aku-dan-photography

Wednesday, February 22, 2012

Kali pertama danny payungkan gegels..

Sayang tak sempat aku snap dengan jelas sebab tingkap lambat keta lambat bukak.

Anak aku payungkan anak ustazah yang ajor dia ngaji tiap2 malam..

Anak Kami lebih kurang seusia.. Danny 8 tahun dan anaknya 7.

Umurnya pun sama ngan aku malahan kahwin pun sama lewat gak.. Cumanya aku awal setahun je...

Dia berkahwin ngan askar So anak dia aggresif sikit berbanding anak aku.

Danny kalau maknye marah, dia boleh tahan lagi Tapi kalau aku baru nak marah sikit.. Cepat betul ngalir airmata.. Cukup sensitip ngan bapaknya.

Malahan dengan budak2 kat sekolah - kalau aku marah dalam nada lembut-kompom le dema teroyak.. Caranya mudah.. Pelan2 cakap.. Bass kasik lebih.. Nada kasi rendah..

Aku jarang marah.. Cuma sesekali keluar suara jantan-sesekali jea..

Tahun ni aku ngajar tahun satu, kelas lemah.. Memang memenatkan.. Aku marah gak Tapi ada satu budak kembar tu.. Adiknya Ok sikit berbanding kakaknya.. Bila aku pandang je dema berdua langsung tak jadi nak marah.. Cuma aku tak tolak ansur bab keselamatan dan kawalan kelas..

Esok.. Aku akan jumpa mereka lagi..


SKL TalkDelicious

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...