aku-dan-photography

Monday, October 31, 2011

Kuala woh tapah

Di kuala woh tapah ni juga kaya dengan tumbuh2an, macam2 jenis pokok kita boleh kenal sebab ada name tag dema tampal dan kita boleh baca2.

Sapa2 buat kajian tentang pokok2 ,serangga2 atau kenapa harga meegi cup sampai rm2.50 sedangkan air percuma Kat Sini takkan la ayor sungai REBUS sampai begitu sekali Harganya.. Bolehlah datang ke Sini.

Kalau musim petai, ada penduduk asli datang menjaja petai dema.. Harga berpatutan memandangkan bukan Senang nak manjat pokok petai -melangit tingginya-aku pernah tengok dema manjat-ngeri makcik.. Pakcik.. Takleh bayangkan-dan sebab tu aku tak berapa makan petai mengenangkan kepayahan mendapatkannya.

Di kuala woh, ada chalet, surau serta facility lain-so takde masalah. Cumanya makin hari makin penuh dengan orang-ramai dah tahu nikmat mandi sungai berbanding kolam mandi.

Jambatan gantung ada di Sini dalam keadaan baik cuma aku perasan ada satu lapik lantai kayu dah terkopak.. Masuk ni dah 2 minggu tak berganti.. Mungkin pihak yang berwajib tunggu peruntukan yang ke 78 baru nak ganti kot-ataupun memang stail kita macam tu.. Tunggu sapa2 Udah terlepas ke bawah baru berakal!

Ada beberapa tempat airnya agak panas2 suam sebab ada belerang Kat lapisan bawah pasir Jadi boleh le berendam ala2 jakuzi..ada satu tempat tu siap berbumbung dan ada kolam air panas yang ada tulis peringatan jangan berendam sebab kolam belum siap ubahsuai, dah dekat setahun-mungkin 8 tahun lagi siap le tu-kita kena faham , wang rakyat bukan semudah itu nak dibelanjakan.

Tempat parking luas -boleh parking dengan selesa-tapi seelok2nya time parking , pandang2 le ke atas-pokok2 Kat Sini sebelum perjanjian inggeris belanda dah wujud.

Kekuatan mengatasi kelemahan-kuala woh memang Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga,aktiviti Sekolah,meluahkan perasaan cinta dan kejujuran-kawasan hijau yang terbentang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan-buat kapel2 yang nak berasmara dana-tidak dibenarkan sama sekali sebab memang takleh-sendiri Mau ingat-lagipun mana tau Esok2 video korang kuar Kat tenet, camne nak padam!

Sekiranya ke tanah rata melalui jalan lama (jalan pahang) singgah2 sebentar di Sini.

Setakat ini sahaja yang boleh kongsi-mau tau lagi? Datanglah sendiri ye!

Sunday, October 30, 2011

Quality time with danny

But above all, Its all about spending your Quality Time with your beloved family especially with Danny.

Ill Try my Best to focus on him during this school holidays.

Kopi kedai kuala woh

Pau sedap pun ada.black pepper chicken pau mmg Best-berasap tinge!

Kopi kedai kuala woh

Makan tak Jadi masalah di kuala woh sebab ada kopi kedai di Sini-standard rest house tapah sebab ownernye sama.

Quality time Kuala woh

Quality time hari ni ke kuala woh-dekat-murah-ada sungai.

Kedai ayam goreng kasturi tapah


Kat tapah berhampiran shell, ada sebuah kedai jual ayam goreng. Rasanya sedap , crispy dan harga rendah.

Ramai orang datang Sini.-niat sama je.. Makan ayam goreng.

So petang tadi aku Bawak danny dan orang rumah ronda2 tapah.-kami naik moto-danny tengah2-macam tak cukup napeh je dia disebabkan tersepit antara mak dah bapaknya-aku dah suruh duk depan tapi dia tak endak-bior dia rasa.

Lepas ronda2-aku singgah kedai ni.. Dan kami makan dengan gembiranya kerana ayam goreng itu memang sedap betoi! ( siap aku layan nasik lemak 2 bungkus lagik)

Setelah kenyang kami pulang ke rumah sambil menyanyi lagu kegemaran masing2 dalam hati.

