aku-dan-photography

Sunday, March 13, 2011

myMetroLima dakwa ditampar guru

myMetroLima dakwa ditampar guru

SEBATI
(GAMBOR HIASAN)

kesalahan:
1. ponteng kelas
kesilapan:
2. menampar

situasinya: sebenarnya parents tak tau yang bilangan pelajar/murid mesti sama dengan jumlah kehadiran pada hari itu apabila bermulanya satu2 subjek... melainkan kalau pelajar tersebut mendapat kebenaran khas membenarkan mereka berada di tempat lain. Soal ponteng kelas walaupun hanya 5 minit, ianya sangat siyes kerana ianya melibatkan soal keselamatan pelajar itu sendiri.

Denda kena denda sebab ponteng kelas nie macam virus H1N1 juga... ianya akan merebak sekiranya tidak di setop!!

Sebagai Ibubapa, kita mesti tak puashati sebab anak kita kena tampor depan pelajar lain...emosi anak akan terganggu... itu betul tetapi emosi siapakah yang akan lebih terganggu jika anak kita yang ponteng tadi orang jumpa celah2 longkang, muka tersumbat dalam mangkok tandas ataupon tiba2 orang jumpa tidak bernyawa? Siapa yang akan menjawab? Tidakkah guru yang mengajar pada masa itu akan disoal juga? Kenapa tidak dipastikan ke mana bebudak tu berada? Chain reactions akan berputar2....

Sebagai guru, kalau nak ambil tindakan (berhemah), cara yang paling selamat adalah berdiri di belakang kelas sambil menghadap kita (agak2lah sampai lama suruh berdiri tu..bukan apa takot pitam lak) jadi selain daripada kita "denda" bebudak tu dapat juga mengikuti P&P yang dijalankan, kiranya serampang dua mata. Perkara2 camnie datangnya dari pengalaman dan juga kita kena faham bahawa sebagaimana baiknya niat kita pun... bebudak tu bukan anak kita... mereka ada waris..... Dan itu gunanya ada kaunselor......ada gurubesor.... dema tu bukan sesaja dilantik atau diberi waktu mengajar yang agak kurang berbanding guru biasa... Gunakan dema tu.... Jangan biorkan dema tu tak prektis apa yang diamanahkan.... Kita takyah pening2 pala.... kerja kita ngajor.... pastikan semuanya berjalan lancar dan dimanafaatkan oleh klien2 kita....

Aku yakin perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan cara baik dan memerlukan seseorang yang boleh menjelaskan situasi sebenar dengan cara halus dan difahami.... Kepada guru tersebut... niat anda betul cuma silap ckit jea.... niat itu diterjemahkan dalam bentuk sentuhan kulit..... tapak tangan ke kulit... Kepada ibubapa bebudak tu... memang betul juga tindakan mereka... sebabnya... aku pun makbapak gak!!


HIDUP KEKADANG SIYES!
kulop ludin spenda pintal getah

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...