aku-dan-photography

Monday, August 30, 2010

Zakat Fitrah

Petang tadi semasa aku melakukan aktiviti biasa iaitu ke bazar ramadhan, aku ternampak amil ni tengah layan kepala menunggu sesapa yang nak bayar zakat fitrah..

Kebetulan aku belum lagi membayarnya.. Kekadang bebenda camni memang leh terlupa.. Orang lebih ingat bila masa nak beli baju raya berbanding membayar zakat.. Jadi aku membereskan semua dengan nilai rm21 tunai...

Pada masa yang sama ada aku perhatikan budak dari sekolah agama mana ntah sedang pegang kotak lut sinar kutip derma sekolah..

Aku tak berapa gemar pihak tertentu gunakan penghuni mereka terutama bebudak kecil untuk mintak derma2 camni.. Pada aku, belum waktunya lagi..

Kesian aku tengok budak tu berdiri jea bebulan puasa ni..
Apa gunanya duit zakat (bukan sedikit kalau semua warga islam perak membayarnya) berjuta2 tiap tahun... Sepatutnya pihak pengurusan sekolah2 agama atau anak yatim cari jalan bagi mendapatkan bantuan daripada kutipan hasil zakat tu...

Benda ni tidak pula diperjuangkan oleh mana2 pihak tertentu... Agaknya takde nilai politik...

Selamat berpuasa dan tak lama lagi akan berhari raya... Dari kulop ludin.

*segera2 kan membayar zakat... Peringatan ikhlas dari kulop ludin untuk semua...

Monday, August 23, 2010

Berbuka dan tat neneh uli siku

Puasa yg je 12 aku berbuka di luar. Hasrat nak makan ikan masak stim tapi takde pula ikan besar yang ada ikan kembung.. Haih.. Order gak la.. Masakan siam.. Prunthai namanya.. Kemudian ngan sop ayam dan ada la dua /tiga side order yang lain... Tiga2 beranak kenyang lepas tu..

Danny dah berpuasa penuh 11 hari.. Tolak 1 hari kerana dia demam hari tu.. Kuat jugak anak aku tu... Tak sangka pulak...

Sehari sebelum tu aku order kuih tat neneh.. Aku memang suka kuih nie.. Tat ni adalah yang kedua.. Jumaat tu aku dah beli satu.. Tapi rasanya.. Macam uli ngan siku jea.. Bodi keras.. Inti pun sama... Hampeh tul.. Kalau tak gheti nak wat kuih.. Tak yah la niaga.. Wat naya orang jea...

Kemudian aku beli lagi.. Kali ni sahabat kampung aku yang jual.. Ha.. Kali ni ok... Agak sedap dan lebih baik dari yang aku beli tempohari.. Ni mesti masak dengan hati yang suci di bulan ramadhan...

Ada satu lagi set kuih tat neneh yang aku tunggu .. Di order oleh orang rumah.. Harap2 yang ini lagi sedap dari semalam...

Buat la kuih yang orang boleh makan.. Kita bayar dengan duit dan bukannya dengan kulit siput... Asyik nak untung... Tapi rasa kuih macam takde lidah dan hati..

Sunday, August 22, 2010

mercun,bunga api dan baju raya kawan


bunga api
bunga api


bila tiba musim puasa dan tak lama lagi raya maka berkeliaranlah penjual2 bunga api...

telah menjadi satu pesen lak bila tiba time2 camnie, taklama lagi ada la cete pasai bebudak/orangtua yang putus 2/3 jadi.... paling2 koman pon tinggal la jari peace yang akan di fokus oleh jurugambar2 nanti..

dolo time aku bebudak pon sama... bila tengok kekawan nak wat bom.. aku pon sama... tapi sekali tu je la.. orang wat bom dari bunga api bukan main kuat letopnyea sampai gegor separuh kampong tapi aku....

masa nak nyalakan sumbu tu kan main debor2... tapi hasilnyea ada terbakor camtu jea.. sikit bunyi pon takde... hampeh.. terus aku stop tak endak wat lagi dah...

aku beralih kepada mercun papan.. (mercun yang kaum cina pasang tiap kali raya) sebabnyea mercun tu banyak.. jadi dapatla jimat doit (kongsi ngan kawan2)

kreatifnyea kami, kami relaikan ikatan jadi single.. dapat banyak la tiap sorang mercun tuh dan aku diberi penghormatan pertama menyalakan mercun papan berbentuk singular tadi...

