aku-dan-photography

Thursday, June 30, 2011

timbang bukan kurus

timbang baru yang mini.... masuk ni dah berapa kali aku beli, aku pun tak ingat...

Tuesday, June 28, 2011

rest house tapah

nasi goreng cina, sedap tapi agak berminyak... aku makan bahagian2 atas je.... minyak2 nie wat aku geli satu badan!

rest house tapah

aku rajin gak ke rest house tapah tapi bukanlah meeting MLM sebaliknya gi makan ... boleh tahan masakan kat sini... aku bagi 6 star dari 10 kerana takat tu je leh pergi... tokeinye kenal aku sebab gambar2 rest house ni banyak aku upload ke flickr! google image, rest house tapah... pasti ada gambar aku upload akan terpampar!

Monday, June 27, 2011

minggu yang bizi

minggu lepas mmg sibuk. 2 hari jadi hakim choral speaking, kemdian jadi potograper sukan sekolah hari khamis... jumaat hingga ahad di kuala woh...jadi pemimpin scouts... tengok2 budak.... pegi petang balik dkt2 tengah malam... aku tak tidor sana sbb badan rasa tak selesa.... sakit le beralaskan batu2 kat bawah khemah...( faktor usia kot)... Minggu depan, hari sabtu ada larian serentak satu perak... semua skolah terlibat..... Aku dah tentu jadi potograper...tapi kali ni aku malas nak ambik gambar... aku nak jadi SirVideoTaker lak.... guna nokia N8 ngan Sony blogger...

Thursday, June 23, 2011

choral speaking daerah batang padang

aku telah dilantik sebagai hakim daerah batang padang bagi pertandingan choral speaking. ada 6 buah sekolah mewakili 6 kelompok batang padang. esok, aku kena pegi lagi 3 sekolah lagi.....

Tuesday, June 21, 2011

sukan tahun satu buat danny

masa aku sebaya danny, aku masih ingat opah aku datang bagi moral sapport.... kemudian kami sama2 balik, tggu bas ke stesen bas ipoh dan kemudian balik ke tg rambutan. Aku sempat skolah kat sk sri kinta ipoh...lepas tu bertukar ke srk methodist, tanjung rambutan. time tu mudah je nama kelas.. S : budak pandai... R: pertengahan K: gitu2, dan M: gini2 separuh tiang... dari darjah 1-5, asek kelas R je bagi aku hinggalah darjah 6, aku berjaya gak masuk kelas S...... tapi tak sampai sebulan, aku pindah ke melaka....... frust tapi apakandaya, time tu mana ada kaunselor nak aku luahkan segala kepayahan menyesuaikan diri di tempat baru.....

Monday, June 20, 2011

hadiah dari aperture



published di aperture magazine

pagi tadi aku terima hadiah cenderahati dari majalah aperture sebab gambar aku terpilih untuk terbitan pertama. aperture adalah majalah dslr berbahasa melayu pertama di Malaysia jadi rasa best gak gambar yang aku tangkap terpilih untuk edisi sulung! aku nak cuba hantar lagi ke majalah lain pulak! aku tengah memikirkan moment2 menarik untuk dikongsi...

nokia n8 jadi modem

dah jadi modem hset nokia n8 nie... aku connect ke laptop guna btooth pada hset nie.... nice gak, jarang putus2....... korang try la...

tesco kampar

beli barang2 dapur...

ke mana pun bertiga

kecik keluarga aku tapi aku tetap bersyukur!

lombong itik temoh

ni le model yang aku guna untuk belajar potograpi!

lombong itik temoh

sempat bergambar ketika pegi pasar malam kat sana.

