aku-dan-photography

Thursday, March 31, 2011

Klinik Dr Zambry

bapak by Kulop Ludin
bapak a photo by Kulop Ludin on Flickr.

Hari nie, menteri besor perak YAB Dr Zambry bukak Klinik khas mendengar nasib rakyat area2 temoh/tapah dan mana2 tempat ada masalah problems...

Jadi dema guna padang tempat aku krojea... so memang sibuk kawasan sekolah aku.. macam2 ghope ada... dalam pukul 4 lebih tadi YAB sampai...

Aku tak dapat nak pergi sebab rasa letih tul.. badan macam nak golek2 ateh tilam... lagipon orang mesti ramai... dan aku takleh parking dalam..jenuh le menapak nanti......

bapak,danny and niknokia

habis krojea... aku ke kedai cemin mata... dah siap pon cemata aku ngan orang umah... orang umah guna frame swatch manakala aku guna frame wash.. hehe..

Aku pilih frame 60an.. ala2 retro sebab aku suka stailnyea.. retrospektif.. leh nanti aku wat retroshoot... peh.....

Cuaca cerah tapi awan mendung mula berarak... aku harapkan takde le ribut turun...macam 3 hari lepas... habih runtuh khemah persiapan program besar di padang sekolah... tapi aku yakin, mesti ada orang power2 datang sekali...alih2kan mana yang patot....

Hidup kekadang bertenang
Kulop Ludin

herba pusat rawatan cinta

semenjak dua tahun lepas aku gastrik-aku tak tahu pada awalnya-hampir berbulan aku tak dapat tidur disebabkan angin tak lepas-macam2 aku cuba nak bagi keluar angin tapi tak serasi.dan satu hari aku ke giant Kemudian aku ternampak pusat rawatan cinta.

aku Try urut tapak kaki Kemdian aku ceritakan masalah aku.(Pendek cete) herba ni aku cuba setelah dicadangkan oleh encik yang uruskan pusat rawatan tu. tak sampai 2 hari aku makan.. Aku dah boleh buang segalanya seperti biasa. Lega.

harga 4 botol ni rm240-aku dah kira2 untuk sebulan bajet ubatan aku ada la dalam rm300.. Bermakna dalam setahun aku belanja rm3.6k khas ubatan.. Tu anggaran kasar.. Em berapa le aku belanja sebulan khas untuk aku Sorang, aku tak pasti tapi yang memang tentu rm600 mesti burn camtu... (setahun 7.2k )

aku nak cuba catitkan perbelanjaan aku setat bulan april.. Berapalah Agaknya..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Tuesday, March 29, 2011

halalkan ilmu

baru kejap tadi ada Anak murid aku chat Kat fb.. Dan dia mintak aku halalkan ilmu yang telah aku ajar padanya-aku terkedu langsung aku off terus chat dengannya.

sepanjang aku mengajar , berbelas tahun-ini kali pertama aku dapat Anak murid yang benar2 kurang ajar.. Sombong sangat-sedangkan aku tidak pernah lagi angkat tangan ataupun denda-kerana aku faham kesan psikologi terhadap budak2 yang sedang membesar.

apabila diajar, dema pandang aku pun tidak seolah2 aku tidak wujud.tidak cukup dengan itu, dalam fb pun maki aku dengan kata2 kesat..peh selamba betul, dema ingat aku ni siapa?

menyerahkan tanggungjawab aku kepada seorang guru lain ( berpengalaman dan mantap) walaupun aku sangat2 suka mengajar kelas tersebut-aku putuskan-ramai antara rakan tak setuju dan aku juga rasa tidak adil bagi guru yang baru bertukar- tapi setelah ditimbang kati.. "kalau sayangkan sesuatu, belajar2lah melepaskannya"

kini aku ambil alih sebuah kelas yang tahap mereka memang rendah tapi aku suka kerana mereka tahu limit mereka.. Tidak kurang ajar dan dapat mendengar kata2 .

halalkan ilmu?
aku tak pasti kerana..

" the pain is in the wound And the wound woudnt heal"

hidup kekadang terasa
kulop ludin


dah 2 pagi

apahal tak leh nak tidur nie..

mengajar bersama dr barbara

hari isnin aku mengajar bersama2 dr barbara .. Dr ni didatangkan khas dari england dibawah program native speakers-bertujuan membantu guru2 bahasa inggeris di malaysia.

dia ni banyak pengalaman-serata dunia dia dah pergi dibawah british counsel dan dr ni beragama islam.

So aku pada isnin yang sibuk telah diceraprama oleh dr barbara-kebetulan masa aku agak penuh Jadi aku rasa letih betul.

ini adalah kali kedua.. Kali pertama dulu dia tengok2 jea tapi kali ini aku dipantau secara rasmi. Menariknya dia pun turut sama mengajar dan aku dapati caranya mengajar bersungguh2 tetapi takleh lawan aku sebab aku lagi terer. Bukan aku kata tapi aku rasa..dan dia pun ngaku yang ada method aku tu dia tak terfikir-terer le tu.lepas ni mesti dia nak tiru tapi aku no hal.. Benda elok perlu dikongsi.sharing is caring!

ada 3 tahun aku akan bersama dr barbara.. Harap2 aku leh terer walaupun aku dah rasa nak pitam! Kekeringan idea.

hidup kekadang kreatif
kulop ludin

buat cermin mata

memandangkan orang umah aku pun sama2 keluar awal pagi Jadi jarak penglihatannya makin terhad disebabkan cermin mata tak sesuai So aku petang tadi ke kedai cermin mata lim. Dan aku pun tempah satu tapi jenis gitu2 cukup sekadar Jadi cermin kedua.

asalnya aku tak bercermin mata tapi masa aku masuk maktab konon2nya nak nampak macam cikgu So gatal pergi tempah-akibatnya sampai sekarang kena pakai...Cumanya aku jarang pakai terus kecuali time memandu dan tengok tibi.

hidup kekadang stylo
kulop ludin

Monday, March 28, 2011

secret recipe durian

memang sedap betul kek durian nie-setiap lapisan tu terasa lemak manis durian yang di selang seli kenikmatan krim yang dikisar halus..suapan pertama tu membuatkan aku terkenang pengalaman pertama makan durian batu semasa bertugas di sebuah sekolah berhampiran lata iskandar.

