aku-dan-photography

Saturday, December 31, 2011

buku belajar asas dslr itu mudah

Kepada yang berminat belajor pasei kamera... korang cari buku ni kat kedai2..

Idakpon beli on9 kat pts atau pst.. aku lupa laman web tu..

Ataupun gugel jea dslr itu mudah ..
Mmg berbaloi!

Friday, December 30, 2011

Azam 2012

Tahun 2012 merupakan tahun yang cukup istimewa bagi aku kerana aku telah melangkau 2\3 dari perjalanan hidup.

Aku mempunyai beberapa azam yang ingin aku capai.

1. Aku akan lebih serius Tapi bukan cerewat.
2. Aku akan berhenti merokok ( yang mahal2 kalau mampu aku akan berhenti terus)
3. Aku akan menitik beratkan soal kewangan.
4. Aku akan mendekatkan diri kepada NYA.
5. Aku akan lebih komited pada pelanggan aku.
6. Aku akan memberikan tumpuan kepada isteri dan anak
7. Aku nak turunkan berat badan dengan cara menghayun dumbell pada tiap petang
8. Aku akan kurangkan aktiviti facebook melainkan kalau kerja aku dah settle.
9. Aku akan mulakan aktiviti reading sekurang2 2 helai mukasurat sehari.
10. Aku akan hentak meja kalau sesiapa sound aku dengan tujuan mempersoalkan pengamatan professional aku.

11. Aku akan tidur lebih awal.

Esok aku sambung-dah ngantuk sangat lak!

Wednesday, December 28, 2011

Aku Rasa aku dah kurang gayat

Time aku kat lumut. Aku dah kurang gayat naik peris will.. Ada sedikit keberanian. Apakah ini bermakna aku dah boleh naik kapal terobang?

Boleh aku gi bandung atau ke sarawak.. Idakpun gi umrah...

2012 aku berazam akan kurangkan gayat lagi.. Aku akan naik peris will tiap kali gi panpir.. Paling idak pun ketapi yang pusing2 tu..

Gambate!

Monday, December 26, 2011

boyan pusing

Paris wheel, entah betoi ke idak ejaannya... paris hilton, aku tau lea...

Dari mana datangnya berani aku time tu, aku tak pasti..cuma sebabkan danny nak2 naik sangat maka aku tetiba je jadi berani...

Dan hampaznya... hampir 30 kali aya yang jaga mesin tu pusing2kan kami berdua... biasa kejap je.. aku mmg nak kejap sebab aku gayat.... bunyik rantai tu pon dah leh wat jantung mengepam laju.... danny? Dia aku suruh duduk beradap dan bukan sebelah aku..kononnya aku nak ajor dia berani, sebaliknya aku lak yang takot...dia rilek jea....

Mesti best dapat bersama2 ngan bapak time2 camnie... dia akan ingat.. aku pasti...

Aku.. semasa sama umor dengan dia.. bapak atau abah hanyalah sejarah... takde kenangan yang boleh aku ingat.. melainkan, aku ber bin kan nordin. Moga bapak aku tenang di sana. Amin.

Sunday, December 25, 2011

teluk senangin

Otw balik dari lumut aku singgah ke teluk senangin. Jauh gak, dan lagi sekali aku dan danny mandi.

Seronok dia dan aku pon sama. Kawasan luas cuma jalan masuk banyak berlubang2. Pantai pun ok, kami suka.

Cuma bila part nak guna bilik mandi... huyo, geli tahap gaban..kotor kaw2... ini mungkin bukan bilik air utama tapi tak bermakna takleh dibersihkan. Dah la kena bayar sampai 50sen! Nasib baik ada danny.... dia jaga pintu, bayangkan tengah aku tonggeng2 tiba2 tebuka pintu... mesti kuar kat youtube... mau le kot sampai 8 juta orang tengok!

Sampai sekarang aku terasa gelinya... aku pelik, camne ada orang cari rezeki macam tu... langsung takde ihsan... dah tu siap niaga kopok lekor..geli aku!

Bersambung lagi... sebab aku dah tingtong!

Wednesday, December 21, 2011

Ke lata kinjang

Hari ni Aku ngan danny ke lata kinjang. Saja2 jalan selepas aku ke tempat kerja.

Orang tak berapa ramai. Mungkin bukan hari cuti. Agak selesa.

