aku-dan-photography

Saturday, September 25, 2010

kalau aku riso, aku layan dire straits



ada masanya kita ni manusia, tak lari dari perasaan risau...kekadang melampau risaunyea... aku semakin banyak memikirkan perkara2 akan datang..dan aku jadi risau...
selain daripada perkara2 rutin.. aku layan muzik gak.. antara lagu yang aku kerap dengar adalah dari dire straits.. lagu dan liriknyea memang layan.. kena ngan mood kita....

(Mark Knopfler)
Baby, I see this world has made you sad,
Some people can be bad
The things they do, the things they say.
But, baby, I'll wipe away those bitter tears.
I'll chase away those restless fears
That turn your blue skies into gray.
Why Worry?
There should be laughter after pain,
There should be sunshine after rain,
These things have always been the same,
So Why Worry, now?
Why Worry, now?
Baby, when I get down I turn to you,
And you make sense of what I do
And, no, it isn't hard to say.
But, baby, just when this world
Seems mean and cold
Our love comes shining red and gold
And all the rest is by the way.
Why Worry?
There should be laughter after pain,
There should be sunshine after rain,
These things have always been the same,
So Why Worry, now?
Why Worry, now?
Why Worry?
There should be laughter after pain,
There should be sunshine after rain,
These things have always been the same,
So Why Worry, now?
There should be laughter after pain,
There should be sunshine after rain,
These things have always been the same,
So Why Worry, now?
Why Worry, now?
(Why Worry? Why Worry, now?)
(Repeat and Fade)





HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Saturday, September 18, 2010

Aku menangis juga..

Aku cukup tersentuh apabila memerhatikan orang tua.-kerana aku sedar tak siapa dapat menghalang proses semulajadi tu.. Walaupun ditarik,dicucuk dan sebagaima sekalipun-kita akan tetap tua..

Pernah air mata ni mengalir beria-ria selepas aku menonton drama arahan rashid sibir atau sapa ntah namanya tu-yang mengarah drama hari raya beberapa tahun lepas-cete pasal anak yang tak mengenang jasa makbapak-yang bapaknya lumpuh naik troli tolak ngan tangan tuh-fauziah nawi berlakun sebagai mak-

Dah lama aku tak menangis sebegitu..-tapi aku tewas juga bila babak orang jumpa bapaknya mati terjunam-lemas dalam bendang..time maknye menangis.. Aku pun turut sama.. Hiba betul...

Ada anak yang sanggup lakukan sebegitu kepada insan yang selama ini berhempas pulas membesarkan kita?

*aku juga menangis apabila menyaksikan iklan petronas yang dia tanya "itu burung apa"

Haih.. Jiwa aku ni cepat tersentuh rupanya...

Friday, September 17, 2010

the backyard boys aka the pelikat boys



layan live performance dari the backyard boys.....
video nie member aku mintak uploadkan ke youtube....
katanye projek adik beradik dia termasuk la anak sedara bila berhimpun time dekat2 nak raya!
memang satu famili berkebolehan dalam musik!!


HIDUP KEKADANG SELAMBA!kulop ludin spenda pintal getah

Berita Harian Online | Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert

Berita Harian Online | Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert


ada isi dah kot........
moga usaha dan penat lelah berhasil.........



HIDUP KEKADANG SELAMBA!kulop ludin spenda pintal getah

Hotel putra lumut

Aku ke lumut lagi... Tahun ni saja entah berapa kali aku ke lumut.. Suka aku pada suasana malam di hadapan hotel aku menginap.. Hotel putra...

Hotel yang begitu indah keadaannya... Cadar yang berbau cekam.-pintu yang terpaksa di sendal ngan meja sebelum tidur.. Tandas semacam perlu disental selama 4 minggu baru nampak bersih..-bau lobi yang meloyakan.-tidak mematahkan semangat aku untuk tinggal di sana...


Alasannya mudah.. Suasana... Dan tiap kali aku ke lumut pasti ada ekspo jualan diadakan betul2 berhampiran kawasan hotel.. Aku suka kerana anak aku pasti suka...meringankan beg duit bapaknya..

Orang rumah aku no problem.. Ke mana aku pergi dia akan ikut...

Bersambung.. Udah pukul 1 pagi.. Esok dah nak mula kerja setelah hampir 2 minggu bercuti.... Nenanti aku sambung lagi...

Tuesday, September 14, 2010

SPORT TOTO DAH DAPAT SIJIL HALAL

SPORT TOTO DAH DAPAT SIJIL HALAL

menarik gak posting salah satu blog yang aku follow nie....
zaman moden sekarang nie... minyak ngan ayor pon dah leh disebatikan...
ikhlas atau sesaje nak lari income tax?


