aku-dan-photography

Monday, February 28, 2011

kejohanan bola baling daerah batang padang

hari rabu dan sabtu minggu lepas aku ditugaskan untuk menghantar murid ke mini stadium tapah. Oleh kerana bola baling, aku memang berminat kerana game bola baling ni lain sikit auranya mendebarkan.

selain daripada itu.. Aksi bebudak nie walaupun bawah 12 tahun.. Gaya mereka tu sangat sesuai bagi kita untuk belajar merakamkan aksi pegun dan aksi2 yang lain..

memang menyeronokkan.. Kebetulan pula team sekolah berjaya juga menjadi naib johan.. Pasukan underdog.. Tak sapa pun mandang pada mulanya..

dan bahana kerana merayau ke sana ke mari.. Tiba taim nak final .. Betis aku cramp dua2 belah.. Sayang tul.. Aku terpaksa duduk Kat pelantar penonton.-sambil nyapu minyak angat..

sampai la nie aku nyapu minyak angat lagi.. Masih terasa sakitnya..

moral of the story: aku kena guna semula stepping machine.. Yang kaku sepi... Masanya dah tiba untuk aku mengurangkan beberapa tahil.. lelemak kat badan..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Sunday, February 27, 2011

danny muntah2

dari semalam lagi danny muntah2.. Payahnya tapah ni takde klinik 24jam.. Yang ada hospital.. So, aku tunggu jap lagi. Lepas tu agak ok.. Aku pun antara lena tak lena tidur tapi kata orang rumah.. "ye le tu.. Tak lena sampai berdengkur2" entahla.. Rasanya aku tak berapa lena, mungkin mainan minda kut..

paginya danny muntah lagi.. 2 kali.. Kali ni takleh tunggu.. Aku ke klinik razi.. Dan aku dah boleh hafal skrip doktor tu..aku cuba aplikasi pada danny.. Ternyata benar, hampir 65% skrip aku tepat.. Cumanya aku tak belajo tinggi sampai Jadi doktor idak kalu senang je aku ubat dan berubat...

dan juga sepatutnya hari ni aku nak beli gajet mancing tapi disebabkan danny tak sihat.-biarlah aku Kemudian2kan hasratku itu..

aku nak join kawan2 tempat krojea.. dema kaki mancing..sebenarnya aku pun sama cuma dah setop hampir 8 tahun.. Kini aku nak Try lagi.. Teringin rasanya nak tarik toman idak pun talipia pun ok gak..

tapi ada ke masa? Takpe2 Nanti aku ejas2.

aku nak beli bmw guna duit ikan kalau boleh..

*danny dah tido.. Aku pun nak ikut sama..letih 'berjaga sampai ke pagi tadi'

hidup kekadang ngantuk
kulop ludin

Saturday, February 26, 2011

bakal2 menantu aku

aku suka budak2 kecik 3 orang nie.. Hat belah kiri tu Anak ustazah, yang tengah kecik molek tu cucu boss aku manakala hat belah kanan tu pula Anak ustazah gak tapi maknya pakai harrier!

dema ni tahun satu.. Sekelas ngan danny.. Tapi hat jenis pandai membaca lancar tak macam danny.. Kalau suruh membaca , tak endak sungguh tapi tau lak dia google search Kat tenet cari nicklodean..

kadang2 risau aku.. Tersalah taip.. Nanti ke laman lain lak dia sampai.. Aku dah nampak masalah2 yang bakal timbul bila danny semakin dewasa dan kemahiran IT semakin tinggi

aku suka budak2 perempuan.. Macammana le rasanya ada Anak perempuan?

hidup kena bersyukur
kulop ludin

Thursday, February 24, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSPK daerah batang Padang


sebati, originally uploaded by Kulop Ludin.
semalam hampir lebih separuh hari aku kat mini stadium tapah.
selain daripada jadi supir bawak bebudak ke situ dapat juga aku berjumpa rakan2 lama yang sememangnya muka yang sama..

