aku-dan-photography

Saturday, February 18, 2012

Upsi pendaftaran selesai sudah

Oleh kerana tapah ke Upsi tidak berapa jauh, maka aku dan rakan kerja mengambil keputusan untuk tidak terlalu awal ke tanjung malim. Kami bertolak dalam 7.30am-lagipun dapat le aku bagi danny minum pagi-rutin harian yang dah masuk 2 tahun.

Sampai Upsi.. Aku berjaya mendapat tempat duduk barisan belakang-Susah nak dapat position tu.

Perjalanan pendaftaran boleh dikatakan lancar cuma part ambil gambar kad matrik yang membuatkan masa terluang begitu banyak dengan menunggu.mungkin niat mereka inginkan batch ni berehat panjang kerana yang hadir pada sesi pertama ni rata2 "remaja purba"

setelah selesai gambar diambil menggunakan kamera yang tidak mahal-aku kelihatan tidak comel seperti gambar yang aku upload dulu.hiba sikit hati nie..

Setelah selesai belajar macammana nak menggunakan sistem online Upsi, Kami ke auditorium untuk taklimat borang aggrement.. Di situ aku dah goyang-ngantuk sangat -badan Rasa tak selesa sebab peluh dah macam banjir.

Baliknya aku singgah kedai pau tersohor di tanjong malim.nak try pau yang orang kata sedap.

Bertolak jam 7.30am dah sampai ke rumah jam 7.30pm.. Letihnya!

Bersambung lain kali. Ngantuk sesangat!


SKL TalkDelicious

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...