aku-dan-photography

Sunday, February 28, 2010

TERNAK UDARA DALAM PARU2



aku sedang mencari saki baki udara selepas tiba ke tempat bagi makan kura2..
kik lok si di penang.


kekura dah kaler hijo sebab banyak makan kangkung... rm1 satu ikat.....

searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Friday, February 26, 2010

MELASTIK KE PULAU PINANG





aku ke pulau pinang.
sudah lama idak ke sini.
kali ini.. aku dan keluarga bersama2...
haih.. luas untuk diterokai...

mangki nie marah tul bile aku nak close up lagi...
agaknye tengah layan feeling....
botanical garden tengah renebet... jadi kelihatan gersang dari luar....
mangki pon tak berapa ramai.. agaknye maleh nak kuor time paneh2 nie....


kesempatan ini jugak aku layan nasi kandar line clear.... hari jemaat, banyak kedai mamak tutup sebab ada sambutan maulud nabi... kedai ni pon 3/4 kali aku berpusing2 sebabkan gps aku suruh turn right left sesekati dia.
peh... memang pueh pekena kari mamak penang nie... piyor benor...



searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Saturday, February 20, 2010

Aku menyedut udara lumut

Baru sampai lumut.. Cuaca cantik... Redup dan cozy....

Kulop ke Lumut

Hari ni kulop enroute ke lumut...
Jalan2 outing sehari!

Selamat melawat blog spenda yea..

Nenanti kulop update!
HIDUP KEKADANG SELAMBA

tkasih.
http://spendapintalgetah.com

Friday, February 19, 2010

Kemut SPESEL!

Kemut spesel!

Salah satu aktiviti tertua di dunia adalah pertanian, bercucuk tanam. Manusia telah memahami kepentingan berbudi kepada tanah pasti akan membuahkan hasil. Untuk bercucuk tanam aku perhatikan peluh yang tumpah ke bumi amatlah banyak. Memang getir untuk menjadi seorang petani.

Fenomena kepanasan tahap melampau di kala ini amatlah merusingkan. Segalanya terik.. Semakin tinggi suhu semakin kecil biji mata.

Alangkah nyamannya dapat tinggal di kawasan yang redup.-dilitupi pepohon pokok.. Redup mata memandang.. Kena pula berhampiran sungai... Haih... Nyaman.....

Kepanasan yang tinggi juga menyebabkan rel2 keretapi mengembang... Apabila relnya mengembang maka kepala keretapi pun tak dapat bergerak mengikut haluan. Maka tergelincir ditengah laluan ke destinasi. Akhirnya perjalanan tak sampai. Dan pengakhiran yang mengecewakan bagi satu perjalanan.

Cuaca kena seimbang.. Barulah harmoni segalanya..

Aku sudah tidak mampu untuk menakung peluh.-kipas berputar begitu laju hingga terangkat2 baju kelawarku namun dalam keterbukaan tu, ianya masih tidak mampu menghalang kepanasan walaupun tika di waktu malam...ada masanya baju kelawar tu pun terbang entah ke mana.. Baju pun tau lari menyelamatkan diri. Apatah lagi aku...

Aku keluor makan jap...

Friday, February 12, 2010

Kulop Ludin Balik Kampung

Khas buat pengunjung blog spenda pintal getah.

Abang Kulop balik kampung sempena cuti raya cine nie..

Kepada kome yang melawat, nenanti aku timbal balik yea..

"kalau makan limau tu, ingat2 le kulop skali"

tkasih.
Layari: http://www.prepaidboss.com
or http://www.ezyreload-prepaidboss.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

G string kaler merah part 2

skpz sambutan merdeka 2009 v8
antara dema ni lea yang menyedarkan aku.....


"sir.... Zip sir terbukak"

Dan aku perhatikan 3/4/6/8 orang budak senyum2 sumbing semacam je kat aku...
Nasib baik le dema budak2 kecil... Baru tahun pertama bersekolah... Aku tak pasti apa yang dema nampak...tapi kata orang kalau tengok benda2 tak elok macam tut tu leh lupa 44 hari... Patut la budak2 tu poyo semacam lebih sebulan... Haih.. Kesian lak aku... Tapi nak wat macam mana.. Udah terlanjur..
Dan sehingga kini aku cukup sayang budak2 tu.. Dema pun cukup manja ngan aku juga... (la ni udah besor)


Selepas kejadian tu... Aku mula mencari spenda lama aku.. Hampeh.. Udah tak muat.. Kalau aku paksa pakai jugak mahu aku kena batu karang sebab tersepit semua benda..


So aku mencari2 merata tempat.. Tak de saiz yang ngam... Akhirnya aku jumpa gak.. Tapi masalahnya.. Spenda tu untuk perempuan mengandung... Haih... Camne aku pakai? Takde poket?


Akhirnya aku memilih untuk memakai seluor katik... Ya seluor katik.. Sekarang aku berterima kasih ngan budak2 tu.. Kerana mereka aku kini udah pandai ber spenda...


Setiap minggu... Aku akan menghabiskan 210 minit bersama mereka... Dan setiap 30 minit.. Pasti aku akan mengecheck zip aku... Tak sanggup lagi zip aku terbuka di kala budak mula pandai berkata2...


Hidup kekadang selamba..
Kulop Ludin

G string kaler merah dan aku

Pada satu malam... Entah macammana aku terpetik siaran the biggest loser asia... Peh... Kan main besor dema tu...

Tetiba aku terpikir... Kalau dema boleh berkurus makanya aku pun boleh juga... Ya... Aku pun nak kurus juga... Sebabnya bila aku dah kurus pasti aku boleh beli spenda yang ada saiz untuk aku.. Mungkin aku boleh menggunakan g string kaler merah... Pasti ramai yang akan cemburu bila aku menggayakan fesyen tu nanti... Peh..... Kaler merah...


