aku-dan-photography

Monday, May 30, 2011

they both

let the outingvacation begins..

dalam

excited as usual!

jetty kuala perlis

tengah nunggu boat jam 4.

nunggu taim gunting

tengah nunggu time gunting.. Aku takleh rambut panjang..sebab tak nampak muda!

Sunday, May 29, 2011

serbis kete

lepas wat kelas tambahan, aku gi serbis kete... wat2 apa patot sebab esok nak drive sampai kuala perlis untuk outing vacation ke langkawi...... punye le lama aku kat situ... hampir 3 jam semata2 nak wat alinmen ngan basuh2 ckit.... sampai kramp kaki aku, langsung aku gi masat tapak kaki! la ni, tengah mikir apa nak dibawak.... banyak beg, berat lak nanti!

Saturday, May 28, 2011

facebook dan aku!

kadang2 kat fb... post aku melampau2.. kikiki! tapi apa yang aku tulis tak membayangkan perasaan sebenar sebabnya di fb aku tidak gemar siyes2... tidak berpolitik.. aku guna fb untuk berkenalan ngan jurugambar terbaik macam saiful nang, wazari wazir, harris hamdan dan kulop ludim ( sekadar nyebut beberapa nama) jadi banyak aku belajor... selebihnya aku sosial ngan kawan serta park gambor2 aku... oleh itu aku yakin dengan hati bertaman nie , aku sentiasa letak insan dalam gambar nie sebagai penghuni tetap jiwa aku... hidup kekadang selamba. KulopLudin *sesapa nak add aku kat fb, klik kat siggy tu yea... oleh kerana aku agak memilih untuk add fren.... keutamaan pada pempuan,lawo...takde bulu kaki ngan halkom! kikiki!

big boys toy

dolo masa aku ingat takleh kawin sbb takde awek, aku dah plan nak beli moto besor....aku pilih jenih easyrider... handle tinggi... aku bayangkan pakei jeket, spek mata itam.. simpan misei ngan jambang... bila cuti sekolah, aku akan ronda.. tanpa tujuan just free and easy... if i see any junctions, ill make a turn and venture the path.. mix with the locals..and get to know them better... then i realised, those time with rm600 that bestowed upon me... it was a mere dream...totally unaffordable.... and the option left for me was a honda ex5! darn, still i had to fork out 2k for the downpayment! what a rascal capatalism! later, aih... tertaip omputih lak... kemdian kuor le moto jaguh... peh, macam motobesor dengan harga yang rendah... aku dah ringan nak sambor tapi terpikir lak... kalau la aku tengah2 bawak hway, tiba2 lalu geng2 eazyrider, slow2 je sbelah aku.. sambil tu pandang2 kat aku dan berkata " besor moto bang" peh.... kat mana aku nak larik sorok muka? so aku kensel hasrat nak pakai jaguh.... kini tiap kali aku tengok moto2 besor nie... teringat kembali impian aku nak kembara satu malaya sambil nyanyi lagu ukiran jiwa...... hidup kekadang dream..... kulop ludin. *yang mampu ada la nie, moto kris je! kikiki!

Thursday, May 26, 2011

pil tanduk rusa

ramai pulak yang order, kata dema2.. elok untuk hilangkan pening kepala......

aperture majalah photographi bahasa melayu pertama

penghujung bulan februari, aku ada hantar satu gambar ke penerbit majalah ni.. untuk keluaran sulung! so, aku try2 mana tau dema berkenan... di fb, aku tengok ramai yang submit... hebat2 gambor dema....makin lama makin kecik lak aku rasa badan nie.... kemudian, penerbit tu antor email.. kata gambar aku shortlisted.... aku rasa ada chance kot.... kemudian dalam bulan 4, majalah tu terbit, aperture ... em, aku agak tak terpilih le tu... sbb takde dapat apa2 info...lagipon aku cari2... majalah ni takde kat tapah! hampeh..... hampir 2 bulan... kat fb, member ucap tahniah sbb katanya ada nama aku dalam majalah aperture ! uit... terkesima aku! so, dengan group malaysia alphanatic clique di fb ,aku tanya... kot2 ada orang beli majalah tu dan mintak check.. huhuhu! kompom mmg betul aperture pilih gambar hasil tangan aku! dah tu aperture letak gambar tu besor2! gambar orang rumah ngan anak aku sedang tunjuk2 ke langit... aku cuba apply kan pembahagian 2/3, iaitu 2 bahagian menceritakan keindahan background manakala 1/3 lagi untuk subject .... danny sedang snap gambar layang2 kat atas manakala orang umah tengah tunjuk2 layang2 tersebut... spontaneous, tak dirancang.. disebabkan aku mengadap sunset maka wujud imej siluwet... dan aku biarkan sedikit imej matahari tu sbb nak nunjukkan bahawa time tu sunset.... aku guna kamera sony dslr a380 dengan lens baru beli.. belinya sehari sebelum aku ke teluk batik... sony 18-250 harga time tu rm1999! aku rasa puas, sebab ini kali pertama gambar aku dapat 1malaysia tengok.... kecuali tapah kot! kikiki! rasa sangat gembira! agaknya macam tu le siti nurhaliza rasa tiap kali dapat award! aku tag ramai kawan fb pasal gambar ni, bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi sama petasaan aku ( pada masa yang sama nak bakor gak!) kikiki! ok lah... nanti aku share apa le aperture nak hadiahkan aku sbb dalam email mintak alamat nak postkan sumting ... "aku cuma tukang tangkap gambor) kulop ludin!

