aku-dan-photography

Wednesday, November 30, 2011

flemington hotel taiping

Aku menginap di hotel ni memandangkan hotel seri malaysia dah penoh..

Hotel ni nice sebab berhampiran ngan lake garden.. jalan kat depan sana dah boleh join sekali jogging ngan orang ramai.

Makanan pon sedap dan tak lupa juga gegelz receptionist pun lawa2.. tu sabit aku bawak orang umah dan anak semata2 nak habor kat dema.. jangan goda aku... aku telah berpunya....

Okay, petangnya sesampai aku kat sini, hujan turun membasahi jalan... syahdu rasanya sebab beku dudok dalam bilik yang eikonnya umpama jejalan ke tanah rata pada awal 70an... sejuk bebenor...

Tak lama kemudian hujan berenti, aku dan famili ingin menyedot2 udara segar kat luar sana, kat lake tu...

Rupanya apabila kita merentas je tasek tu... pusingannya jauh bebenor.. danny dan orang dah letih kerana kami ala2 tourist manakala orang yang banyak kami selisih lebih kepada joggerz2 dan pemancingerz2... abih cramp2 betih aku!!!!

Tapi puas la..... sebab ni kali pertama aku rentas bersama famili lak tu..... kualiti time gak ni...

Takat ni le aku cete, sbb esok kena bangun awal sbb ada meeting....

Monday, November 28, 2011

Berjaya unbrick juga milestone xt720

Setelah 2/3 hari aku memikirkan macammana nak unbrick henpon aku yang secara tak sengaja aku terbrick sebab tersalah overclock.. Akhirnya dalam Kul 2 pagi tadi aku berjaya idupkan dia semula.

Lega sebab dia dah bernapeh sendiri tanpa bantuan mesin hayat.

Aku belajar banyak perkara.. Pertama, mesti ada ilmu pembuka dan penutup.. Aku belajar root hari tu cuma ilmu penutup jea-terus aku apply dan bila nak buka balik Udah gelabah. Tak tau!

Semasa aku surf tenet-aku dapati banyak forum yang boleh dijadikan sebagai tempat rujukan-nice-tetapi boleh dikatakan 95% adalah dalam bahasa inggeris-ini menunjukkan kita perlu menguasai/memahaminya dengan baik!

Sunday, November 27, 2011

Simpton-simpton Terkena Gangguan jin


Simpton-simpton Terkena Gangguan jin


) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas. 
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam. 7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin..berikhtiarlah dan berusaha mengubatinya dan sekiranya keadaan tidak mampu dengan ikhtiar yg ada,segeralah berjumpa dengan pengamal perubatan islam

KASTURI SHIFAQ

HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Selamat tahun baru

Selamat menyambut maal hijrah. Tahun baru.. Setahun dah berlalu dan kalau dikira amalan-terasa betul kurangnya buat aku..

Kadang2 aku Lupa.-aku bukan muda lagi-tapi tah la.. Mungkin kerana rambut aku masih banyak kaler itam berbanding putih-wat masa sekarang, aku tak perlukan shampu noni semata2 nak hitam kan rambut.

Tapi masa aku gunting rambut ngan danny kat tapah pagi semalam aku perasan macam nipih lak bahagian atas-mungkin rambut banyak gugur disebabkan ajinomoto. Hehe.

Aku tahu-aku takleh bertahan lama dengan rambut yang hitam ni.lama2 putih gak.

Kita akan Rasa apa yang orang sebelum kita rasai.. Percayalah...

Saturday, November 26, 2011

Holiday sambil bekerja

Ikutkan memang takde holiday ke mana2 memandangkan bajet agak terhad kerana masalah2 teknikal.

Tapi masa aku ke tempat kerja-ada pulak surat panggilan mesyuarat di taiping.

Disebabkan penginapan tidak disediakan maka aku telah booking sebuah bilik famili dan di kesempatan itu aku mempelawa orang rumah ikut sekali-dia setuju-lagipun ke mana aku pergi -pasti ada dua insan ni.. Takleh tinggal merata...

