aku-dan-photography

Thursday, March 10, 2011

medal

ini medal..
acara track n field.. Dan aku tak pernah pun dapat mana2 medal tak pernah sekalipun.. Aku lari dah laju tapi orang lain lari laju lagi. Aku main bola tapi bila one by one , takut le pulak .. So, bila maksud maktab aku kena gak wat aktiviti pj.

aku ingat lagi first taim pj kami kena wat larian cooper.. Entah berapa kali pusing padang maktab ipoh aku dah lost count.. Batch aku ni banyak kategori pelatih yang agak tak muda Jadi ramai yang bernikotin peparunya..

ramai termasuk aku mintak oksigen tambahan.. Baru terasa nikmatnya bila nikotin tu terbuai2 dalam peparu..

tapi itu semua tak menghalang aku untuk berspot.. Aku join hoki.. Dan position cubaan adalah penjaga gol.. Setelah diuji beberapa kali Akhirnya aku dengan sengaja menewaskan diri aku daripada terpilih menjadi penjaga gol utama, ini adalah kerana rasa sakit pulak kena bola hoki yang keras tu.. Aku tak rela tubuh ini dihujani rembatan2 manusia yang rakus. Kalau dema belon ayor ok la..aku sanggup..

Akhirnya beberapa tahun lepas dan beberapa belas tahun dari lepasan maktab.. Aku terjumpa satu spot yang tak berapa merbahaya..dan aku yakin aku mampu untuk berspot semula...

blogspot..ya, aku jumpa spot yang aku tercari sebelum ini..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...