aku-dan-photography

Friday, November 26, 2010

back to the basis

setinggi mana kedudukan kita di dunia nie, setebal mana karpet yang dibentang buat menyambut jejakan kaki kita... kita masih lagi kerdil.. takde hebat mana pon.... dalam perot ada sisa2 macam orang lain...

kalau rasa tinggi sangat mendongak..sedarlah ke bumi juga kita sembah..

life as is...
Kulop Ludin

Published with Blogger-droid v1.6.5

test android blogging application

application baru aku install kat motorola, tak pasti ok ke idak...



Thursday, November 25, 2010

main tennis

anak aku ajak main tennis... eceh, aku mana le tau main tennis.. badminton boleh le sikit2, tu pon dah pencen sebab 3 kali berturut2 aku kena smash tang kepala.... tak boleh tahan, tercabar betul rasanya bila ada sorang atok umur dah dekat2 70an semyum simpol bila dia smash..slow jea..bukannya jumping smash..landing kat kepala aku....

2 minggu kemudian aku sedekah 3 reket badminton kat anak sedara aku tanda protes kat atok tu...

kini tiap kali aku selisih ngan atok tu pasti aku akan tenung dia lama2... aku pasti dia takkan ingat kat aku kerana aku yakin... aku bukanlah kepala pertama yang kena smash bertalu2....
Published with Blogger-droid v1.6.5

Voucher kfc


Potongan rm5 kalau beli ayam 5 ketoi ngan macam2 lagi menda..

Tapi aku terlambat.. Tak perasan udah tamat tempoh..idak kalu dapat berjimat...

Wednesday, November 24, 2010

sg petani

oleh kerana aku agak biasa ke sg petani.. aku tak berapa ambek port bila bapak sedara aku bgtau tempat akad nikah sepupu aku nie, apabila susur keluar tol sg petani utara ambek kanan... sampai satu taman kemdian cari smejid....

dengan konfidennya.... aku pon belok kanan... dan kanan lagi... akhirnya hampir sejam aku kat situ... gps pon lupa nak bwk... gps kat hset nie tak berapa mantap jika dibandingkan dengan garmin dalam satio..


boring tul.... terlepas sesi nak wat photograpi time akad....

aku kemdian terus ke IPD Sg Petani kerana majlis makan2 diadakan di situ....

dan perkara yang sama berlaku lagi... taim aku ke tandas.. taim itu la pengantin sampai... keluar2 tandas.. aku terus peratikan hantaran tanpa aku sedari pengantin semakin menghampiri...

mataku terpaku pada satu hantaran... sony dslr a 550 ... wow.. hebatnyea... aku dok pikir pengantin laki ni mesti minat potograper...

sehabisnya aku bermonolog yang demikian.. pengantin pun sampai.... tak sempat nak berbuat apa2.....


aku try snap tetapi sangat blur... aku tak sempat nak ejas apperture... hampeh....

namun begitu dapat juga aku snap time offline.... jadilah wat kenangan jadi tagger sekejap.....


lagi banyak belajar kamera, lagi kuat sakit kepala....
Kulop Ludin as is.....
Published with Blogger-droid v1.6.5

mata merah,mulut nguap

apalah sangat untuk bekerja pada masa cuti... menghabiskan masa mendengar dan belajar pada masa yang sama... tak menjadi masalah...

aku menghadiri satu edisi khas kursus, selama 2 hari... macam biasa 2 jam pertama khas untuk ejas keserasian.. kemudian barulah terasa full body ejasmen...

seramai 96 pekerja gomen hadir pada hari itu termasuklah beberapa kepala round yang mentadbir fakulti masing2....

macam2 perangai taim kursus nie... ada yang macam skitel padang..kotak susu...macam pandai pun ada, macam pandai tapi mmg tak pandai pun banyak juga....

tapi tak mengapa yang penting lapangkan dada.... minda pasti terbukaan....

tapi kalau ikotkan... aku memang tak gemor kursus2 nie....entahlea.

mata cepat merah....mulot cepat nguap... mulale ghope tapir tak cukop tido.....

life as is...
Kulop Ludin!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, November 20, 2010

ke sungai petani bagi majlis akad nikaH...




