aku balik dan makan kat tapah.... mujor kete tak banyak....... entah bila dapat geran untuk kelab guru tu..... huhu....

Esok aku ke stadium indera mulia

Sebagai pengerusi kelab guru, aku akan ke ipoh untuk bergathering bersama2 seluruh pengerusi kelab guru satu perak kerana gomen nak bagi sumbangan kepada setiap kelab.

Boleh dikatakan geran yang diberi adalah sebagai menghargai pengorbanan guru2 satu perak.tapi aku tak pasti berapa jumlahnya-tak pe lah , berapa pun aku sauk! Orang mau kasik.. Apa lagi mau pikir-angkat saja la..

Cumanya hari ahad ni mungkin sesak time balik sebabkan cuti tahun baru cine. Aku kena lumor minyak takut cramp!

Mau pergi ke? Bior aku pikior dulu..

*aku rasa mungkin 4 juta sekurang2nya.-wah.-tinggi daya imaginasi aku.

Aku tidor dulu sebab niknokia dah 2 kali terlepas tangan!

Bersambung lagi. Peace!

Saturday, January 28, 2012

Musim sukan bermula

Awal2 tahun selain daripada penyediaan mengajar, aktiviti sukan pun dah bermula.sekarang ni kalau setakat akademik mantap Tapi kalau aktiviti koko tak aktif maka Agak sukar nak terpilih ke sekolah2 yang tersohor.Tapi bergantung pada rezeki juga!

Aku tahun ni pihak pemerintah tetapkan sebagai pengurus team Bola baling. Jadi coach utama buat latihan maka aku pun turut membantu.

Masa aku dah kena ejas. Danny, orang rumah uruskan ke kelas agama.. Waktu balik dia settlekan-tapi bermula minggu depan.-akan bertambah tugasnya.

Hari isnin; petang latihan Bola baling.
Hari selasa, aku ada Workshop ngan omputih.
Hari rabu: kokurikulum sampai 5 petang.
Hari khamis: kelas tambahan tahun 6b
Hari jumaat: latihan Bola baling

Dan kompom orang rumah akan letih sebegitu juga dengan Aku dan danny.

Dan malam baru aku buat Persiapan untuk esok.ratanya2 hari sabtu sahaja untuk aku berehat.ahad, buat Persiapan sekali lagi.

Tapi macam mana letih sekalipun, aku tetap bersyukur.

Wednesday, January 25, 2012

Ada 5 hari lagi

Ada 5 hari lagi untuk aku tahu penempatan yang gomen dah susun untuk aku sambung belajar. Hati ada 50/50, nak kata dah berumor sangat -aku Rasa idak le kut.uban tak berapa ada-kalau ada pun bulu idung je-takpe leh ejas.

Macam2 cete aku dengar-ada yang kata kalau berhenti separuh jalan nanti kena bayor balik kat gomen 80k.. Huhu mana nak cekau 80k.. Duit simpanan pun ada le beberapa puluh ringgit-jual spenda le aku.

Tapi bila aku tanya jiran sebelah meja, stazah, dia bagi pendapat siap ngan hadis2.-rasa semangat nak belajo tu ada.. Bila balik rumah.. Ketang dada, Rasa maleh pun ada.-sebab tu aku kata 50/50..

Aku masih mencari intipati untuk sambung belajar kerana minat atau pangkat (satu hari nanti).. Kalau soal minat.. Aku ada apply kursus bahasa korea/jepun/kantonis (asas komunikasi)dah lebih 10 tahun.. Dalam borang skt Tapi takde respon dari mana2 pihak..so terbantut le minat Aku tu.. Cuma ada beberapa patah perkataan yang boleh aku cakap:
1. Korea : tangan tang dada mata pandang ateh
2. Jepun: Ichiban
3. Kantonis: ng man tat

Tapi tak ngape.-sebab orang rumah aku dah fully support untuk aku sambung belajo-jadi hati ada Lega juga.