Tuesday, May 24, 2011

ipad3 dan tabung

pc fair ipoh baru2 ni member aku dah tangkap satu set macam samsung tabby... dezibel namanya... harga rm999.... android.... kaler itam.... cool..... aku ke sana jugak, dan aku nampak set tu! hati debar2, terasa nak rembat.... kebetulan aku berdua ngan kawan jadi aku rasa bisikan2 suruh aku beli tu mesti bisikan2 napsu jahat! kompom! tapi aku cuba baikkan napsu tu dengan menabung.... sehari 5 hengget cukop.... 365 hari, aku dah boleh rembat ipad3 ( aku estimatekan dalam 365 hari, akan kuor pulak ipad3!) atau paling2 lekeh, ipad2! tu pon kalau aku tak miss sehari dua menabung..... seronok rupanya menabung untuk mendapatkan sesuatu, feelnya lain ckit! contohnya, holiday kat siam aritu pun guna duit tabungvacation... kali ke langkawi pun sama...... takde le memikir sumber sangat sebab dah sedia awal..... so, dengan penuh semangat aku nak simpan 5 hengget sehari untuk ipad....10 hengget untuk outingvacation,10 hengget untuk lens sony 70200G f2.8 (5 tahun baru cukup untuk beli-pensan) dan mulai esok... aku nak berjimat cermat.... roti , aku kongsi separuh2 ngan danny! tapi aku harap tidak la tergoda dengan masakan makcik kantin......... hidup kekadang menabung.... Kulop Ludin!

Monday, May 23, 2011

mistik

minggu lepas... aku beli bola nie... so aku main ngan danny, kemudian aku tido... lama tak menendang... cepat letihnya.... jadi danny main jap sorang2.... lepes tu, dia pon nak rehat bersama aku kat bilik... tak lama kemudian dia pon keluar bilik..... BOLA TU HILANG! sedangkan pada masa tu cuma pintu sliding je terbuka..dan betul2 dekat pintu tu, orang umah aku dan opah tengah story2.... dalam rumah cuma ada aku,danny,orang umah dan opah aku... pintu belakang tutup...maka nak keluar masuk, mesti melalui pintu depan...... Bola tu besar, kalau begolek keluar...pasti opah dan orang umah nampak! Jenuh kami cari,mmg tak jumpa....... sampai ke dapur...melangkau pemikiran rasional.... 1 minggu aku pikirkan ke mana dan macammana bola besor tu boleh HILANG tanpa jejak! hidup kekadang mistik. Kulop Ludin

ke pekan tanjung rambutan

esoknya aku ke pekan tanjung, aku dan orang jalan berdua sebab danny dah ikot toknye makan roti canei di batu 8. aku beli belon besor nie... harganyaa rm10..... (terkiki, bola tu mungkin pecah) Bola ni dah aku beli kali 2! dalam masa 2 minggu.... ada sebab kenapa aku beli lagi!

roti tisu everest mamak tambun

minggu ni aku balik kg... macam biasa aku akan lepak minum di kedai mamak tambun bersama ejan... kawan kecik sampai la skarang, dah 30 tahun kami berkawan.... so aku order roti tisu, dalam pala... biasanya tinggi roti tisu dalam sekaki jea.... Tapi yang sampai 1 meter! entah apa kena ngan mamak tu! orang semua pandang kat meja kami.... Harganya cuma rm3.50 jea... kikiki! aku rasa mungkin sebab aku ada kenyit mata kat mamak tu...dan mungkin dia bersemangat! Hidup kekadang selamba, Kulop ludin.

