aku-dan-photography

Saturday, April 30, 2011

0700 border

0600 padang besar

berenti

3.51am @ r&r

1.30 @ hentian rehat bukit gantang

Friday, April 29, 2011

And the trip begins

jam 11.. Kami dah ada dalam bas.. Dan bertolak ke padang besar. Aku duduk agak berjauhan dengan danny dan orang rumah tapi masih nampak mereka berdua.

entah bagaimana danny rasa kerana ini pengalaman dia pertama.. Pengalaman kami bertiga bersama menaiki bas. Aku pun dah bertahun tak naik bas-duduk belakang. Berhayun2 lemak Kat badan. Kompom leh kurang lemak bila habis trip ni Nanti.

akan aku update trip ni dari masa ke semasa.

PIL TANDUK RUSA

PIL TANDUK RUSA by Kulop Ludin
PIL TANDUK RUSA a photo by Kulop Ludin on Flickr.
Perhatian! Kapsul Tanduk Rusa adalah ubat kuat lelaki yang paling kuat dalam simpanan kami. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan darah tinggi dilarang mengambil ubat ini.
Kapsul Tanduk Rusa berkhasiat :-
  • Mengatasi masalah lemah syahwat lelaki
  • Menaikkan nafsu seksual lelaki
  • Mengatasi pancutan pra matang
  • Merawat mati pucuk
  • Menjadikan anda lebih jantan
  • Menambah bilangan sperma
Kapsul tanduk rusa dimakan 1-2 kapsul 1 jam sebelum hubungan seksual.
1 biji Kapsul Tanduk Rusa diambil sejam sebelum hubungan seksual. Maksimum jangan melebihi 2  biji dalam masa 1 hari.
APABILA bercakap tentang rusa, ramai yang terbayang akan dagingnya yang enak untuk di makan. Sebab itu juga haiwan itu mula diternak secara komersial bagi memenuhi permintaan terhadap dagingnya.

Tetapi khasiat yang ditawarkan oleh rusa bukan sekadar daging. Tanduknya juga sebenarnya mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana mempunyai khasiat perubatan tertentu.

Laporan oleh beberapa jurnal perubatan menunjukkan tanduk rusa mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa jenis penyakit terutama penyakit dalaman.

“Terdapat laporan daripada pakar perubatan dan jurnal dari universiti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand yang telah membuat kajian tentang tanduk rusa.

“Oleh itu, saya yakin potensi khasiat tanduk rusa boleh dikembangkan dan mengambil inisiatif sendiri membuat kapsul untuk merasai kesannya,” kata Muhammad Akhbar Chiraghdin yang mengusahakan ternakan rusa untuk tujuan itu.

Daripada laporan yang disiarkan dalam jurnal-jurnal yang dibacanya itu, Muhammad Akhbar mengambil risiko untuk menternak rusa bagi mendapatkan tanduknya.

Beliau sebelum ini pernah terlibat dalam pelbagai bidang ternakan termasuk lembu dan kambing.

Daripada pengalaman tersebut beliau mendapati menternak rusa lebih mudah kerana ia lebih tahan penyakit.

Lagi pula ternakan rusa untuk tanduk tidak memerlukan haiwan itu disembelih.

Beliau yang kini mempunyai 2,000 ekor rusa berkata, tanduk-tanduknya akan dipotong setahun sekali.

Kerja-kerja pemotongan itu katanya, dilakukan dengan teliti supaya haiwan tersebut tidak cedera dan boleh kekal hidup hingga 15 tahun.

Setiap kali ‘dituai’ kata beliau, tanduk yang diperolehi ialah sekitar 50 kilogram.

“Kami akan potong semasa tanduk berusia 40 hari dan dipotong setahun sekali. Tanduk akan dibekukan sebelum dihantar ke sebuah syarikat bio teknologi yang terletak di Taman Perindustrian Malaysia (TPM) di Raub, Pahang,” katanya.

Jelasnya, kilang berkenaan yang beroperasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan membuat kapsul dengan mengeringkan, memotong dan menghancurkan tanduk tersebut untuk dijadikan kapsul.

Mengenai kaedah pembuatan, beliau berkata, hanya syarikat itu yang tahu caranya tanpa meminggirkan khasiatnya.

Beliau juga ada membuat kapsul secara kecil-kecilan untuk dijual pada kenalan rapat dan juga ahli keluarga lain.

Katanya, sebelum dipasarkan ke pasaran domestik, beliau melakukan ujian keberkesanan khasiat pil tanduk rusa ke atas dirinya.