Disamping itu juga aku tengah nunggu kalau ada sesapa nak kasik aku sejuta.-opah aku dah janji nak bagi aku sejuta tak lama lagi-wow.. Bayangkan ada sejuta.

Aku tido dolo-sambil berangan.. Apa nak wat ngan sejuta tu.. Nak tukar not singgit2 ke atau not sepuluh singgit.. Banyak tu!

Satu ringgit.. 2 ringgit.. 3 ringgit... 4 ringgit...

Tuesday, January 24, 2012

Masa untuk pulang

Setelah 3 hari di rumah opah .. Tiba masa untuk pulang.. Balik ke tapah. Sebenarnya bukan nye jauh sangat Tapi 2012 ni jadual aku semakin sendat dan ketat.

Aku pernah berulang dari tapah (batu 14) ke ipoh selama 2 minggu-time tu aku belum kawin lagi-naik honda cub 70.. Aku setat bertolak dalam Kul 6 pagi dan sampai dalam Kul 7.30.. 2 minggu je aku mampu sebab lepas tu baru le terasa sakitnya satu badan..

Kemudian setelah aku berkahwin, aku cuba untuk sekurang2nya 2 minggu sekali untuk jenguk opah. Tapi untuk tahun ni aku tak pasti.. Samada boleh atau pun tidak.

Apapun aku akan curi2 masa untuk pulang juga ke ipoh. Bukan untuk aku sahaja Tapi juga untuk anak aku. Biar dia belajar dari tingkahlaku mak dan bapaknye walaupun dia tak faham Tapi sekurang2nye dia mengerti.

What you give , you get back..

SKL TalkDELICIOUS

Monday, January 23, 2012

Nokia bluetooth bh503

Kira2 2/3 tahun lepas aku beli headphone nie nokia macam tajuk kat atas tu. Bunyinya memang best! Pairing ngan mana2 henset pun Ok. Superb!

Layan lagu.. Movie terasa dentumannya-masa tu harganya rm450... Aku pair ngan music xpress 5800.. Aku beli time tu harganya rm1.5k kalau tak silap-baru keluar dalam sebulan kat universe.Tapi guna sebulan je sebab aku teringin nak try henset lain.

Headphone nie kita leh pairkan ngan Laptop juga.-sebenarnya aku cuba banyak kali Tapi takleh banyak kali gak.-lastnya merata2 le headphone ni aku letak..

Setelah 2/3 tahun baru le boleh aku pair ngan Laptop.. Baru je minggu lepas.-ikutkan hati sebelum ni nak aku campak dalam kotak kapsul aku tu.. Bior peram lama2...

Rupa2nya aku kena instal satu driver bluetooth dari broadcom.. Lepas tu baru leh guna ngan Laptop..

Headphone ni kena charge dan bateri dia tahan lama.. Bayangkan walaupun dah bertahun, aku masih boleh layan berjam2...

Walaupun tak semantap monster beat yang memang bergegar tu.. Headphone ni memang value For money...

Penahannya adalah dileher jadi tidak le berapa nampak sebab leh kaver ngan kolar baju.. Takde le macam headphone lain yang Udah ghope traffic controller kat airport tu!

Memang kemas.. Segak dan bergaya.. Masa aku jogging kat taman malaysia ( tapah ) aku layan lagu sekali.. Aku dan larian bersatu seirama.. Tak sedar dah habis satu pusingan.. Kemudian aku layan laksa/mee rebus makcik kat medan selera yang gemor berbaju kelawor...

Kepada yang nak mencuba.. Kat lelong.com ada dijual headphone nokia bh503..

Harganya.. Kurang dari rm100! Untung le sapa yang beli dulu..

Selamat berbluetooth !

Sunday, January 22, 2012

Adil dan saksama 1 malaysia 1 fair husband


Antara items personal aku ialah Laptop.. Disebabkan personal, orang rumah dan anak aku tak pernah pun tekan butang "on". Sebab tu aku tak benar sesiapa pun sentuh ini Laptop.. Bak kata mc hammer "you cant touch this!"