sebelum ni aku cuba cis kek tapi tak habis sebab mungkin tak biasa.-tapi kek durian ni.-haih patutnya aku beli seketul besar terus..

lupa, Kat kampar ada secret resepi.harap2 sama rasa ngan jusco ipoh ni..

hidup kekadang manis2
kulop ludin

Sunday, March 27, 2011

solvil et titus

cantik jam nie, Aku belikan untuk orang rumah.jamnya cicir mana entah.-dah lama cari tapi tak jumpa.

ada diskaun 20%, jadi harganya kira ok..... Sbelah tangan jea....

so, jam ni kira hadiah harijadi buat orang rumah.... Beli awal ckit sebab takde masa nak kuar sopping memandangkan dalam minggu nie aku agak sibuk...

hidup kekadang sopping
kulop ludin

jualan tangisan harga tibi 42 inci

oleh kerana tak ada apa2 aktiviti petang sabtu So aku ngajak orang rumah ke tesco kampar-saja2 layan nafsu mata Kat situ.

rata2nya ditempat elektrik Jadi tumpuan aku-sebenarnya aku dah lama aim tibi 42inci, dan Kebetulan tesco wat offer kaw2.. 1.7k dah dapat satu.. Peh.. Dah sama macam 32inci taim aku beli setahun dua lepas-melekat jugak tapak kaki aku lama Kat situ-mata fokus-kalau diletakkan ratu cantik dunia pun belum tentu pandangan aku akan teralih.cukup fokus-orang rumah dah bagi greenlight-kalau nak beli lea.. Peh.

aku leh bayangkan betapa tibi tersebut dapat membantu aku untuk menonton dengan lebih jelas dan dapat aku baca sarikata dengan lebih pantas kerana aku dah tua-penglihatan tak setajam dulu-aku akur,semua manusia pun akur.

sedang aku mengira2 bajet dalam pala.. Aku terdengar satu bisikan halus.-seolah2 seperti dalam gua aku berada.
"alang2 42, baik ambek 52inci"

ya... Aku menjawab.. Terkejut kakak yang ada disebelah aku.sambil tu sempat dia promosi astro beyond.

setelah aku pikiran dalam2 aku rasa biorle aku kiv dolo sebabnya......
1. Aku pun dah berbulan tak tengok rancangan kat astro.
2. Aku takde masa nak tengok tibi.
3. Tibi dah ada 2.. Mana nak sumbat lagi.
4. Membazir tu amalan syaitan (berdarah idong nie)
5. Baik aku ternak duit tu.. Leh gak wat belanja taim projek mega nak meronda satu semenanjung cuti bulan 11 Nanti..
6. Ataupun beli 52inci terus!

Akhirnya aku beli jugak, beli tisu toilet yang berharga rm3 untuk 4 roll-hat ni bukan aku nak guna (tak pandai pakai tisu ni) tapi untuk projek seni Anak aku.. Sebab cikgu yang mengajar seni kelas nya dah mintak sediakan awal2.. Risau gak aku kalau2 taim seni Nanti dia tak dapat nak lakukan aktiviti2 seni.. Nanti kena marah lak ngan cikgu tu!

hidup ada pilihan
kulop ludin

Saturday, March 26, 2011

langka And pangki

So pagi ni aku ke market tapah.. Dan macam biasa danny ngan aku sebab .. Ngan maknya payah ckit nak dia ngenden-kalau dengan bapak-dia tau, hati bapaknya cepat terbeli.

minggu ni minggu kuar duit.. Semalam eikon, hari ni norman (kete orang umah) dan rosnah mat aris( kancil aku) pulak servis..1/3 gaji abis Kat dema berdua..

dan tak lupa juga 2 ekor kura2 angkat kami.. Langka And pangki...entah sapa yang jaga-antara danny,bapaknye atau maknye-tapi aku rasa kompom orang umah aku yang jaga!

hidup kekadang membela
kulop ludin

mintak 50sen

unkel ni cukup orang kenal Kat tapah-kerjanya mintak 50sen... Tak pasti samada saja2 atau termasuk kategori orang istimewa.

kalau Ikutkan dah 14 tahun aku nampak unkel nie Kat tapah-dan pernah sekali dia mintak aku 50sen Kat komtar,penang. lepas aku bagitau dah bagi Kat tapah -langsung laju je dia blah-aku muskil..

siapa sebenarnya unkel nie.. Nanti bila ada kesempatan leh ajak dia Minum sekali.-lepas tu bagi 50sen...

hidup kekadang sen juga
kulop ludin

Friday, March 25, 2011

pemantauan dalaman

Walaupun Sekolah Aku kecik Tapi tiangnya seribu... Sama macam Sekolah kluster tahap dewa kubupaten! Boleh dikatakan Semua panitia mantap2-dan ini menyebabkan Aku sama2 berlari-aku rasa pinggang Aku Dah kurang hampir 2 inci .. Termasuklah usaha Aku lumor minyak paneh cosway Kat perut.

untuk pemantauan dalaman kali ini Aku Tak menggunakan medium lain seperti powerpoint-kertas atau Sebagai kerana Aku Nak lihat kemampuan Aku untuk mengajar menggunakan Apa yang Ada Pada murid-dan Pada masa yang sama Aku Nak lihat bagaimana sekiranya secara tiba2 Ada pemantau yang lain datang Nak saksikan Aku mengajar-adakah Aku mampu mengajar menggunakan Apa yang Ada?ataupun Aku akan berada dalam tekanan?Semua Tu Aku Dah apply masa gurubesar obzef Aku Tadi.

ternyata Aku masih Lagi mampu untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang efektif-tapi Tak nafikan Aku agak gementar juga Bila Ada 2 tetamu duduk dibelakang Sambil tulis2 ketika melihat Aku mengajar!

gurubesar Aku pula speaking omputih like water manakala bakal guru Tu pula Bukan calang2 orang.-ada ba onez.. Major omputih lak Tu.. Sedangkan yang Ada Pada Aku adakah pengalaman hampir 15 tahun dalam dunia pendidikan.(rasa macam Baru semalam jea kuar maktab)