“Saya pernah terjatuh dan patah tulang. Doktor yang merawat saya suruh saya berehat tetapi saya mahu ke ladang. Dengan mengambil beberapa biji kapsul tanduk rusa, alhamdulillah saya beransur pulih dan kembali bekerja seperti biasa,” jelasnya.

Apabila diberikan kepada rakan lain yang mempunyai penyakit tertentu mereka juga memberi maklum balas positif bahawa kapsul tanduk rusa mempunyai khasiat.

“Oleh itu, saya tidak menoleh kebelakang dengan menghantar sampel tersebut kepada Biro Farmasi Negara dan Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan status kelulusan untuk dijual di pasaran tempatan,” jelasnya yang dijangka mendapat keputusan pada Mac ini.

Berdasarkan pengetahuannya, tiada pihak yang menjalankan perusahaan itu dan beliau mengambil langkah berani untuk melakukannya.

Namun, atas permintaan tinggi beliau tidak dapat memenuhi kehendak pengguna kerana jumlah pengeluaran tanduk rusa kurang menampung pasaran.

info dapat kat sini... http://n9kini.com/?p=21803

banyak kegunaan rupanye tanduk rusa nie......... teringin? sms aku, 0142584104 harga rm66 untuk 6 kapsul, pos semenanjung.. kalau sabah/sarawak..postage tambah ckit je lagi...

Thursday, April 28, 2011

hakim public speaking

aku dijemput Jadi hakim public speaking di sk haji hassan tapah road-dema lantik aku Jadi chief judge.

public speaking ni bukan semua orang berbakat untuk bercakap secara langsung-tapi amat sesuai untuk membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

biasanya part pertama, macam ayor je bebudak tu berkongsi cerita dalam bahasa inggeris tetapi apabila masuk part imprompt to.-baru kita nampak penguasaan bahasa secara spontan merupakan nadi dalam berpublic speaking.

hampir 2 jam setengah hanya untuk 12 peserta.kalau atas 20 aku rasa Mau aku Bawak sekali tikar dan bantal...Kebetulan pula waktu aku berjumpa klien2 hari ini memang banyak tapi aku layan juga karnival bahasa atas sebab2 support kawan2i..

la ni aku dah nguap 18 kali melayan ngantuk sambil menunggu sirloin steak di rest house tapah yang lama betoi nak sampai..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

cuti2 luar malaysia

jumaat ini jika dipanjangkan umor.. Aku akan ke hatyai. ngikot rombongan cik kiah yang dianjurkan oleh rakan sekerja.

ini adalah lawatan luar negara pertama bagi aku sekeluarga. Dan merupakan pengalaman pertama Anak aku naik bas.(tadi dia dah siap beli bantal kecik kaler oren Kat tesco-katanya nak guna time tido dalam bas) memang nampak excited!

bagi aku dan orang rumah, kami akan ke mana2 sahaja asalkan tak naik plane-sebab kami berdua masih lagi gayat untuk mencuba.tambahan pula aku, skylift Kat bukit merah pun leh ketor pala lutut time aku naik!

aku tak plan beli apa2, cuma nak tengok2 suor katik yang sesuai ngan saiz aku.. Suor katik yang ada sekarang nie -getahnya dah longgar!

hidup kekadang jejalan
kulop ludin

Wednesday, April 27, 2011

story telling

ini kali pertama aku terlibat dengan story telling kelompok 1.. So aku ke sk sungai Lesung mambang diawan. Dan aku sesat-tapi tak berapa jauh.

niat hati nak Bawak danny sekali-saja nak bagi motivasi kut2 dia berminat dengan bercerita memandangkan Anak aku tu boleh berbahasa inggeris tapi disebabkan hari ni dia kecucukan bcg dan polio maka aku rasa elok le dia rilek2 Kat umah bersama maknya.