Kat tempat kerja pun sama.. Takya le kata nak guna Jap untuk apa jua niat.-memang aku tak kasik!

Wallet, henset & Laptop... 3 benda ni amat personal bagi aku... So orang rumah dan danny pun dah faham... Tapi tak bermakna aku tak bagi semua tu kat dema berdua..

Semua benda personal tu aku dah provide kat orang rumah dan danny.. Masing2 ngan Laptop peribadi.. Aku adil dan saksama... Mungkin aku ni boleh dikategorikan sebagai '1 malaysia 1 fair husband'

Aku juga dah ajar danny awal2.... apa yang bukan hak kita, jangan ambik..... so banyak kali le jumpa duit...atau samting2... aku tengok je danny... samada dia leh tahan ke idak... biasanya dia pass 100%, dia tak ambik.....

bior le aku terjumpa lapan juta empat ratus ribu sekalipun, takkan aku ambek sebabnya... itu bukan hak aku... kalau aku ambek pon mungkin sebab nak bawak ke balai polis itupon elok aku tepon polis dolo....

Ada yang kata itu rezeki, aku tak nafikan..... tapi aku tetap katakan... kita diduga dengan pelbagai cara... terpulang bagaimana caranya kita menahan keinginan tersebot.......

lu orang ada kuat ka tahan itu keinginan?
sendiri ada dada...sendiri boleh tepok!


Balik ipoh

Hari ni aku kat ipoh-opah aku dah ada kat rumah so dapat le aku balik.

Katakan kalau opah aku dah takde bermakna tidaklah aku akan pulang ke kampung moden ni.. Takde sapa kat sini lagi. Yang ada 3 mak sedara....

Selagi opah aku hidup, aku takkan Lupa orang yang membela aku dari kecik sebesar itu sampai le aku besar sehandsome ni...

To forget is not an option neither nor To err too.. In both ways one should not forget their root..

JP GAULTIER LE MALE

Antara banyak2 minyak wangi yang pernah aku guna.. Jp gaultier yang paling aku suka.

Masa ke langkawi tahun lepas aku ada beli sebotol harga dalam 2 ratus lebih percuma dengan ubat ketiak dia sekali! Kalau beli asing2, harganya tiga ratus lebih.

Dulu aku suka polo sport kaler biru tu.. Baunye sesuai masa aku ngajar di sebuah sekolah orang asli tapi oleh kerana sesuai sangat baunye maka jenuh le aku nepis2 lebah2 yang suka sangat kat aku termasukle ladybug..rama2 so aku stop.

Minyak wangi ikut chemistry gak.. Tak semuanya sesuai.. Dan ada kalanya menaikkan nafsu.. Ada satu minyak wangi aku guna time bulan puasa, baunya seakan2 wafer.. Kata anak murid aku "sedap betoi bau minyak wangi sir!"

Tapi sehebat mana minyak wangi aku guna masih tak leh challenge minyak wangi bekas boss aku.. Peh, kalau bangunan 3 tingkat dan dia lalu diantaranya maka baunya semerbak satu bangunan.

MINYAK ATAR!

Siapa berani challenge minyak wangi kategori ayahanda tu!

*entah bekas boss aku tu guna ke idak lagi minyak atar tu...

Saturday, January 21, 2012

Tahun baru cina

Sehari dua ni duduk ketat2 kat rumah sebab tak berjalan ke mana2.. Bajet pun dah tak berapa ada-so makan le apa yang bergerak2 dalam umah nie..

Friday, January 20, 2012

Kssr bahasa inggeris

Lewat aku tidur hari ni Sebab petang tadi aku nap dekat2 2 jam lebih.. Terasa penat sangat sebab jadual padat. Dah tu melayan bebudak tahun satu ni banyak guna tenaga. Tu pon time nak gi kerja siap bitamin dan madu aku telan dulu.