Hari isnin minggu depan Lagi Sekali Aku akan dipantau oleh dr barbara james-berasal Dari manchester united-memang mangkor Rasanya!Nak buat macamMana sebab arahan kementerian-aku menurut perintah jea...

harap2 Aku mampu lepasinya Nanti...

hidup Kena selamba
kulop

Thursday, March 24, 2011

Petua Untuk Memujuk Anak Buat Kerja Sekolah

SEBATI by Kulop Ludin
SEBATI a photo by Kulop Ludin on Flickr.
Wujudkan Ruang Sesuai untuk Membuat Kerja Sekolah - Antara alasan mengapa anak-anak tidak berminat membuat kerja sekolah ialah tidak cukup peralatan. Kadangkala tidak mempunyai rujukan yang sesuai dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Justeru, wujudkan satu tempat atau stesen kerja sekolah atau tempat belajar di rumah. Stesen itu mestilah:



# Jauh daripada ruang televisyen atau komputer.



# Lengkapkan dengan meja, kerusi atau komputer bergantung pada umur anak.



# Pastikan alat tulis lengkap.



Buat Jadual - Dengan jadual ia boleh membentuk tabiat untuk melaksanakan kerja rumah di kalangan anak-anak. Ini sekali gus mengurangkan tekanan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, buat jadual dan tetapkan waktu yang sesuai setiap hari. Pastikan bilakah masanya anak mesti melakukan kerja sekolah. Beri kelonggaran kepada mereka untuk menentukan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.



Kadangkala bagi mengelakkan melakukan kerja sekolah, anak akan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tugasan pun. Justeru itu, masa yang telah ditetapkan melakukan kerja rumah haruslah diganti dengan waktu untuk belajar. Ingatkan mereka 10 minit sebelum waktu ditetapkan supaya mereka peka. Insya-Allah, selepas beberapa minggu atau bulan, anak anda akan melakukannya sendiri tanpa disuruh.



Bantu Menguruskan Perancangan Kerja Sekolah - Bantu anak untuk membuat perancangan menguruskan tugasan sekolah. Sediakan perancangan harian atau kalendar. Galakkan anak untuk membuat nota tarikh hantaran terakhir atau ujian akan datang dalam kalendar. Bantu mereka membuat jadual dan jelaskan bahawa waktu yang terurus tidak akan membebankan mereka. Selalu ingatkan mereka. Apabila anak telah biasa menggunakan kalendar dan jadual waktu, mereka akan tahu manfaat dan melakukan kerja sekolah itu sendiri.



Jadikan Diri Sebagai Contoh - Banyak kanak-kanak merasakan melakukan kerja sekolah adalah satu bebanan dan ia dilakukan secara terpaksa kerana arahan ibu bapa.



Akibatnya mereka jadi terganggu apabila tibanya waktu belajar. Untuk atasi masalah ini cuba minimumkan gangguan semasa anak-anak belajar seperti menutup televisyen dan radio. Ibu bapa perlu gunakan waktu ini melakukan kerja-kerja rumah, uruskan pembayaran bil dan sebagainya. Dengan ini, anda bukan sahaja meredakan gangguan, tetapi menunjukkan kepada anak bahawa anda juga melakukan 'kerja' di luar waktu kerja anda.

sumber bukan dari aku tapi dari sini

hidup kekadang belajor
kulop ludin

playing basket ball

we by Kulop Ludin
we a photo by Kulop Ludin on Flickr.
setelah habis aku diobzef... aku ada masa sejam sebelum sambung semula dengan meeting bersama pihak pemerintah... biasanya mesyuarat kabinet lebih singkat daripada meeting kami nie kerana sememangnya ketua pemerintah beserta orang2 kuatnya tidak mahu menyimpan info2 berguna untuk diri sendiri sebaliknya dema berkongsi.... so, dengan berlapikkan stool yang kereh... aku terasa semakin rata ponggong aku semenjak dipindahkan ke tempat kerja baru...

setelah itu aku bergegas ke tempat kerja orang umah untuk mengambil danny. Dan sempat juga kami bertiga layan basketball skejap dan memang layan la sepot nie... aku cuba banyak kali.. hampeh, tak masuk2... macam2 gaya aku buat... danny dapat score sebijik!! Kemudian baru aku balik ke umah.

tak sempat aku nak londehkan suar, danny dah mintak aku teruskan satu projek, projek artzooka http://www.artzooka.com/intl/artzooka_makes.php episod ke 26.. buat spagetti puppet... so letih2 aku, aku layankan jugak....

seperti aku katakan sebelum ini... aku akan sentiasa cuba memberikan komitmen sepenuhnya kepada danny....

tambahan pula aku baru beli deep heating rub untok lumor ke lutut di guardian semalam.... dapat le kaver lenguh2 dan sakit2 otot... kerana aku tak berapa muda lagi...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

hari ni aku di obzef


credit to cik shazwin (phototaker )
hari ni aku diobzef oleh gurubesor dan seorang bakal guru...

sebenarnya tak ramai yang suka obzef2 nie.. Tapi aku rasa Seronok sebab rasa teruja.:) andrenalin mencuak2-mencanak2 bila ada orang perhatikan cara aku berhadapan dengan klien2 Setiap hari...

hari ni klien aku dari kategori pencapaian rendah-agak sukar untuk mencapai objektif yang disasarkan tanpa usaha yang lebih.-namun begitu-itulah cabaran yang perlu dihadapi Setiap hari.

budak2 ni sebenarnya ada kelebihan masing2 yang perlu dicungkil dan dikenalpasti..pemikiran negatif mestilah dikikiskan.-yang penting ke mana hala tuju murid tersebut yang ingin kita bawa..

kita Sebagai nakhoda-menentu arah tuju manakala awak2 pula hanya menanti arahan dan kepandaian nakhoda kita..


hidup kekadang selamba
kulop

dunia seni visual Anak2 dan impian

seni tak dinafikan bebudak suka.. Tapi nak uruskan semua dalam 1 jam bukanlah mudah.. Terutama hat yang sekolah rendah.. Segala faktor perlu dijaga.. Aspek keselamatan memang aku tak kompromi..