Friday, November 25, 2011

Gatal tangan unlimited

Sepatutnya aku dah lena ni.. Dah jam 4 pagi..

3 jam yang lepas sementara aku golek2 nak tido. Sementara aku nak kira kambing macam biasa, aku on tenet kat motorola.. Terjumpa satu aplikasi menarik-so aku instal..

Dan tak semena2.. Henset aku takleh reboot! Jenuh aku buat.. Dia asek keluar lambang M je.. Adeh.. Baru je Upgrade version-dah sangkut..

Dengan menggunakan internet-aku cari jalan.. Akhirnya aku dapat juga-dapat cara nak rootkan huawei ideos aku tu..

Motorola aku dok beku sebelah bantal-tak dapat nak settle masa terdekat!

Tapi takpe sebab aku dapat belajar banyak perkara-aku yakin motorola aku tu dapat aku settlekan problemnya..

Lagi satu-aku tak sabar2 nak rootkan huawei ideos s7 aku..

Kita tengok apa lak jadinya kali ni!

Thursday, November 24, 2011

Hari gaji hari bengkel

Hari nie gomen gaji, ramai sengih balik.. maklum lea jarak gaji dolo di tengah2nya raya haji maka ramai le hidup dalam keadaan gersang dan tandus lepas tu...

Paginya dalam kul 11, aku dan danny ke tapah... timing memang sesuai sebab masing2 patot isi perot.

Otw balik, aku rasa lain macam je gear nie.. ketat nak masuk... clutch pon tak berapa mesra... tengah2 kereta bergerak aku tepaksa freekan gear... rapat ke tepi... haih, sudah... udahlea ramai kereta kat tapah memandangkan hari menuai nie...

Setelah beberapa minit, aku teruskan perjalanan... sampai gak ke rumah... kemudian aku kuor balik dan terus ke workshop ah fook area2 sri tapah tu...

Katanya ada problem clutch... kena ganti baru..... huhu... dia kata, bajet dalam 4 hatus lebih... aiseh... macam banyak tu...

Kereta tu, orang rumah aku yang guna... aku, lebih selesa ngan kancil boxter, yang comei jika dilihat mana2 sisi sekalipun...

Minggu depan baru siap kete tu sbb bukan kete aku je yang selsema rupanya ramai lagi beratur nak direpair....

4 hatus lebih..... lepas bajet untuk bermalam di hotel... nampak gaya, makin lama aku duduk diam2 kat umah.....

lu tau lu matang bila...

Petua Untuk Mengetahui Lelaki Itu Sudah Matang
1. Dia menepati janji-janjinya.
2. Dia tahu bagaimana untuk memberi.
3. Dia meminta nasihat daripada orang lain.
4. Dia menerima kritikan dan mengakui segala kesalahannya.
5. Dia memberi penghargaan kepada sesiapa yang berhak menerimanya.
6. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya.
7. Dia bertindak dengan penuh tanggungjawab dan baik hati terhadap orang lain.
8. Dia tahu bagaimana untuk menjadi pendamai.
9. Dia tahu bagaimana untuk memberi pujian kepada orang lain.
10. Dia boleh bertolak-ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain.

Aku kopilekat dari fb farith ismeth...

belajar root n flash android

Dah lama aku join group fb yang pandai root /flash android dema... tapi aku tak faham apa le dema sembang...

So satu hari aku follow satu forum.. dia ajar camne nak root hset.. terutama kat motorola xt720... yang pada mulanya aku rasa nak wat lapik kertas supaya tak ditiup angin.. reasonnya aku lemas tul takleh nak instal appications sebab internal memori yang kecik kemdian tu takleh alih ke sd card...

Selepas aku tengok team syria menang sukar terhadap team malaysia dengan hanya mampu jaring 2 gol je maka aku bertekad nak gak upgrade firmware motorola xt720 dari 2.1 ke 2.2.1...