Saturday, May 21, 2011

Berita Harian Online | Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan

Berita Harian Online | Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan

tak dapat gambaran jelas lagi... hanya baca berita jea.... harap2 ramai akan selamat......

HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

Berita Harian Online | Macho Man terbunuh dalam kemalangan jalan raya

Berita Harian Online | Macho Man terbunuh dalam kemalangan jalan raya

Macho man nie salah sorang wrestler yang aku minat taim bebudak dolo....
time tu mmg berangan2 nak badan ketoi2...leh belasah orang kalau tak pueh hati...
rasa puas kalau dapat hentak orang kat tiang...yang mana aku idak le tau dema tu dah rancang awal2... ingat betul jea...

Randy Savage 1
part jari tu mmg takleh lupe!!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

!! the izat.com: Al Fatihah Untuk Telordibasuh

!! the izat.com: Al Fatihah Untuk Telordibasuh

DSC07410


beberapa bulan lepas, ada sorang blogger singgah kat blog spenda nie... dengan nama link yang menarik.. Telordibasuh... Aku jadi kurius...nak tau apele cete blog tu...

lepas melawat blog tu, aku dapati blog tu menarik dengan sisipan cerita yang kekadang kita tak terfikir nak fikir... dari titik tersebut, selalu gak aku blogwalking ke blog telordibasuh.

Kemudian aku tertinggal disebabkan aku sibuk... beberapa hari lepas, ada sorang lagi blogger singgah di sini...aku follow linknye..ghope2nyea.. blogger nie bekas housemate blogger telordibasuh...

Aku terkejut kerana dalam post terkini, blogger telordibasuh dah takde kat dunia nie..... bila aku singgah ke blog telordibasuh... aku dapati last postnye bertarikh 15hb May 2011 dan pada 19May.. (4 hari kemudian) Dia telah meninggal dunia.....

Semoga rohnya dicucuri rahmat, AlFatihah buat arwah.....

Hidup Kekadang kenangan,
Kulop Ludin

Friday, May 20, 2011

makan sebelum kul 7 malam

la ni aku amalkan makan sebelum kul 7 malam..... ni adalah kerana aku dalam peroses nak mengurangkan ukurlilit pinggang.... di samping itu juga aku tengah minum greenlife/ greenlite.. entah mana satu ejaan yang betul... so, rajin le aku ke ayor! tapi best sebab pada masa yang sama dapat kurangkan gastrik! ironiknya.......pepagi udah lapor le pulak......dan makan pagi dah macam tengahari! hidup kekadang selamba.... Kulop Ludin!

Thursday, May 19, 2011

sapa nak anak tak pandai

semua kalau boleh nak anak cemerlang dalam pelajaran.... ukurannya A! A segala2nya..... tapi hakikatnya ada diantara anak tersebut mmg tak terjangkau impian ibubapa. Fitrahnya, setiap manusia ada kekuatan masing2. Untuk anak2, dalam usia 8 tahun sepatutnya dah boleh membaca sukukata yang mudah2...dan mampu untuk kenal huruf sekurang2nya... jika ada anak kita yang masih gagal untuk menepati kriteria sedemikian, bantu2lah mereka. Aku suka murid2 yang dianggap stok2 tak berapa pandai kerana berasa puas betul setiap kali mereka lulus dalam matapelajaran yang ramai gerun.....Bahasa Inggeris..

Wednesday, May 18, 2011

hari guru

selain daripada jadi s/ u, aku juga jadi pototaker majlis sambutan ni... so ada le excuse dari berambat kat padang. Tambahan pula lutot aku pun jenih sekehen so berambat tu tak berapa digalakkan. Ini adalah sambutan kedua aku di sini dan aku dapati dalam setahun ni agak ketara kualiti gambar yang aku tangkap...semakin baik.. mungkin tahun depan ianya akan jadi lebih baik lagi!

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU BUAT AKU!


setahun hanya sekali merayakan hari yang istimewa ini.....