disebabkan danny suka rancangan artzooka Jadi dia telah didedahkan dengan pelbagai jenis cabang seni.. Tiap kali ada rancangan tu jam 8malam biasanya kami bertiga Anak beranak akan tonton sama-sebelum ni aku tak berapa layan sangat tapi bila aku fikirkan hanya setengah jam tu jea danny mintak aku spend kualiti taim dengannya Jadi aku rasa bersalah kalau tak penuhi hasratnya. Dia faham aku memang sibuk dengan kerja yang tak habis2 memang takleh habis kecuali pencen jea.. (17 tahun jea lagi-tak sabar2 rasanya)

aku dah terlepas 7 tahun yang lalu kerana aku tidak memahami apa yang perlu seorang bapak berikan pada Anaknya.. Dan aku taknak danny juga Jadi seperti aku apabila dia menjadi seorang bapak Nanti.. Aku berharap aku akan sentiasa berada disampingnya ketika dia memerlukan aku.

Aku juga berharap dia dianugerahkan zuriat yang ramai supaya dia akan menjadi bapa yang lebih baik daripada aku.. Kalau boleh biarle Sorang je bininya.. Susah kalau kawin ramai2 nie.. Nak dibagikan hati sama rata.. Payah..

untuk minggu depan aku dah plan nak wat binaan menggunakan bahan2 yang aku dah lukis dan nak bagi Kat bebudak kecik tahun satu yang seramai 38 orang Esok.. Mintak makbapak dema preparekan bahan2.. Nasib baik takde arahan makbapak boleh datang sama2 dengan Anak bantu Anak masing2 macam summer camp Kat arizona tu.. Idak kalu mesti meriah.. Sekurang2nya ada parents bawa bekal, karipap -mee goreng-nasi lemak. Meriah! Takkan tak hulur2 Kat cikgu yang ngajar Anak dema!




danny-"kau belajarlah rajin2 sampai dapat masuk unibersiti.-bapak akan melabur, dan terus melabur demi kesejahteraan kita bersama.." (musik)

hidup kekadang terasa
kulop ludin

Tuesday, March 22, 2011

phonetic

hari ni bengkel bahasa inggeris di stts, aku belajar phonetic .. Sangat menarik.. Dr barbara james berkongsi pengalaman serta menerangkan mengapa phonetic Sangat penting dalam membatangkan perkataan dalam bahasa inggeris..

pening2 lalat nak memahamnya kerana phonetic tak ramai yang memahami kegunaannya kerana selama ini kita diajar pronunce as a whole word... Itu cara tradisional yang digunakan omputih sehingga tahun 1870... Lepas tu dema pun mikio cara yang paling sesuai nak membaca...

bayangkan dema yang beranak2 dah cakap omputih pun Susah nak membatang bahasa dema apatah lagi kita nie.. Perah habis santan Jadi hampas pun belum tentu betul sebutannya..

baru habis 6 jam dan masih berbaki 24 jam untuk aku hadirkan diri ke bengkel ini...

letih? Sudah tentu... Tetapi aku anggap ini satu latihan kerana aku memang tak gemor bengkel2 camnie tapi demi Anak bangsa aku gagahkan juga... (nose bleeding)

hidup kekadang patriot
kulop ludin

yang besar punya

aku tak berapa makan duyan tambahan pula hari nie ada workshop pulak.. So langsung tak jamah walaupun seulas.. Mesti aku sendawa dan mesti orang putih tu lari tak cukup tanah.. Idak pun jenuh dia lari keliling mini stadium tapah yang berhampiran!

sebiji memang untuk danny jea.. Udah orang rumah aku risau sebab danny ni cepat panas badan!

kini bau duyan tu mengharumi di dalam rumah nie.. Aku... Cium bau macam 3 abdul!

time nak pegi workshop!

hidup kekadang selamba
kulop

king of fruits

Kebetulan taim balik, boleh pulak orang wat jalan Jadi aku kena stop dan Kebetulan ada pulak sindiket memunggah buah duyan berlaku berhampiran..

dalam kete ada Anak aku sekali.. Dia ni kaki duyan.. Udah diperosah aku suruh beli.. Haih.. Bab makan2 nie jiwa aku lembut..So berhampiran sk datuk kelana aku pun stop...

danny nak 3 biji hat besor2! Aku Dok pilih hat kecik2 sebab maklumlea bulan dah rapat ke bumi..

setelah ditimbang kati maka aku rembat gak 3 bijik .. Berat hampir 6 kilo.. Kira punya kira harganya rm40! Peh... Kaw2 punya harga.. Mujor le ada serodak2 duit.. Aku dah siap2 nak gadai suor katik kalau harganya melebihi tahap dewa duit!


hidup jangan terkilan
kulop ludin

Monday, March 21, 2011

Esok dah setat kerja

cepat betul masa berlalu 9 hari camtu jea.. Esok rutin macam biasa..

teka kuih apa hari ni ngan danny..
layan klien2 kecik aku terutama tahun 3 tu aku suka sebab gemor bercakap!
ada je idea dema.. Kadang2 letih gak tetapi puas apabila mereka faham apa yang nak aku sampaikan..

dalam bulan nie aku akan dipantau oleh orang putih.. Seronok jugak sebab bukan Senang nak kena pantau ngan dema tu.. Takyah keluar duit.-dema yang datang Kat kita..

dalam 2 minggu nie aku kena jauhkan petai,tempoyak,jering dan makanan2 lain yang bisa2 untuk lidah..

aku kena jaga slang ckit.. Takut lidah kereh.. Susah aku speaking2 Nanti! Karang lari lak idram...

hidup kekadang speaking
kulop ludin

Sunday, March 20, 2011

taim niknokia aka nokia n8 berehat


sian kat niknokia, aku rehatkan sehari dua... mmg aku guna cukup2 lepeh dia kuar woksop... kepada yang berminat... nokia n8 memang mantap... instal pixelpipe... kita leh update blog...senang jea... kamera pun mantap.....

usaha macam lalat


learn2

lalat ni aku respek sebab deme rajin.. tepis kanan dema konar belah kiri.nak pukul dema, bingkas pula terbang merata!

macam tu le kalau dah ada keluarga.. Apa saja masalah kita settle cepat dan hebat. Kalau tengah belajar pun sama. Rajin cari jalan selesaikan masalah..

aku teringat kata2 yang ditulis bekas boss aku dulu dalam takwim..