So aku donlod filenya dalam 350mb.. leh tahan besor tu... aku follow satu demi satu arahan.. akhirnya sejam lebih aku berjaya upgrade henset aku....

Kini aku dah boleh alih banyak applications ke sd card... lega...

Terkini, rupa2nya henset aku ni boleh diupgrade lagik... cumanya aku rasa... bior le aku benor2 faham bab2 update2/flashing/rooting... aku takot meletop je android ni.....

Wednesday, November 23, 2011

Hari ke 3 Kualiti Taim

danny by Kulop Ludin
danny a photo by Kulop Ludin on Flickr.

Paginya aku ke tapah, ke klinik razi sebab danny dah setat sesema... ni mesti sebab belasah duyan 2 hari lepas...

Cuaca pun panas time malam, kebetulan eikon lak tak berfungsi...maka hempas pulas le dek kepanasan.

nak kena serbis gak eikon nie.... tak larat dah basah lenjun time tido!!!

Bapak pun ada ego gak!

Dah 2 hari aku spend quality time ngan danny , most time tu teman dia main game.. aku duduk sebelah dia dan bila tiba part dia tak lepeh, baru dia mintak aku tolong...

Aku sbenarnya tinggalkan game2 nie lama dah, mau dalam 3/4 tahun... tapi sebabkan anak, aku pegang gak joystick... aku cuba lepaskan level...

Walaupun gamenye spongebob, nampak mudah tapi pada aku payah betul... ada part tu aku kena tekan button ikut symbols, mak ai.. kejap left-right- R1-L1... berulangkali....

Hangin jugak le satu badan.... tambahan pula bila aku tak lepas, danny buat alasan macam ulasan pengulas astro arena time malaysia vs indonesia yang mmg tak best aku dengor.....!

So aku sound mudah je.... cakap banyak...bapak simpan balik! Baru tau... happy2 dia je... padahal ps2 tu, aku yang punya!!!

Esok, tak tau apa pulak cetenye, tapi macam biasa.... seorang bapak akan lakukan apa saja untuk anaknya.... walaupun tepaksa melompat2 , menembak2 menggunakan watak patrick!!! Hehe....

Tuesday, November 22, 2011

Sia2 sahaja.....

http://mynewshub.my/2011/11/22/dua-peminat-maut-final-bola-sepak-sukan-sea/

Memang tak berbaloi.... simpati kepada penyokong indonesia yang terkorban....

Bolasepak malaysia vs indonesia sukan sea 2011

Semua tahu, msia menang.

Malam tu aku ke batu 3 temoh... join ngan rakan sekerja.. hujan lebat kan main.

Bajet nak layan skrin besor, pueh hati..tapi kedainya tutup so member aku cari kedai lain...

Game dah setat masa aku sampai... layar putih dah terbentang tapi projektornya takde, yang ada tibi lama crt, rasa aku 20 inci besornya... aku sengih je sebab masing2 datang dari jauh... member aku dari kampar.. aku dari jalan pahang... masing2 berbelas kilometer.... tengok final ngan tibi 20 inci dalam jarak 3 meter!

Di belakang tempat aku duduk ada orang indonesia satu group, kuat mereka jerit gol, time team indon score! Kemudian slow sebab ada 2 anggota polis masuk kedai siap ngan pistol kat pinggang.... aku agak dema pon risau gak....

Game malam tu mmg best... aku xcited! Tapi sebenarnya, pada malam tu juga baru aku kenal sorang dua pemain malaysia... sukan bolasepak aku tinggalkan bila thiery henry tinggalkan arsenal beberapa tahun lepas... aku minat Arsenal.......

Monday, November 21, 2011

Sunday, November 20, 2011

aku sound check!!!

oleh kerana hujung tahun, banyak le majlis2 dianjorkan di tempat krojea aku, maka time nie le aku ngan member ngetest sound.....