Oleh kerana Kami tak bawa pakaian mandi maka tidak le Kami mandi manda lagipun tak best takde maknye sekali.

Esok.. Kami aku bercuti 2 hari di lumut. Tempat biasa di hotel putra lumut. Aku harap.. Hotel putra tu keadaannya akan lebih baik dari sebelum2 ni..

Taklimat spba.

Paling hangat di pasaran.. Agenda tersohor di penghujung 2011-taklimat option.

Tapi macam biasa-bila taim takin mesti minda entah ke mana2 sebabnya melibatkan figure. Aku cukup lemah kalau figure2 nie.

Ada beberapa figure Aku ada skill kira yang baik iaitu Discount-tiap kali aku ke shopping komplekTokei2 tu akan gantung poster besor2, tulih besor2.dISKAUN MEGA! Potongan 70%! Mari2! Jangan menanti hari esok!

Itu.. Aku memang pandai-TERIMA kasih wahai guru2 ilmu hisab sekalian. Jasa kalian ku kenang.

Subjek ilmu hisab adalah Subjek yang paling aku Ta de minat-bagi percuma pun aku taknak-dia buat aku gastrik!

Disebabkan ilmu hisab, aku tak dapat ke menara gading-aku cuma ngaji bawah pokok je. Kasihan sungguh.

Tapi kini aku ditawarkan ke menara gading-sama-aku Ta minat juga sebab apa yang ditawarkan tidak kena ngan jiwa aku.

Aku nak ilmu yang aku berminat sebabnya aku tak mahu bazirkan masa atas dasar tiada taman dalam hati.tetapi sekiranya aku dipaksa,aku pasrah seperti era tinggalkan awie dalam filem ukiran jiwa.. (main AgaknYE ni)

Aku tak mau juga hasil kerja khusus hanyalah kopilekat. Aku mahu biarlah hasil original walaupun Ta sempurna at least aku mencuba.

Tapi itu hak masing2-semoga kajian sukses


Belanja aku Ayor kacang. Mudah DAN MURAH!

Tuesday, December 20, 2011

bapa tunggal 8-5

Cuti tinggal beberapa hari lagi... lepas nie, keje macam biasa.. pasti sibuk.aku dah dapat rasa rentetan kerja yang bakal aku hadapi.

Cuti kali nie yang best, aku dapat belajar melayan anak sepanjang masa... aku semakin paham apa kehendaknya, yang nyata dia tidak meminta banyak. Apa yang diperlukan hanya masa, masa untuk dia bersama2 aku.

Orang umah pula, seperti biasa cuba memenuhi keperluan kami. Dalam minggu2 terakhir kerjanya semakin banyak. Aku dan danny faham.

*cuti kali ini juga aku banyak membuat kerja rumah..,memasak,basuh kain,lipat,basuh pinggan dan menyapu. Sungguh penat rasanya.. peluh mencurah2 ke bumi. Hinggakan banyak baju tsert aku di bahagian leher menjadi reput dek peluh yang tak kering2.... Yup begitulah nasib aku sebagai bapa tunggal dari jam 8 pagi sampai le 5 petang. Takde tempat untuk aku mengadu. Malahan aku juga terpaksa mengopek durian... tajam, durinya tajam menembusi mittens yang aku sarungkan...

Hehe... tak leh blah....

Statement bertanda * , kaw2 ponye goreng.

Time cuti nie, aku dan danny, ngange je.... pagi, orang umah sediakan bekfest.... tngahari aku kuar ngan danny..kami lepak kat kedai...makan2! Balik, aku main game ngan danny dalam 2/3 jam...kami mempertahankan bumi dari serangan makhluk asing..takleh lama sebab aku lenguh pinggang duduk lama2! Kemdian aku blajar editing gambor.. hehe...

What a life!

Monday, December 19, 2011

Aku ke kuala woh

Aku bawak danny ke kuala woh-sebab utama nak shot gambor-dan keduanya aku dan danny nak sendot udara segor. Rasa nak pitam gak terkurung lama dalam rumah.

Kali ni best.-sebab danny kasik full kerjasama berkongsi minat ngan bapaknya-aku ngan kamera dslr manakala danny ngan sony blogie.. Aku tembak.. Dia pun tembak! Nice.