Seronok melayan budak2 bercerita-macam2 aksi dan intonasi dikeluarkan. Ada yang separuh tiang dah terkebil2-mudah je sebabnya... mereka menghafal-seeloknya kalau bercerita.-bebudak tu kena faham perjalanan cerita supaya mereka boleh bercerita menggunakan gaya bahasa tersendiri apabila terlupa cerita tersebut.

hari khamis Nanti aku dijemput untuk menjadi hakim dalam karnival bahasa kelompok 2 pula-tapi aku tak pasti segmen mana yang akan mereka tempatkan-kalau dapat action song.memang layan...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Monday, April 25, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ENCIK MUHAMAD WAHYIE DAN CIK YUSZANIZA

ini projek hari sabtu lepas 23/05/2011, yang kawin nie adalah chef di restoren liswan area batu 8 berhampiran esso kat ulu kinta.

aku setat jam 9 pagi dan habis dalam kul 3 petang... leh tahan gak la berpeloh2nyea... tapi kira ok gak sebab satu team terlibat sama ( ada 3 orang tukang tangkap gambar di bawah photolensa group)

MAJLIS PERKAHWINAN WAHIE DAN YUSANIZA

kali ini kejap je settle akad nikah...takde le berpeluh2 pengantin lelaki.....

DSC07656
famili belah lelaki memang happening... riuh rendah.... pandai lak dema posing2 jadi tak berapa payah tugas aku!!!

selamat pengantin baru buat encik wahyie dan pasangannya cik yuszaniza....moga kalian berbahagia ke anak cucu!!

hidup kena kawin
kulop ludin

Sunday, April 24, 2011

Anak tak ngenang budi

cuti sabtu ahad kali ini aku ke ipoh.balik kampong. Disamping ada job nembak gambar orang kawin dapat juga aku melawat opah aku yang Sorang2 diri Kat sana.

risau aku.. Tak terjaga makan Minumnya-aku dah ajak banyak kali tinggal ngan aku .-tapi opah aku tak endak, Katanya rumah aku macam kotak-empat segi jea-em.. Nak wat camne gomen yang reka-takat tu je le kreatif nye dema bina rumah..

aku juga ke giant ipoh sebab carikan henset untuk opah aku.. Pelik -ada Anak tapi idak sekor pun kisah mak dema. Anak buluh betung tahap gaban! Aku memang mintak satu hari Nanti biar le Anak2 dema balas balik perbuatan dema-bior dema menyesal sebab langsung tak hirau makan Minum Malah nak menjenguk mak sendiri pun makan bulan Padahal rumah masing2 tak sampai pun 3 batu-hampeh!

apa la salahnya hantar lauk atau jenguk2 tengok mak tu.-sedangkan dema masak hari2... Selalu opah aku berlinang2 air mata setiap kali aku balik.-menceritakan perihal Anak2nya..aku sangat2 pelik..namun begitu kasih ibu lain sikit .. Takkan kita faham melainkan mereka bergelar ibu.. Macam mana pun , opah aku sayangkan Anak2nya.. Saban hari dia duduk depan rumah menantikan kehadiran Anak2nya yang hanya lalu gitu tanpa singgah.

Em... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.. Sementara dia ada.. Kome yang lebih bijak dari lembu2 new zealand.. Fikir2kan lah wahai ibu dan bapa saudaraku...

hidup korang selamba
kulop ludin

Friday, April 22, 2011

pack2....

wedding job

esok ada tugas tangkap gambor kat ipoh....

so banyak aksesori nak kena prepare... tapi mata layu.. moh tido jap!

Thursday, April 21, 2011

camplong / tamplom

permainan nie permainan lama jaman aku budak2 dulu-masa tu mana ada playstation.. Yang ada police station.. Hehehe.

menggunakan buluh dan buah terung belanda atau kertas suratkhabar yang dibasahkan Sebagai peluru.-daya imaginasi mula berputar.. Ala2 kombat sesekali mafia pun keluar..Seronok.. Terutama bila bunyi impak semasa peluru dimuntahkan.-thrill..

kini permainan ni telah dikomersialkan menjadi paintball-selamat le buluh2 yang ada..

hidup kekadang retro
kulop ludin


ps: aku pun tak pernah main game ni.. Hehehe

camplong / tamplom

dsc09202 by Kulop Ludin
dsc09202 a photo by Kulop Ludin on Flickr.

Wednesday, April 20, 2011

dan sambutan hari keluarga di tunda

sedang aku bergambar bersama danny, rupa2nya pada masa yang sama ada seorang kanak2 lelaki berusia 5 tahun terjatuh dari tingkat tiga.. Jarak antara aku ngan dia lebih kurang 20 meter.. Aku tak perasan langsung. Cuma bila tiba ambulan barulah aku tahu kes tersebut..

aku difahamkan ada guru lain yang bawa budak terus tu hospital tapah memandangkan keadaannya yang kritikal.. Darah mula keluar ikut telinga, mungkin impak pada bahagian kepala..