Tambahan pula member aku tu baru je dapat dslr.... canon 60d so dia pon nak ngetest cukop2!!!





HIDUP KEKADANG SELAMBA!
 kulop ludin spenda pintal getah

Ps2

Dah setahun aku simpan ps2, cuma bila time cuti sekolah baru aku idupkannya...

Itupun sebagai reward, danny dapat menguasai 5 matapelajaran dengan baik.

Tapi panjang lebor gak T&C ... kalau dia fail, aku simpan balik....

Mansuh cadangan kerja 9 jam


Gomen cakap jangan le mandai2 wat cadangan sesedap mulot...

Pada aku tak mustahil nak kerja 9 jam bagi guru2... kerana yang kerja sampai malam pun ada... cumanya kalau dah digazetkan maka komitmen dah berbeza.

Ikhlas dah bertukar jadi "menurut perintah", hilang manisnye nanti...

Past tense

Aku snap gambor ni masa kat shamli bistro tapah...


Friday, November 18, 2011

rm100 bantuan...

Hari khamis, ramai orang dapat rm100 termasuk le aku...

Mana anak ramai2, senyum sampai tinge... ratus2 dapat! Bantuan macam ni bagus, lagupon duit tu tak ke mana2... masuk kocek tokei2 kedai gak untuk pembelian peralatan sekolah.

Danny dah tak sabar2 nak setat cuti... aku, takleh nak cuti sebab kena buat kelas tambahan bermula isnin nie... elok pon memandangkan poket tengah kering ni.......

Wednesday, November 16, 2011

aku dan native speaker coordinator

Coordinator aku orang putih asei dari alabama ( sweet home alabama). Dia pandai cakap omputih... dan spanish.. dia belum kawin.

Aku pun boleh cakap omputih dan bahasa semai. So bila aku cakap semai dan dia berspanish... dia ta faham sama macam aku.. maknanya ada kemisteri antara aku ngan dia...

Aku suka pogram nie sebab aku bole belajer cakap omputih dengan lebih baik walopon tuntutan masa agak sendat...

Dia cakap nanti mau holiday kat siam 2 minggu, kemdian balik beraya di alabama... dia rasa seronok sebab dapat balik kampong kat sana tu...

Sedangkan omputih balik beraya di kampong apatah lagi kita orang asia...

Tuesday, November 15, 2011

as wide as harrier

Peh, harrier.... memang segak... besar tersergam... kete2 camnie mmg idaman.... ada soul...

Itu kete orang... aku? Takat kancil boxter... kecik tapi mesra... mesra sebabnya, aku ngan orang rumah mesti bertemu lengan bila di depan...

Ada sebab kancil wujud rupanya.... kikiki

Monday, November 14, 2011

absent minded



Once u cant remember well then u have to stick ur "remeberence" on the wall...

tangan tang dada,
mata pandang atas...
Sire Kulop Ludin!

Sunday, November 13, 2011

Ahad mithali

Tak ke mana2...
Makan tido kat umah.. Ada seminggu lagi untuk kerja lepas tu cuti.

Tapi kerja zaman ni tak macam dulu-cuti pun kena keja gak.

Quality time

Aku cuba wujudkan quality time ngan danny-dia semakin besar, sedar tak sedar dah nak masuk 8 tahun -tahun depan.

Umur 8 tahun-memori agak kekal untuk kita ingat-antara memori umur 8 tahun yang aku ingat semasa bersekolah di srk methodist tanjung rambutan adalah aku merupakan Salah seorang penerima rancangan makanan tambahan atau rmt.
Bukan mewah hidup dengan atuk aku yang hanya menerima pencen sebagai atendent.tiap2 bulan.

Saturday, November 12, 2011

lata kinjang dan sony bloggie

hari ni aku ke Lata Kinjang lepeh pekena kari kat kedai capati korner yang famous tu...
Pada masa yang sama aku nak warm up sony bloggie yang aku simpan, lepeh tu aku lupe bebulan... hampeh!!!





HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

Friday, November 11, 2011

Tempat pertama videography

Setelah 3 hari, aku berjaya menamatkan kursus videography yang dianjurkan oleh pusat kegiatan guru tapah road.

Banyak yang aku belajar dan paling aku minat bila masuk jenis2 shot.. Sebabnya bila kita dah tau jenis shot.-idak le kita main rakam bodo2..

Hari terakhir juga kami diminta submit sebuah video pendek dalam 3 minit.

So aku pada hari raya haji baru2 ni dah mula buat rakaman.. Aku pilih tema korban..

Aku tak masuk semua dalam video terutama part2 sembelih lembu yang close up sebab tak semua orang boleh tahan tengok darah!

Ramai terkejut bila aku nyatakan rakaman aku dilakukan menggunakan henset sahaja. Nokia n8.

Dan video aku telah dipilih.-tempat pertama.

Ini adalah asas.. Aku akan cuba lagi belajar membuat videography dengan lebih baik dan bermakna.

Wednesday, November 9, 2011

kursus videography di pkg tapah road

aku menghadiri kursus videography di pkg tapah road, sesuatu yang aku nantikan sangat lama....
 antara tugasannya, kena wat satu rakaman video... so, ada 2 video aku buat...
1. draf
2. final

yang paling best, aku guna kemampuan nokia n8...sepenuhnya.. mantap la phone nie.. hehe.. sesapa yang nampak rege murah, tak rugi rembat satu!!

hat yang nie, draf... masa nie aku edit guna software biasa......


hat yang ni pulak lepas aku didedahkan cara editing guna sony vegas... em, payah gak nak faham... banyak fungsi lain aku biarkan dolo sebab mmg tak faham....



esok, aku kena kasik video nie kat penyelaras PKzg tapah road... Man CB... ilmu dia tinggi dah tu tak lokek!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

_6325658391_5f445fc2cd_b

Tuesday, November 8, 2011

masjid an nur ulu kinta

aku sempat wat rakaman time majlis korban raya haji di masjid an nur ulu kinta.
menggunakan nokia n8.....




HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

Pixelpipe


Dapat juga aku reinstal pixelpipe setelah aku gugel kat tenet.. Ada orang letak sis file kat mediafire..

Kepada yang guna symbian.. Boleh download dan instal.. Tapi la ni, program ni dah takde kat Ovi store.. So kena download dari mediafire..

1. Register percuma di pixelpipe.com
2. Add pipe (laman korang)
3. Instal sis file pixelpipe-log in-update pipe.
4. Dah boleh guna untuk update blog!

Try kalau sesuai ngan korang..

register kat sini : PIXELPIPE
download sis file kat sini : MEDIAFIRE

macam biasa, disklaimernye..aku tak berrenposible kalau henset korang meletop ke.... terbang ke.... hilang ke.... mintak ganti baru.... aku sekadar share2.... lagipon aku dah guna lama....... hehe!

Test guna pixelpipe

Click here for 07112011922_1.jpg

Aku terformat niknokia.. Habis banyak aplikasi yang tersimpan di henpon.. Salah satu yang best adalah pixelpipe.. Untuk post ke blog aku guna tu...


Sent from my Nokia phone

Korban raya haji

Tahun ni raya haji, aku wat korban.-untuk aku Sorang sebab orang umah dan Anak dah wat dulu.

mode holiday semakin dekat


video



HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

Sunday, November 6, 2011

Saturday, November 5, 2011

Mr cendol giant tambun

Hari ni kami ke giant tambun .. Selain dari aku masat tapak kaki, orang umah dan danny dengan cd pilihan masing2....

Kami pekena mrcendol , Em boleh tahan Rasanya... Aku tambah pulut.-ikutkan memang pantang.-tapi sekali sekala kira okay kot!

Memang lemak berkrim.... Gula merah kita sendiri yang taruk.-ikut level rasa sendiri.. Overall.. Okay lebih sedap sebanyak 4 juta kali daripada cendol dekat tesco kampar yang Kat tepi jalan tu..