Tahun satu kali ni memang mencabar.. Dah 2 hari aku cuba guna full 100% .. Kesian gak bila tengok bijik mata dema terkebil2.. Tapi itu adalah cabaran buat aku.. Kalau anak aku tak mengapa sebab english tu memang bahasa pasar dia..

Aku genggam erat azam 2012...

"what you give.. You get back!"

Thursday, January 19, 2012

Tawaran degree sambung belajar

Entah kenapa tahun ni aku Rasa Agak berlainan. Fokus aku terhadap kerja makin dalam. Sedaya upaya aku all out awal tahun walaupun masa aku memang penuh setiap hari.

Waktu ke bengkel semalam pun ( native speaker ) aku fokus betul apa yang dikongsi oleh cikgu omputih aku.. Phonemes.. Pada aku Phonemes memang Susah.. Tergeliat lidah dibuatnya.

Tadi Waktu tengahari kawan aku mintak nombor ic katanya result tawaran sambung belajar dah keluar. Terkejut aku kerana aku ditawarkan..

Em.. Ngantuk le pulak.. Nanti bersambung..

Monday, January 16, 2012

Kellie's castle sony workshop

Pagi tadi aku ke Kellie's castle sebab sony anjurkan workshop. On The way dari tapah dalam sejam sebab Ikut jalan lama. Hujan lebat.

Orang umah tak Ikut mungkin sebab danny baru nak baik demam jadi aku Rasa tak sesuai danny gi kat situ kerana badannya masih lemah.

Workshop kali ni ramai gak geng2 perak alpha legion support. Macam2 skill yang aku nampak. Dan macam2 lens di keluarkan.. Termasuk le lens 70-200 f 2.8 kaler putih yang harga Hampir 7k.

Ada 3 model terlibat. Satu berpasangan manakala sorang lagi solo. Yang pasangan tu nice manakala Hat sorang tu memang menarik sesuai dengan baju putih yang dipakai.. Ala2 kolonial.

Aku berkenalan ramai orang. Dan dari taklimat orang kuat sony pun banyak ilmu yang aku dapat.

Ngantuk lak. Esok Skool so tido dolo. Nanti bersambung..

Saturday, January 14, 2012

shabu - shabu stimboat manjung

oleh kerana dah ke lumut time ujung2 december lepas maka aku dan keluarga.. hehe.. 3 orang je...becita2 nak try stimboat.... kat tapah ada gak aku try sekali kat kedai tu...( nama aku rahsiakan sebab nak duduk lama kat tapah nie) Kebetulan kami first kastemer... so debor2 le... apa yang dihidangkan lebih kurang macam yong tau fu jual kat pasar malam.... Peh lepas tu siap tanya pendapat aku samada sedap ke idak... Sabitkan aku memang kenal owner kedai tu dari setat aku dok tapah... aku kata...

"OK"

Berbalik cete kat lumut tadi, aku kontek kawan.. dia pelawa ke umah tapi macam biasa... memang aku tak pegi sebab memang style aku, tak endak nyusahkan orang... aku TOURIST time outingvacation ke mana2.... Dia sajeskan shabu2 kat manjung..katanya berhampiran Kamdar.

Dengan penuh konfiden, aku kata orait... Aku mmg tak kisah kat mana pon sebab aku ada GPS.... yakni Global Positioning System... salah satu sopware kena ada la nie... malahan nak tuju arah ke bilik air dalam umah pon kita boleh guna GPS walaupon ada yang sebot GPRS takpe le kita paham..