keadaan berubah dari ceria kepada masing2 kelihatan sugul dan Terkejut-kelihatan linangan airmata beberapa orang penghuni kuarters-aku terdiam kerana aku mengenali keluarga tersebut. Ayahnya seorang guru manakala ibunya adalah surirumah sepenuh masa-danny pernah aku hantar tusen dengan ibu budak tersebut kerana dia mempunyai kemahiran mengajar bahasa inggeris menggunakan teknik mentosorri ( entah betul ke idak ejaan tu).

aktiviti hari keluarga ditunda ke hari lain kerana tidak ada seorang pun yang dapat fokus dengan betul pada petang tersebut-malahan aku pun tak berapa ada mood nak snap gambar seperti dirancang-cumanya aktiviti makan malam bersama terpaksa diteruskan juga kerana banyak bahan2 telah dikumpul.

tak dapat aku bayangkan betapa Terkejut dan sedihnya keluarga mangsa..dan andaikata aku ke sana sikit time tu pasti aku akan cuba sambut budak tu daripada terhempas terus ke lantai..

hidup kekadang diduga
kulop ludin

ps: berita sehingga tengahari tadi, budak tu masih dalam keadaan kritikal (hospital besar ipoh)


Tuesday, April 19, 2011

sambutan hari keluarga kuarters guru

sambutan hari keluarga kuarters guru

hari keluarga kuarters guru

semalam dan hari ni , adalah sambutan hari keluarga tempat tinggal aku-so macam biasa aku Jadi ajk dokumentasi.-pendek cakap Jadi tukang tangkap gambor.
segalanya telah dirancang oleh ajk lain2.. Ada sukaneka dan pelbagai aktiviti lain.aku dah bersiap2 ngan gear untuk merakamkan moment2 menarik.

aku merasakan satu penghargaan dapat terlibat sama dalam aktiviti kali ini tambahan pula dalam bidang yang aku suka.

ketika gambar ini disnap oleh Anak aku.. Pada hari isnin.. Dan ketika sebahagian penghuni kuarters turun untuk menghantar bekalan bagi dikumpulkan di surau...

sesuatu telah berlaku...

Sunday, April 17, 2011

mancing di tasik bandar baru kampar


seperti yang aku plan.. Aku pun angkut satu famili ke tasik bandar baru kampar untuk outingfishingcation.

keadaan cuaca sangat elok dalam jam 9.30 pagi-burung2 terbang mencari rezeki-aku dan danny mula melemparkan pancing masing2.. Nice aku dapat ajar danny lempar pancing buat kali pertama-sekurang2nya dia ingat satu hari Nanti bapaknya yang ajar dia melempar pancing-dan Nanti bila time dia ngan Anaknya melakukan perkara yang sama-dia akan terkenang saat2 indah macam tu.

12.30 aku stop mancing-danny dan orang umah dalam kete. Hujan lebat-ikan sekor pun tak naik2 lagi-yang aku dapat kulit tiram-tu je.

12.45 Kat mc donald kampar-beli burger dan ayam.

dalam kete-danny inform Kat aku yang dia rasa Happy sebab dapat fishing-its all about spending quality Time together with him.

life as it is
kulop

mancing di tasik bandar baru kampar



Saturday, April 16, 2011

saham bank rakyat tapah

lepas jumaat, aku sekali lagi ke bank rakyat tapah sebab orang umah pula nak jugak tambah saham seperti yang sedia maklum.

ramai orang , masing2 ngan borang kerana nak rebut peluang menambah saham yang ada.. 1 bilion yang ditawarkan rasa aku kejap akan tercapai.. Bagus le bagi mereka yang menabung..

konsep tabungan aku lain sikit .. Menyimpan masa Susah.-mengeluar pun masa Susah.-jadi adil situasi tu.. Ada yang menyimpan sampai tak gheti2‪ nak kuar.-hebat!

aku terfikir.. Simpan duit banyak2-ikat perut. Tak belanja atau belanja orang semata2 untuk Anak.. Apa gunanya? Pada aku biar balance kalau menyimpan.save some spend some, both enjoyed!

dan bukan harta yang banyak dapat membantu kita Esok tetapi doa Anak.. Tu yang penting.. Dan untuk mencapai misi tersebut.. Kita bekalkan ilmu agama yang secukupnya..

hidup kekadang selamba
kulop

Friday, April 15, 2011

his first fishing rod...

his first... by Kulop Ludin
his first... a photo by Kulop Ludin on Flickr.

esok aku plan nak fishing kat tasik bandar baru kampar... seperti aku ceritakan sebelum nie... dah 8 tahon aku gantung minat utama aku ... berasa hati sebab batang pancing aku kena rembat.....
dan plan mancing esok, aku 50-50 samada nak bawak danny ke idak....

jadi semasa aku dalam perjalanan ke sekolah, danny mintak aku lakukan sesuatu semasa aku memancing nanti...