HIDUP KEKADANG SELAMBA!kulop ludin spenda pintal getah

Monday, September 13, 2010

Datuk Jutawan Susilawati Mati Dibunuh

Datuk Jutawan Susilawati Mati Dibunuh

berita yang top la nie.. kes di atas.... kome follow le link tuh yea
kebenaran akan diketahui umum tak lama lagi....
bukanlah berita yang menggembirakan apabila insan yang kita sayang tiada lagi di sisi...
al-fatihah buat keluarga mangsa....


HIDUP KEKADANG SELAMBA!kulop ludin spenda pintal getah

Saturday, September 11, 2010

Ucapan raya yang aku tak paham tapi nak share gak

Nyimpan jenang nang jero tin,
Ngesok arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok dingapuro.

Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi orak ngomong Jowo,
Dino royo njalok ngapuro.

Royo2 coti sekolah,
Mangan sego lawuh'e iwak patin,
Kelupotan kulo seng kanah2
Njalok dingapuro lahir batin..

Buko poso lawuh'e gereh,
Njegor sunge dicaplok boyo,
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0 - 0 lah yo.

ikhlas dari kulop ludin sekeluarga..
*TKASIH KEPADA SAHABAT AKU ASNIZAM JAMIRAN..ATAS SMS UCAPAN RAYA YG POWER NI!

kg isteri..raya aku dan rumah orang tua



 dah banyak tahun aku beraya pertama di kg isteri kerana rumah mereka di tapah jea... aku pon dok tapah, kahwin orang tapah.. makanyea aku pon dah di kira macam warga tapah.


pada waktu begini apabila semua berkumpul maka riuh rendahla jadinyea... dan kesempatan ini, digunakan oleh danny untuk bermain ngan sepupunyea...


zaman aku dolo. time raya pertama kami semua kumpul duit cukop2 kerana pada raya kedua kami akan ke ipoh.. setahun sekali barulah merasa ke bandar ipoh... naik bas merah dari batu 8 ulu kinta dan turun kat pekan baru.. 


hampir sebaya jea kami... masing2 dengan doit raya yang berjaya dikumpulkan semalam.. bukanlah banyak sangat, rata2 ada la dalam rm20 atau kurang... tapi cukop untok tengok wayang dan main game samada di glory ataupon kat jubli park... semua tu berlaku setahun sekali....


kalau menonton wayang, biasanyea kami ambek teket yg murah... dudok depan sekali... dan lepas abih tengok wayang.. masing2 mengadu sakit tengkok akibat mendongak lama  sangat dan kalau nak baca sarikata.. belum abih sebaris, udah timbul sarikata yang baru..tak sempat!!


 masing2 berbaju baru, kasut baru dan bila pulang ke rumah.. abih melecet kerana kasut baru tu tak sempat lembutnyea... kasut raya, pakai time raya lea..tu yang keras semacam...


cukop tenang dan selamat untuk kami berjalan ke sana ke mari tanpa ditemani ibubapa ataupun penjaga. taim tu, kalau ada kes colek2 nie pon dalam cete2 tibi jea... kalau ada kes2 colek tu pon kalau kes2 tokei2 besor yang banyak doit... 


tapi kini, status camtu dah tak penting... bebudak takleh nak lepa dibiorkan, banyak perkara yang boleh dema wat kat anak2 kita... ada yang dicacatkan, diambil anggota badan untuk dijualkan kepada pembeli2 organ.. haih, ngeri kalau di kenang2kan manusia yang bertuhankan doit/wang.... sanggup lakukan apa saja demi wang...


bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai kampong untuk pulang beraya....
dan kepada mereka yang mengepos ayah/ibu di pusat jagaan orang tua (welfare) cari le jalan untuk bawak pulang ibu dan ayah tu.... kasihanilah mereka... sebagaimana sayangnyea kita pada anak kita sebegitu jugalah mereka dahulu...

kita tidak selamanyea muda dan sihat.... masa tua akan tiba.. dan pada masa itu, kita pasti akan terkenangkan perlakuan kita kepada ibubapa kita...


 Bagaimana rasanyea nanti apabila tiba pagi raya.. kita memandang luar tingkap kaca mengharapkan anak yang ditatang penuh tiba menziarahi kita (anaklah katakan,anak..darah daging) tapi hampa... seperti tahun2 yang lepas, kita menanti dan masih menanti....

HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Thursday, September 9, 2010

09092010171.JPG


Malam raya makan mee rebus tapah,
Anak bini dah pos balik kampong...
Malam raya bertemankan fb,astro dan danhill...

sunyi? memanglah.... banyak aku berkorban ketepikan keinginan aku sendiri..

andaikata mereka memahami.. pasti mereka mengasihani....


Haih... Life as is for Kulop Ludin...

Wednesday, September 8, 2010

Danny and his rewards


Tak lama lagi akan berakhirnya bulan puasa... Danny aku kira akan berjaya menghabiskan 29 hari berpuasa, tolak 1 hari kerana dia demam.. Terpaksa makan obat... Kuat jugak anak teruna aku tu.. Bapaknye pun tak dapat nak catch up.. Hehe...

