aku-dan-photography

Friday, September 9, 2011

Program Perjumpaan Anak Angkat

SEBATI by Kulop Ludin
SEBATI a photo by Kulop Ludin on Flickr.

esok ada perjumpaan program anak angkat.. pagi sampai pagi gak.....

Tapi aku tak dapat nak hadir sebab keadaan kesihatan yang tak ngizinkan... sebenarnya hari jumaat tadi pon aku dah mula berhalusinasi time driving pagi tadi...

kancil kuasa kuda 850 sepatutnya gah dijalanraya disebabkan keadaan fizikal kete yang kecil lagi cilok tu tak mampu nak menandingi satu unkel naik ngan antie gi kebun hanya berrentaskan honda kap cc 70... aku makan asap grembal moto tu jea... punye le pala aku tingtong...

Jaman aku ambek peksa penilaian dolo, seingat aku.. takde pon anak2 angkat nie.. yang ada ceramah motivasi yang masa tu aku tunggu abih je sebab nak balik main gasing......

cukup mudah betul pemikiran aku dan kawan2 lain.. orang suruh ambek peksa.. kami ambek.... bukan tak tau 5A tu... tau.. tapi tu le.. budak kampong... kampong batu 8 ulu kinta.... hidop kami best......

time main gasing..kami main betoi2... time main saidina..kami meniaga betoi2.... time berbuka ke surau waktu bulan pose.. kami berbuka sambil sorok ayam dalam nasik... kikiki.. nak ayam 2 ketoi le tu!!! maklumlea, bukan senang nak makan ayam........

kini, bebudak lebih terfokus.... dan aku lihat seawal umur 12 mereka dah mula didedahkan dengan stress... ada yang menangis jika tidak mendapat pencapaian yang sepatutnya....aku kasihan, tapi apa yang mampu aku lakukan.... semua itu adalah arahan.......

dah takde tempat bagi mereka yang kurang pandai...... dan aku juga terpikir.... siapa yang akan akan memastikan sampah sarap sentiasa dibersihkan, jalan2 sentiasa diturap kalau berlubang.... menjual ayam dan daging di pasar..... siapa yang sanggup lakukan itu semua setelah bertahun2 belajar di menara gading? setelah berpuluh2 ribu dikeluarkan?

kekadang.... apabila kita menggilap berlian...kita lupakan sebutir beras mampu untuk mengenyangkan ramai insan......

tangan tang dada....
mata pandang atas....

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...