" bapak, when you go fishing... you snap some pictures and then u show me when you at home" (dengan nada slow...)

haih... luruh hati aku.... terasa betul dia guna reverse saikologi... kerana hari sabtu dan ahad adalah hari Kualiti taim aku bersamanya (termasuklah orang umah aku) jadi seboleh2nya aku akan kasik taim aku paling minima 2/3 khas untuk dema berdua...

kat de stori short... taim balik aku singgah kedai pancing kat area2 sk datuk kelana... ternganga jap sebab ni kali pertama juga aku jejak kaki ke kedai pancing yang penuh ngan mesin/batang dan aksesori lain...

his first...

aku belikan danny sebatang pancing dalam rm25 jea... cukup le tu.. wat dia feel2 mancing... kemdian tambah sini sana ada la dalam rm50... kira murah tu memandangkan kalau dolo2... lagi mahal kos mancing nie...

aku nak tengok samada dia mampu bersabar nunggu pancingnya disambar kerana orang memancing nie memang terkenal dengan sifat sabar tahap dewa gak.... elok untuk melembutkan hati...dan elok juga untuk danny...yang kurang sabar dalam banyak hal....

his first...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

bahaya kalau aspek keselamatan diabai

tengah aku nak balik umah.. Otw area2 market baru tapah.-tetiba ada orang menyetopkan aku.. Lampu terapik kaler hijau..

rupa2nya ada gelung apentah tergolek keluar dari lori-sama besar macam penggelek setimroll.. Mujor le aku tak langgar atau dia langgar aku! Aku perhatikan pemandu lori tu nak tolak gelung ke lorinya tapi tak bergerak lancar sebab berat sangat! Mujor ada brader Sorang tu tolong.

sebaik aku potong dema, aku nampak Kat belakang lori tu gelung2 besor yang nasib baik tak keluar semua. Selamba katak betul.

bayangkan apa akan Jadi kalau benda tu roll Kat pejalan kaki-penunggang motosikal-mahupun kepada mana2 pemandu-idak ke dizaster?

sepatutnya dema2 pikio le lama sikit.. Benda yang patut disumbat atas trailer, dema guna lori biasa je..ni mesti tak ikut law..

dan aku betul2 bersyukur kerana aku lewat sikit sampai Kat simpang tu-idak kalu tak tau le camne nak ngelak.. Dah nampak macam pin boling menunggu bola..

hidup kekadang selamba

kulop ludin

Thursday, April 14, 2011

kemut special

monkey by Kulop Ludin
monkey a photo by Kulop Ludin on Flickr.

1990
taim nie aku mula ningkat dewasa... tapi masih belum lagi pasti samada aku handsome atopon tidak.... ada peristiwa lain yang nyedorkan bahawa limau tambun walopon gitu2 masih lagi dicari orang...

kebiasaan, tempat lepak aku dan rakan2 adalah dikedai kutik (kedai tu masih ada di simpang batu 8 ulu kinta tetapi dengan owner yang lain). aku dan kawan2 lain bukanlah Geeks tapi group aku nie rata2nye jenih tak nyusahkan mak bapak...
1. pempuan= tak main....
2. disko = tak pergi
3. rempit = em... tak jugak.. takat gitu2 jea...
4. dadah= idak gak, sebab musoh negara..
5. surau= em, bulan ramadhan

so satu pagi tu macam biasa.. aku ngan teh tarik.. kutik datang ke meja kami... dia mula cerita pengalamannya(entah betoi ke idak....) semasa dia ke tepen...

tepen seperti yang kita maklum jaman dolo2.. agak terkenal ngan pempuan2 berhalkom jadi kawasan2 tertentu ramailah dema2 nie melata....

kutik menghampiri salah seorang dari mereka... berlaku tawar menawar...

"berapa?"
WB> abang punya pasal.... lime beleh hengget udah lea...
"uih.. mahal tu.... mintak kurang le sikit... 10 hengget udahlea, harga promosi..."
WB> iskh abang.. dah murah le nie.... tempat lain tak dapat....
"abang ada spoloh hengget je nie...nak ke taknak?"
WB> abang tambah le sikit lagi..tambah lagi 2 hengget jea....
"ngapa tambah 2 hengget pulak?"
WB> kalau abang tambah lagi 2 hengget...
"aha..?"
WB> abang dapat kemut special.....

