aku-dan-photography

Tuesday, March 15, 2011

Esok ke kampar

Esok aku ke kampar.. Ke kedai buku.. Orang rumah nak cari buku latihan untuk Anaknya.. Buku yang ada kebanyakkan dah hampir habis untuk danny buat.. Ok la.. Dia boleh menjawab soalan mengikut kemampuannya..

danny ada masalah dalam bahasa malaysia , dia tak berapa faham berbanding bahasa inggeris.. Malahan kalau dia tengok kartun yang ada alihbahasa melayu.. Pasti dia kekalkan bahasa inggeris.. Mudah faham katanya..

di rumah aku takleh nak ajar dia.. Dia lebih tertumpu kepada guru yang mengajarnya di kelas walhal cikgu yang mengajarnya pun satu level ngan aku.. Yang boleh ajarnya di rumah adalah orang rumah aku.. Aku cuma meraitnya saja..

dan seolah2 ada mutual understanding antara kami berdua.. Kat umah, hubungan kami adalah antara bapak ngan Anak.. Kat sekolah lain.. Terasa professional betul!

em.. Ngantuk lak..
tido dulu..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...