Tapi aku tak boleh makan selalu.. Tinggi gulanya, takut!

Friday, November 4, 2011

Balik kampong raya haji



Udah lama aku tak balik kg... start dari ujung bulan sept sampai la nie...

Kekangan masa dan kerja menyebabkan aku sukar untuk balik kg..

Raya haji ni aku akan balik walaupun tak lama sebab raya kedua ada wat korban kat tempat aku tinggal ( aku wat korban untuk aku sbb orang umah dan danny dah settle)

Perjalanan jauh tak ku rasa........

tangan tang dada,
mata pandang atas...
Sire Kulop Ludin!

Thursday, November 3, 2011

gali skill



masa aku muda sesangat,baru keluar ngajar tahun 1997, aku mmg aktif dalam bab2 camnie..... biasanya persembahan akhir tahun,sukan tahunan diserahkan pada aku.. so, pecah pala gak memikirkan pergerakan yang mudah tetapi aktif untuk bebudak....

kebetulan pula budak2 asli mmg minat pada hiburan so cepat je dema tangkap pergerakan.....dan takde malu2...  tiap2 petang, aku akan buat latihan..lagipon masa tu tinggal kat batu 14,jalan pahang mana ada hiburan apa2... letrik pun tarak... suiz dalam umah banyak tapi takleh guna.... hidup bertemankan gasoline..skali skala baru layan generator....

bila on jea generator... penduduk kampung berhampiran akan datang umah...mereka tau ada show malam tu.. shownyea aku pasang vcd... biasanya cete hindustan... time2 tu cete2 shah rukh khan paling popular... kuch2 ho ta hei dan macam2 lagi...

Itu le hiburan kami kat atas.... tahun 2003 baru le ada letrik..... perkara pertama aku perasan... penduduk kg pakat palam astro dolo... hehe...

aku mengajar di sana 9 tahun..... dalam 9 tahun tu, aku faham benar cara pemikiran,adat resam dan budaya masyarakat asli...malahan aku juga boleh berbahasa semai....

Kini di tempat kerja baru.... aku tengah gali2 balik skill yang dah lama aku tanam...   Entah ada lagi ke idak......

* video di atas aku rakam pagi tadi, 3/11/2011 sebelum hujan lebat turun....




HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

Aku dan Anak mungkin sama

Aku tak merasa buat seperti dalam gambar kerana aku memang Sorang time membesar-tanpa bapak nak bermanja dan bermain-danny pula Sorang Cumanya dia ada aku-jadi dapat juga dia bermanja2 ngan bapaknya!

Aku harap dia dapat adapt keadaan sebegitu .

Syukur

Gambar ni aku snap masa Bercuti di teluk batik tahun lepas-ada kenangan gambor ni-kenangan masa memula guna lens sony 18-250mm.. Harga kurang singgit 2k-aku pairkan dengan sony a380.

Gambar ni membuatkan aku terpikir tentang nikmat yang aku dapat selama ni-kadang2 kita selalu lupa bersyukur dengan apa yang kita ada-malahan mengeluh lebih2 pulak!

Muhasabah diri sangat penting.-sendiri Ingatkan diri sendiri tanpa paksaan mana2 pihak-itu lebih nice!

Wednesday, November 2, 2011

Isonic 32 inci

2 minggu lepas aku ke tesco-aku beli tibi lcd jenama Isonic buatan tempatan Katanya (beno idak aku tak pasti sebab jaman la nie banyak jenih buatan china tapi tukor sticker)

Harganya rendah,rm699 je.. Kualiti luaran mmg plastik-gambar, cantik dan ada macam2 sambungan dari projektor sampai la hdmi dan ada cucuk usb untuk format avi.

Disebabkan ada hdmi maka aku sambungkan pada laptop-peh kan main besor display fb dan pada masa yang sama aku leh layan cete hindustan!