KIKIKI... kami gelak satu meja.... Kutik memang pandai la.... ada saje dia idea....

Kini tiap kali aku pulang ke kampung... dan jalan tu aku lalui... mata aku sentiasa melirik ke arah kedai kutik.... belum pernah aku singgah lagi selepas Kutik menyerahkan kedainyea pada orang lain....

aku rindukan zaman di mana aku belum menyedari betapa handsomnya aku kerana selepas dari insiden tu... aku mula sedari bahawa....


TANJONG RAMBUTAN RAILWAY STATION
hidup kekadang selamba
kulop ludin

rakan surau

lama gak aku tak join meeting ngan ajk surau tempat tinggal aku ni.tapi malam rabu semalam aku telah diberi short notice memaklumkan ada meeting sempena sambutan hari keluarga.

aku dah dilantik awal2 Jadi tukang tembak gambar time tu.. Macammana dema boleh pilih aku, aku tak pasti.. Mungkin ada sesiapa yang cadang..

dan aku tak sanggup juga nak bagitau servis aku bukan percuma.. tapi memandangkan program ni program komuniti maka aku angguk2 tanda no problem..

hidup kekadang menyumbang
kulop ludin

Wednesday, April 13, 2011

saham bank rakyat

khamis lepas bank rakyat umum jual saham kepada pelanggannya-berita ni dah lama orang tunggu selepas bank rakyat stop dari menjualnya entah berapa tahun2 yang lepas. Dulu sapa yang buat pinjaman peribadi semacam paksa rela kena beli saham bank rakyat tapi bila dapat dividen yang lebih tinggi dari lain2.. Dah payah nak tambah saham.

So aku tak nak lepas peluang tambah lagi saham bank rakyat-masa aku sampai bank rakyat tapah.. Aku dapati rata2 orang yang datang sama tujuan dengan aku. So masa isi borang-brader jaga merangkap kerani Kat situ bagitau kalau nak beli saham hanya rm500 sahaja dibenarkan dan kalau nak tambah kena isi borang waiting list..

peh.. Nasib baik jaga tu dah sound awal2 idak kalu terpaksa aku isi borang lain sebab maleh nak padam angka 150 ribu.. Hehehe.

hidup biar seimbang
kulop ludin

Tuesday, April 12, 2011

danny dalam surathabor

masa ngajor tadi ada anak murid info aku.. dia kata anak sir glamor masuk surathabor... haih.. terkejut aku, masa bila lak?

kemudian lepeh dia tunjuk keratan surathabor semalam.. baru aku teringat taim raja muda perak ke temoh hari ahad lepas, kami ada jenguk2 kat karnival kesihatan tu....

kira ada news value gak gambor nie..sebab dalam bebanyak2 potograper tu snap... dma pilih hat nie... mungkin nampak kemesraan dalam gambor nie di mana budak pempuan kecik yang salam raja muda tu kelihatan ceria (anak murid aku gak... murid asli tahun satu tapi amat petah berbahasa melayu dan gemar nyanyi lagu jastin biber....)

manakala danny menghulurkan tangan menunjukkan bahawasenyea subjek yang kecik2 ni pon memahami institusi diraja...(gamaknye la)

orang umah aku nampak cikit jea... sebab taim tu katanya dia nakl hulurkan danny bagi bersalam ngan raja muda perak...

aku? aku ada di sebelah sana.... tengah snap gambor orang bawak dram... kikiki...

kalau aku ada sekali... FullFrame le jawapnyea....

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Sunday, April 10, 2011

karnival kesihatan

nama pun karnival kesihatan Jadi aku ngan orang umah Bawak danny ke tempat pameran gigi.. Takut dia, sebab gigi dia banyak yang tinggal tunggul2..

misi tu check gigi danny dan bgtau jangan risau sebab gigi susu akan clear.. Cuma jaga gigi geraham sebab geraham danny dah kekal 2 batang.

dan macam biasa, danny nak beli gula2 lagi.. Maknya suda marah...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

bersama raja muda perak

pagi tadi dalam jam 10 lebih aku ke sekolah cina Kat temoh. Ada pelancaran karnival kesihatan oleh raja muda perak..