Sunday, May 15, 2011

kualiti taim with danny

kami main bola besor, rm10.... boleh le kuor2 peloh...... weekdays mmg aku spend kualiti taim ngan danny.... masa aku sebaya dia....aku tak pernah spent kualiti taim ngan bapak aku... aku dah takde bapak....... so, aku tak endak danny membesar macam tu..... sapa pun taknak....

kualiti taim ngan opah aku

pagi tadi aku tengok opah aku duduk layan feel ateh kerusi roda, kebetulan ada satu lagi kerusi roda kosong,so aku layan feel sebelahnya. Opah bercerita tentang silamnya, jerihnya membesarkan anak2... airmatanya dah kering. Kemudian, aku ke rumah mak sedara aku... aku story2 keadaan opah dengan harapan mereka akan faham... Tak pernah aku "bahasakan" mak sedara aku kerana aku dah didik supaya menghormati orang yang lebih dewasa daripada aku..tapi aku berkias2, rasanya mak sedara aku faham. Katanya, dia akan ziarah opah... Samada itu akan terjadi, aku tak pasti tapi yang nyata..aku telah menjalankan tugas aku sebagai cucu yang paling tua dalam famili.... Aku ni umpama anak yang paling bongsu dalam keluarga...so, suara aku tak berapa kedengaran..........

opah aku uzur, mana anak2nya?

opah aku semakin uzur... balik kali ini, benar2 merisaukan aku.....dia asyik baring dqn tak mampu untuk bergerak seperti biasa. aku dah pujuk untuk dia tinggal bersama aku tapi dia taknak.... masih mengharapkan anak2 nye yang pelawa tapi majoriti tak semawa langsung.... padahal rumah masing2 dekat jea.... Aku tak pasti mengapa dema sanggup tak jenguk mak dema berbulan2.... apa le salah opah aku... esok, aku akan pulang ke tapah... aku tak pasti macammana le opah aku akan survive...setelah banyak kali dia terjatuh akibat tergelincir..... aku yakin.....satu hari nanti, anak2nya akan rasa apa yang opahku rasa....... dan aku yakin aku mampu untuk senyum sinis kerana aku tahu, siapa diri mereka sebenar. Aku berharap, anak aku tidak mencontohi mereka....

Tuesday, May 10, 2011

Bahasa inggeris


Senarai ni anak murid aku yang kasik.. dema suruh aku dengor...dan aku memang tak pernah dengor lagu2 nie.

So aku search kat youtube... mmg best....aku tak nafikan.... iramanya segar.....

Salah satu cara belajar bahasa inggeris adalah melalui lagu.... cumanya dalam sesetengah lagu, intonasi/ sebutan tak berapa ngikot phonik.omputih pun macam kita gak... ada suku2, lain tempat lain bunyiknya... macam kazar ngorder pizza ( orang bote order pizza)....

Tapi kita ambil positif side, at least ada juga dema prektis2 berbahasa omputih!

Aku, dolo belajar omputih melalui kartun..... sampaikan opah aku risau...tapi dema tak tau.... setiap kali ada perkataan yang aku dengar dan tak faham, pasti lepeh tu aku akan selak kamus...cari makna.... aku mula macam tu dalam darjah 3... dan aku cuba speaking dengan seorang budak perempuan berbangsa sikh yang duduk sebelah aku tiap2 hari.... tu untung sekolah campur2 bangsa.... (aku kena belajor speaking sebab jaman tu kalau nak makan kentaki, kita kena cakap omputih masa order)

Sekarang nie time anak aku pulak... dia belajar pun sama...through cartoons.. banyak vocab yang dia guna hinggakan aku pun pelik, macammana dia tahu/guna dengan betul.. (dia mula berbahasa inggeris ketika berusia 3-4 tahun) cumanya part reading je dia maleh!

Peh... 1.30 pagi, takleh tahan dah mata... nanti sambung lagi.... pagi nanti nak krojea!

posted from Bloggeroid

Monday, May 9, 2011

Anak ngan menantu

hari ni Anak aku dan menantu kami akan menduduki pksr1. Harap2 keputusan mereka berdua akan lebih baik berbanding sebelum ini.

Sunday, May 8, 2011






Aku ke secret recipe kampar, tempatnya berhampiran grand kampar hotel.

Aku nak rasa lagi kek durian...mantap tapi takde stok...haih...

Makan 3 beranak je dah rm109... sama belanja seminggu.... tapi takpe la..... sekali sekala! Kalau selalu.... mau terang pala aku....

posted from Bloggeroid

1MALAYSIA 1RM10


Masa awal2 januari dolo aku dan orang umah dah berkira2 nak menabung 1hari rm10... tak kira ribut atau apa saja kami akan masukkan not tersebut..targetnya nak belanja outing satu semenanjung nov/dec nanti.

So kalau ikot kira jari...boleh le dalam 6k... ok tuh! Tapi disebabkan baru2 dah ke siam jadi ada banyak sudah cobeh2.... banyak sangat2!