Setelah 15 tahun aku tinggal di tapah, ini adalah kali pertama aku singgah dan menikmati Ayam goreng tadi.

Besar juga tapah ni!

Saturday, October 29, 2011

Badminton

Pagi tadi lepas breakfast , aku main badminton ngan danny-lutut aku tak berapa Ok sebab kesan main bola tampar semalam masih ada-malahan peha pun sakit.

Main pun kejap sebab danny mintak time off-hehe dia pun tak larat lama2.tapi dia nampak puas sebab...

Quality time antara kami berdua-esok ta tau Quality time apa pulak untuknya!

Friday, October 28, 2011

tag

kali pertama aku kena tag....
camne nak settle nie.. huhu!!

HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

DP Facebook Terkini aku....



susah payah aku main bola tamper pagi tadi untuk kuorkan pads tuh!!
peluh2!!!

HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Real steel

Semalam aku layan cete real steel-tipikal dan dijamin boleh tahu jalan cerita.

Dalam begitu tipikal, hati aku tersentuh apabila part last seperti dalam gambar tu waktu wolverine peluk Anak lelaki dia ketat2, aku terasa betul moment tu-tak sedar airmata ni ngalir.. Macam aku layan cete rashid sibir taim raya.

Kalau ada masa leh layan cete nie-banyak idea2 untuk merapatkan hubungan bapak dan Anak.

I like!

Tapi Macammana nak cari robot lak Lepeh ni?

Thursday, October 27, 2011

Sains A

So lengkap le 5a untuk pksr 2 buat danny bagi tahun satu ni..

Maknanya aku kena beli 3 cd seperti yang aku janji-danny dah tanya Kat mana nak beli cd dia-aku kata:

Promise is a promise, Dont worry about that..

Kena cari Kat mana? Entahla..

5a dan 3 keping cd

Aku janji Kat Anak aku-kalau dia dapat 5a aku beli 3 cd.

4a dah dapat cuma 1 kertas je lagi.. Sains-aku sebenarnya tak berapa kisah dengan apa yang dia dapat sebab pada aku ukuran kepandaian seseorang tidak terhad kepada akademik sahaja-banyak cabang lain lagi.

Aku cuma nak dia kecapi nikmat kejayaan dengan sejujur yang boleh.halal-dan biar dari usaha sendiri.

Kadang2 kita perlu merenung dalam2 kejayaan kita-halal ke usaha kita untuk menggenggam segulung ijazah yang kita tukarkan menjadi gaji seterusnya kita ratakan rezeki tersebut untuk Anak/bini makan?

Bila tugasan yang diberi.-bukan hasil tangan kita?

Wednesday, October 26, 2011

Dalam tin ada tin sardin

Masa kemping pengakap aritu, kawan aku bukak tin sardin.. Banyak! So dalam banyak2 tu ada 2 tin sardin yang dalamnya ada tin lagi-udah berkarat!

Ni mesti kes kurang mentenen kilang ! Mesin ngetinnya dah pening.

Tak boleh nak cakap apa sebab sardin tin memang dah sebati ngan lakyat kita!

Nasi goreng ikan rebus

Ikan rebus kalau Ikutkan adalah makanan untuk orang yang tak banyak duit, dahulu kala-tapi sekarang.. Nilainya dah tinggi.. Tak pasti berapa Harganya tapi aku tahu, mesti mahal-sama macam ikan sardin ..

Tak semua makan ikan rebus sebab ada yang tak berapa yakin dengan kebersihannya-terpulang pada individu.

Aku dah diberi makan ikan rebus dari kecik lagi oleh opah aku-so takde masalah.

Makan ikan rebus kalau nak Best.. Kasik tuang kicap sikit ateh dia-peh mmg mantop!

Ada sebuah kedai menjual nasi goreng ikan rebus yang pada aku mmg menyelerakan.. Di tapah road-kedainya bersetentang sekolah kebangsaan pendita zaaba.

Kedainya simple tapi tukang masaknya adalah seorang chef-so masakannya superb!