Kami explore banyak tempat sehingga Kami jadi letih.. Mahu tak mahu Kami terpaksa beli 2 pau daging lada hitam(untuk aku) dan 1 pau kaya-tepaksa!

Hampir 2 jam Kami di sana.danny banyak bertanya-aku letih menjawab pada masa yang sama aku mula faham, mindanya sedang ligat mengumpul maklumat.

Esok.. Kalau sempat terbangun awal.. Aku dan danny akan ke lata iskandar.. Kalau sempat la..

Atau join main game berdua mencari harta karun indiana jones di ps 2!

Friday, December 16, 2011

disember 2011 gaji dan bonus

soal duit, manusia pemikirannya sama.. hatta tokei kilang cop doit pon camtu... sapa tak suka doit....

Bak pepatah omputih, kalau doit tak membawa kebahagiaan sekurang2nya kita kita selesa dalam gundah gulana... bokan aku kata tapi omputih tu...

Gaji kali ni diselitkan bonus... ya, bonus....... bagi kerja gomen dapatla sebagaimana ditetapkan manakala yang kerja swasta... bonus dema tu...peh... berbolan2...... sebab tu la rentak orang kerja swasta ngan gomen lain sesangat......

Bagi keje gomen... mau kaya... wat bisnes.... biasanya MLM.... ada yang berenti keje sbb dapat wang banyak! Melebihi gaji sebenor.... sapa ta mo kaye!!!!

Rasuah... tu pun salah satu cara nak tambah wang.... soal haram, usah cerita...dema lagi pandai...

Kerja macam aku nie... ta tau camne nak makan suap.... hehe... tapi kalau makan orang suapkan...mmg best!

Selamat berbelanja buat kakitangan gomen!

kentut wangi

Petua Untuk Hilangkan Kentut Busuk
Amalkan memakan biji ketapang mentah-mentah. Kentut anda akan berbau wangi.

Aku kopiLekat dari fb farith ismeth

Tuesday, December 13, 2011

modem baru

3/4 ari lepas... ntah camne line tenet aku skejap koneksetop2 menyebabkan aku paneh satu badan.

Panehnya sebab tepaksa resetat banyak kali. Ip clash katanya... aku try macam2 ta jadi gak...so kata putus aku, modem ta bagus!

Semalam aku ke tapah... ke kedei biosys kedei komputer. Angkat satu modem, harga rm199... bila aku check tenet, beli online baru rm140... wah, kaw2 makan doit, tapi nak wat camne sbb nak ganti segera....

Kini tenet aku dah normal... sebagai mentenen... aku akan off kan at least sminggu skali.. yang lama nie... aku off... ada le 4/5 bulan skali...huhu..

Aku lupa!

kualiti taim stack them

Yang terkini, kualiti taim antara aku, orang umsh dan danny ialah main tarik2 kayu... stack 'em...

Dah banyak tahun aku tengok game ni tapi haram ta tau main... so, itu ari masa kat tesco..danny nak beli hat besor! Peh harga dekat rm70... aku maleh le nak beli so entah camnr ada tesco kuarkan game yang sama... rm7..je.. edisi mini.

Rupa2nya mmg fun... tak sedar banyak set kita main... game nie guna kemahiran memikir keseimbangan... dan sangat sesuai untuk kualiti time bersama keluarga..

Sabitkan aku dah mahir dan berskill tinggi... aku nak beli versi besor lagi..

rambutan

Merah2 rambutan! Mmg geram kalernye.. (menembak buah rambutan)

kait rambutan di changkat petai

Orang rumah ada abang tinggal di changkat petai. Kawassan rumah tu mmg heaven ngan bermacam2 pokok.. terutama rambutan.

So, pada ahad lepas balik dari teluk intan..kami singgah.

Danny dan maknye memang gemor bebuwoh... aku, gemor gak... tapi jenih berkupas... rambutan pon kalau berkupas, simpan dalam eisbok..aku makan... kalau idak... pakat kering le rambutan tu.

Sementara danny dan maknye kait rambutan.. aku macam biasa..ke sana ke mari menembak gambar..geram gak tengok buah ni tergantung2 senang dipetik.. merah2,kuning2.. fresh from ladang macam ladang epal, makan terus!


Aku takleh makan banyak sebab manis betoi! Minum banyak ta pe!

Tapi aku tak rasa aku ni jenih mesra kebun.... mmg takde skill kebon walopon aku time skolah dulu2 budak pertanian......