Aku kenal seorang potograper muslimah iaitu seorang guru dari area besaout kalau tak silap.. hebat juga cara dia menembak moments time bola baling nie...

aku, dari semasa di SKPZ biasanya, tahan daripada bagi instruction luar padang.. pertama mmg takleh.. dah ditetapkan taim meeting dolo2.. dan keduanya takot sakit tekak, nanti camne aku nak ngajor kalau suara aku tak kuor... kena pikir semua tu!!

walau idak kuor suara, di dalam nie.. hati nie menjerit2... so, mungkin yang sakit adalah hati aku apabila timing aku snap gambor tu tak berapa baik... bebudak ni pon sama.. taim aku lepak belah kiri.. dema lompat belah kanan!!

sabtu nie, sekali lagi aku ke mini stadium tapah kerana sekolah aku telah menjadi johan kumpulan selepas kedudukan tempat pertama adalah seri, berkongsi dengan SK datuk Kelana... setelah mengambil kira faktor masa dan cuaca.. akhirnya kedua2 pengurus bersetuju wat lambungan siling.. tapi tak mengapa... sebab mmg sekolah aku dah layak ke pusingan lose die sabtu nanti...

Jadi, Sabtu menembak lagi.... kali nie.. aku nak tembak aksi yang paling best!! harap2 pasukan sekolah aku akan berjaya..... walaupon aku bukan coachnyea....

hidup kekadang letih juga...
Kulop Ludin

Wednesday, February 23, 2011

hidup tanpa bapak part 2

dah 2.30 pagi terlewat aku tidur sebab pagi Nanti aku nak bawa bebudak ke kejohanan bola baling Jadi aku siapkan lembaran untuk Anak murid aku yang lain..

hidup memang sukar tanpa bapak..walaupun opah aku pernah bagitahu yang bapak aku taim kecik2 dulu memang tak suka aku.. Banyak kali aku nyaris2 mati disebabkan cara dia mengajar Anaknya.. Tapi aku tak kisah sebab itu antara dia dengan tuhan, lagipun aku hidup gak sampai la ni.. So, kira settle..

tapi aku tak nafikan taim sekolah rendah dulu .. Bila aku perhatikan kalau ada apa2 majlis.. Ada makbapak yang hadir.. Aku tunggu jugak kot2 ada wakil yang datang sama seperti kawan2 aku yang lain.. Macam biasa, yang datang.. Opah aku...

mak aku dah kahwin lain.. Kahwin ngan polis.. Aku macam tu juga duduk ngan opah..

soal kasih sayang, aku memang tak faham.. Aku tahu hidup.. Aku anggap mak saudara dan bapak saudara aku Sebagai abang dan kakak , mereka rajin melayan aku.. Sampai sekarang aku masih terhutang budi atas layanan baik mereka.. Walaupun hujung2 ni aku dapati ada beberapa perkara perlu ditegur tetapi aku tidak mampu disebabkan mereka bukan kakak dan abang tetapi mak saudara dan bapak saudara.. Tinggi level mereka.

haih.. Dah hampir 3 pagi.. Aku takleh sambung lagi.. Nanti jenuh orang rumah aku kejutkan.. Takpe2 sambung part 3 Nanti..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Tuesday, February 22, 2011

hidup tanpa AYAH.. kulop ludin

tak lama lagi aku akan masuk kategori 40an.. Cepat benar masa berlalu... Aku dapati ada sedikit perubahan dalam pengamatan terhadap sesuatu perkara...

aku sudah mula memikirkan perjalanan hidup sudah melebihi separuh.. Aku memikirkan bekalan yang aku bawa ni cukup ke menampung apa yang diperlukan Nanti...