Kini aku nak try lagi menabung untuk beli lens Sony 70-200 G kalau ikot harga terkini.... hampir2 7k... peh, leh berdarah idong!

Dan aku masih mengamalkan konsep menabung....

"Menyimpan masa susah, mengeluarkan pun masa susah"

Kikiki...
Hidup kekadang selamba
Kulop Ludin

posted from Bloggeroid

Seminggu lepas


Seminggu yang lepas kami kat haadyai..... cepat betul masa berlalu..
Kini ada satu lagi projek, ke jakarta...tak pasti nak pergi ke idak...

Aku takot naik kapal trobang...sungguh!

mancing di chenderiang

hari sabtu aku mancing di chenderiang.tempatnya Kat dalam sana.-tak pernah aku sampai. Berdua dengan rakan sekerja.

oleh kerana tempat tu terpencil maka aku Bawak moto-dan moto aku dah hampir setengah tahun tak setat-lupa-dan oleh itu menitik2 peluh jantan taim aku nak kasik moto aku bernafas semula.

kali ni mancing sungai-aku lemah betul sebab aku tak pandai nak agak2 time bila ikan tu makan.

selama 3 jam aku tunggu aku.-sekor ikan pun tak naik-sedangkan membe aku tu dapat naikkan 5 ekor. Lagi bertambah panas!

last time balik aku singgah capati corner-bungkus 5 keping. Puas hati!

hidup kena bersabar
kulop ludin

Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY

HAPPY MOTHER'S DAY by Kulop Ludin
HAPPY MOTHER'S DAY a photo by Kulop Ludin on Flickr.

buat isteri tercinta dari kami...
hadiah.. ujung bulan le yea.. tengah kering nie!!

Bercuti di langkawi

hujung bulan ni cuti sekolah-dan time cuti sekolah nie le aku boleh jalan2 tenangkan fikiran bersama orang umah dan Anak.

cadangan awal aku nak outingvacation Kat teluk batik-dekat. Murah dan tepi laut. Tapi orang rumah bagi cadangan apakata ke langkawi.Em-betul juga.-alang2 cuti ..-bior merasa jalan jauh sikit-so aku buat tempahan online.

aku pilih bayview hotel.-aku dah Try 2 kali dan aku berkenan.. Setelah Klik kompom.-transaksi pun diterima.. Baru aku perasan.-aku dah terlebih 1 hari.-jadi 3 hari bermalam di sana-patut le rasa tinggi Harganya-ini kerana aku terlepas pandang 31 mei!

oleh kerana aku baru belanja2 time ke haadyai dulu maka bajet ada kering sikit.-untuk selesaikan masalah ni maka aku bercadang nak bank in syiling Kat dalam bilik tu.. Ada le dalam 7/8 kilo.. Ataupun last usaha.. Aku nak gadai seluar katik lama aku.. Dapat le bayar duit sewa kereta Nanti..

la ni biar aku nap jap.. memikior sambil bermimpi camne nak cekau duit..

*lengan atas dahi.
kulop ludin

Wednesday, May 4, 2011

_dsc00008

time nie aku dah mula terasa berdenyut2 Kat betis.. Tapi aku posing gak!

_dsc00006

Anak dan mak tengah berposing Kat papan tanda bertulis selamat datang.

pantai duyung songkhla

kami dibawa ke pantai ni.. Ramai orang-macam2 aktiviti.. Jualan makanan pun power2 cuma aku takleh nak makan je..

ada le binaan ikan duyung dan ramai bergambar Kat situ.. Aku takleh nak bergambar kerana lepas ni.. Tak semena2 kaki aku cramp.. Dua2 belah sekaligus.. Tak dapat nak gambar betapa sakitnya aku taim tu.. Seksa nak bergerak..

Tuesday, May 3, 2011

kedai kacang

ramai manusia Kat Sini-berbas2.. Aku beli kacang gajus-sedap-harga pun murah berbanding tempat

hadyai honey house

stop Kat Sini-aku belikan madu untuk bapak mertuaku-leh tahan Harganya-tapi madu memang Best

border pass

sedang menunggu border pass dicop kali pertama.

roaming

dah ada dalam kawasan siam... Otw ke hadyai

Monday, May 2, 2011

more haadyai stories after this..

010520112341 by Kulop Ludin
010520112341 a photo by Kulop Ludin on Flickr.
dead tired... got a lot of photos to be shared.... it was one interesting outingvacation that i spent with my family.. and i managed to get some boxers too!!! kikiki!! later i share.... sharing is laughing!!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...