"jangan Jadi lalat yang menghurung daging yang busuk"

aku tak pasti sapa Jadi lalat dan sapa pulak Jadi daging busuk! Apakah boss aku maksudkan jangan ampu2, bodek2 dia sebab dia Umpama daging busuk atau dia anggap kami nie lalat yang berbulu2 serta bermata2..

Dan ironiknya.. Ke mana dia pergi dia sentiasa Jadi daging busuk...

hidup selalu terkena
kulop ludin

nota kaki: bekas boss aku tu hutang aku hampir 1.5k... Kompon menjawab le ngko Nanti.. Bila semua kena adili!

lepak di bistro bersama biras2


dalam ramai2 biras.. Aku yang paling muda.. Ada 4 orang.. Sorang keje bank, Sorang caretaker pencawang maxis belah utara, Sorang lagi apantah krojeanya tapi kaya! Aku? Kaya ngan impian..

bila berkumpul camnie ... Macam2 cerita keluar .. Main juta2.. Bak kata silap2 stadium emirates sekali arsene wenger dema leh beli...

Aku? aku nak kimpal side tepi kancil yang kemik pun mikior tahap dewa!

hidup kekadang mendengar
kulop

Inconstant Moon: The Moon at Perigee and Apogee

Inconstant Moon: The Moon at Perigee and Apogee

begitu rupanya apabila
perigee and apogee berlaku...
migrain ckit masa aku baca....


HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

bulan rapat ke bumi

saat aku mentulis nie rasanya bulan makin rapat ke bumi.. So bising le Kat fb atau blog2 lain takut musibah bakal melanda.. Dan ada member aku chat Kat fb bagitau Kat aku kerana dia yakin aku mesti nak tembak gambor bulan.

dan aku pun bukak le sliding door... Hujan... Camne nak tembak bulan.... Hari ni boleh dikatakan memanjang hujan.. Rahmat tu... Kalau takde hujan takde le air.. Kalau takde air takde le kita dapat hidup lama... 3 hari jea.. Lepas tu padam!

tu yang wat aku pelik bila tengok sesetengah orang selamba jea maki2 bila hujan turun.. Idak takut ke dema? Sapa le ada kuasa menahan hujan tu? Silap2 tak pasei je kena panah petir!

hidup kekadang berjaga
kulop ludin

nota kaki: Esok pasti ada geng2 photographer fb upload gambor bulan!

Saturday, March 19, 2011

layan kfc tapah

time nie tapah hujan Jadi elok isi perot ngan sedikit makanan bagi memudahkan time tido Nanti.. Idak le kembung dek angin..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

nota kaki: aku tau tektik danny nak ke kfc.. Nak mainan le tu..

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

maksima 2 kad!!
takde masalah kerana aku senantiasa memikirkan bahawa gomen akan sentiasa memikirkan nasib rakyat...
elok di hadkan kad kredit nie, idak kalu mata asek jeling2 jea... agak lepas gores..maka gores dan bayor!!

entah kenapa..... aku rasa macam nak berdarah idong jea baca berita tu!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

dalam mode ngemas

pening2 pala aku ngemas opis tempat aku menentukan nasib klien2 aku..

camne le Nanti kalau aku sambung belajo.. La ni pun nota main lekat Kat dinding sebab takleh ingat semua benda dalam satu2 masa.. (tengah nak belajo masukkan semua data dalam hset)

dah hampir 6 jam nie.. Tak settle2 lagi.. Pala pun dah pening2, danny dan orang umah tanya bila nak siap...?
aku jawab dalam hati :
"hidup kekadang selamba"
kulop ludin

nota kaki: lain kali la datang umah aku Kat member kg.. Sorry So bizi!

Friday, March 18, 2011

dah setat keje

nak tengok raja lawak tapi Anak nak tengok nikelodeon.. Nak kena tambah 1 lagi astro nampak gayanya.

dari kerana mata heliza helmi


heliza helmi cantik tang mata.. Bulat betoi! Aku suka dan sebab itu aku letak link fb Kat kanan sana tu..

aku ada "ai" dia dalam fb.. Dan dia pun balas tapi rasanya dia balas Kat orang lain sebab rasa macam tak kena jea balasan dia .. Macam pantun salah ritma..

aku terfikir ngan mata besor tu.. Mesti pandangan dia jelas .. Sejelas lens fisheye ataupun wide lens...

cete pasal lens aku terbaca kilang sony Kat jepun ada efek ckit ngan tsunami Jadi persoalannya.. adakah harga lens akan naik? Apakah lens 70-200mm dari 6k akan terus Jadi 12k?

kalau naik mendadak maknanya mungkin lagi 20 tahun baru aku merasa nak guna.

hidup kekadang memikir
kulop ludin

nota kaki: aku minat orang rumah aku dulu pun, salah satu sebab tang "mata" gak!



SUKAN PERAK VI SILAMBAM SM SAINS TAPAH

Tadi aku ke sm sains tapah menyaksikan kejohanan SILAMBAM Sukan Perak ke VI.

SUKAN PERAK VI SILAMBAM  SM SAINS TAPAH
Kat banner tolih 17-19/3/2011 rupanya hari nie baru bermula, semalam aku pergi kata abang guard.. peserta belum daftar lagi... so hari nie agak2 betul timingnya..tanpa membuang masa aku drag skali danny ke ke kejohanan itu...

SUKAN PERAK VI SILAMBAM  SM SAINS TAPAH
tak lama kami kat situ sebab danny takleh lama... kejap jea nak balik dah... dia boring... padahal bukan senang nak tengok SILAMBAM berirama..