Satu2 kebun yang ada... ialah farmville di fb... tu pon jenuh nak jaga!

Monday, December 12, 2011

Tesco kampar

Hari ahad aku ke Tesco kampar-ini disebabkan banyak stok dah kepupusan kat dapur-bila bukak air nak basuh tangan, bunyik percikan air tu bergema2 seumpama duduk dalam dewan orkestra!

Troli hampir penuh-danny dah takde tempat nak duduk-main sauk je barang keperluan-dari susu sampai la ke tissu.

Sampai kaunter-mesin scanner mula berbunyi.tittweet2 banyak kali. Kalau aku perhatikan susunan barang tu ada la dalam 3 meter..

Angka 1 lepas.. Kemudian 2.. Aku menten lagi.. Dah sampai 3.. Aku dah debor2.. Bila tittweet terakhir.. Angka 4 pun Kuar! Peh.. Lama gak resit tu nak Kuar!

Aku perasan satu auntie dan unker pandang kat aku.. AgaknYE DEMA heran.. Apa benda le mamat ni beli!

Itu baru hidup bertiga.. Entah camne kalau ada sampai 4/5 orang.. Huhu..

Saturday, December 10, 2011

time to ponder

Time to reflect good deeds for the past 24 hours ..... and time to ponder wonder... gnite... whoeber and whateber you are... be urself ( and no harm to pretend if pretending is the only medicine that cure others...) you are yourself to this very world.... and keep it that way!

Friday, December 9, 2011

i want to break free

My son and i, have had enough... both parties are getting dizzier by days...

We need to break free... a simple vacation would be better to ease some steams...

Actually, im running out of ideas to begin with... shall i headed to nowhere's land or just to be at the same place that i used to?

Man... going to make a few phone calls tomorrow.. i want to see the sunset... we need to break free...

Thursday, December 8, 2011

spaghetti

Petang tadi aku makan spegetti... sedap. Gak tapi tak macam mee goreng... tak mampu nak tambah lagi.

Ini kali pertama orang umah aku terai... tak terpikir pun oleh kami berdua nak try celor speggeti nie...

Yang beria2, danny. Dia yang nak2.. agaknye terpengaruh ngan kartun2 omputih dia.....

Ironiknya, waktu malam.... dia nak kotiaw sop... hehe!

Tuesday, December 6, 2011

huawei ideos s7 aku root kan juga...

Setelah kejayaan tersohor aku menghidup dan mematikan android motorola aku baru2 ni maka aku mencuba lagi satu kali me rootkan tabby huawei aku...

Ada le 7/8 kali tak berjaya... sekali dia beku... dan akhirnya berjaya gak aku root kan supaya dapat le aku install apk yang best2... terutama hat yang melibatkan penggunaan memori... yang mana aku boleh memindahkannya itu ke sd card...

So.. takyah le kot aku nak ganti tabby yang lain... cumanya aku risau sebab kalau brick le tabby tu... camne aku nak recover balik?

Em..... tak cukup ilmu lagi nie......

lumut atau kuala woh

Lama tak gi lumut.... tadi kat fb, ada sorang fren kasik tau.. kat hujung sana area town lumut ada karnival.. orang yang sama jualan yang serupa...

Patotnye aku ke melaka, tapi memandangkan baru2 ni aku dah lepak kat tepen... hotel 3 hari maka bajet dah tinggal sdikit benor, tu tak termasuk ngan repair kete ( sbelah tangan dah dibayor tghari tadi) so aku kena pikir hat dekat2....

Paling dekat selain lumut, ialah kuala woh... 20 minit je leh sampai... ada sungai... chalet pun ada.... food leh beli atau bawak dari umah... peh, jimat tahap gaban tu...

Mana satu ni... ( takpe2, bior aku nerap kira bajet!)

Monday, December 5, 2011

headphone monster

Semalam aku ke tesco ipoh sbb nak beli joystick danny... pada masa yang sama, aku nak cari headphone satu....sebab aku nak layan movie kat laptop...

Danny dah ambek tibi 32 inci aku buat layan game dia... dia taknak guna tibi crt 20 inci sebab tak pueh.. so option yang tinggal untuk layan movie hanya dengan laptop 15.4 inci.

