aku-dan-photography

Friday, September 16, 2011

Pasar tanjung rambutan



Pagi tadi aku ke pasar tanjung rambutan. Macam biasa nak cari parking mmg susah. Pasar ni wujud taim orang naik beskal dah kira encem mana nak support ngan keadaan sekarang..... 40 tahun dah kompom... aku rasa lebih lagi umur pasar nie!

Kini, ada pembangunan di tapak sbelah pasar tanjung rambutan nie... rupa2 nya tak lama lagi, pasar tanjung rambutan akan dipindahkan ke tempat yang lebih selesa dan besar.....

Tanjung rambutan tak macam dulu... tapaknye sama.... cuma orang dan kenderaan makin banyak..... nak kuar simpang utama berhampiran klinik shukor dan fatimah pun leh buat kita tertidor!!!

Datuk dan opah aku sampai tanjung rambutan, awal 50an.. selepas setahun tidak bekerja selepas berhenti dari AC.

Tempat pertama dema duduk rumah sewa belakang balai polis... dalam rumah tu dibahagi/partition dengan plywood lebih kurang  macam dorm...kata opah...tu yang paling murah...

Kehidupan tak semudah mana sebelum datuk aku jadi atenden kat hospital tanjung rambutan... opah aku lakukan segalanya, habis pakaian dijual, ambil upah basuh pinggan mangkuk semata2 nak membesarkan anaknya dan membeli sarapan buat datuk aku... untuknya, santapan hanya pisang muda yang ditumbuk....

Nasi hanya untuk sekali sehari, lauknya pula hanya garam,cili dan belacan....

Beras, hasil pemberian sahabat angkat opah... nak beli tak mampu.... lebih kurang macam harapkan sedekah orang...

Semua berlaku dalam setahun,semasa datuk aku tidak bekerja...

Kata opah "memang seksa masa membesarkan mak sdara aku".....

Aku... hanya mampu mendengar kisah kehidupannya dulu.... aku rasa payah nak dapat kehidupan camtu taim la nie..



tangan tang dada,
mata pandang atas...
Sire Kulop Ludin!

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...