SUKAN PERAK VI SILAMBAM  SM SAINS TAPAH

tapi aku pelik, ngapa le dema idak pasang lampu.... mmg gelap la.... sepatutnya kejohanan besor camnie kene le bagi cerah2.... baru leh nampak bunga2 SILAMBAM lebih jelas dan... aku idak le payah sangat nak blending iso/SS/F... nakje aku palam flash tapi rasa ganggu kejohanan tu nanti...

hidup kekadang sepot
Kulop Ludin

mempercepatkan internet

masalah tenet yang slow macam siput membuatkan aku dan danny tak tentu hala taim cuti nie...

danny ngan artzooka.com manakala aku ngan laman web yang lain... Oleh kerana kami guna signal yang sama maka masing2 saling tanya apa yang didownload... Kadang2 danny datang sambil jeling2 Kat laptop aku, Agaknya nak wat sepot check apa bapaknye tengah download dan bila taim dia download, aku pulak kena stop dari aktiviti aku...

dia dah pandai guna google search.. Pantang nampak apa Kat nikelodeon atau disney chanel sebut jea url... Lepas tu dia cari le sendiri Kat google search...

umur baru 7 tahun dah pandai guna search engine.. Besor Esok tak tau le camne.. Bukan Senang nak palam tenet nie... Biasanya lain dicari lain pulak yang dapat...

Jadi untuk mengatasi masalah tenet ni maka aku beli 1 modem baru jenama belekin Kat tesco bagi menggantikan modem lama linksis yang portnya dah banyak terbakor..

harga dalam dua hatus lebih ckit.. Boleh la memandangkan aku beli linksis tu empat hatus lebih..

dan aku tersenyum bila berjaya konek ke tenet.. Walaupun Susah pada mulanya..

ironinya, tenet tetap lambat tahap cipan.. Aku rasa kura2 kena ikat mata pun jalan lagi laju...

tapi aku pelik sebab kalau dah Jadi masalah satu malaya maka wajarlah stimix bagi rebate untuk bil bulan 3 nie.. Dapat kurang 50% pun jadilah... Bukan mintak free terus...

hidup kekadang alternative
kulop ludin

Wednesday, March 16, 2011

kuala woh dan kuarters tnb kuala woh

kuala woh by Kulop Ludin
kuala woh a photo by Kulop Ludin on Flickr.

oleh kerana hujan renti dalam jam 11 pagi maka aku dan danny terlompat2 nak kuor umah... beku tahap gaban dah... so kami teruskan plan ke kuala woh....

orang tak ramai...mungkin disebabkan hari rabu dan juga musim hujan. kami cari port area2 kolam ayor paneh.. idak le sejuk sangat airnya tapi leh tahan lebor kalau terpijak pasir yang bawahnya terasa paneh2 belerang.

dapatle danny ngan maknyea mandi dan pada masa yang sama aku try skill makro yang ternyata susah sebab handheld.

agak2 kul 2.30 ptg.. cuaca mendung balik..so cukup le mandi manda sebabnya ngan ayor sunga jangan dibuat memain.. tambahan pula sunga tu tempat lepas ayor empang kalau penuh... nanti tak pasei2 kami terlepeh ke tapah....

kuala woh

sebelum balik, orang umah ngajak lawat2 tempat dia membesor kira2 30 tahun lepas.. di kuarters tnb kuala woh... satu hala jalan kuala woh gak cuma ke atas ckit... so, orang umah pun cete le tempat2 dia main masa kecik dolo...tempat2 gelongsor..tempat bapaknya krojea... memang nyaman tempat nie.. jauh dari orang ramai... syahdu je rasa... Aku pernah merasa keadaan camnie semasa aku bekerja di batu14 dulu... Lata Iskandar dah jadi tempat ngadu nasib... cumanya ngangkung jea tak wat lagi sebab aku tak ngangkung!!

Nenanti aku ceritakan pengalaman hidup selama 10 tahun aku berkhidmat di sana....

hidup kekadang selamba
Kulop Ludin

hujan dah turun

oleh kerana hujan dah turun So piknik Kat umah sambil tu layan cari hidden objects..

beli semalam buku nie untuk danny tapi aku layan gak.. Katanya leh improve memory.. Baik untuk aku yang semakin hari semakin kuat lupanya..

sebab tu tiap2 bukan bank hantor penyata untuk ingatkan aku!

hidup kekadang melupakan
kulop ludin

ke kuala woh pagi ni

mudah, dekat dan Jimat. Hari ni kami ke kuala woh.. Plan camtu tapi kalau dongak ke langit .. Gelap ... Macam nak hujan..

kalau hujan nampak gayanya piknik dalam umah.. Lagi Jimat.. Jimat minyak..

hidup kekadang berjalan
kulop ludin

Tuesday, March 15, 2011

Esok ke kampar

Esok aku ke kampar.. Ke kedai buku.. Orang rumah nak cari buku latihan untuk Anaknya.. Buku yang ada kebanyakkan dah hampir habis untuk danny buat.. Ok la.. Dia boleh menjawab soalan mengikut kemampuannya..

danny ada masalah dalam bahasa malaysia , dia tak berapa faham berbanding bahasa inggeris.. Malahan kalau dia tengok kartun yang ada alihbahasa melayu.. Pasti dia kekalkan bahasa inggeris.. Mudah faham katanya..

di rumah aku takleh nak ajar dia.. Dia lebih tertumpu kepada guru yang mengajarnya di kelas walhal cikgu yang mengajarnya pun satu level ngan aku.. Yang boleh ajarnya di rumah adalah orang rumah aku.. Aku cuma meraitnya saja..

dan seolah2 ada mutual understanding antara kami berdua.. Kat umah, hubungan kami adalah antara bapak ngan Anak.. Kat sekolah lain.. Terasa professional betul!

em.. Ngantuk lak..
tido dulu..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

splashing moment

splashing moment by Kulop Ludin
splashing moment a photo by Kulop Ludin on Flickr.

teringin pulak nak ke bukit merah...
tinggal kat suria apartment...
sewa copacabana....
naik skylift....

tapi duit tak berapa mandang.... yang ada ni kalat2 je tinggei.. kalau biskot, tinggal serodak.. kalau minum teh uncang..boleh direndam berkali2.... tapi takpe sebab bior tahan ckit keinginan tu sebab ada projek besor untuk cuti bulan sebelas nanti....

pelan2 aku kumpul duit.... pelan2 aku dan orang umah kumpul duit... tadi danny tunjuk satu helaian majalah.. dalamnya ada gambor hotel banyak bintang.. agaknye dia pon pelik sebab biasanya taim cuti.. mesti kami outingvacation...

kali nie outing dalam umah jea... kikiki...
Danny pon dah pandai.. duit lebih belanja sekolah dia masukkan dalam tabung, aku dah pesan kat dia.. kita takleh nak belanja kasar2 cam dolo.. kita kena simpan duit untuk outingvacation nanti..nampaknya dia faham... sama2 kami menabung... terasa thrillnya...

ada seorang sahabat FB aku, namanya Saat Sulaiman.. seorang penulis (aku dah beli 2 buah buku tulisannya, sangat menarik) memberi idea bahawa kita kena plan program tahunan keluarga bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan... so, pada aku itu adalah idea yang sangat menarik...

