aku-dan-photography

Thursday, February 24, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSPK daerah batang Padang


sebati, originally uploaded by Kulop Ludin.
semalam hampir lebih separuh hari aku kat mini stadium tapah.
selain daripada jadi supir bawak bebudak ke situ dapat juga aku berjumpa rakan2 lama yang sememangnya muka yang sama..

Aku kenal seorang potograper muslimah iaitu seorang guru dari area besaout kalau tak silap.. hebat juga cara dia menembak moments time bola baling nie...

aku, dari semasa di SKPZ biasanya, tahan daripada bagi instruction luar padang.. pertama mmg takleh.. dah ditetapkan taim meeting dolo2.. dan keduanya takot sakit tekak, nanti camne aku nak ngajor kalau suara aku tak kuor... kena pikir semua tu!!

walau idak kuor suara, di dalam nie.. hati nie menjerit2... so, mungkin yang sakit adalah hati aku apabila timing aku snap gambor tu tak berapa baik... bebudak ni pon sama.. taim aku lepak belah kiri.. dema lompat belah kanan!!

sabtu nie, sekali lagi aku ke mini stadium tapah kerana sekolah aku telah menjadi johan kumpulan selepas kedudukan tempat pertama adalah seri, berkongsi dengan SK datuk Kelana... setelah mengambil kira faktor masa dan cuaca.. akhirnya kedua2 pengurus bersetuju wat lambungan siling.. tapi tak mengapa... sebab mmg sekolah aku dah layak ke pusingan lose die sabtu nanti...

Jadi, Sabtu menembak lagi.... kali nie.. aku nak tembak aksi yang paling best!! harap2 pasukan sekolah aku akan berjaya..... walaupon aku bukan coachnyea....

hidup kekadang letih juga...
Kulop Ludin

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...