Malam tadi aku dan famili makan di kedai tu.. Licin pinggan tinggal tulang je!

Tuesday, October 25, 2011

Jam 3.30 pagi

Baru landing pala ateh bantal-menyiapkan markah peksa penggal ke dua.

Seronok keje cikgu nie.. Kerja tak kira masa-nampak mudah tapi hari2 bermain Emosi samada diri sendiri ataupun orang lain-suka tak suka, hari2 kena stabilkan Emosi.-idak kalu ianya akan membahayakan dua2 pihak.

Takleh Pegi dah nie.. Time tido sebentar dah sampai!

Monday, October 24, 2011

Perkhemahan pengakap lencana keris perak peringkat daerah batang padang

Hari jumaat sampai ahad aku terlibat dengan camping bawa bebudak tahun 4 dan 5-di kuala woh tapah.

Tempatnya luas dan memang Sesuai untuk aktiviti berkhemah nie-aku lepak 2 hari,cuma hari terakhir aku tak dapat nak join sebab terbangun lewat! Kuala woh ngan rumah aku cuma mengambil masa lebih kurang 15 untuk sampai tu pun sebab jalan pahang ni banyak koner2!

Aku tak bermalam di situ tetapi kawan aku lagi Sorang yang kaver waktu malam-dia tidur dalam avanza-aku balik gak sebab Rasanya tak berapa selesa tidur dalam kancil boxter aku tu. Badan dah berumur..

Kalau Ikutkan lebih baik tak iring /Teman bebudak tu tapi mengenangkan amanah makbapak dema-aku Teman gak kawan aku tu.. Setakat yang mampu.

Setelah 3 hari 2 malam.5 Anak murid aku lulus ujian lencana keris perak! Tahniah.

Tahun depan, rutin sama akan berulang.. Dan muka yang sama juga aku akan jumpa!

"once a scout,always a scout"

Sunday, October 23, 2011

First letter

Aku ajar danny camne nak pos surat,khamis lalu-seronok dia..

Aku suruh dia tulis nama alamatnya sendiri.

Thursday, October 20, 2011

Kembali seperti biasa

Selama sebulan aku sibuk dengan urusan kerja.. Sebulan juga orang rumah berulang alik mengambil danny dari sekolah dan sebulan juga rakan sejawat terpaksa menggantikan waktu aku ditempat kerja.. Terlompat2 dema.. Tapi nak buat macammana, masing2 menurut perintah.

Aku masih lagi dalam mode memikior tentang umur persaraan.60-rasa debor2, memandangkan aku dah pilih 55 sebelum ini.-kalau aku tambah lagi 5 tahun.. Jurangnya sangat jauh.. Ikutkan aku ada 15 tahun lagi untuk bersara, cukup untuk berkhidmat selama 30 tahun..

Dalam dunia pekerjaan yang mencabar ni.. kekuatan fizikal dan mental sangat penting.. Tapi, semenjak dua nie aku semakin cepat lupa kalau letak barang2.. 2/3 hari atau seminggu baru teringat atau terjumpa.. Bayangkan kalau dah 55 tahun ke atas Nanti.. Peh ngeri!

tapi Esok masih ada... Masih Sempat memikirkan kelebihan dan kekurangan bersara umur 60..

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Rumah rehat kampar

Pagi tadi aku ke rumah rehat kampar atas urusan kerja-last aku ke Sini adalah setahun lepas semasa sekolah aku wat dinner penutup 2010 yang mana aku dapat cordless screwdriver. (dah setahun, tak pernah aku bukak kotak tu)

Cantik rumah rehat ni, ada kolam mandi lagik! Makanannya aku tak dapat rasa kali kedua sebab aku takleh berlama2, urgent ke tapah lak!

Singgah2 ke rest house kampar mungkin ada kelainan di sana!

Sunday, October 16, 2011

Kem bestari solat

Sabtu aku bawa Anak ke kem bestari solat di tempat kerja.

Yang urusnya 100% ustazah. Aku cuma antar/tunggu danny di samping tu macam biasa aku Jadi tukang tangkap gambar.

