aku-dan-photography

Monday, March 29, 2010

gastrik



hari ni aku tak dapat kekerja...
semalam. aku tak tidor malam.. perot aku meragam..
gastrik bermaharajalela dalam perot.. orang umah aku pon tak tido malam melayan aku.


dalam aku ghairah nak berdiet.. aku terlupa lak aku ni ada gastrik... mulanya aku tak indahkan semuanya  pada hemat aku.. takkan le lelemak yang ada kat seluruh badan nie takleh kaver kelaparan yang ada... tapi aku silap... cuma beruang kutub ataupun walarus jea yang guna kelebihan lemak yang ada pada badan. manusia tidak.


kini, aku "terpaksa" makan seperti biasa kerana tidak mahu berdosa pada perot!!




HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

Saturday, March 27, 2010

mode bizi dan kurang sihat






Dalam seminggu dua ni aku sangat sibuk kerana terpaksa menghadiri kursus2 di sana tu.
di IPIP (dulu2, MPIP) di Hulu Kinta.Perak.
Pada masa yang sama juga keadaan kesihatan aku kurang baik... tapi gagahkan juga gelak ketawa time kursus.


Aku tak dapat nak lawat blog kome semua wat sementara waktu nie.. ada kesempatan, aku blogwalking nanti yea.

Sekarang ni dalam mode layan stim obat sesema... aku dan danny sama2 sesema... sehati berdansa bapak dan anak!




kat sbelah laptop tu, alat sedut kat idong pun aku spare time kursus... idong asek tersumbat jea!!










HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

Sunday, March 21, 2010

lama tak main bola..

dengan berbekalkan bola beharga rm6...
aku menunjukkan skill kepada danny, dan akibatnya..... aku demam orat!
lama tak tendang menendang ropenyea..orat2 yang ada terkejut! demam aku!
haih.. sehari suntuk sakit dan seram sejuk!!

HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

outingvacation di teluk batik lagi...



aku bercuti di teluk batik.
kali ini, puas anak aku mandi manda dan telan air masin, rasakan... 
orang rumah pula sibuk melayan kerenah kami berdua...
bukan senang melayan 2 boys!!

 malamnya kami berjalan ke dataran di teluk batik tu...
cantik tempatnya... orang pun tak ramai... 


jejalan di teluk batik sambil outing!
Tenet takde, so mati kutu la aku, takleh nak lawat mana2 bloggers!!


Kemudian aku sambung pula ke lumut.
Tinggal di Hotel Putra, bestnyea sebab beradap dataran lumut nie...
Keadaan dalamnyea, em so-so.... 





main buih nie pun layan gak... patutla orang suka pesta buih!





layan pala di pangkor jap pagi tu... maleh nak drive, so ambek pakej travel tour... rm70 gak! van pun takde eikon! tapi mmg dah plan... rilek and free my mind... kalau sewa kete, murah lagi tapi masa bila nak free my mind kalau jalan kat pangkor nie.. peh... sabor jelah.... takde masa nak nengok kiri kanan....


pose khas saturday night fever....
ya, aku fever lak nie... agaknye takleh tahan panas kat tempat2 camnie...
banyak lagi gambor2 best yang boleh aku kongsi terutama time mandi tuh...
peh.... ada yang terlior karang!
 



kesimpulannya: bini aku happy dan danny pun sama... aku? sudah semestinya....
(sambil nerap2, kira berapa kupang yang tinggal lagi....)

HIDUP KEKADANG SELAMBA!

kulop ludin
spenda pintal getah

Wednesday, March 17, 2010

aku idamkan sal 18-250mm sony




hari ni aku ke sony centre ipoh, ipoh parade.
jalan2, skodeng lens.... lens yang aku skodeng ialah Sony SAL-18-250mm yang aku dan encik Zan (nie blog dia )chat2kan smalam di FB.




memula amoi tu macam tak berapa nak layan aku, agaknye piyod kut..aku faham.
tapi selepas dia perhatikan aku tak lekang2 mandang lens dalam cermin tu.. dia berasa kasihan.
dia benarkan aku menyentuhnya... perlahan2, setiap lurahnya aku sentuh,aku usap ngan jari  jemari2 ku..
ah... aku mengeluh... teransang sekali rasanya.


aku snap sana sini (ngan kebenaran amoi tu)... 




aku mintak amoi tu bergambor ngan kotak sebagai tanda kenangan kerana....






 harganya bukanlah sekupang dua!

secara perlahan2, aku mula paham sedikit sebanyak pasal lens nie... ya, terimakasih kepada encik Zan yang banyak membantu aku.