Apakah Anak dan bini aku akan mendoakan aku apabila aku sudah tiada... Sama seperti aku yang jarang atau kekadang terlupa mendoakan ayah aku yang sudah tiada..

walaupun aku tidak pernah melihat ayah aku semenjak 1979.. Sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 2000 kalau tak silap, itupun adik aku yang maklumkan pada tahun 2002 setelah 23 tahun aku tidak pernah berjumpa dengannya.. Malahan ketika dia berjumpa aku buat kali pertama.. Memang aku tidak cam langsung...

masih aku ingat.. Apabila dia bertanya"kenal tak siapa ni?" perkara pertama yang aku fikir .. Ni awek aku yang mana satu le pulak.. Mujur le aku tak tanya soalan2 sepastik Kat adik aku..

aku lost contact dengan ayah aku.. Langsung tak tau khabar berita.. Tau2 dah takde Kat dunia.

begitulah kesan kalau satu2 perkahwinan tidak menjadi sampai ke hujung...2

ah.. Aku sudah ngantuk dan Nanti bersambung lagi..kisah bagaimana aku mengharungi kehidupanku tanpa di sisi..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Monday, February 21, 2011

tigger untuk aku

sebelum nie danny dah dapat chip untuk redemption guardian.. Aku nak tigger tapi danny pilih chip..

so kebetulan aku ada beli sedikit barang Kat guardian.. Rupa2nya hari sabtu dan ahad , Setiap belian atas rm40 stamp yang dapat akan digandakan 2.. Jadi aku dapat 19 Stamps cuma perlu lagi 6 sahaja.. Jadi orang rumah aku genapkan 6 Stamps dan dapatlah aku redeem Anak patung tigger.

comel..dan sengaja aku tak keluarkan dari kotak.. Bagi danny geram sebab kotak chip dia dah dikerat2.. Seronok aku tengok dia jeles..

aku namakan tigger tu cikepu.. Dan aku tahu pasti danny nakkan cikepu aku..

dan seperti mana2 bapak dalam dunia bukan setakat cikepu tu jea aku bagi Kat danny malahan kalau aku mampu.. Walt disney pun aku boleh beli! Dan mintak dema hiburkan danny tiap hari..


hidup kekadang selamba
kulop ludin

Sunday, February 20, 2011

makan durian di kg gajah

tak sah kalau tak singgah port durian. So aku dan famili pekena 2 bijik durian.

leh tahan isinya.. Lemak berkrim

outing ke kg gajah

sabtu tak embuat apa maka aku isi minyak full.. Saja2 jalan tak rancang .. Akhirnya sampai kg gajah..

Saturday, February 19, 2011

Thursday, February 17, 2011

jam tangan

hari ni hampir kul 6 petang baru aku pulang ke rumah disebabkan ada aktiviti tambahan di tempat kerja.

Kemudian aku ditelefon danny.. Mengingatkan aku tentang kan tangannya. Pendek cerita.. Akhirnya aku belikan sebuah jam tangan casio .. Kat tapah jea.. Harganya rm55..

beruntung dia.. Semasa aku darjah 3/4 dulu.. Taim tu jam digital dah ada.. Aku masih ingat.. Tali besi.. Digitnya pun kaler hijau.. Betapa aku teringin sangat tapi aku bukan datang dari keluarga yang mampu..

yang mampu pakai jam tu adalah di kalangan Anak2 polis.. Sedangkan aku tinggal bersama opah dengan pencen yang tak seberapa..

tapi entah kenapa aku tidak pandai meminta2 mungkin pada masa tu aku dah mula sedar aku tidak seperti Anak2 polis yang ibubapa mereka mampu membelikan sebuah jam tangan digital...

sehingga kini aku masih lagi tidak pandai meminta2.. Tapi aku masih lagi terasa bagaimana rasanya jika inginkan sesuatu tetapi kita tidak mampu memilikinya dan pada masa yang sama kita menerima hakikat tersebut..

hidup kekadang kenangan
kulop

Wednesday, February 16, 2011

keje dah settle

hari ni tak ke mana2 ngeram dalam umah sambil merait keje budak2... Budak2 yang aku ajar tahun nie cukup suka kerja rumah.. Kadang2 nak dema siapkan semua topik2.. Aku tak kisah tapi nak meraitnya leh kena maigrane.. Tulisan dan jawapan sesukahati..

tulisan Anak aku pun sama.. Tak lawa.. Pasti jenuh cekgunya nak merait..

terima kasih kepada guru2 pra sekolah yang selama ini bertungkus lumus mengajar Anak2 kita.. Tapi jarang pula kita dengar penghargaan diberikan kepada mereka. Kebiasaan pujian diberikan kepada guru2 yang mengajar tahun akhir persekolahan.. Samada sekolah menengah ataupun rendah.