esok aku akan ke sungai petani menghadiri majlis akad nikah anak bapak sedara aku.. ini merupakan perkahwinan anaknyea yang pertama... di sebabkan bapak sedara aku nie antara yang supportive taim aku kawin dolo makanyea seperti mana2 melayo yang lain.. "orang berbudi, kita berbahasa"


ada beberapa lain siri perkahwinan yang bakal aku hadiri taim2 coti nie... dah juga ada satu job yang aku akan lakukan sekiranya keadaan mengizinkan... tapi tempatnya lain2.. akad kat smejid gopeng(jumaat malam), esoknyea kenduri belah pempuan di gopeng.. kemdian ahadnyea kenduri sebelah lelaki di temoh pula....




 adoi.. mesti sakit2 belakang nanti.. silap2 mau crampped... aku tak berapa  pasti nak charge berapa memandangkan semuanya melibatkan pergerakan minyak petrol yang agak deras (aku menggunakan ron95) cepat terbakor pembakarannya..






ni le delema aku... rendah sangat tak berbaloi dengan tenaga.. tinggi sangat udah nanti dibanding2 dan sebagainya.... nak ditolak, permintaan rakan skrojea......




esok aku belajar teknik kreatif potography.. tapi kali ini kurang tekanan sebabnya aku sendiri yang nak belajar...


tapi sayang, aku terlupa sumbat lens UWA idak kalu dapatlah aku belajar bermain2 ngan apperture...


haih.......

.*gambar hiasan di atas juga disnap oleh aku...  sempena majlis perkahwinan anak sedara juga...baru2 nie...


HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Thursday, November 18, 2010

aku tak pandai bertukang!

kekadang bila aku tengok felem2 dolo, aku perhatikan kemahiran pertukangan sangat penting... segala2nya bermula dengan kederat yang ada disebalik tulang2 yang ada..

dan aku rasa bersyukur juga kerana aku tidak dilahirkan dalam zaman itu.. kerana aku tidak pandai bertukang.. nak memaku pun terketor2, ratio sebatang paku yang berjaya aku benamkan seumpama ratio jumlah pemohon jawatan awam berbanding kekosongan yang ada...paku banyak bengkok tetapi tertanam tiadalah ia..

namun begitu semua itu akan berubah kerana aku telah berjaya mendapatkan sebuah cordless drill..ataupun mobile drill... ianya seumpama satu ransangan yang mendorong aku untuk tidak mengetuk tetapi menebok...

untuk projek pertama, aku akan menggantikan cylinder lock yang telah lama aku beli tetapi idak kesampaian memasangnya atas alasan kesuntukkan masa sehinggakan anak aku pon tertanya2..

kedua barangan di atas aku simpan baik2 .. sampai serunya nanti, akan ku gantikan tombol yang dah 4 tahon tak berfungsi....


life as is....
Kulop Ludin!
Published with Blogger-droid v1.6.5

mourning prayer

pagi2 dah kena mourning prayer....
lagi dekat nak coti lagi bertimbon krojea....

life as is....
Published with Blogger-droid v1.6.5

plastik senduk mangkuk

pagi sebelum malam besor seperti entri di bawah... satu cabutan hadiah khas dilakukan dan aku dapat bekas bertingkat... di tempat baru ni aku rajin dapat item2 sebegini... i like...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Makan besor di rest house kampar


kelab tempat aku krojea telah mengadakan makan besor di rest house kampar.

aku teruja, kerana ini kali pertama aku ke sana.. kalau setakat rest house tapah tu...udah dozen2 kali..bosnye pon ucap tenkiu sbb aku promot tak sengaja dalam phototaking aku di flickr... google image rest house tapah... mesti kuor gambar yang aku tangkap..

setibanya aku di rst hous tu.. first impression mmg menarik.. mungkin disebabkan aku sampai malam dalam keadaan hujan rintik2 , suasana agak cozy....

bila tibanya taim makan setelah macam2 aktiviti sampingan dijalankan, orang umah aku tau selera abangnya... nasik goreng+ bihun dengan daging black pepper..

tapi sayangnya.. nasik goreng lembik khas untuk orang takde gigi...bihunnya..em bukan standard rest house manakala daging black peppernyea seumpama kita berlari2 ke arah seekor lembu dan dengan ganaznya kita tokak lembu tu idop2.. liat kan main.... makna kata, pisau yang dibagi untuk kerat2 daging tu umpama mencurah ayor daun keladi.. aku rasa daging liat camtu elok bagi kat lion king je... tak layak untuk mana2 homo sapiens makan.