Agak2 molek timing..malam tu kami keluar... GPS aku setatkan kat niknokia aku... so aku follow.... orang umah dan aku dapat agak2 ke kamdar tu tanpa gps tapi sabitkan malam... kami follow je cakap gps tu.... aku tak tau mana dia bawak.. sampai selisih pakcik gi madrasah kat dalam taman pon ada..... lalu bawah terowong pun ada.. aku sempat ingat taman samudera kalau tak silap... rasa jauh bebenor.. macam nak cari romah sedara kenduri kendara.... udahlea malam... tapi berkat kesabaran... kami sampai......

semasuk je kami dalam restoren shabu2 tu orang agak ramai tapi masih bertempat... kami bertiga duduk dan ada le mamat bangla setting dan tanya.. mau sup ka tomyam? aku tercangak2 sebab aku tak faham..... aku baru nak tengok menu... nampak le nasik goreng... dan rupa2nya kedei tu sistem buffet....

Mana le pernah kami makan stimboat jenih buffet,so aku gi ambik nasik goreng lak.. makan tu dolo... lapor. orang umah ambek bahan2 favourite dia ngan anak...

banyak betoi makanan laut kat situ....ayam,daging dan macam2 tumbuh2an pon ada.... Bila dah agak cerdik....aku try kerang ke ape ke nama dia ntah kaler hijo.... tu yang aku ambek agak banyak sebab aku tengok lelain famili asek sauk tu jea......

Kami makan tak banyak sebab mmg camtu tambahan pula aku dah makan nasik goreng awal2.. naive betoi!

Baliknye.... aku guna gps? Oh tidak..... aku taknak dia suruh aku masuk terowong lagi dan selisih pak aji yang baru balik mesah.......

hotel putra lumut versi december 2011

entah berapa kali aku nginap sini... lupa..

Tapi kali ni bila aku check in...terdapat banyak penambahbaikan.... bagus...

impak positif kali ni:
1. bau bilik dah harum... idak le bau cekam macam sebelum nie.
2. bersih.
3. ada slipar untuk ke bilik air....
4. kunci dah berganti walaupun sekali hentak rasanya pintu boleh terkopak (sekurang2nya lebih baik dari sebelom nie)
5. eikon yang sejuk.
7. pekerjanya mesra..... terutama hat kat kaunter tu... tak terasa membayor rege sewa walaupon perabut dalam bilik tu mmg perabut lama!

Perlu diperbaiki:
1. eikon.... ini kali kedua aku terpaksa guna baldi untuk tadah air eikon yang bocor.
2. papan suis masih tak ditutup....
3. takde nyediakan makanan/sarapan.... rasanya macam tak hidup je.....
4. tibi..... klassik ( kat tesco banyak jual lcd harga rendah..leh le ganti)
5. ayor angat takde... kalau nak kena turun ke bawah... at least letak le jug letrik...

kekuatan mengatasi kelemahan.... mungkin aku akan menginap lagi...

Friday, January 13, 2012

cabaran buat aku

everyone deserves a second chance!

danny demam

musim demam la nie... dah 2 hari tak ke sekolah. Agaknya badan terkejut sbb dalam minggu pertama, jadual dah mula pack.
- 6.40 am dah gerak ke sekolah.
- 1.45pm sampai rumah.
- 2.45pm ke sekolah agama rakyat.
- 5.45pm kelas habis dan balik.
- 6.00pm siapkan homework.
- 7.30pm gi ngaji.
- 8pm balik ngaji.
-8.00pm-9.30pm, santai dan tidur.

Umur tak sampai 8 tahun.. tu belum lagi tuisyen... Sian budak2 sekarang nie... tak de ruang macam aku dolo......

Tuesday, January 10, 2012

Fb dan remaja

Rata2 friend fb aku adalah photographer dan bekas2 anak murid. Yang mana kalau photographernya aku suka tengok gambar mereka yang hebat2-pengamatan seni mereka sungguh hebat-hebat editing!

Bagi bekas anak murid pula yang kini dah mula remaja-aku kagum ngan umor tak sampai pmr Udah letak status married-wow! Kencing pun bercabang Udah berani status camtu-nice.. Dah ada Rasa nak berkeluarga-bagus tu-dah ada matlamat!