kadang2 demi mencapai matlamat, kita menghalalkan banyak cara. Tanpa kita sedari kejayaan Anak kita itu kelak akan menghasilkan rezeki yang akan menjadi darah daging mereka..

secara beralas.. Berbanggalah kejayaan Anak2 kita Tapi tanya2kan lah bagaimana mereka berjaya...


hidup kekadang selamba
kulop ludin

Tuesday, February 15, 2011

Usrah Pagi Senin




Hari aku digelar Ustaz Sir!!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA!
kulop ludin spenda pintal getah

Monday, February 14, 2011

SONY G LENS 70200 F2.8

ini adalah satu2 lens idaman yang sering bermain2 dalam pala otak nie.. Boleh dikatakan hari2, 3/4 saat mesti aku teringatkan dia...

body solid.. Warna pun menarik.. Menghormati lens2 lain.. Kalau berdiri tak goyah. Bersopan santun.. Pandai menjaga hati tuannya malahan mendengar kata..

tapi barang baik, harga pun baik juga... Umpama meminang Anak dara orang.. Setiap pemilihan ada percaturan..

aku teringat saat2 indah aku bersama 18250, merata kami berjalan berpimpin tangan.. Sama2 ke pantai.. Sama2 memerhatikan mentari terbenam diufuk timur.. Tapi kini 18250 bukan milik aku, telah ku serahkan kepada orang rumah.. Namun sekali sekala aku sentuh juga dirinya.

untuk lens nie.. Aku tidak mahu memilikinya dengan mudah.. Biar aku rasa bagaimana jerihnya,menitis nya peluh membasahi dahi dan biar aku tidur berbantalkan lengan.. Biar aku rasa itu semua...

lagipun ...

apalah erti kenikmatan sekiranya apa yang dihajati begitu mudah tercapai.. Tanyalah pada mereka yang beristeri lebih daripada satu.. Apakah rasanya apabila sudah mengecapi nikmat beristeri dua atau lebih... (dalam konteks ini, isteri bermaksud lens)

hidup kekadang memendam rasa
kulop ludin

Sunday, February 13, 2011

manuskrip dinasti ching Kat tesco

(replika manuskrip zaman dinasti ching)

oleh sebab aku tak berapa tahan dengan bunyi gema dalam rumah maka hari ni kami ke tesco kampar.

aku dengan figura bahasa memberikan mandat bersahaja kepada orang rumah.. Jangan lebih 1k udah lea.. Idak kalu tak mampu nak bayar.. Gadai spenda pun tak lepas..

Sebagai seorang isteri yang taat kepada suami.. Dipenuhkannya troli selagi muat dan termampu ditolak..

aku macam biasa mesti menitik2kan ayor lior area tibi besor2 tu.. Keinginan tibi 42 inci/52 inci semakin menebal walaupun aku tahu.. Selagi aku tak tambah 1 lagi astro.. Tak merasa nak layan cerita2 yang aku minat.. Tapi aku sedar.. Itu adalah kehendak dan bukan keperluan..

Kemudian aku beralih ke bahagian telepon bimbit..wow, samsung tabby rm2199 rasanya.. Leh tahan harganya.. Tapi besar nya pun leh tahan juga.. Kat mana aku nak letak bila ke tandas Nanti.. Kalau jatuh masuk lubang tandas, camne?

aku tutup rapat2 hasrat yang ada tu.. Sebab kehendak melebihi keperluan..

bila taim membayor.. orang rumah rasa serba salah sebab tak tercapai nak sentuh target 8 troli sekali harung...

aku pulak dah pegang2 kancing seluar.. Harap2 tak le kena gadai seluar katik...

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Friday, February 11, 2011

Telur Anak dan telur bapak

Ikatan suami/isteri adalah seumpama keropok bulat yang mamak goreng dan diletakkan sebelah menyebelah nasi briani ayam madu..sedap lemak dan sepadan..
Tetapi ikatan ibu dan Anak berlainan pula.. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keperluan dan kehendak Anaknya dipenuhi... Bangun seawal pagi.. Berjegang mata takkala Anak tu demam.. Dipekap dahi Anak bagi mengurangkan kepanasan..begitulah pengorbanan seorang ibu..
Sungguh aku kagum tidak dinafikan..

