aku-dan-photography

Monday, February 27, 2012

Suatu hari nanti.....


Bila dah balik jumpa opah, aku rasa tenang... sebab itu le kata orang.. anak lelaki akan sentiasa dekat ngan ibunya tapi macam aku ni, lebih rapat ngan opah... umor 32 baru le berenggang ckit tu pon sebab aku kawin...

aku yang paling lama ngan opah... anak2nye punnn tak selama itu... so, aku kenal benar ngan sikapnya...

kali ni, aku dapati... dia sangat uzur.. telinga dah mula tak berapa dengar.. mata dah kabur... dan makan minum tak berjaga... aku pelik sangat, takkan susah sangat nak hantar sebungkus nasi kat mak sendiri...yang mana jarak rumah ukur radius dalam 3 batu jea... sanggup ke kita makan dan sendawa kenyang sedangkan pada masa yang sama mak kita yg dah 84 tahun tu makan yang kekadang kucing pun tak ingin....

aku perhatikan tubuh opah, tak sapa gosokkan... rambutnya tak bersisir apatah lagi berminyak... tangan kanannya tak sekuat dulu... banyak gelas dah pecah....terhempas...

aku sedih kerana aku tidak mampu untuk melakukan itu semua... aku hanya boleh duduk dan mendengar rintihannya, satu demi satu diceritakan secara terperinci, aku telah mendengarnya berkali2... segalanya sama tiap kali.

sebab itu aku tak banyak membantah.... apa yang dia mintak beli aku turutkan.... dan opah aku jenis tak makan duit orang... termasuklah duit aku... malahan dia yang banyak memberi.....cukup susah nak belanja opah aku....

Kita tak selamanya muda... pasti kita akan tua... segala kemewahan tu tak sampai ke mana pun.... takde nak bawak ke liang lahad...

Aku tak pasti nasib aku ngan orang rumah... kami cuma ada sorang je anak.... takde option lain.... sehinggakan ada yang bagi sajeshen....

"ANAK ANGKAT"

-tido dolo...

SKL TalkDelicious

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...