aku-dan-photography

Tuesday, February 21, 2012

Bank islam dan mastam ghani teluk intan

Disebabkan masa makin suntuk dengan aktiviti kerja maka hari isnin yang blues, aku dan rakan sekerja telah mengambil keputusan untuk bank in duit pendaftaran Upsi sebanyak rm250.. Agak pelik sebab koholt sebelum ni cuma bayar tak sampai rm50...

Disebabkan Upsi menggunakan bank islam maka mau tak mau Kami terpaksa ke teluk intan..

Dalam perjalanan, Kami berborak pasal usaha untuk melanjutkan pengajian.nampak macam mudah secara online.-sebenarnya tidak begitu kerana fokus kita Agak bercabang.. Dengan kerja lagi.-aktiviti luar yang lain.. Jadi soal masa dan fokus perlu ada pembahagian setara dan seimbang..

Setelah selesai urusan bank-kami ke mastam ghani yang famous dengan mee rebusnya..

Walaupun ramai kata sedap Tapi pada aku sedap lagi mee rebus tapah atau pun mee rebus ramli.aku cuba menghayati setiap suapan namun hampa.sudu dan garpu aku tak terlepas dari tangan.. Aku tak dapat asingkan suasana persekitaran. Tiada white noise kali ini.rasanya tak cukup mantap mee rebusnya.. Namun begitu,selera seseorang tidak sama..

Seperti biasa, aku pasti belikan untuk orang rumah dan danny.itu 2 orang memang sudah lekat ketat2 dalam hati.

Kini.. Tinggal 1 lagi tindakan terakhir... SURAT PERJANJIAN ANTARA AKU DAN KERAJAAN MALAYSIA!

Esok aku akan cuba selak, baca perlahan2..-dan aku akan mengisinya setelah aku yakin...


SKL TalkDelicious

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...