aku-dan-photography

Sunday, March 27, 2011

jualan tangisan harga tibi 42 inci

oleh kerana tak ada apa2 aktiviti petang sabtu So aku ngajak orang rumah ke tesco kampar-saja2 layan nafsu mata Kat situ.

rata2nya ditempat elektrik Jadi tumpuan aku-sebenarnya aku dah lama aim tibi 42inci, dan Kebetulan tesco wat offer kaw2.. 1.7k dah dapat satu.. Peh.. Dah sama macam 32inci taim aku beli setahun dua lepas-melekat jugak tapak kaki aku lama Kat situ-mata fokus-kalau diletakkan ratu cantik dunia pun belum tentu pandangan aku akan teralih.cukup fokus-orang rumah dah bagi greenlight-kalau nak beli lea.. Peh.

aku leh bayangkan betapa tibi tersebut dapat membantu aku untuk menonton dengan lebih jelas dan dapat aku baca sarikata dengan lebih pantas kerana aku dah tua-penglihatan tak setajam dulu-aku akur,semua manusia pun akur.

sedang aku mengira2 bajet dalam pala.. Aku terdengar satu bisikan halus.-seolah2 seperti dalam gua aku berada.
"alang2 42, baik ambek 52inci"

ya... Aku menjawab.. Terkejut kakak yang ada disebelah aku.sambil tu sempat dia promosi astro beyond.

setelah aku pikiran dalam2 aku rasa biorle aku kiv dolo sebabnya......
1. Aku pun dah berbulan tak tengok rancangan kat astro.
2. Aku takde masa nak tengok tibi.
3. Tibi dah ada 2.. Mana nak sumbat lagi.
4. Membazir tu amalan syaitan (berdarah idong nie)
5. Baik aku ternak duit tu.. Leh gak wat belanja taim projek mega nak meronda satu semenanjung cuti bulan 11 Nanti..
6. Ataupun beli 52inci terus!

Akhirnya aku beli jugak, beli tisu toilet yang berharga rm3 untuk 4 roll-hat ni bukan aku nak guna (tak pandai pakai tisu ni) tapi untuk projek seni Anak aku.. Sebab cikgu yang mengajar seni kelas nya dah mintak sediakan awal2.. Risau gak aku kalau2 taim seni Nanti dia tak dapat nak lakukan aktiviti2 seni.. Nanti kena marah lak ngan cikgu tu!

hidup ada pilihan
kulop ludin

4 comments:

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
slmt berkenalan,
blog apisv2

Azza Firza said...

jgn lupa bawak plastik bila suping, kehkehkeh

kulop ludin said...

thanks apiz......
nanti kita kunjung ngunjung...

kulop ludin said...

tu sabit maleh nak beli sebab takde plastik besor!!!@ azza

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...