Biasanya kita hanya rancang program2 tempat kerja dan mengabaikan program terancang keluarga...

aku rasa idea ini boleh diaplikasikan tidak kira samada individu tu dah berkeluarga ataupun belum.. jadi kita akan nampak aras/arah tuju setiap tahun... kita dah setkan benchmark... bagus.

Tapi aku memang terasa beku betul...24/7 duk umah..... rasa nak pitam2 pun ada.....

Hidup kekadang berkorban
Kulop Ludin

Monday, March 14, 2011

to teluk intan to make border pass to celebrate danny's birthday to be summoned too!!

to teluk intan by Kulop Ludin
to teluk intan a photo by Kulop Ludin on Flickr.

so hari ini aku ke teluk intan... ada 2 sebab utama... yang pertama nak wat border pass kerana dalam bulan 4/5 nie aku nak wat lawatan sambil belajar kat luar sempadan sana tu ckit... kata dema2... ada persembahan rimo.. so macammana le ghope rimo tu.. jadinya aku nak wat kajian tindakan macammana rimo leh panjat tiang kecik sambil menggoyang2kan ekornyea... memang pelik....

yang keduanya, aku ke teluk intan sebab nak bawak danny ke pizza hut... dia teringin makan pizza so kira fair lea sebab sekali jalan ke teluk intan leh wat 2 perkara skaligus.... memang puehati tengok dia makan sungguh2 pizza tu... berbaloi le membayornyea...

di jabatan emegresen... seperti yang aku maklumkan tadi.. ramai orang disebabkan musim cuti nie... semua berpusu2 nak keluar negara... ye lea...dema banyak duit, leh le melancong...
tapi apa kisah, bak kata orang dolo2... money is like beard...today shave..tomorrow come again!! hahaha....

tapi memang berjodoh antara aku ngan pegawai penguatkuasa... aku nyaris2 lagi kena saman... itu ari kat tapah (hometown) 2 kali...dan kali nie kat teluk intan plak... seelok aku kuor dari seben eleben... orang umah bgtau.. kete nak kena saman... dan macam biasa.. aku kuorkan hset niknokia aku dan snap... time tu jugak abang misei jeling kat aku... aku menghampirinya... cakap sikit lebih kurang, dia kata "nasib baik tak tekan print" so, selamat le aku... timakasih abang misei... sebenarnya aku dah tanya awal2 kat seben eleben tu kot2 ada jual kupon letak kete.. tapi kata dema tak jual... so, nak wat camne... aku pon maleh nak rondok tiap2 kedai yang ada kat situ cari kupon... niat aku nak bawak orang umah dan danny makan pizza hut..setelah 3/4 kali aku berpusing2 pekan teluk intan disebabkan GPS niknokia aku asek2 bagi direction pizza hut yang lama tutop (aku tak berapa familiar jalan teluk intan nie)

baliknya hujan lebat sangat... danny dah longgarkan talipinggang.. agaknye pueh betoi dia sumbat apa yang termampu....(badan kecik tapi leh tahan gak dia makan, aku pon naik riso takot2 dia mungei2)

Untuk besday kali ini aku tak belikan apa2 untuk danny sebabnya dah ada semua... tak tau nak kasik apa lagi... pc/ps2/psp/ semua dah dibeli.. cuma semenjak dia sekolah nie, orang umah dah tarik simpan tu semua... ada masa2 je leh main sebab kami tak endak benda2 tu efek pada emosi dia nanti.... sampaikan psp aku pon tak bersentuhan lagi...

Selamat Hari Lahir Danny.. you know, i love you rite? (anak aku cukup paneh kalau aku cakap camtu.. kikiki)

Hidup Kekadang Selamba
Kulop Ludin

gambar instant rm12 untuk 4 keping.

milik koperasi.. Senang sikit takyah nak ambek gambor awal2 Kat emegresen ni disediakan segala2nya..

cuma rambut takleh kaler maler.. Mesti nak hitam atau putih which ever comes first..

haih.. Ada berbelas2 nombor lagi.. Tapi Takpe sebab aku dan Anak beranak dapat duduk dalam dan boleh layan pala tengok gelagat orang.

Esok ke teluk intan

Esok hari lahir danny, aku masih ingat taim dia nak lahir.. Hari ahad.. Antara jam 10-11 pagi aku dah Bawak orang rumah ke hospital tapah dan macam biasa tapah akan suruh hantar ke teluk intan.. Macam2 alasan dema bagi.. Malas aku nak cakap banyak..

seeloknya sampai hospital teluk intan , danny pun lahir.. Kata orang rumah semasa dalam ambulan misi tu mintak orang rumah tahan ckit .. Masa tu jalan ke teluk intan mmg melantun2.. Ikutkan hati memang taknak hospital kerajaan nie.. Elok hantor ke hospital swasta.. Tapi masa tu aku takde pengalaman.. Tak gheti nak ejas banyak perkara...

dua kali aku pergi balik teluk intan - tapah.. Last2 hampir aku cramp taim drive balik dan mujor le takde apa2 terjadi.. Idak kalu entah mana hala aku landing Nanti. Sampai2 umah.. Pasang kipas terus lena sampai ke pagi.. Letih sangat...