*masih terasa2 kenikmatannya tadi... haih....

HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

Monday, March 15, 2010

Selamat hari lahir, megat mohd daniel

Selamat hari lahir yang ke 6, my son...
Semoga jaga baik2 hset touch screen yang bapak dan mak hadiahkan..

Pass darjah satu tahun depan, bapak hadiahkan kilang nokia satu!

Lepas tu, duk bawah jambatan le kita!

Nanti kita mandi laut sama2, nanti bapak bina istana pasir.. Danny jemput le sponbob ngan patrick datang sekali yea...

Love you,
Bapakmu.

Saturday, March 13, 2010

topi mancing dan aku


 masa aku order makanan di sebuah gerai.. seorang pelayan mengambil keputusan untuk beramah mesra.
 dia tanya samada aku ni minat memancing... aku jawab, dulu2...
dia balas lagi, bukan apa... sebab dia nampak aku ni pakai topi memancing sebab tu dia tanya...
la.. selama ni aku ingat bila aku pakai topi nie, ada le feel nak jadi potograper yang aku minat2 tuh.. rupa2nyea orang nampak macam nak pegi mancing jea... siap tanya aku nak mancing lombong mana...


terasa2 nak tepuk je dahi budak tuh lapan belas kali.
namun begitu sebagai artis.. aku tetap ngan topi mancing nie... terasa nyaman time2 paneh nie...
*aku perasan bini aku dan opah aku macam nak gelak besor sambil guling2 ateh jalan time budak tu tanya tapi masing2 senyap takot aku marah!


memang ada ghope tokei sayor/tokei ikan ke aku ni?


HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

KAWAN PALING BAIK



Kata orang kalau memilih pasangan hidup yang sejuk dan sesuai, mestilah ada iras2 yang sama.
Kata orang juga rumahtangga yang aman mestilah ada campuran api dan air.
Pada aku.. Orang rumah adalah kawan yang paling baik... dan kawan yang baik akan selalu belanja kawannya.


Outing vacation time cuti nie.. "Kawan Baik" aku akan sponsor semuanya... Aku akan ke Teluk Batik skali lagi, dan kali ini akan bermalam di sana.... Untung ada kawan baik.... Susah senang pasti bersama...



Time cuti nie.. masa yang sesuai untuk berumah tangga. Tunggu apa lagi...
teringat aku pada satu kiasan yang sering aku guna dulu...


"simpan lama2 pun bukannya dapat dividen"

 
HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

Wednesday, March 10, 2010

aku perlu bershuffle





aku selalu cemburu dengan kawan2 aku, kematangan mereka sangat tinggi.
sedangkan aku, masih merasakan diri aku seperti berbelas tahun yang lepas.
selalu terlena dengan buaian dunia.




aku cuba berlebai tapi ukurlilitnya longgar..
aku cuba berjubah.. tapi labuhnya menyapu lantai.


aku merasakan sudah tiba masanya...
untuk aku sedar siapalah diri aku yang sebenarnya.


aku perlu belajar "shuffle"



nothing else matters.
So close, no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
and nothing else matters

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
and nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
and nothing else matters

never cared for what they do
never cared for what they know
but I know

So close, no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
and nothing else matters

never cared for what they do
never cared for what they know
but I know

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say

Trust I seek and I find in you
Every day for us, something new
Open mind for a different view
and nothing else matters

never cared for what they say
never cared for games they play
never cared for what they do
never cared for what they know
and I know

So close, no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
No, nothing else matters

HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

Sunday, March 7, 2010

ABANG DBI DAN SENYUMANKU



Hasil daripada kejayaan senyumanku beberapa hari lalu telah membuatkan aku lebih konfiden.
jadinya...
pagi sabtu aku ke nasmir berhampiran tesco ipoh. tempat biasa untuk aku bersarapan sambil pekena kari mamak tapi kali ini aku pekena mee goreng...


pertengahan kunyah, mamak kat situ info2 aku...
DBI punya sudah mari... mau saman kereta tak letak kupon...
aku nampak brader dbi siap berbaju seragam yang tampak hebat,berkumis lebat sedang berlegar2 kat kete aku...


jadi.. aku bergerak pantas (bawah sikit dari berlari2 anak)  sambil memberikan senyuman... (yang kali ini lebih baik dari sebelumnya...)
dia membalas senyumanku.. haih.. senyumannya lebih manis... aku tersipu2 juga... kelu lidah aku...



patutla dia senyum, dia saman gak kete aku.. hampeh tul... bukannya banyak kete kat situ... takde gangguan apa2 pon.. pergi la saman kete2 lain... kete aku kecik jea... nama kete pun ikut nama haiwan... tak mesra haiwan le nie...


tapi aku tetap memberikan senyuman.. pada aku, senyuman itu merupakan sedekah.. itu jea yang terdaya aku bagi... kalau nak lelemak kat badan nie...pon leh gak... nanti kita ejas!!




HIDUP KEKADANG SELAMBA!
catching my breath
kulop ludin
spenda pintal getah

JPJ TEWAS DENGAN SENYUMANKU



tidak dinafikan antara aset yang paling menarik selain dari tubuh badan, adalah terletak pada senyumanku...
senyuman yang bisa mencairkan mana2 hati yang memandang.

berbekal anugerah ini... pada 2/3 hari yang lepas aku telah disetopkan oleh seorang pegawai pengecheckan JPJ yang gemor dudok bawah jejantas highway tapah yang sejuk lagi nyaman.

disebabkan wallet aku tertindih, dan saiz aku yang gitu2, aku terpaksa kuor dari kete...untuk mengeluarkan lesen dan ic....

aku perhatikan pegawai tu agak terpanik bila aku bersemuka berdepan dengannya.
dan aku senyum...
dia agak malu2 bila aku bagi isarat kat orang umah supaya snap gambor kami...
sepanjang 13 tahun di tapah, inilah kali pertama ada orang nak tengok gambor masa aku muda2 kat lesen memandu.. aku terharu... tkasih encik JPJ...

aku yakin senyuman ku masih ada bisanya lagi... sehinggalah..


searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Thursday, March 4, 2010

kerja






tak kerja tak berduit.
nak berenti, aku bukan anak tokei balak.
kerja2 selagi mau.


searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Wednesday, March 3, 2010

SELUOR KATIK saiz 10 WLAU


di kesempatan aku ke penang... selain daripada outing bersama famili, 
aku juga menyimpan satu hasrat
iaitu 
ingin mencari spenda yang sama saiz ukurlilit pinggang aku.
 namun begitu aku agak hampa kerana masih ramai lagi tokei2 kilang belum memahami atau mengkaji pasaran "mewah" ini dengan hanya menawarkan spenda yang muat2 takat peha aku sahaja...

kehampaan itu tertebus apabila aku berjaya juga mendapatkan seluor katik yang saiznya aku sendiri baru tahu kewujudannya...

 
saiz 10 WLAU!
itu le yang aku nampak kat tag saiz... 
aku sokong barangan buatan malaysia, 
namun begitu dalam sesetengah hal... aku terpaksa beralih kepada barangan import.
jangan salahkan aku.

kini aku melangkah lebih yakin 
walopon
zip aku terbuka....

semua ini hanya sementara kerana aku dah mula diet....
ke tempat kroje pun aku dah bawak bekal (tkasih kepada orang umah) roti 3 set bagi menggantikan 
mee goreng + telur goreng sambal ckit.. 
ataupun
nasi goreng yang sedap tu....

sasaranku....
G string kaler merah!!

Jangan Jeles...... Aku juga bernafsu Kurus!!




searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...