Zaman remaja adalah zaman di mana kita jarang menceritakan masalah kita kepada ibubapa-kita lebih selesa bercerita dengan kawan karib-bff-abang angkat-dan macam2 angkat lagi.itu normal-mak bapak pula peranannya lebih kepada tukang kasik duit-mudahnya hidup!

Cepat mereka dewasa.. Aku saspek ini mesti ada kena mengena ngan projek susu 1 malaysia yang banyak membantu mereka cepat tumbuh besor di merata tempat.

Semoga bekas2 anak murid aku tu masih lagi tau batasan status married dalam fb-moga kaliam dapat skor terbaik walaupun Sedang di panah cupid!

Monday, January 9, 2012

Fb dan tanpa tibi

Masuk tahun ni rasanya dah Hampir 3 tahun aku tak tengok tibi-memang pelik-bukan sebab aku ni pengikut guru yahya (sebagai info. Cete ni femes banyak tahun dulu yang mana guru yahya ni disebut banyak kali macam wirid lak)

Masa tu segala2nya haram-tibi haram-radio haram-eisbok pun haram-so habis le satu kampung buang tibi dan bebarang letrik lain-ada lori angkut untuk lupuskan.konon. Dan rupa2nya pengikut semua dah kena kencing sama itu "guru yahya"

Walaupun aku tak tengok tibi-info terkini aku tau gak sebab kat fb ni macam bursa saham. Latest2 info

Ngantuk le pulak.. Nanti sambung lagi!

Sunday, January 8, 2012

Jawi

Hari sabtu aku setkan danny supaya dia clearkan semua kerja sekolah-supaya hari ahad nanti dia boleh berehat.

Matematik dia dah settle cuma pendidikan jawi je belum-so aku tak over dari orang rumah.

Memang betul le apa orang kata, kalau lama tak Prektis baca jawi mmg boleh pening membacanya. Jenuh aku kaitkan dari satu bunyi ke satu bunyi yang lain. Untuk bantu danny siapkan 4 helai mukasurat.Hampir 2 jam.

Danny macam biasa-memang tak berapa fasih baca jawi-bahasa melayu pun sama. Macam2 style dia baca-dan aku sabar je-sebab kekadang aku silap baca.

Itu baru tahun dua-belum lagi naik tahap dua nanti.

Tapi aku percaya-belakang parang kalau diasah selalu akan tajam gak cuma lambat le sikit.

Banyak perkara.-aku dan orang rumah kena updatekan lagi. Terutama bahasa jawi dan arab..

Thursday, January 5, 2012

Kasih dah harapan ibu

Aku Sentiasa memikirkan orang rumah aku cukup kuat. Komitmen terhadap keluarga dan kerjaya Sentiasa dapat diseimbangkan-layanannya terhadap aku dan danny Sentiasa tetap dan semakin meningkat.

Dia Sentiasa memastikan aku dan danny cukup segala2nya..

Dia juga mengajar danny di rumah.. Betul le kata orang.. Ibu juga seorang guru yang tidak pernah jemu mendidik anaknya.

Aku? Kata danny "bapak jadi sir kat sekolah je lah" lagipun aku ni jenis hati katik tidak kira samada dengan anak sendiri mahupun orang lain-cukup sukar nak dengar aku marah2... Lagipun aku menjaga kesihatan.. Cukup le ngan Sweet urine.. Takkan nak tambah lagi dengan blood high!

Baru2 ni aku ke rhythm kampar.. Orang rumah aku belikan buku tatabahasa semata -mata kerana ingin membantu danny yang lemah dalam bahasa melayu. Kerapkali Kami terpaksa explain meaning dalam bahasa inggeris hanya untuk terjemahkan perkataan bahasa melayu.

Aku tak pasti kenapa danny lebih prefer bahasa inggeris berbanding melayu-bukan ada darah omputih pun.

Dan aku akui bahasa melayu pun tak berapa baik-dari pegi penulisan mahupun pemahaman.