hasilnyea.. mercun tu meletop betoi2 time aku pegang.. tak sempat aku nak baling... sakitnyea... usah cerita... nitik ayor mata... nyesal tak sudah... lagipon mana le kami pikir konsep laju bersamaan jarak bahagi masa...( janji nak jimat doit)

setelah melihat kejadian aku tak reda telompat2 akibat letupan mercun tadi.... kami akhirnya mengambil keputusan yang sangat bijak... masukkan balik mercun papan tadi dalam surat khabor dan bakor surathabor dolo.. (itu le last kami beli mercun papan)

lalu kami main bunga api, patahkan cikit dan lempor ke atas.(sonok tengok bunga api tu bergerak macam roket)

akhirnya salah sorang daripada kami terlompat2 setelah disebat oleh bapaknyea apabila salah satu bunga api tu termasuk ke dalam baju raya yang akan digunakan esok (kawan aku nak nunjuk baju raya yang bapak dia belikan)

setat dari tu, kami stop main bunga api tapi bertukar haluan kepada bermain plug motor..( yang ini aku tak endak cete camne nak proses plug moto tuh... agak bahaya...)

dan hasilnya juga sangat menarik... berlubang lantai surau kat tempat kami... dan ada juga plug moto yang landing ateh pala salah sorang daripada kami...

zaman tu, takde ps2 nak dihabiskan masa tiap2 malam puasa, takde tenet untuk berchatting...

yang ada... kain pelekat,baju melayu,kopiah dan basikal....



kulop ludin

HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

Tuesday, August 17, 2010

teringin lak nak berbuka di lumot


putra hotel lumut
Originally uploaded by Kulop Ludin
entah tetiba2 aku rasa nak berbuka di lumot...
betul2 di tengah2 bulatan dataran dalam gambor tu...

agak cukop taim, bentang tikor... dan berbuka....
malam2... dudok2 kat situ sambil perati danny main bubbles..

dan aku sendut2 danhil sambil hembos pelan2...
lepas ngap apa yang dibeli....

agaknye, jemaat ni leh kot layan pose kat lumot lak!!

Friday, August 13, 2010

Baju raya part 2

Antara kesukaran bagi aku selain daripada mendapatkan sependa ataupun g string adalah saiz baju...
Memang jenuh nak dapatkan walaupun sehelai shirt pagoda.. Kalau yang ada pun muat2 tang dada jea dan bila taim perot mesti tak lepas... Kalau ngam2 pun pasti tak bernafas kalau duduk...

Tapi baru2 ni ada sebuah pasaraya menjual pakaian untuk saiz2 macam aku... Di Tf teluk intan... Jadinya sehari sebelum berpuasa aku telah ke sana...

Untuk kali ni.. Pinggang aku dah 50inci saiznya.. Peh.. Mujor le ada saiz untuk orang2 besar macam aku.. Tapi harga pakaiannya.. Tinggi betul.. Sedar tak sedar pada hari tu semua sekali pakaian aku dah cecah rm600.. Tapi takpe la... Bukan selalu aku sopping benda2 ni...

2007.. Saiz pinggang aku 56inci.. Bermakna dalam hampir 4 tahun aku baru berjaya turunkan setengah kaki saiz pinggang... Haha.. Main kaki.. Bukan lagi inci!

Mungkin aku dapat turunkan lagi setengah kaki dalam 4 tahun akan datang... Mungkin boleh mungkin tidak juga.. Sebabnya...

Orang kantin di tempat kerja baru aku ni masakannya sedap2 je pulak...

Haih.. Entah boleh ke idak nanti..

Haih lagi...

Thursday, August 12, 2010

Baju raya

Aku dah beli baju raya untuk danny.. Agak awal sebab aku malas nak beli taim bulan puasa..

Malas nak berhimpit2 takut kurang pahala puasa nanti..

Dan yang sebetulnya.. Taim puasa ni.. Nak embuat apapun slow je rasanya.. Rasa macam slow motion...

Danny dah pandai pilih bajunya sendiri.. Tanpa aku sedari dia dah semakin besar....

Aku pun dah beli baju untuk raya ni.. Perih rasanya taim membayar...

Harganya.. Besar2 juga..

Selamat berpuasa buat rakan2 blogger semua...

Wednesday, August 11, 2010

danny first puasa dan kepak ayam 3 ketoi


Hari ni merupakan hari paling menyeronokkan kerana pada hari ni.. Danny berpuasa kali pertama..

Baru le dia tau nikmat berbuka... Dan habis 3 ketul kepak ayam sekali harung.. 



Sebenarnya aku beli 3 kepak ayam tu untuk aku tapi bila tengok danny sapu semua.. Terkebil2 gak biji mata bapaknya.. Tapi takpe... Asal danny mampu untuk berpuasa.-sudah menjadi satu kekenyangan pada aku...



Esok.... Aku harap dia dapat bertahan lagi.... Termasuk le aku sekali.....

Tuesday, August 10, 2010

Ting tong

Pagi tadi aku ke klinik.. Terasa pening kepala yang agak kuat...

