aku-dan-photography

Saturday, August 20, 2011

Baju raya danny



Kemudian kami ke greentown mall.... sebab orang umah nak belikan baju raya untuk danny, kaler hijo....

Patutnya tahun ni, tema kami kaler oren ala2 team belanda... tapi entah camne leh terlupa nak tempah awal2 maka terlebih suda masa menempah... so, tahun ni kami guna balik baju raya tahun 2009! Ahakz....

Walaupun dah 2 tahun berlalu... saiz kami tetap menten...berkat kesungguhan menitikberatkan aspek permakanan maka saiz kami gitu2 je... cuma danny je cepat tingginya... seluar 2009 dah jadi pendek kakinya....

Aku tak dapat masuk tempat parking di greentown tu sbb punye le banyak kete.. dari bahu jalan sampai le lubang2 idong greentown tu penuh ngan kete.... akhirnya aku parking kat area restoran simpang tiga....dari situ kami menapak.

Setelah penat mencari akhirnya dapat juga sepasang baju raya kaler hijo untuk danny pada harga rm49.00.... puashati orang umah aku.

Setelah dicampur, semua sekali dah rm370...untuk danny sahaja.... terasa duit sekarang ni dah macam duit pokok pisang waktu jepun jajah malaya!

Aku? Orang umah? Kami tahun nie, berbaju kelawar disulam bling2 le nampak gayanya!

tangan tang dada,
mata pandang atas...
Sire Kulop Ludin!

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...