aku-dan-photography

Thursday, August 18, 2011

Puasa ke 17 popia



Popia.. aku beli popia tapi popia kat tapah ni tak sama level ngan popia ss ali kat taman kanak2 ipoh... ada kurang banyak..... popia la nie biasanya di tabur ngan bawang goreng manakala popia ss ali, tabur ngan telor. ( tapi la nie... tak berapa mewah taburannya..)

Sedar tak sedar dah pun 17 hari kami berpuasa.... cumanya tahun ni aku kurang jejalan ke bazar ramadhan sbb orang rumah yang belikan lauk pauk manakala aku time tu masih tegolek golek ateh tilam..letih betoi puasa kali ni... aku kagum ngan semangat orang rumah aku... cukup sabar memastikan aku dan danny bepuasa walaupun kekadang aku story2 gak pedih perot ala2 gastrik..tapi orang umah dah janji nak kasik aku dan danny rm30 sorang kalau aku dapat abih pose 30 ari.... ya... rm30 tu... leh aku beli sijil simpanan premium mana tau dapat kete besar..leh kami satu famili ronda2 satu semenanjung.

Minggu ni aku balik ipoh, mungkin ambek kesempatan sopping baju raya danny...tapi lepeh berbuka la kot... baru  semangat ckit.... duit bonuz yang gomen kasik, aku kongsi2 ngan tokei kedai... tak pasti tokei mana le yg benasib baik.....

Lantai2 sopping kompleks akan lebih licin dalam seminggu dua akan datang, basah dek airmata tokei2 kedai yang sedih terharu mengenangkan barangan mereka yang semakin berkurangan...kasihan... aku kena berhati2 ketika berjalan.

Selamat berpuasa hari ke 18.

2 comments:

Queen Guinevere said...

popia pasar mlm tapah hat mahai tu sedap jugak sir tp memg x boleh lawan kat taman kanak2 tu. mike dah terai mkn murtbabak kat restoren salem jln kuala? sodap

kulop ludin said...

rasenye ada penah dolo2... tapi la nie idak le terai lagik...
ahakz.. leh cari nanti....

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...