orang rumah teringin nak tengok secara langsung raja muda dan familinya tapi yang hadir cuma raja muda Sorang je-kira ok gak sebab orang umah tak pernah tengok raja muda nie.

aku macam biasa cuba untuk snap potret diraja walaupun ramai tukang gambar berebut2 mencari angle yang paling baik.-aku takleh nak nyelit lagi dah.. Mana yang sempat, aku gitu2 jea..

macam2 aktiviti dijalankan.. Dari derma darah sampai kepada check darah.-aku nak derma darah tapi rasanya darah aku banyak gula sebab sebelum sampai aku dah pekena 2 keping roti canai dan teh ais.-rasanya tak manis derma darah skali ngan manisan yang ada dalam tu..

orang ramai kelihatan puas-ada yang datang ngan bas charted-jalan kaki.merata ceruk sampai .. Macam2 jenis solekan.bau2an boleh aku lihat dan hidu.

apabila tahap nikotin jatuh ke kritikal, aku cari port untuk ngecas.. Kebetulan ada satu unker cina sama matlamat ngan aku.. Dia pun berkata:


"pilihanraya sudah dekat"

aku rasa aku paham apa yang unker tu maksudkan tapi aku tak kisah kerana..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

main catur

seperti aku dah janji ngan danny.. Sabtu dan ahad adalah kualiti taim untuk aku ngan dia.

ahad lepas aku ada belikan board games untuknya tapi aku dah bagi syarat tunggu sabtu dan ahad minggu akan datang untuk main dengannya.dan aku dapati dia menanda hari di kalendar.. Menunggu dengan penuh sabar tibanya hari sabtu..

aku rasa aku tak sepatutnya buat macam tu.. Tapi niat aku lain.. Aku nak dia belajar menghargai moment2 yang penting.. Mungkin agak radikal sedikit tetapi langkah besar bermula dari satu langkahan kecil..

So bila balik dari kem bestari solat terus dia mintak main board games.-walaupun kalau ikutkan aku rasa malas tapi disebabkan janji.-aku tunaikan juga.. Main le aku dam ular , dan dua/tiga game yang lain sampai pening pala aku nengok buah dadu...

Kemudian danny ajak aku main chess.. Aku turutkan juga walaupun tunggang langgang danny main dan letak askar2 chess tu.. Dan Akhirnya saja aku ajar dia cara letak dan pergerakan askar2.-rupa2nya dalam 1 game , danny dah boleh hafal pergerakan semua askar..terkejut aku. Sebab masa umur 7 tahun.-aku dulu tau main dam ular je..

kami main 2 game selepas itu keadaan semakin rancak bila danny dapat check mate aku.. (aku banyak ajar dia memerhatikan pergerakan aku)

danny rasa Seronok betul dapat kalahkan aku.. Kedudukan terkini.. Aku 1 dan danny pun 1..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Saturday, April 9, 2011

mode kembong

patutle budak2 kecik selalu menangis kalau kembong perut.. Sebab memang sakit.

sama macam aku, dah seminggu sakit perut.. asek kembong.. Time genting jam 2.30 pagi... Dah seminggu tidur tak lena.. Efeknya pada waktu pagi.. Aku struggle nak maintain emosi memandangkan aku berhadapan dengan pelanggan yang kecik2 dan mereka ni amanah yang paling berharga.

tadi aku ke guardian, aku beli ubat ni.. Harap2 ianya dapat membantu...

kalau tidak, masuk spital...

hidup kekadang berubat
kulop ludin

after 8 years...

after 8 years... by Kulop Ludin
after 8 years... a photo by Kulop Ludin on Flickr.

dah 8 tahon aku tak sentuh pancing....
sebabnya masa orang umah ngandung dolo..mak mentua aku tak kasik aku mancing..takot tulah katanyea... so, aku pon tak le cakap banyak... aku stop.

keduanya, batang pancing aku sekali ngan aksesori dah dirembat oleh tukang masak asrama taim dia berenti jadi tukang masak.... selamba jea dikautnya batang pancing aku, katanya nak pinjam tapi haram tak nampak dah lepas tu...

tadi, member aku bgtau ada orang nak tolak mesin mancing... so, aku tak berapa tau nilai mesin2 nie... aku rembat setelah member2 lain bgtau mmg ok harga tu.... mesin skali batang, rm200... mesin jenama Dam (german) klassik betoi... manakala batang jenih Lemax... entahlea.... aku beli jea...

sebagai pemutus aggrement tuan lama ngan tuan baru.... dapat le aku naikkan 3 ekor ikan talipia comel2... kikiki... jadila wat warm up...... tapi macam biasa... catch n release...... aku mancing di lombong itik kat area belakang temoh sana... aku pon tak tau tempatnyea...dema2 yang bawak....

kini, aku nak mencari pancing untuk junior aku danny... dia nak sangat try mancing.... bior dia belajor bersabor.... bukanke mancing nie pon boleh melatih kesabaran? tengok le nanti...

