aku-dan-photography

Tuesday, August 23, 2011

Beraya di tapah



Tahun nie seperti 8 tahun yang lepas, aku  akan beraya  di tapah dulu... kg orang rumah dah agak petang ckit aku akan ke ipoh... dah jadi rutin macam tu.

MOU ngan orang rumah memudah kami menyambut hari raya... so selamat le pinggan mangkuk dari terbang merata2..

Isu balik kg "siapa" memang sensitip...  tiap2 tahun pasti ada yang memuncung.. takleh dielakkan. Kalau diukur muncung tu, maka burung kasawari pun kalah...hatta itik kat lombong kampar pun takleh challenge!

Orang rumah aku tak kisah raya kat mana dulu... dia orait je, cuma aku yang bagi advantage pada dia... bagi dia seronok berkumpul ngan adik beradik dia... kegembiraan dia adalah kegembiraan aku juga.

Tak dinafikan pasti ada sedikit perasan sayu terutama pada malam sebelum raya... aku bertemankan astro, berkumandang takbir raya 24jam... sabitkan aku ni lelaki jadi payah air mata nak ngalir... kalau pempuan mesti udah sembab bijik mata...basah lencun le kot.

Aku bersyukur, walaupun aku ni takde "adik beradik/parents" macam orang lain , aku masih tetap di hati orang rumah dan anak.. hari2 aku berhari raya bersama mereka....

Kepada pengunjung blog  yang tersampai ke sini  dengan hajat mencari cerita MONA GERSANG , selamat hari raya.... memang takde cerita panas tu kat sini (yang asa adalah catatan kenangan aku)... adeh la.... cete tu pon tak best... MONA GERSANG tu pon dah menapouse...udah tua!

Selamat beribadat di bulan puasa..... Anda berhak mendapat pahala yang terbaik!



tangan tang dada,
mata pandang atas...
Sire Kulop Ludin!

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...