aku-dan-photography

Wednesday, February 8, 2012

outing hutan lipur papan part2



setelah selesai semua urusan pembelian ration tu, aku meneruskan perjalanan. Nak sampai ke situ akan lalui pekan papan yang tersohor ngan kedai tayar/ sportrims murah berbanding tempat lain.Tapi itu cuma sambilan sebab tayar kete masing2 nampak hitam dan tebal bunganya.

Jalan ke hutan lipur ni memang nak kena skill pemanduan yang tinggi...konar memanjang..tapi bila dah mula nampak anak sungai dan redupnya kawasan kat situ aku semakin teruja... mmg best walaupon sebenornya aku tak berapa larat memandang benda2 hijau sebabkan dolo aku ngajor tempat hijau hampir 10 tahun....dari rumah sampai le tempat krojea...hijo memanjang.

Disebabkan kami dah ada temujanji khas maka kami dibenorkan masuk ke dalam. Tempat nie mmg berjaga setiap masa....pusat kajian herba tu...

kami berenam... so masing2 le setting gadjet... tripod mmg kena guna kalau nak menembak ayor gebu....

aku tanya lagi tok ketua... jauh ke tempat tu... "idak le jauh sangat, 1km jea" ok tuh... kata aku dalam hati... 1km, iskh ghope jalan ke kedai kat taman berhampiran rumah aku jea....ape le sangat.

Tapi aku silap sebab aku tak faham bezanya 1km jalan hutan ngan jalan biasa.... sangat2 berbeza.

Permulaan, aku cukup segar dengan suasana flora n fauna.... macam2 jenih tumbuhan aku tengok... aku tengok jea sebab aku takde kemahiran kenal flora2, stakat rafflesia tu aku tau le bonge terbesor.... tapi ada satu tumbuhan nie unik namanya......"DERHAKA MERTUA" tak pasti samada mertua yang dehake atau jangan dehaka pada mertua..... entoh lea.... opah aku pesan, mertua tu sama level ngan mak bapak sendiri maka disumpah oleh dema, silap2 leh jadi eisbok gak kita....

50 METER

Tak sampai 50 meter... jalan dah mula rasa lain... langkah tak semesra sebelum nie..sedikit demi sedikit aku dah mula mendaki.

Aktiviti mendaki nie aku tak berapa gemor sebab banyak guna lutot... walaupun berat badan aku ideal untuk aktiviti lasak seperti berjalan perlahan atau menaiki tangga setapak demi setapak...ianya tak berapa sesuai untuk aktiviti extreme camnie...kiranya aku agak berdosa pada lutot...harap dapat pakai lama..

pendakian bermula di sebelah kanan... maka di sebelah kiri kami nampak anak sungai yang tenang arusnya dan ada jeram2 kecil... cantik tapi disebabkan nak turun tu satu lagi kerja dan tak termasuk pakej nie maka aku rasa elok teruskan lagi mendaki.. ya... mendaki yang cukup memeras kalori aku...

100 meter

aku stop.... dada dah rasa macam kembang semangkok dalam laici kang.. napas udah ghope lembu....

Dalam berenam tu, aku le paling banyak terbakor lemak2... tapi member2 lain pon sama.. kadang2 dengor gak bunyik napeh, kencang.... hehe.

sementara tu aku yakin bebenor.... Pacat.... kompom ada... Pacat hutan nie lain sikit.. dema panjang2.... dah tu kurus lak... ada aku nampak sama panjang ngan jari telunjuk.... gitu2 nguitnya.....

RETRO

Aku masa memula posting kat skolah dalam hutan(belas tahun lepas) tu mmg geli kaw2 ngan pacat.... tiap kali selepas hujan, air dalam paip akan tersumbat maka aku,member sorang lagi akan meredah punca air... memanjat gak tapi taim tu aku agak tak tua... takde le sampai waitress panggil aku pakcik... time tu la first aku tengok pacat hutan...... peh.. tak tau mana nak lari.... biasanya lepas baiki air tersumbat dan sampai rumah guru pasti ada 2/3 pacat yang tersenyum lebar kepuasan kerana telah mensedot darah teruna aku.... hampaz, ada skali tu....betoi2 kat pusat... aku tak sedor... tetiba rasa pedih dan pacat tu tegolek besor..... mujor idak melekat di ball bearings... idak kalu sampei skarang lisut sbelah.

Selepas berehat sebentar, aku teruskan mendaki... dengan kekuatan yang ada aku berusaha bersungguh2...... azam aku untuk sampai ke 1000meter..... selagi ada pokok aku paut tapi tak mencederakan mereka... dalam hutan kita kena hormat banyak benda sebab port dema. masih tempat orang/sapa2 kena merendah diri... cakap jangan main lepas.... aku mendaki dan mendaki... suara ungka mula kedengaran makin lama makin kuat... risau gak aku... Demi untuk menstabilkan pembakaran karbohidrat... kami setuju untuk stop barang sebentar pada ketinggian:

150 meter
* bersambung part 3....

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...