aku-dan-photography

Sunday, April 10, 2011

main catur

seperti aku dah janji ngan danny.. Sabtu dan ahad adalah kualiti taim untuk aku ngan dia.

ahad lepas aku ada belikan board games untuknya tapi aku dah bagi syarat tunggu sabtu dan ahad minggu akan datang untuk main dengannya.dan aku dapati dia menanda hari di kalendar.. Menunggu dengan penuh sabar tibanya hari sabtu..

aku rasa aku tak sepatutnya buat macam tu.. Tapi niat aku lain.. Aku nak dia belajar menghargai moment2 yang penting.. Mungkin agak radikal sedikit tetapi langkah besar bermula dari satu langkahan kecil..

So bila balik dari kem bestari solat terus dia mintak main board games.-walaupun kalau ikutkan aku rasa malas tapi disebabkan janji.-aku tunaikan juga.. Main le aku dam ular , dan dua/tiga game yang lain sampai pening pala aku nengok buah dadu...

Kemudian danny ajak aku main chess.. Aku turutkan juga walaupun tunggang langgang danny main dan letak askar2 chess tu.. Dan Akhirnya saja aku ajar dia cara letak dan pergerakan askar2.-rupa2nya dalam 1 game , danny dah boleh hafal pergerakan semua askar..terkejut aku. Sebab masa umur 7 tahun.-aku dulu tau main dam ular je..

kami main 2 game selepas itu keadaan semakin rancak bila danny dapat check mate aku.. (aku banyak ajar dia memerhatikan pergerakan aku)

danny rasa Seronok betul dapat kalahkan aku.. Kedudukan terkini.. Aku 1 dan danny pun 1..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

2 comments:

Mrs H said...

muka confident jer dpt kalahkan ayahnye.. hehe

kulop ludin said...

haha... tu le pasei....

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...