Aku perlu pairing ngan headphone yang bunyik pueh didengor... bass kena power dan treble pon sama... kebetulan ada pc fair kat stadium indera mulia jadi aku riki satu booth ke satu yang lainnya.... ta de satu pun hati tertarik.....

Aku kemudian ke jusco ipoh..sama gak...... aku terus ke tesco...

Kat situ aku try headphone... uncle tu sajes satu headphone dalam harga rm70.. leh tahan... aku dah nak beli sbb orang umah dan danny dah naik beku tggu aku...tetiba..aku tenampak satu kotak besau....

Headphone monster namanya... aku test.. peh.... mantap! Kata tokei tu, hat ni superb... ya mmg betoi tokei..wa tak sangsi....

Tokei tu kasik tau, headphone ni kalau hat ori harganya hampir 2 ribu.... so aku suruh dia bungkus sbb aku nak2!

Kini, boleh le aku layan movie ngan penoh perasaan.....





Sunday, December 4, 2011

sesi tt bersama sony a77 dan nex 5

Sesi tt mmg best bila time nie kita leh lepak sambil sembang2 ngan dema2 yang mahir dalam bidang masing2.

Semalam aku lepak kat kedai mamak samudera bercham...bersama photographer2 tersohor area ipoh (geng2 sony).

Jadi dapat le beramah mesra sambil test kamera2 yang dema bawak... sony a77 la nie menjadi kegemaran dan ketelioran...manakala aku ngetest sony nex5... kecil, ringan dan mantap!

Harganya masih lagi dalam 2k.... huhu.....

Saturday, December 3, 2011

projektor rm1399


Aku ke pc show kat stadium indera mulia, ipoh. Macam biasa, mmg rambang mata ngan laptop sebagai...

Tapi dalam bebanyak, aku tertarik ngan projektor nie.. harga rm1399 siap percuma slide tripod... bulp lifetime, 4 ribu jam... bulp tu dalam harga rm500...

Murah...berbanding 10 tahun lepas.... semua harga boleh dikatakan atas 4 ribu.... golden dream aku kalau dapat satu....

Nanti, satu hari...aku akan beli gak....

coca cola dan hiv

BERITA PENTING ..TOLONG BERI PERHATIAN n bace ni
-----------------------------------------------------------------
untuk beberapa hri akn datang, jgan ambil mnuman dr mana2 produk syarikat pepsi spt :-
-PEPSI
-TROPICANA JUICE
... -SLICE
-7UP
-COCA COLA
-dll
kerana ada pekerja dr syarikat itu tlah menambah drahnya yg tercemar dengan HIV.
keluar dalam brite NTV7 . tolong sebarkan kpada org yg anda sayangi...

Aku kopilekat dari fb... tak pasti betoi ke idak.....

boat ride taiping lake garden


Kami bertiga naik boat keliling tasek tepen... sebab lama nak nunggu cukup orang, kami sewa terus satu boat... rm30.. tu pon orang rumah yang usahakan...

Thursday, December 1, 2011

doli char koetiaw

Kalau ke taiping, free2 kan diri menikmati char koetiaw yang tersohor iaitu.. doli charkoetiaw.. aku tau kat taiping je.. exact place.. aku ta tau... aku guna gps... dan orang umah yang assists macam rally lak!

Banyak kali aku nak try doli nie, tapi macam2 kekangan.. penuh la.. ta tau tempat la...

So masa sampai aku terus order nasik ayam dolo sbb masa aku call member.. dia story aku.. nasik ayam mantap!!!

Kemudian orang umah order:
A) koetiaw special 2
B) mee rebus 1
C) ayor neskepi ais, melo ais, ahor tembikai.

Servis agak laju... hidangan nasik ayam sampai... aku makan separuh.
Kemudian sampai le semua... kami makan...

Lupe nak info, koetiaw special..udangnye banyak siap buang kulit... nice.

Aku ratah satu persatu dengan penoh penghayatan sama seperti orang umah.....

Anehnya semua hidangan yang diorder tak sampai 30% je habis..

Bukan selera kami... aku takmo ulas panjang... cuma kalau nasik ayam...tinggi lagi darjat nasi ayam mee rebus ramli.... ataupun charkoetiaw simpang batu 8 hulu kinta...

Selera ikut tekak masing2... kita kena dinamik...

Harga koewtiaw special rm9... aku bayar semua skali rm38....


Aku takmau pegi dah...


Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...