Wednesday, January 4, 2012

Sekolah agama rakyat kem jalan pahang

Hari ni lepas balik kerja.. Aku dan orang rumah ke sekolah agama di kem jalan pahang-daftar danny.

Aku masih ingat masa aku semasa sebaya dia, aku ke sekolah agama di batu 8 bawah kat ulu kinta.time tu aku sekolah petang jadi kelas agamanya waktu pagi.

Baliknya aku akan singgah di kedai kutik (arwah tahun lepas) time tu... Selamat.. Aku balik jalan kaki sorang2, seberang jalan utama pun sorang2... Memang opah aku dah ajar Jangan bergantung sangat pada orang sejak dari kecik...

Tapi senario sekarang berbeza bukan kerana budak2 sekarang ni manja2 Tapi soal keselamatan yang ketara menjadi isu utama.

Adakalanya sesuatu dari zaman dulu tidak dapat diwarisi walaupun kita ada astro hd!

Persiapan memulakan amanah

Esok aku akan mula bertugas seperti tahun lepas-balik dari tempat kerja aku mula menulis skrip yang akan aku gunakan esok.

Danny, maknye yang uruskan. Seperti biasa.

Tahun ni pasti mencabar kerana jadual aku Agak padat dengan dua level berbeza. 7 tahun dan 12 tahun. Tahun ni aku tak mengajar danny sebaliknya pihak pentadbir bagi aku ajar moral memandangkan ahlinya ramai berbangsa semai-oleh kerana aku boleh berbahasa semai maka mudah untuk aku menerangnya nanti.

Hari ni juga aku dapat sms dari sifu omputih yang memaklumkan akan datang ke tempat kerja untuk bertemu denganku-ya aku pasti dia rindu nak memantau aku sangat2 atau dia rindukan wajahku yang Hampir 2 bulan tidak ditatapinya.mungkin aku akan dapat keychain bertulis Sweet home alabama. I sepik english one..

Apapun esok juga danny akan mendaftar di kelas agama.. Masanya makin padat-aku harap dia tak stress sangat!

Waktu tidur dah sampai.. Babai dulu..

Tuesday, January 3, 2012

Last day untuk danny dan ps2 nye..

Seperti aku janji bila mulanya cuti sekolah baru aku akan keluarkan ps2 untuk danny. Dia memang sabar menunggu-aku pun kagum dengan sikapnya.

Dan hari ini merupakan hari terakhir dia bermain.. Aku bagi masa cukup2 untuknya bersama2 spongebob dan lain2 karakter dalam game.

Esok.. Sepatutnya bila dia bangun.. Bila ke ruang tamu, dia akan hanya nampak tv sahaja Tapi.. Aku biarkan ps2 di tempat yang sama-kerana aku tak mahu dia Rasa kekosongan...

Aku berikan sedikit masa lagi untuk dia ... Aku tak sampai hati.. Hati aku pendek jea.. Hati katik kot..

Tapi Aku kasik sampai Kul 6 petang jea.. Lepas tu cukup.. Fokus 2012!

Sunday, January 1, 2012

tahun baru ke kuala kangsar

Sementara antar opah aku ke bukit chandan.. kami bertiga ke masjid ubudiah.

Masjid nie mmg tersohor uniknya... bior macammana canggih hat lain, keunikkan masjid ni membuatkan kita menghargai hasil peninggalan orang dulu2...

Di sebelah masjid, kawasan makam sultan-sultan dan kerabat diraja perak. Hari nie open kata caretaker masjid,so leh le ziarah. Tapi aku tak le masuk sbb danny ada sekali...

Dalam 30 minit kami di area masjid, memandangkan cuaca kian gelap maka kami memendekkan lawatan.

Kami bertiga cuba menembak angle2 yang menarik...masing2 dengan gajet khas....

Not bad hasil gambar orang rumah dan danny!

*datuk aku juga dikebumikan di situ..

SELAMAT TAHUN BARU 2012





semoga apa yang dirancang akan dapat kami kecapi... gambate! buat semua!!!!!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...