susun aturnyea pon lemah, ponggong nie entah berapa kali boleh batal ayor smayang hanya kerana nak bergerak ke sana kemari....

aku beranggapan baik kerana mungkin disebabkan rest house kampar tu baru dibuka dan mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk membuat adjustment....


malam tu juga aku berjaya mendapat sebuah cordless drill dalam cabutan sendiri bertuah.... em, aku lum test lagi.. mungkin dalam cuti nie aku nak drill beberapa tempat... kalau idakpon, aku simpan seperti mana aku menyimpan hammerdrill blackdekker aku.

overall.... aku berterima kasih atas usaha pengerusi kelab aku, hasil penat lelahnya memastikan benefit sama rata kepada ahli di bawah naungannya dinikmati bersama....

apakah aku akan pergi sekali lagi ke rest house kampar? sudah tentu ya kerana aku ingin mencuba steaknya pula.. mesti sedap ponyea..... ( aku juga kena spare suor katik satu...ada swimming pool...leh berendam)

Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, November 14, 2010

BERGER SATU MASA DOLO

berger mmg sedap.. roti kapit besulamkan daging.... mmg menyelerakan.....

aku mula diperkenalkan dengan berger pada tahun 1983... masa tu aku baru darjah 5...

untuk menikmati beger tu aku ke kem pph ulu kinta.. kat situ ada stall beger bawah blok,em...aku dah lupa... lepas beli aku akan tunggu bas untuk pulang semula ke batu lapan...

walaupun mak aku tinggal kat dalam blok tu juga.. blok N tapi aku jarang singgah sebab aku lebih seleasa tinggal bersama opah aku di batu 8 ulu kinta..

2 ketoi pasti dalam perot aku... dan topik makan berger ni topik hot tiap kali aku dan kawan bermain saidina tiap kali cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

kini... makanan tu dah jadi biasa.... lajunya perjalanan kehidupan dan kemewahan serta kemampuan membolehkan sesiapapun lupa...kali pertama mereka mentokak BERGER.
Published with Blogger-droid v1.6.5

ikan laga

pagi tadi orang umah ke pasar... so dia bawak skali danny...

jarang kami ke pasar sebab dapur kami agak jauh dari rumah, malahan aku dah siap gajikan beberapa orang chef kat tapah nie khas untuk kami sekeluarga...

balik je umah.. anak aku wat surprise, ada ikan kecik dibelinya... banyak ekor lak tu....

aku tak pasti lama mana ikan tu leh idop...
Published with Blogger-droid v1.6.4

danny konvo

selepas habis tugasan aku sebagai phototaker di maklis tempat kerja.. keesokan harinya aku dipaksa rela bangun pagi walaupun taim tu aku cuti


danny tamat pengajiannya di sk datuk kelana.. setelah 2 taon berhempas emaknyea menghantar ke sekolah akhirnya kejayaan juga dia menggenggam segulung sijil bersama beg ben10. dan seperti biasa.. aku akan ngendong kamera bagi merakamkan saat2 atau moment2 yang menarik.

tapi kali ini aku dibantu oleh orang umah untuk merakamkan perjalanan majlis tersebut..seperti biasa niknokia digunakan dan aku pula dengan sony dslr.


dalam masa aku berada di dalam majlis tu.. aku tertarik dengan persembahan daripada murid2 pendidikan khas.... yang belah kiri dan kanan tu tak dapat mendengar (adik beradik) manakala yang tengah tu aku tak pasti... apa yang aku nampak, guru2 yang mengajar mereka bersungguh2 menunjukkan cara pergerakan walaupon kemampuan mereka yang terhad... syabas... tapi yang paling best.....


‎"lu mana kedai.. nanti lu kasi nombor telepon, wa angkat itu gambar.. kasi cuci 8R"

ada satu pasangan mintak aku snap gambor dema .. lepas abih aku snap..
...
lakinya cakap dialog di atas... agaknye dia ingat aku ni tokei kedei gambor kot.... tapi macam biasa bak  kata aku sebelum nie....

HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Friday, November 12, 2010

HARI ANUGERAH

hari ni aku cuti sebab semalam sampai ke petang ada majlis anugerah kat tempat krojea..
seperti biasa aku ditugaskan sebagai potograper... satu tugas yang nampak mudah tetapi amat payah..
disebabkan aku ni single potograper jadinya banyak ruang terpaksa aku cover... kebetulan pula ada orang besor yang merasmikan hari anugerah tersebot makanya aku mengambil kesempatan untuk bergambor bersamanya...




sebenarnyea menjadi potograper nie umpama terkena sumpahan... gambor orang jea yang aku ambek sedangkan gambor sendiri tak sapa nak snap.. sedangkan aku juga kalau duduk/berdiri sama je ngan model2 dalam majalah...  dema ada mata aku pon ada juga.. dema ke tandas.. aku juga ke tandas... dema lawo dan cantik, aku juga agak lawa dan cantik...




makcik2 kat ateh nie adalah staff2 kat tempat krojea aku... so, aku pon snap gambor dema yang kebetulan segak bergaya... sebelom gambor disnap, dema kata takmo nampak besor.. maklumlea.. lebel2 makcik.. kita kena paham.. graviti dah lama menarik... 
berbekalkan ilmu sedikit sebanyak yang ada.. aku memikirkan cara paling selamat untuk mengekalkan keayuan mereka seperti dua poloh tahon yang lepas...  jadi aku kerat separuh gambor dema... ya, kini dema kelihatan separuh lebih slim dari yang sebelom nie... hehe... harap2 dema idak le terbaca entri nie...( sebelom aku snap gambor dema, aku dah bgtau.. kamera dslr tak pandei nipu.. dia snap yang betoi jea)


 
(sonok tangkap gambor bebudak... dema nie ikhlas)


dan apabila aku pulang ke rumah... terasa tul sakit belakang disebabkan terbongkok2,tertonggeng2 ke sana kemari... peh.. terasa betul anak aku dah membesar..... seperti kebiasaan juga orang rumah jugak yang ngurut2 kat betis acapkali bila sempakarung datang melanda...



HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Thursday, November 11, 2010

Eikon tersetop, kami kepanasan.

Seperti yang aku ceritakan lepas.. Setelah 2 hari maka sampailah orang yang merepair eikon aku tu..

Aku sangkakan cine kemut tu yang akan datang tetapi dihantarkan 2 orang pekerja nya sahaja.. Kira ok lah tu...

Setelah digodek2, didapati terdapat banyak habuk yang melekat pada filter eikon tu..patut la makin lama makin panas..

Setelah diclear abuk2 tu.. Baru la ok balik...semasa aku menaip nie... Terangkat2 kain aku dihembus dingin eikon yang rasa dingin dan segar...

Menurut bro yang menserbis eikon aku tu, kalau kita nak eikon tahan lama dan sentiasa sejuk.. Temperature tu mesti 16 selsius.. Tak sesuai untuk tinggikan suhu sampai 20 kerana eikon aku hanya 1hp.. Sekiranya eikon atas daripada 1hp maka bolehlah tinggikan suhunya.. Itu katanya tak pasti le betoi ke idak! Tapi aku ikut gak macam yg dia cakap.

Kini aku terasa sejuk dan mata pun layu....dan pada masa yang sama memikirkan hari anugerah yang akan berlangsung esok hari...aku ditugaskan jurukamera.. Partner aku, cik mira tak dapat membantu kerana beliau ada kursus BTN..

Dengar cetenya ada manteri yamg akan datang membuat perasmian.

Esok akan berpeluh le aku ngan pakaian batik sambil menangkap gambor sesapa yang aku nampak..

Nenanti aku upload gambar2 hasil air tangan aku!

Life as is..
Kulop ludin..
Sent from my Nokia phone

Wednesday, November 10, 2010

Testing nokia n8 blog post

Menunggu anak yang masih lena ketika hujan turun..

Kulop Ludin
Sent from my Nokia phone

Kemut special ku tunggu

haih.. Jenuh ku tunggu tokei kemut spesel datang dan merepair eikon.... Tapi hampa tul.... Tak sampai2..

Jadi aku ke kedai nya... Memang macam tapir makan julap.. wat tak tau jea.. Siap leh tanya aku nak beli apa....

Bila aku bgtau aku Dah call subuh2 tadi baru le dia teringat..