tiba masa nak daftar nama anak, aku pilih nama megat mohamad daniel Kemudian aku nak tambah ckit lagi tapi orang kata panjang sangat Nanti Susah nak isi form.. So, aku setuju.. Aku nak tambah ckit jea ujungnya.. reyes.. Megat mohamad daniel reyes, Hehe taim tu reyes main ngan arsenal .. So minat tul style dia main ( mujor idak bubuh nama tu)

cepat betul masa berlalu .. Dah 7 tahun danny bersama kami.. Susah senang kami bersama.. Tapi tau ke dia istilah Susah tu? Yang aku pasti setat umur 7 tahun dah makin banyak perkara yang perlu aku muhasabahkan kerana dia mula belajar hakikat hidup melalui pengamatan tingkah laku insan yang terdekat...

hidup kena berubah
kulop ludin

Sunday, March 13, 2011

suapan Anak

entah bila besor Esok Anak nie ingat ke idak ngan dua insan nie...

suapan Anak

entah bila besor Esok Anak nie ingat ke idak ngan dua insan nie...

myMetroLima dakwa ditampar guru

myMetroLima dakwa ditampar guru

SEBATI
(GAMBOR HIASAN)

kesalahan:
1. ponteng kelas
kesilapan:
2. menampar

situasinya: sebenarnya parents tak tau yang bilangan pelajar/murid mesti sama dengan jumlah kehadiran pada hari itu apabila bermulanya satu2 subjek... melainkan kalau pelajar tersebut mendapat kebenaran khas membenarkan mereka berada di tempat lain. Soal ponteng kelas walaupun hanya 5 minit, ianya sangat siyes kerana ianya melibatkan soal keselamatan pelajar itu sendiri.

Denda kena denda sebab ponteng kelas nie macam virus H1N1 juga... ianya akan merebak sekiranya tidak di setop!!

Sebagai Ibubapa, kita mesti tak puashati sebab anak kita kena tampor depan pelajar lain...emosi anak akan terganggu... itu betul tetapi emosi siapakah yang akan lebih terganggu jika anak kita yang ponteng tadi orang jumpa celah2 longkang, muka tersumbat dalam mangkok tandas ataupon tiba2 orang jumpa tidak bernyawa? Siapa yang akan menjawab? Tidakkah guru yang mengajar pada masa itu akan disoal juga? Kenapa tidak dipastikan ke mana bebudak tu berada? Chain reactions akan berputar2....

Sebagai guru, kalau nak ambil tindakan (berhemah), cara yang paling selamat adalah berdiri di belakang kelas sambil menghadap kita (agak2lah sampai lama suruh berdiri tu..bukan apa takot pitam lak) jadi selain daripada kita "denda" bebudak tu dapat juga mengikuti P&P yang dijalankan, kiranya serampang dua mata. Perkara2 camnie datangnya dari pengalaman dan juga kita kena faham bahawa sebagaimana baiknya niat kita pun... bebudak tu bukan anak kita... mereka ada waris..... Dan itu gunanya ada kaunselor......ada gurubesor.... dema tu bukan sesaja dilantik atau diberi waktu mengajar yang agak kurang berbanding guru biasa... Gunakan dema tu.... Jangan biorkan dema tu tak prektis apa yang diamanahkan.... Kita takyah pening2 pala.... kerja kita ngajor.... pastikan semuanya berjalan lancar dan dimanafaatkan oleh klien2 kita....

Aku yakin perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan cara baik dan memerlukan seseorang yang boleh menjelaskan situasi sebenar dengan cara halus dan difahami.... Kepada guru tersebut... niat anda betul cuma silap ckit jea.... niat itu diterjemahkan dalam bentuk sentuhan kulit..... tapak tangan ke kulit... Kepada ibubapa bebudak tu... memang betul juga tindakan mereka... sebabnya... aku pun makbapak gak!!


HIDUP KEKADANG SIYES!
kulop ludin spenda pintal getah

danny dan opah (mak sedara belah orang rumah)

dia bela danny dari umur 3 bulan sampai la 6 tahun.. Aku tak over bila danny dah darjah satu tapi Setiap hari rabu, orang rumah hantar danny ngaji ngan opahnya.. Aku pun boleh ajar tapi sabitkan tak endak danny lupakan jasa tangan yang menyuap nasik ke mulutnya taim kecik tu maka aku hantorkan jugak...

lagipun bacaan ayat2 suci nie kena orang yang mahir.. Kalau ilmu setakat separuh tiang.. Tak leh jalan...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Saturday, March 12, 2011

majlis harijadi

ikutkan harijadi Anak aku isnin nie tapi disebabkan orang yang membela danny nak buat hari ni bersama2 Anaknya maka aku pun orait saja... Tak Jadi masalah.... Disebabkan aku terlibat dalam kesupiran membawa bebudak sekolah ke kejohanan bolasepak Jadi orang rumah aku uruskan pembelian kek berdua dengan danny.

aku perhatikan orang rumah aku sanggup lakukan apa saja kalau pasal Anaknya... Dan Anaknya lebih manja dengan maknya berbanding aku.. Itu lumrah.

begitu kuat ikatan ibu dan Anak Cumanya ubat batuk ibu dan Anak... Aku Tak berapa lalu nak telan kalau batuk..... Takleh tahan.-pekat betoi!

sebab tu bila aku baca ada ibu sanggup buat macam2 Kat Anak dema (dera) aku rasa pelik... Idak ke payah ngandung 9 bulan tu? terboyot2 ke sana ke mari... Muntah2.... Cek perot.... Peh...

sadis.. Memang sadis... Tapi macam mana kalau yang mengandung tu kaum bapak pulak?

iskh.... Takleh bayangkan...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Friday, March 11, 2011

super strike

sepatutnya aku dah menikmati hari sebelum cuti tetapi disebabkan ada tornamen bolasepak maka aku ditugaskan menjadi supir.

taim nie hujan lebat sungguh. Burung2 semua bertempiaran lari.. Pengadil basah kuyup dan ada masanya wisel pun tak berbunyi.

lapar memang tak boleh dipisahkan taim hujan... Anak murid sebelah ni asek2 intai2 hset aku... Mungkin mintak simpati.. Nak makan tapi nak buat macam mana... Hujan lebat..

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...