Seronok aku tengok danny ambek air wudhuk, terkebil2 biji mata lepas ustazah yang handle tahun satu tu (badan kecik tapi suara mantap) suruh dia ambek-kompom le banyak nak kena ajar.baru dia tau!

Aku kali ni tak bergerak aktif menembak gambar sebab kesan main bola tampar jumaat aritu dah sampai.. Main tak hengat dunia-aku jalan Udah rupa tapir dalam pantang je. Sakit satu badan!

Esok, ahad aku kroje-entah le camne ghupe panjat tangga Nanti.. Tapi Mujor orang umah ngurut tadi-ada le lega sikit!

Tapi aku masih mahu main bola tampar!

Saturday, October 15, 2011

You spend more Time with your laptop instead of playing with me

Wow.. Terkedu aku dibuatnya bila Anak Aku expresskan feeling dia terhadap aku.. Time tu kete tengah stop Kat terapik lite simpang shell tapah... Aku panik.

Aku terdiam kerana apa yang dikatakan tu benar..

Aku tak mampu menidakkan apa yang Anak Aku kata.. Suasana dalam kete tetiba sunyi-aku rasakan perjalanan pulang ke rumah mengambil masa yang panjang untuk sampai.

Mulai Esok , aku akan lebihkan masa untuk danny.

Pasti..

Friday, October 14, 2011

Bola tampar

Dah lama aku tak main bola tampar.. Rasa2 aku ada dalam 15 tahun.. Tapi pagi tadi aku join ngan murid2 tahun 6.. Haha.. Aku pakai seluar katik je sebab seluar track aku dah lupa letak Kat mana.

Rupa2nya aku masih ada skill main bola tampar walaupun debar2 takut cramp... Tu pon aku dah lumor minyak angat tang betih....

Walaupun tak sehebat maoro attack... Aku masih boleh lagi setting bola dengan baik.... Cuma nak smash, graviti lebih mencemburui diriku... Cepat betul landing ke tanah!

Kini aku rasa letih betoi! Satu badan dah mula2 sakit... Jap lagi kena tido gak... Kasik urat kendur semula....

Dah mula rasa ketagih nak sepot.... Em, kena tangkap kasot satu... Rebook,adidas atau nike?

Persoalan tu....

Wednesday, October 12, 2011

Apam / apom polkodot yang comei

Aku beli Apam comei ni sebab aku tertarik ngan polkodot yang ada di atasnya.. Kalerful!

Aku belikan untuk orang umah, rakan sekerja dan makpak orang rumah aku..

Apam ni yang buatnya Anak dara.. So orang rumah aku (tak pasti berlawak atau siyes) terkata aku beli polkodot sebab seperti di atas.
Anak dara!

Wow! Taim aku beli, tak terfikir camtu... aku ikhlas!

Rugi le pulak tak terfikirkan taim tu!

Lembaga hasil dalam negeri

Sebagai salah seorang rakyat malaysia yang berhemah tinggi dan bersemangat patriotik disebabkan phobia nak naik kapalterbang maka aku adalah seorang pembayar cukai yang sentiasa jujur semasa mengisi taksiran cukai secara online.

Walaupun aku boleh mengelat Sana Sini situ siti, aku masih tak endak kerana siakap senohong..

Jadi marilah kita membayar cukai demi pembangunan negara!

Tuesday, October 11, 2011

Pokok duit

Dah kul 3 pagi, aku kena tido.. Esok ada meeting..

So Sebagai tanda ngantuk, aku hadiahkan gambar pokok duit momento tanda penghargaan kepada korang yang sampai Kat spenda pintal getah..

Jangan rebut2!

Monday, October 10, 2011

Batuk agak kurang

Batuk aku agak kurang, tapi Jenuh jugak aku telan ubat batuk.. Wat masa nie aku Sesuai ngan tamsolo kaler hijau tu.. Cepat cair kahak.. Idak le berbunyi dada time napeh..