Orang rumah aku lah yang memainkan peranan penting.. Cukup taim.. Dikejutkan kami.. Kalau harap aku.. Mau satu famili.. Bertukar dari sahur kepada sarapan pagi... Haha...

 Bulan puasa ni aku cukup terasa lemahnya... Tengah hari jae mula le kepala rasa tingtong.. Khayal semacam.. Bawak moto terasa melayang2... Mungkin tahap nikotin aku dah kritikal... Pernah sekali tu.. Aku hampir2 nak tergolek jatuh moto disebabkan tingtong tadi tersangat kuat...

Berbalik cete danny tadi... Aku dan orang rumah dah bagi green lite pada dia... Sekiranya dia mampu habiskan puasa.. Kami akan meluluskan permintaannya untuk memiliki apa yang dia berminat.. Jadi buat masa sekarang danny berminat untuk mendapatkan sebuah basikal... Aku seluk poket.. Kira bajet!

Monday, September 6, 2010

saat genting udah nak tiba

time to ponder



bokan setakat menantikan hampirnya waktu raya tetapi waktu nak nentukan nak balik beraya di mana.
tiap2 tahon mesti ada yang muncung manjang sampei ke meja bila nak nentukan kampong belah sapa nak beraya dolo kali ni.... anak2 ternganga, ngikot keputusan mak dan bapak!

aku, seperti biasa beraya di perantauan... dan kemudian barulah pulang ke kampong aku sendiri... tapi tahun nie aku rasakan mungkin tak pulang beraya... hati agak terasa bila aku balik baru2 nie... haih, payah nak ungkapkan ngan kata2...


tidak kira siapa beraya di mana, yang penting.... kotak tisu beli lebeh ckit.... perasaan akan cepat terdetik terutama pada malam sebelum raya... seperti sebelum nie... aku sorang2 je layan astro sampei pagi raya!






SELAMAT HARI RAYA BUAT PENGUNJUNG BLOG AKU NIE.... MAAF KIRANYEA SAMPAINYE KOME DISEBABKAN KEYWORD MONA GERSANG... MEMANG TAKDE CETENYE DALAM BLOG AKU NIE.. HEHE!!



HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

bising pasal iklan tv3

 rata2 rakyat malaysia beragama Islam marah tul ngan iklan raya tv3 tahun nie...
macam2 reaksi  yang dibaca dan dikupas



entahla... macam aku ni pass SPM jea jadinyea cangkat le sikit ilmu pengetahuan dalam banyak bidang... tapi rasanyea kalau memang benor pun iklan tu menunjukkan makna yang tersirat tetapi adakah anak2 kecil akan faham?


apakah perkara ini remeh? ya, aku pasti remeh kerana ianya melibatkan akidah (aku terbaca ada orang cakap camtu) 


memula aku ingatkan beca pakcik tu macam cete disney, Flubber (benda hijau yang lantun melantun tu) tetapi bila siap kuar pulak apekenama sparkling trails tu, aku rasa macam santa kelos ngan sleigh dia jea..
kemdian aku perhatikan pulak lotus berkembang,aih.... lain macam je iklan nie...


baru je kita digembur2 dengan isu perkauman... cukup2 le tuh... jangan nanti ada pulak rakyat malaysia yang bertelagah antara satu kaum ngan yang lain...


Konsep 1M sudah bagus bagi integrasi kaum, dan pada aku janganlah sampai nak wat 1M1A(agama)..
*takot2 terlalu ghairah, ada yang wat iklan tarian singa dalam masjid lak nanti.. haru....




Tindakan TV3 menarik balik iklan tersebut dengan segera adalah merupakan tindakan yang paling bijak. Kerana selepas ini, apabila ada je iklan raya.... pasti rakyat akan khusuk untuk memastikan samada iklan kali adalah iklan "baik2" dan pada masa yang sama naik le rating tv3 juga...




KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT, DARI A SAMPAI LA Z....
*bawak2 le mengucap...






HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Wednesday, September 1, 2010

Kerusi masat


Bila dah bertambah usia ni.. Badan mula le terasa cepat benor lenguh2.. Nak mengharapkan orang rumah picitkan.. Dia pun dah tak berapa lalu.. Badan abangnye pun kecil sikit dari setengah ekar.. Aku pun faham..

Jadi bila ke sopping komplek.. Nampak je kerusi urut nie.. Aku pun landing dan masukkan duit.. Dapat la hilangkan lenguh2 badan.. Nak pergi ke rumah urut.. Risau gak aku.. Nanti aku sendawa angin lain yang kuor...

Tapi kini aku boleh menggunakan kerusi urut ni dengan lebih kerap kerana bapak(mertua) aku dah beli kerusi ni untuk dia.. Jadi dapat lah aku menumpang barang 15 minit untuk satu sesi urutan.. 

Harga asal kerusi ni adalah dalam 13k tapi disebabkan promosi dan mungkin juga clear stok.. Harga diturunkan sehingga rm4.5k... 



Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...