aku-dan-photography

Thursday, November 24, 2011

Hari gaji hari bengkel

Hari nie gomen gaji, ramai sengih balik.. maklum lea jarak gaji dolo di tengah2nya raya haji maka ramai le hidup dalam keadaan gersang dan tandus lepas tu...

Paginya dalam kul 11, aku dan danny ke tapah... timing memang sesuai sebab masing2 patot isi perot.

Otw balik, aku rasa lain macam je gear nie.. ketat nak masuk... clutch pon tak berapa mesra... tengah2 kereta bergerak aku tepaksa freekan gear... rapat ke tepi... haih, sudah... udahlea ramai kereta kat tapah memandangkan hari menuai nie...

Setelah beberapa minit, aku teruskan perjalanan... sampai gak ke rumah... kemudian aku kuor balik dan terus ke workshop ah fook area2 sri tapah tu...

Katanya ada problem clutch... kena ganti baru..... huhu... dia kata, bajet dalam 4 hatus lebih... aiseh... macam banyak tu...

Kereta tu, orang rumah aku yang guna... aku, lebih selesa ngan kancil boxter, yang comei jika dilihat mana2 sisi sekalipun...

Minggu depan baru siap kete tu sbb bukan kete aku je yang selsema rupanya ramai lagi beratur nak direpair....

4 hatus lebih..... lepas bajet untuk bermalam di hotel... nampak gaya, makin lama aku duduk diam2 kat umah.....

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...