Friday, June 17, 2011

laman web kerajaan kena hack

rapuh juga laman web gomen ni yea.. bahaya situasi ni sebab data2 sulit boleh disedut2 macam tu jea.. satu tamparan hebat bagi pakar2 IT yang tak mampu menangkis hacker ni... berapa juta rugi tu tak pasti...apa yang aku nampak di fb... rata2nya menyokong penuh tindakan hackers2... marah betul sebab kerajaan blok laman2 perkongsian...dan aku rasa kerugian pada mereka yang telah membeli akaun premium bukanlah sedikit.. mungkin ratus ribu... Pengurangan harga minyak, pada aku masih belum cukup kuat mengalih fokus rakyat malaysia...belum cukup kuat! Persoalannya adakah kerajaan akan tunduk kepada tuntutan menarik semula halangan atau berkeras dengan keputusan sedia sda....... Dalam banyak2 permintaan facebook... ada dua menarik minat aku, hack laman pinjaman dan hack biro angkasa... *kikiki--- hidup kekadang selamba, kulop ludin

Wednesday, June 15, 2011

perang siber bermula

beberapa laman web telah dihack oleh hackers tempatan.. dema marah sebab gomen dah blok rakyat malaysia dari mendonlod, so ramai panas perot terutama dema2 yg bijak IT... so, tadi aku tengok wabsite malaysia tourism (kalau tak silap) terpampar kata2 amaran geng2 hacker pada gomen... dapat aku rasakan suasana macam filem lak.. mmg macam dunia barat! bagus2 anak tempatan..tinggi2 skill dema. dan goyah sungguh sistem pertahanan IT gomen nie...kena upgrade lagi sekiuriti maya! buatnya dema hack sistem gaji, sedor2 gaji tak masuk...mau le makan pucuk ubi hari2 nanti! aku yakin, masa aku tulis nie... dua2 group sedang laju memecah code masing2.. macam matrik le kot.... dan aku rasa esok, akan banyak website gomen kena hack, mau tak tido malam pada sapa berkenaan.. Ini adalah amaran keras bahawa kemampuan muda-mudi belia sekarang jangan dipandang rendah.... info mengenai mereka ada di facebook! kalau korang lawat situ, korang leh tahu..ramai tak bersetuju dengan tindakan gomen.... gomen pun agak nakal... banyak betul buat pelarasan harga dari minyak sampai le gula...dan astro pon tumpang kaki! haih.. hidup kekadang selamba! KULOP LUDIN!

Monday, June 13, 2011

esok setat keje

so aku tido agak awal... jam 12.. biasanya time cuti mmg lewat... 4/5 pagi... melayan tanam2 pokok kat fb... best gak, tak kuor doit... so selamat bertugas buat mereka yang sama krojea mcm aku!

Sunday, June 12, 2011

bukit merah copacobana

di bukit merah laketown, kita boleh sewa dangau atau copacobana dengan kadar sewa rm20 sejam.... jadi senang nak salin pakaian sebab ada tirai... betul2 dpn dangau ni ada tempat bebudak mandi...mmg nice! mimima sewa copacobana nie 3 jam.o.. suka tak rela.....kita kena bayar untuk rm60!

cuti dah habis

sekejap je 2 minggu berlalu... beribu duit habis. isnin, rutin macam biasa...aku dan danny menuju tempat yang sama... dan tak lama lagi, bulan puasa...kemdian cuti raya... Sedar2 dah masuk tahun 2012.....

Saturday, June 11, 2011

apples to my eyes

ngeteh ngan pegawai

aku ngeteh ngan kawan. kawan aku kerja di pejabat. dulu cikgu sekarang idak. Aku ingat best tapi rupanya banyak tekanan kalau kerja pentadbiran. Patutle aku nampak kawan aku makin tak muda walaupun usia kami sama! Wateber, life goes on! Kulop Ludin.

Friday, June 10, 2011

astro naik lagi

tak silap aku astro akan naik lagi. ada aku tengok pakej baru pelarasan harga. entah apa benda, aku tak pasti. nak diterminate, kawasan aku ni tak dapat nak tangkap siaran percuma! rasa muak bila takde benda yang turun...makin lama makin melampau. pada aku, cukup2 la tu... jangan le melampau sangat. takkan tak cukup apa yang pelanggan dah bayar tiap bulan.....