Selain ubat batuk, aku juga kebam lozenge.. Semua aku cuba.-sehinggakan aku tertarik ngan hudson dalam tin nie-harga dalam 7 hengget lebih-beli Kat guardian-kemudian aku beli jenih dalam botol-tinnye menarik sebab ala2 retro!aku dah mula nak mengumpul benda2 camnie-sedangkan dalam umah Udah penuh ngan seaneka benda!

Tapi takkan jejas kalau setakat tin kecik dan comei tu!

Ahakz!

Sunday, October 9, 2011

AKU 5 TAHUN LEPAS DAN SEKARANG!! HAHAHA!!

tadi member aku antar sms.. kasik tau dia dah upload video ke youtube.. Video Sambutan Hari Guru 2006!! Peh kentang tul.. dah 5 tahun dia simpan... aku pon dah lupe...

Time tu aku bertugas di SK Batu 14, Tapah... 9 tahun aku di sana...kiranya bideo nie adalah bideo terakhir aku sambut Hari Guru di sekolah pertama aku.

Bila aku ke sekolah ke 2.. suasana lain.... takde le sambutan camnie... so, aku tanam semua yang aku dah rasa/buat semasa di Sk Batu 14.....

Bila tengok balik bideo nie... kenangan lama mula menjelma..... hahaha!! Memang thrill pengalaman pertama mengajar murid asli dan memahami kehidupan masyarakat setempat.....


Dan kemudian apabila aku ditukarkan ke sekolah ke tiga... suasananya hampir sama di Batu 14 kerana salah seorang runner di sekolah tu adalah bekas guru yang mengajar di situ.....

Jauh beza betul penampilan dan kebesaran aku.. 5 tahun lepas... dalam masa 5 tahun tu juga... berat aku dah berkurangan sebanyak, 16 kilo!!! Mungkin faktor cuaca yang paneh kat bawah tu nyebabkan lelemak aku terbakor cepat.... Untuk info, Sk Batu 14 terletak pada ketinggian 406 kaki dari aras laut... so memang sejuk!!! nyaman jea!!!!





HIDUP KEKADANG SELAMBA!
Sire kulop ludin spenda pintal getah

Thursday, October 6, 2011

Ke batu Gajah

2 hari lepas aku ke batu Gajah, berjumpa dengan seorang guru yang mengajar di sekolah Kat papan tanda tu..

Aku tak pernah sampai batu Gajah sebab aku tak pernah pun ada niat ke sana-jadi berbekalkan gps nokia.. Aku sampai gak ke batu Gajah setelah 3/4 kali round dalam pekan kerana gps tu cakap ape ntah.-tak paham oleh aku dan orang umah..

Pergi ikut jalan gopeng-balik ikut malim nawar.-dan aku sesat Kat pekan tronoh sebab aku ingat tronoh tu tronoh mines..

Dalam perjalanan balik , aku lalu malim nawar, tualang sekah dan macam2 tempat lagi!

Sampai chenderiang, kami singgah Kat capati corner-peh lembut kan main chapatinya serta kuah sardin yang tip top! Kalau siapa2 lalu jalan lama ke arah selatan-singgah2 di chapati corner chenderiang! Best!

Monday, October 3, 2011

Mode bizi bebeno

Selepas aku balik dari kolompo, tak banyak aktiviti menyonket dilakukan kerana aku memang bizi.. Aku bajet bizi Aku akan settle dalam sebulan.. Sebenarnya aku rasa akan bizi sampai le tutup sekolah.. Letih!

So pagi ahad lepas bekfast di shamli bistro.. Aku ke kedai gunting sebelah gerai bakso dan satay betul2 Kat terapik lite pekan tapah.. Rambut danny dah panjang, Anak teruna aku tu kalau rambut panjang mula le Demam. Agaknya panas kut.

Lepas habis gunting terus balik umah-tak keluar2 dah-tak tau nak ke mana2... Lagipun aku tak berapa sihat semenjak balik dari kolompo-batuk/sesema/Demam!

Esok, aku tak dapat bertugas seperti biasa kerana ada urusan penting di bidor... Pasti kelayen2 aku akan tertanya2, ke mana hilangnya Sir dema..

Hidup kekadang selamba
Kulop ludin

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...