Sebenarnya ada 2 lagi tibi atas lantai.. 1 samsung lcd 32( suara ada tapi gambor tarak dan lagi satu sharp crt 29 yang langsung tak menyala) menunggu untuk dibaiki.. Lcd samsung dah aku hantar repair tapi rosak balik.manakala sharp tu bukan main berat nak aku angkat So sabit tu.. Aku kiv dari repair.

Tapi aku kena hantar repair gak sebab cuti sekolah ni aku dan danny nak main ps2.. Aku dah janji dengannya! Mau tak Mau, aku dan orang rumah le yang kena angkat tibi yang berat tu! Bersulam minyak angat le Nanti!

Tuesday, November 1, 2011

Main biji getah

Ini biji getah-bukan biji alien mahupun biji durian.

1979 time tu aku bersekolah di srk methodist tanjung rambutan-di belakang kantin time tu banyak pokok getah. So memang meriah la dengan biji getah nie.

Oleh kerana takde psp (ta wujud lagi) maka main biji getah mmg favourite aku ngan kekawan. Main tekap biji getah-sapa pecah kira kalah. Merah2 jugak la tapak tangan.Kemudian yang kreatif , pergi gosok biji getah ni Kat lantai-bila agak panas terus dengan sengaja je lekap Kat kawan2-peh melompat la jugak! Ada juga yang bijak buat lubang Kemudian dengan batang eiskrim + tali dema jadikan helikopter.. Hat helikopter ni aku sampai sekarang takleh nak wat, tak Jadi2. Susah betul pada aku.

So ahad kelmarin aku jumpa biji getah ni lalu aku explain pada danny-tapi aku tak ajar la gosok2 Kasi panas-risau dia buat Kat kawan2 dia di sekolah Nanti Jenuh aku menjawabnya.

Sekarang ni aku rasa tak ramai budak2 kenal dengan biji getah-mereka lebih kenal angry birds! bukan salah dema tapi keadaan persekitaran dah banyak berubah.

Kadang2 yang lama2 tu perlu juga!

Price tag

Masa balik kerja aku nampak ada satu mamat ni dengan payah membalance kan motornya disebabkan pemboncengnya adalah sebuah tong dram yang besor.

Bahaya sangat tapi kenapa? Mudah je soal green-manusia akan buat apa saja untuk green-tambahan pula kalau dah berkeluarga , komitmen dipenuhi bagi mereka yang bertanggungjawab.

Mula2 aku pikir apa le sangap sangat sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain bawa tong sebesor tu tapi lama kelamaan aku berfikiran rasional. Mungkin brader tu terdesak memerlukan green. Mungkin susu Anak perlu dibeli atau mungkin dapur perlu diasapkan..

Kadang2 kita mudah lupa dan tak bersyukur -takyah cete orang lain-aku pon sama-tak cukup ngan tabby huawei,aku dah teringin lak tabby samsung Padahal aku dah ada motorola android sama je..

Aku ada nokia n8, pada masa yang sama sony ericsson satio aku selit dalam tapuwei je. Nokia n86 aku terbiar juga. Belum lagi dengan alcatel harga murah tu , aku selotep ngan charger sebab takut terlupa letak di mana Nanti..

So aku dah ambil keputusan tak akan beli henset Esok.-tapi lusa aku tak pasti-dan aku akan renew tekad aku 24jam sekali. Aku takleh nak stop terus sebab nokia n8 dah agak berumur-bulan ni dah genap setahun aku guna.dah lama sangat-aku tunggu henset sony 16 megapixel yang akan keluar Nanti-baru aku ganti nokia n8.

Sementara tu aku nak belajar genggam tak tiris... Aku nak Gedekut sikit-tangkai jering-tapi semua tu perlu aku belajar-maknanya mungkin aku akan lulus ataupun tidak-bukan satu tugas yang mudah sebab opah aku tak ajar macam tu.

aku akan selalu Nyanyi lagu "jika kau fikirkan kau boleh"

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...