Thursday, June 9, 2011

klinik razi

aku bawak danny ke klinik sbb batuknya kerap...

canon muncung

ni kali pertama aku pegang dslr canon milik kawan. aku muncung2 ckit sebab aku dari fahaman lain, sony..... takkira samada nikon,canon ataupun sony... yang penting skill!

kuala woh

kuala woh by Kulop Ludin
kuala woh a photo by Kulop Ludin on Flickr.

petang rabu aku keluor ngan kawan... orang trolak tapi tinggal di tepen...

seorang guru yang mempunyai minat dan kemahiran tinggi dalam bidang tangkap gambar.

banyak aku belajar dalam 3 jam bersamanya... salah satunya... slow shuttle seperti dalam gambar.

banyak kali aku pergi ke kuala woh tetapi kali ini aku rasa puas sebab dapat gak wat ayor kuala woh tu berasap2!!!!

lepeh ni aku nak cuba lagi!! mana2 sungai pon jadik!!!

Wednesday, June 8, 2011

upin dan upin dari retina aku

satu malaya kenal mereka. dari yang kecik sampaila besar. semua terhibur... suasana kampung, permainan tradisional, penerapan akhlak mulia dan berteraskan hubungan satu malaysia. namun, aku tersentuh kerana mereka membesar tanpa ibubapa. tak merasa bagaimana mengucup tangan memohon kemaafan di pagi raya... perlahan2 mereka akan terasa kekurangan tersebut apabila satu waktu nanti bila di sekolah, ada time buat karangan bertemakan keluarga saya pasti akan ada ruang kosong di situ.. Sebab itu, berdasarkan pengalaman.... aku jarang menggunakan tajuk2 yang spesifik menjurus kepada keluarga. Biasanya aku akan ubah cikit.. daripada ayah/ibu aku tukarkan kepada insan yang disayangi....ini akan memudahkan budak2 yang takde lagi ibubapa. camne dema nak ceritakan pengalaman bersama ibubapa yang mmg dah takde.... Kadang2 pengesahan satu2 borang perlukan tandatangan ibubapa dan tak ditulis penjaga maka ianya memeningkan...aku tau sebab aku pernah mengalaminya dolo.... Kadang2 aku terpaksa cerita panjang lebar kenapa aku tinggal ngan opah aku... Upin dan ipin sebenarnya adalah satu hasil seni halus yang digarap melalui pengalaman individu.... melihat beradik kembar nie ceria sepanjang masa secara tak langsung mengingatkan aku kepada diri aku sendiri. hidup kekadang selamba. Kulop Ludin

Saturday, June 4, 2011

bag baru

masa Kat jeti kuala perlis boleh pulak bag aku patah tempat tarik... Kebetulan bag tu berat Jadi boleh tahan sakit pinggang angkat bag tu...

So Kat langkawi... Aku beli lagi 2 bag... Satu untuk Bawak coklat dan satu lagi untuk bag baju....

dan memang berat bag coklat... Penuh dengan coklat daim... Memang sedap la.... Berbaloi menariknya....

print on tshirt @ makam mahsuri

masa Kat makam mahsuri ada satu booth wat print tshirt .. Aku nak print satu tapi takde saiz yang sesuai..

Jadi danny je ada saiz.. Tu pun rm38.. So aku pilih gambar masa kami Kat underwater world.

aku dapati rata2 dema guna photoscape... Mudah sangat.. Kalau sesapa nak belajar editing gambar permulaan, aku galakkan korang semua Try photoscape.. download percuma je...

ke bukit merah

sambung cuti ke bukit merah.... Mandi manda...

Wednesday, June 1, 2011

nemo kecik rupanya..

aku ingatkan besor tapi masa aku pegi Underwater world.. Alahai besor ikan laga.. Tapi idak le pasti semua tu saiz macam tu!

never underestimate the beauty of a Malay lady

makam mahsuri.

hanging bridge

Kat atas Gunung tu ada hanging bridge. Nak sampai kena turun tangga Kemudian yang paling Seksa time nak panjat balik. Aku cramp jap.. Sabit aku naik ni sekali je.. Lepas ni tak nak naik dah.

hari kedua di langkawi

aku ke Gunung mat cincang naik kete kabel, ke telaga tujuh dan ke underwaterworld di pantai cenang

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...