Hidup kekadang bersabor
Kulop Ludin

Friday, April 8, 2011

sebati Kem Bestari Solat 2011

hari ni anak aku hadiri kem bestari solat. satu pogram yang diwujudkan taim mantan PM paklah yang masih kekal hinggan kini di mana anak2 kita diajar mengerjakan perkara wajib sebagai seorang islam. bagus pogram2 camnie.. kesannya dapat kita lihat bukan sekarang tetapi dalam 10-15 tahun akan datang...

danny macam biasa, excited dan sebabkan keterujaan tu sangat... hari ni dia landing dalam longkang... payah nak cakap...

esok, bersambung lagi dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari... maknakata, hari sabtu nie.. hari krojea le jugak disebabkan pada masa yang sama ada ladap kat skolah aku... entahlea... dema takde kualiti life ngan keluarga...taim cuti pon nak wat ladap.... patotnyea taim cuti ni layan keluarga...layan anak.. (kualiti taim) tapi idak...

dikesempatan itu jugak aku mengasah skill potograpi aku dengan ngendap2 serangga2 yang ada.... dapat le sesnap dua...

learning mode

Hidup kekadang selamba
kulop ludin

Thursday, April 7, 2011

buku fungsi kawalan dslr

ada satu buku yang sangat sesuai bagi dema2 yang ingin memahami fungsi kawalan dslr dalam bahasa mudah, bahasa malaysia.

ditulis oleh seorang jurugambar berkemahiran tinggi... Nama penanya paksu manual.-difacebook... Penyampaian mudah.. Aku pasti korang akan dapat ilmu yang bermanafaat jika membaca buku ni... Harganya memang berpatutan hanya rm12.90.. Aku beli secara pos.Jadi tambah sikit je kos pos....

sesiapa berminat boleh add paksu manual di facebook...

hidup berkongsi ilmu
kulop ludin

Wednesday, April 6, 2011

wireless remote

penting alat ni untuk snap gambor kalau guna tripod.. Takyah berlari ke sana ke mari..

harga tak sampai rm30.. Aku beli on9 Kat forum alphanatic.. Khas buat pengguna kamera sony.. Kalau berminat dengan dslr sony.. Join le forum tu.. Moh main2 ngan dslr.. Seronok...

hidup gemor bergambar
kulop ludin

Tuesday, April 5, 2011

model photoshoot


hari ahad lepas aku ke taman botanical di simpang pulai ipoh.ada model photoshoot organise by malaysia alphanatic clique dalam facebook-aku kenal foundernya sebab aku pernah berurusan dengannya sebelum ini.

pagi tu aku rasa ok sikit, rasa gastrik tu terkawal-so aku dan orang umah serta danny terus ke simpang pulai.

bila sampai sana aku dapati dalam banyak2 tu.. Aku yang paling muda.-hehe muda dalam hati.

ada 4 model .. Muda2 belaka..aku banyak diam sebab ini merupakan pengalaman pertama, Jadi aku lebih kepada memerhati bagaimana model photoshoot dijalankan.

orang umah dan danny ke sana ke mari.-dalam kawasan tu-dan tak lama danny telefon ngajak balik-lebih kurang sejam aku di sana...

tapi memang elok aku balik sebab gastrik aku dah mula balik mengganas-senak dah terasa makin kuat..

memang teruja apabila kita fokuskan pada model-dan rakan photographer yang lain-aku nampak mereka bersungguh2 mencari posisi yang sesuai.aku pun cuba menyelit.. Dapat beberapa shot2 yang menarik!

MODEL PHOTOSHOOT

ngantuk, stop dulu..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Monday, April 4, 2011

sakit

sakit sebenarnya satu ujian dan juga amaran-aku tak dapat kekalkan rekod tanpa cuti selama setahun kerana hari ini aku terpaksa cuti disebabkan kuatnya gastrik.

So hari ni layan Minum ayor kapor.. Dah nak habis pun.. Tapi perut senak lagi...

harap2 boleh lega dengan baik untuk hari Esok..

hidup makan ubat
kulop ludin

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...