Marah betul rasanya.. Sabit negara ni ada undang2 jea, idak kalu sudah pasti aku tampor tangannya 8 kali..

Dalam hangin satu badan, sempat jugak aku beli dvd player berjenama sony untuk bapak mertuaku..-dengan dia gak..-pelik tul..

Esok cene tu nak datang.. Entah betul ke idak.....


kulop ludin.
Sent from my Nokia phone

Tuesday, November 9, 2010

Eikon dan air mata


malam semalam orang umah ngadu agak panas, so aku dengan penuh tanggungjawab memperkasakan kedinginan eikon merendahkan suhunya ke tahap iso yang diiktiraf oleh penghuni eskimo..

tak lama kemdian, kedengaran bunyi pop macam bertih jagung.. bunyinya datang dari eikon tadi... aku bersangka baik... mungkin eikon tu tengah shuffle sebab bekerja keras merendahkan suhu...

paginya, baru aku perasan.. bunyi pop tu datangnya dari tv lcd aku... something wrong ngan eikon nyebabkan air menitis dan terus menyirami tibi aku seumpama unta yang berbulan tak minum air...dan sikit2 tempias terkena pula pada laptop aku yang kebetulan aku parking di bawah tibi....

kini aku menunggu tokei kemut special datang ke rumah, menyiasat fenomena anih nie..... aku beli eikon darinya dan bukan alat penyembur air...

entah kenapa rasa2 macam nak kena beli tibi baru jea nie....

haih... life as is...
kulop ludin.

*tkasih kepada puan kulop atas sumbangan baju kelawor....
Published with Blogger-droid v1.6.4

Thursday, November 4, 2010

BLACKBERRY

aku dah guna blackberry ni lebih kurang 1 bulan.... memang gah namanya tapi hakikatnya payah gak nak paham sistemnya...

wifinya ok.. laju connect ke tenet...tak dinafikan... kameranyea pon ok la... not bad....

lagi satu kalau kita langgan bb servis dari maxis... update ke fb ngan twitter pon cepat..malahan email retrieving pon ok juga... tapi kena le bayar dalam rm2 lebih rasanya untuk pakej harian.. jadi anytime leh check perkara yg aku sebut di atas.....

BB nie tak lama dalam tangan, sabtu lepas dah aku jual kepada seorang rakan kerja.... tak sempat aku nak menampal postet kat stall aku, dah ada orang Sambar!


UNTUNG.. bukan aku tetapi pada mereka....
dan pada aku, cumalah berasa kepuasan dapat melihat2 kawan berasa cukup 2 berpuashati dan gembira memiki

ada tinggal satio sony ericcson je lagi... aku nak jual gak tetapi anak aku, daniel dah bayar rm200 untuk hset tu.. so, wat sementara nie miliknya......tapi aku rasa tak lama kerana aku dah idopkan psp kaler merah...


kini aku menanti masa, untuk melegonye semula... harap2 danny tak perasan hendaknyea....


* life as is.... kulop ludin!i

Published with Blogger-droid v1.6.4

Tuesday, November 2, 2010

NikNokia® dan Aku

akhirnya dapat juga aku memilikinya... NikNokia® dah ada dalam genggaman....semalam!

gambarnya... pelik gak... 12 mxpixel tapi dalam 1 mb jea.. pada aku kecik... tapi aku belum venture and xplore habis2an...

aku nak test samada ianya setanding satio yang pada aku amat berpuashati dengan kemampuannya... gambar dan rakamannya sangat menarik....

fully hd..
aku tak test lagi... tapi kalau ikutkan vibrant... motorola milestone aku lagi garang kalernyea...cuma pixel kurang ckit 8mpixel....

la ni , aku tengah stim2 pusat ngan nik dalam bilik eikon.... haih nikmatnye bermain2 bersamanya....... aku belai2... ciom2.... tarik2 pelaster yang menutupi lens nik....kemudian aku lekat balik...takot calor...

aku dah bgtau kawan2 kat tempat kerja, lepas ni aku tak beli hset dah.... aku akan sentiasa bersama niknokia® kiranya aku akan setia....

"tapi mereka tersenyum sinis"

macam tak percaya jea....


*life as is!
* tenkiu juga pada orang umah aku!
Published with Blogger-droid v1.6.4

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...