Mungkin sebab semalam aku terlebih ambek juadah yang menyelerakan semasa aku menghadiri satu majlis kenduri sempena menyambut bulan ramadhan...

Kata doktor.. Tekanan darah dah tinggi.. Patut le aku rasa tingtong semacam...

Harap2 ianya tidak menganggu proses untuk aku berpuasa... Huhu...

Thursday, August 5, 2010

Free mineral water

Seperti biasa waktu petang aku akan ke kedai makan sebelah kospek tapah..

Selain dari makan dan minum, dapat juga danny bermain ngan aiman.-anak tokei kedai tu.. Mereka dah lama mengenali antara satu sama lain... Sebaya pula tu...

Tak lama kemudian.. Aku dapati ramai orang membawa ayor mineral.. Rupanya2 ada sebuah lori mengedarkan ayor mineral secara percuma buat penduduk tapah...

Berbotol2 .. Berkotak2...
Berbekalkan bodi yang kiut aku cuba menyelit dicelah2 orang ramai... Nak jugak aku merasa ayor mineral percuma...

Akhirnya aku berhasil juga... Dapat la dalam 10 botol... Cukup le kaver sehari dua...

Berebut macam ni bukan sifat aku tetapi aku ingin menyelami perasaan mereka yang terpaksa bergelut untuk hidup... Bukan setakat untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga...

Seorang suami akan melakukan apa sahaja demi keluarganya...

Do you?

Wednesday, August 4, 2010

Mandi minyak

Masuk hari ni dah 4 hari aku hidup bersama bitumen dalam air...


Sebuah lori tangki minyak telah tergolek ke dalam gaung semasa di dalam perjalanan ke tanah rata... Beribu gelen minyak tercurah ke dalam sungai dan masuk ke pusat takungan.. Hasilnya ramai orang tapah sekarang ni dah mula bersaudara dengan raja brunei.. Kami mandi minyak.. Minum minyak.. Sikit je lagi nak jadi orang minyak..

Tak pasti berapa lama lagi kesan bau minyak tu akan hilang..-tapi yang nyata.. Ayor mineral hampir kepupusan di tapah nie... Gosok gigi pun guna ayor mineral....

Payah nak tidur

Aku ada masalah tidur. Boleh di katakan tiap2 hari.. Pukul 2-4 pagi baru dapat melelapkan mata.

Perkara ni dah berlanjutan hampir berbulan lamanya.. Tak pasti mengapa ianya berlaku...

La ni.. Dah pukul 2 pagi... Masih lagi terkebil2 biji mata...

Aku rasa aku perlu banyak bersenam.. Mungkin aku akan cepat tidur disebabkan keletihan...

Dan orang rumah pula mencadangkan supaya aku tidak terlalu mengadap laptop.. Katanya jam 10.. Padam dan terus simpan laptop dalam beg...

Tapi aku rasa mungkin disebabkan aku rajin minum kopi jantan taim malam.. Mungkin kopi tu power untuk mata aku..

Haih.. Pening gak tak cukup tidur ni.. Ting tong semacam je nanti...
Kepala terasa berat sekarang ni.. Masa yang baik untuk tidur barang sebentar.
*suwit derim

Tuesday, August 3, 2010

Bulan ramadan yang mulia.

Ramadan hampir tiba.. Tak sabar2 rasanya menantikan tibanya ramadan..

Bulan yang penuh keberkatan.. Segala2nya double... Terutama sekali hawa nafsu...

Karipap yang tak seberapa pun nampak lazat.. Apatah lagi lauk pauk yang sebegitu banyak di jual di bazar ramadan... Peh... Beraneka kuih muih dan hidangan yang boleh dinikmati ketika berbuka puasa.. Pasrah, tak menang mata melihatnya..

Dan ketika bulan puasa tu juga aku perhatikan client2 aku akan lembik tiap kali aku masuk menemui mereka..

Kebiasaannya topik yang aku pilih adalah topik yang berkisarkan makanan... Haha.. Tapi tidaklah terlalu atau terlampau sangat.. Cukup sekadar menambah dugaan taim puasa2 nie...

Aku perhatikan taim puasa ni.. Bebudak rajin beno ke bilik air.. Alasannya nak basuh muka dan sebagainya.. Dan apabila masuk ke kelas semula.. Mereka kelihatan agak segar dan bertenaga..(ni mesti teguk ayor pili)

Aku teringatkan zaman kanak2 .. Aku biasanya berbuka di surau.-kerana kat surau tu hidangannya istimewa.. Ada ayam.. Dan bukan mudah untuk merasa daging ayam taim tu.. Haiwan mahal.. Tidak macam sekarang..-mewah bebudak la nie...

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...