aku-dan-photography

Friday, March 2, 2012

RASA MACAM NAK.......

Hari ni aku terkejut kerana kawan satu sekolah dimasukkan spital selepas aku dan dia 2 hari ke sungkai bawak budak bola baling... badannya bengkak....

Kemudian aku terkejut lagi bila danny pulang awal dari sekolah agama bukan pada waktunya.

Semalam danny tak ke sekolah agama rakyat kerana kekangan dari aku dan emaknya. Aku ada kelas tambahan manakala orang umah ada meeting di bidor. Rupanya semalam secara lisan budak2 dimaklumkan bahawa pada hari ini, jumaat..kelas agama akan berakhir awal.. dalam jam 4pm berbanding 5.45pm sebelum ini.

So aku hantar danny seperti biasa, 2.45pm dan beranggapan danny akan pulang jam 5.45pm. Dalam jam 5, aku dengar ketukan kecil pada pintu rumah, bila daun pintu dibuka, aku nampak danny dalam keadaan letih dan terkejut. Aku tergamam kerana aku tak nampak pun emaknya.....

Rupa2nya danny pulang dihantar oleh seseorang dengan menunggang motosikal. Askar katanya.

Danny tunggu lama sehinggakan tiada orang di kelas agamanya... jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki.

Jarak di antara rumah aku dan sekolah agama rakyat tu bukannya dekat... kalau naik kete pun, hampir 10 minit.... jalan utama sibuk dengan lori2 dan kenderaan2 lain yang nak ke tanah rata...

Bayangkan budak umur 8 tahun nak melintas jalan tu..... mujur le tak sampai dengan tempat guard kem tu, ada le seorang askar berhenti dan tanya danny, ke mana arah tujuannya.... dia tumpangkan danny sampai ke rumah.

Aku tak puas hati... mana perginya guru agama time tu..... takde ke perasaan ingin tahu bila kita nampak budak kecik duduk sorang2 tggu parents?

Aku dah sertakan no telefon pada borang maklumat ibubapa... nombor tu jelas... orang umah aku tulis seketul2.... kalau tunjuk kat unta dalam jarak 2 batu pun,unta tu leh nampak. Rugi sangat ke kalau nak hantar 1 sms maklumkan anak encik tengah tunggu di kelas agama?

Aku cool, tapi apabila melibatkan soal nyawa,keselamatan...aku cukup serius... bukan pada anak aku malahan pada anak orang lain pun sama. Sebab itu bila aku bawak bebudak berkhemah di luar, aku akan pastikan budak2 tu ada nombor telefon untuk dihubungi. Dan apabila tiba taim balik, aku akan hantar sms makluman kepada semua parents! Walaupun tak termasuk dalam garis panduan tugas aku, faktor ehsan dan kesedaran tu penting.... selepas aku hantar sms... takde pon bangsat hidup aku kerana menghantar sms tu!

Kejadian hari ini banyak yang boleh aku iktibarkan:
1. Memang lemah betul pengurusan/pentadbiran sekolah agama tu, sepatutnya ada le surat makluman beberapa hari sebelum membuat pelepasan murid, secara rasmi.
2. Konsep WAYS ( walk around your school) tak diamalkan... sepatutnya pihak pentadbir tertinggi akan memastikan murid2nya benar2 selamat semasa dan selepas sessi pembelajaran terutama waktu pulang.
3. Aku sepatutnya membuat kad untuk dihubungi sekiranya kecemasan, no telefon dan alamat rumah dan letak atau gantung pada beg danny.
4. Action plans untuk danny sekiranya berlaku perkara camni lagi.

Danny balik dan selamat walaupon aku tahu dia sendiri rasa debar2 dan terkejut.

Terima kasih kepada encik askar yang sudi menghantar anak aku ke rumah dengan selamat.
Terima kasih kepada aku juga yang masih ada saki baki rasional dalam pertimbangan.

*tapi memang bangang betoi le dema......
SKL TalkDelicious

1 comment:

Nietanozie said...

jauh jugak tue yoep kulop. sian danny yek....

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...