"Ayang , abang pun nak gak telur separuh masak macam danny"

hidup kekadang selamba
kulop ludin

Tuesday, February 8, 2011

kartunis

aku ada bakat kartunis...
suka aku lukis kartun2 macam nie... Tapi part2 warna aku segan sikit...

Anak aku pun sama... Pandai dia melukis.. Warna je kurang... Tak nak langsung....

patut lea Anak aku ngadu Kat emaknya.. Hari ni bapak ajar mewarna jea.. Kecik2 dah pandai komplen2.. Padahal semua tu kemahiran!

hidup kekadang terpaksa dipaksa!
kulop ludin

Monday, February 7, 2011

ni le wak segan yang titik aku

dari naik bukit gua tempurung sampai le ke ipoh.. Aku dititik tanpa belas kasihan oleh uncle nie..

makan angin aku Kat belakang disebabkan wak segan ni tak menggunakan air.

kancil merah

kancil merah ni cukup popular di tapah.. Rata2 yang berlesen kereta di tapah nie pernah melabuhkan bahagian belakang masing2 di ruang pemandu..termasuklah aku..

koh meng belajar memandu sekolah.. Aku tak habis belajar memandu pun dengannya sebab aku dah handal bawa slow2... Sampai la ni, ngan makcik/pakcik bawak wak segan pun kena titik bertiang2! Nanti aku cari semula gambar wak segan kaler merah yang titik aku Kat highway haritu...

selalunya Kita lemas di daratan apabila terpaksa membontot belakang dema2 yang baru belajar memandu .. Rasa nak hon2 jea tapi tidakkah semua orang sebegitu juga sebelum ini?

aku bersabar perlahan2 aku follow layan kepala sambil terkenangkan kenangan lalu.. Akhirnya aku sampai juga ke destinasi.. Dengan perasaan lega.-kerana kesabaran aku itu teruji dan dapat aku atasi..

ironinya.. Waktu balik aku terpaksa membontot kancil yang sama! hampeh!

hidup kekadang kena bersabar!
kulop ludin

Esok kerja

alangkah indahnya kalau takyah kerja.. golek2 cukup bulan gi bank, duit pun masuk.. Pagi2 minum Kat kedai sambil pekena roti bakar, telo separuh masak 2 bijik.. Baca surathabor.. Takyah pening2 pala nak memikirkan bagaimana nak puaskan hati semua orang..

hidup kekadang berangan
kulop ludin


Sunday, February 6, 2011

tapah pagi tadi

macam ni le tapah kalau musim cuti panjang, 2 hari terakhir mesti jam.. Tu yang malas nak keluar..

dan macam biasa mujur le ada pakcik polis trafik jaga simpang utama iaitu simpang di petrol station shell.. Takde dema.. Kan main sukahati je orang lepak2 Kat petak kuning.. Udah sangkut semua orang..

Esok.. Keadaan macam biasa.. Seperti hari2 sebelum nie..

hidup kekadang jam
kulop ludin

astro one

akhirnya aku cuba juga astro one setelah aku menanti agak lama filem mak limah balik ke rumah Jadi hantu..

ceritanya bersahaja.. Bajet murah.. Pelakun lagi sikit dari zombie kampung pisang... slapstick tapi menghiburkan... Cuma pada aku .. Filem ni kurang garapan dari segi sinematographinya.. Banyak tempat tidak diguna pakai sepenuhnya.. Kurang keindahan berbanding zombi kg pisang..

fokus hanya pada kedai tepi sungai tu jea.. Patut la dema terkejut apabila kutipan kali ni tidak kurang dari 6 juta.. Ada beberapa orang pelakun perlu disemak semula .. Lakunan mereka memang tegak macam tiang bendera takde jiwa dan kekadang tak bertempat pula macam Anak kak limah tu.. Ketawa yang dibuat2 monotonus..

