aku-dan-photography

Sunday, January 29, 2012

di stadium indera mulia ipoh

aku dah kat sini.... ramai orang, rupanya gabungan antara rukun tetangga, rela dan kelab guru...

program "kita tunai janji" oleh menteri besor perak. aku tak pasti apa yang perlu ditunaikan dan yang aku tau... dema nak kasik geran untuk kegunaan pihak yang terlibat.

pelbagai jenis manusia ada kat sini... di sebelah nyebelah, blakang dan depan... penuh ngan anggota rela.... mereka begitu seronok mungkin kerana dapat berkumpul beramai2....

oleh kerana aku tidak berada dibangku khas kat bawah sana tu... mereka yang terpilih... dan aku bukan tak terpilih tetapi tidak mempunyai pilihan...

ikutkan masa dah lewat 30 minit.... ini adalah kelemahan ketara dalam mana2 majlis.... tapi pelik gak... kalau ke pawagam.. tau lak ikut time sebelum wayang setat!

nak ke ayor pon payah gak...... tempat takleh tinggal, idak kalu bersila le kami 3 branak kat stage!!!

3 pm

- sampai yab menteri besor perak... semua nyanyi lagu negaraku dan lagu 1malaysia.
- suara mc pempuan sedap didengar manakala yang lelaki tu, erm boleh diperbaiki.
- bacaan doa oleh ustaz dari sk somewhere2 simpang pulai.
- kata2 aluan dari cikgu smk raja permaisuri bainun.
- ucapan menteri besor perak.
*memperkenalkan ss baru perak.
*ucapan aluan kepada yang hadir dan memaklumkan hampir 6 ribu yang hadir.....
*memaklumkan bahawa program hari ini adalah dengan khasnya berkongsi kesejahteraan dan kemewahan negeri perak dikongsi sama rata dengan agensi yang terlibat.
* penghargaan kepada anggota rela, guru2 dan rukun tetangga.
* sikit2 selit politik.. konsep 3P ...
1.p for padang
2.p for perasaan
3.p for penyelesaian
* memaklumkan bahawa perjuangan nasib rakyat bermula dari hati... penetapan niat itu penting.
4. ambil geran ikut kategori.
5. bergambar.

kemudian aku balik dan makan kat tapah.... mujor kete tak banyak....... entah bila dapat geran untuk kelab guru tu..... huhu....

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...