aku-dan-photography

Wednesday, March 2, 2011

Apa nak dikata!

Dalam kul 9 member aku telepon ajak Minum Kat luar.. Pelik gak sebab aku di tapah dan dia di kampar. Kemudian ajak pula makan capati di capati corner chenderiang..kawasan tu kira tengah2..kampar dan tapah.. Tapi aku ikut juga sebab kawan lama yang ajak.

Dia datang dengan bmw.. Ini kali pertama aku naik bmw..aku duduk belakang.. Wow! Hebat sungguh tak sama dengan kancil boxter aku..

Sesampai di situ aku pelik sebab rata2 kete semua besor2 belaka! Bmw paling nyata, Kemudian ada wish juga.. Rupa2nya dia nak buat penerangan tentang satu skim mlm. .

Bagus penerangannya, aku angguk2 tapi aku memang tak mampu.. Modal tinggi.. Kalau 3 tahun lepas, mungkin aku boleh gagahkan juga tapi la ni aku berpintalkan spenda.. Makan pun kais apa yang ada..

Namun time balik aku tumpang kawan seorang lagi, kali ni aku naik alza kaler putih.. Luas dan rilek jea kete tu.. Kat belakang ketenya aku perasan banyak kotak penapis ayor, So dia bagitahu hat penapis ayor tu leh wat ansuran. Rm100 sebulan.. Aku memang lama nak penapis air nie sebab2 kesihatan.. Dan penapis lama Kat umah macam dah tamat tempoh.. So, elok aku ganti dan elok juga aku banyak Minum air kosong sebab tahap gula aku semakin tinggi..

Nilai murni:
1. Kini aku tahu kenapa sesetengah kereta mewah plat ketenya hat pangkalnya sama nombor.
2. Mee goreng capati corner chenderiang, memang sedap!


"Hidup kekadang selamba"

Kulop Ludin
spenda pintal getah

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...