aku-dan-photography

Wednesday, February 23, 2011

hidup tanpa bapak part 2

dah 2.30 pagi terlewat aku tidur sebab pagi Nanti aku nak bawa bebudak ke kejohanan bola baling Jadi aku siapkan lembaran untuk Anak murid aku yang lain..

hidup memang sukar tanpa bapak..walaupun opah aku pernah bagitahu yang bapak aku taim kecik2 dulu memang tak suka aku.. Banyak kali aku nyaris2 mati disebabkan cara dia mengajar Anaknya.. Tapi aku tak kisah sebab itu antara dia dengan tuhan, lagipun aku hidup gak sampai la ni.. So, kira settle..

tapi aku tak nafikan taim sekolah rendah dulu .. Bila aku perhatikan kalau ada apa2 majlis.. Ada makbapak yang hadir.. Aku tunggu jugak kot2 ada wakil yang datang sama seperti kawan2 aku yang lain.. Macam biasa, yang datang.. Opah aku...

mak aku dah kahwin lain.. Kahwin ngan polis.. Aku macam tu juga duduk ngan opah..

soal kasih sayang, aku memang tak faham.. Aku tahu hidup.. Aku anggap mak saudara dan bapak saudara aku Sebagai abang dan kakak , mereka rajin melayan aku.. Sampai sekarang aku masih terhutang budi atas layanan baik mereka.. Walaupun hujung2 ni aku dapati ada beberapa perkara perlu ditegur tetapi aku tidak mampu disebabkan mereka bukan kakak dan abang tetapi mak saudara dan bapak saudara.. Tinggi level mereka.

haih.. Dah hampir 3 pagi.. Aku takleh sambung lagi.. Nanti jenuh orang rumah aku kejutkan.. Takpe2 sambung part 3 Nanti..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...