lakunan pelakun2 veteran memang mantap.. Aku suka ekspresi pak jabit terhadap awie.. Jelas dan tegas.. Penghayatan watak yang baik.. Lakunan awie memang nampak lebih matang.. Dia dapat melahirkan mood secara tidak sedar melalui bahasa tubuh yang baik.

untuk filem ini aku dapat bagi 5 bintang daripada 10... Aku kategorikan filem ni Sebagai "kecewa tapi menghiburkan"

hidup kekadang zomba
kulop ludin

Saturday, February 5, 2011

SEBATI DINNER 2010



sempat orang umah aku rakam ckit... idak kalu meleleh orang mintak otograp!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

hantu mak limah pulang ke umah

ni filem pertama aku langgan ngan astro first...
layan dolo...

nokia 3310

zaman gemilang hset ni.. Peh.. Orang gantung Kat tengkuk..

semua kagum bila hset ni kita letak atas meja.. Mata pandang2.. Jeling2.. Kemudian ada pulak yang letak nokia 8210 atau 8250.. Lagi la air liur meleleh2..

10 tahun lepas.. Memang mewah kalau leh beli hset 3310..

harga set underwater pun dah cecah rm1300 duit dolo..

la nie.. Budak prasekolah pun tak mandang.. Ada yang bagi cadangan suruh wat sendal pintu.. Lesung batu.. Dan macam2 lagi..

begitu lah kalau dah berusia.. Yang lama tidak berguna lagi.

hidup aku pernah merasa
kulop ludin

Friday, February 4, 2011

pgx daily

sesuai untuk diet.. kurang rasa lapor..
ambil 1/2 sebelum makan (minum ngan ayor kosong)
harga, tak tau lea.. ni pon mak sedara yang bagi..
nak kena riki kat pharmacy..

spenda pintal

ramai kata pelik nama blog nie...
sebenarnya idak le pelik sangat cuma between the lines tu kena terangkan..

kadang2 kita perhatikan manusia secara luaran, tersangat bezanya dengan apa yang tersirat di dalam... adakala nampak alim benar tapi disebaliknya hanya tuan punya badan yang tahu ( vice versa)..

adakala nampak mewah.... tapi telan meegi gak tengah2 bulan..beratur awal pagi pada hari pertama gaji....

sependa, seluar pendek dalam.. aku suka guna ayat suor katik.. sama nounnya.... tapi bebudak skarang tak berapa faham ngan suor katik... dema faham kalau kita sebut "boxer" padahal sama jea....

pintal getah.... menutup lubang2 dengan memintal2nya dengan getah... bermaksud... cuba mengharungi keadaan hidup yang tak lekang ngan cobaan dan kepayahan hidup lalu coba melewatinya dengan apa cara sekalipon supaya langkah diteruskan jua....

spenda pintal getah... apa yang di luar mungkin tidak sama dengan apa yang ada di dalam....

hidup kekadang berpintal2
kulop ludin

danny semakin berdikari

semakin hari, danny dapat berdikari dan menyesuaikan diri di sekolah.

esok nak outing

dah lama tak outing.. esok nak cari port outing..

Wednesday, February 2, 2011

lysine

kalau anak kurang selera makan, ada beberapa cara untuk atasi masalah tersebut:
1. Mintak orang umah masak sedap2.. Kalau tuan/puan dapur jenis berjauhan maka pastikan chef yang memasak tu dapat menepati citarasa Anak2 tuan puan.
2. Kalau membeli vitamin .. Try hat yang ada tulis lysine.. Hat ni dapat membantu meningkatkan selera Anak2..

kalau semua tu tak menjadi.. Cuba up kan selera bapak nya pulak dengan kaedah yang sama...

hidup kekadang berselera
kulop ludin

cuti tahun baru cina


(cuba menongkah ke langit.. tapi ditarik graviti jua)

lega betul cuti 2 hari ni.. Aku terasa letih benar berjaga sampai 1/2 pagi.. Tidur tak berapa cukup.. Keluar kerja pun bintang masih bertaburan di langit..

hidup kekadang selamba
kulop

Musim Demam


aku dapati la nie ramai la bebudak demam/selsema/batuk2....
nak musim duyan ke ni?

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...