aku-dan-photography

Tuesday, February 22, 2011

hidup tanpa AYAH.. kulop ludin

tak lama lagi aku akan masuk kategori 40an.. Cepat benar masa berlalu... Aku dapati ada sedikit perubahan dalam pengamatan terhadap sesuatu perkara...

aku sudah mula memikirkan perjalanan hidup sudah melebihi separuh.. Aku memikirkan bekalan yang aku bawa ni cukup ke menampung apa yang diperlukan Nanti...

Apakah Anak dan bini aku akan mendoakan aku apabila aku sudah tiada... Sama seperti aku yang jarang atau kekadang terlupa mendoakan ayah aku yang sudah tiada..

walaupun aku tidak pernah melihat ayah aku semenjak 1979.. Sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 2000 kalau tak silap, itupun adik aku yang maklumkan pada tahun 2002 setelah 23 tahun aku tidak pernah berjumpa dengannya.. Malahan ketika dia berjumpa aku buat kali pertama.. Memang aku tidak cam langsung...

masih aku ingat.. Apabila dia bertanya"kenal tak siapa ni?" perkara pertama yang aku fikir .. Ni awek aku yang mana satu le pulak.. Mujur le aku tak tanya soalan2 sepastik Kat adik aku..

aku lost contact dengan ayah aku.. Langsung tak tau khabar berita.. Tau2 dah takde Kat dunia.

begitulah kesan kalau satu2 perkahwinan tidak menjadi sampai ke hujung...2

ah.. Aku sudah ngantuk dan Nanti bersambung lagi..kisah bagaimana aku mengharungi kehidupanku tanpa di sisi..

hidup kekadang selamba
kulop ludin

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...