Aku sentiasa memegang rekod the biggest samada ketika di sekolah mahupun di tempat kerja... Ya.. Aku dah lemas.... Lemas di darat... Aku nak kurus... Aku suarakan hasrat aku pada isteri tercinta.. Dia bersetuju...

Aku mencadangkan supaya kami berkongsi menggunakan barut berjenama iaitu.. beautiful yang harganya dalam 2k lebih gitu.. ya.. Aku nak pakai barut secara berkongsi..
Orang umah aku akan pakai dari pagi sampai kul 2 petang manakala aku pakai kul 2 ke atas.. Tapi timbul pula masalah... Barut tu akan kembang kuncup.. Jadi elastiknya akan berkurangan... Jadi macam mana nak dapat kesan yang maksimum? Kensel... Aku terpaksa kensel hasrat nak berbarut.. Hampa...

Kemudian aku mencadangkan supaya mencuba herbalife.. Berperisa coklat... Kemudian baru aku teringat yang aku pernah mencubanya..-dan yang pasti kurus adalah poket aku... Hampeh.. Aku tak tahan.. Lapor.... 

Disebabkan badan aku yang tak ikut pertumbuhan sewajarnya... Aku tak pandai menggunakan spenda sejak awal2 budak lagi.. Lagipun aku adalah seperti "ku ingin bebas" bak intro lagu awan dania tu.. Aku rasa lemas kalau dibalut2.. Tak tahan... 

Namun begitu.. Semua tu berubah apabila pada satu hari beberapa tahun yang lepas...
Dah kul 4.45 pm.. Time ambil danny... Sambung kemudian yea..
Jangan lupa follow tau untuk kenikmatan sambungnya..

Saturday, February 6, 2010

Outing

Hari ni outing ke sekolah anak aku di sk datuk kelana, tapah.

Berbekalkan kamera sony a380 yang usia seminggu, topi apentah ateh kepala.. Aku mula ngambek gambor2.. Udah ghope cina kedai gambor.. Haha...

Lepas ni aku akan balik ke ipoh.. Tiba masa untuk ziarah opah aku.. Dah jenuh aku ngajak tinggal ngan aku tapi dia tak endak...

Danny, dah mula nak demam...

*dah bertanyakan khabar orang tua di kampung? Kalau belum, tanya2kan khabar mereka...

Thursday, February 4, 2010

CAWAN SUMBING BIBIR TERBELAH

an evening in taman malaysia tapah


Hidup ni penuh warna warni.. Kita diuji dengan pelbagai perkara... Samada kita mampu untuk bertahan ataupun tidak...

Aku pun sama.. Banyak perkara aku dah lalui... Cumanya aku bernasib baik kerana dijodohkan dengan seorang gadis yang memahami aku sebenar2nya.

Ada apa dengan gadis tapah ni?

Berkhidmat dalam satu tempat yang sama.. Bukanlah satu peluang untuk aku jatuh cinta dengannya. Hampir 3 tahun barulah aku sedar yang aku ada hati ngan orang rumah aku sekarang...

Dalam agak ramai yang aku kawan... Cuma dengan dia sahaja yang aku benar2 gentleman.. Sound terus... Aku minat kat dia... Aku nekad... Aku dapat rasa aura memancar2 tiap kali aku nampak dia...

Selepas mengalami episod kegagalan demi kegagalan.. Aku dah nampak teori masa.. Apabila kita berkawan ngan seseorang... Yang paling bahaya adalah apabila kita terlalu memberi ruang masa yang panjang....

Kebiasaan... Aku memberikan satu jalan tengah.. Untuk setiap perhubungan aku ngan orang lain...

tahun pertama.. Sekiranya budak perempuan tu berjumpa ngan insan lain yang lebih baik daripada aku maka teruskan.-tinggalkan aku..-itu tidak mengapa...

Tahun kedua adalah tahun untuk aku memberikan komitmen 100%..

Nokia 3310 merupakan medium perhubungan antara aku ngan orang rumah aku.. Jangan terkejut.. Aku beli 2 bijik nokia sekaligus.. Apa la sangat nokia tu... Tapi 10 tahun lepas... Sebijik nokia tu harganya dalam 1.3k.. Bukan setakat itu sahaja malahan aku seplai prepaid maxis yang berharga rm280.. Gila kentang tul la prepaid time tu... Kaya le ane maxis tu... Haih... yang tinggal kini adalah nombor orang umah yang masih kekal.... Hsetnya entah ke mana2...

Kenapa jadi begitu? Mudah jea... Aku percaya apabila sesuatu perhubungan telah bermula... Ruang masa yang ada jangan dibiarkan kosong.. Hendaklah kita penuhi semaksima mungkin...

Lagi satu.. Aku tak berapa gemor tiap2 kali aku tepon.. Bila ada orang lain yang angkat... Tanya...

Siapa ni?

Apa aku nak jawab? Lawyer,doktor atau bopren dia? Jadi untuk mengelakkan semua tu aku aku bekalkan keperluan hset untuk dia...

Tapi kira ok... Idak sia2 kerana akhirnya semua itu berbaloi juga..
Tidakkah aku seorang lelaki yang benar2 bertuah? Ya, aku besyukur... kepada kome2 yang takut untuk mencuba sabit kegagalan pada centa...

kamon boy... sia2 jea bapak kita wariskan "keris pesaka" yang tak lucut2 tu... tepuk dada.... urut janggut atau misei (kalau ada).. Anak jantan takleh cepat putus asa!!

Bagi pempuan2 tu.. hiasilah diri dengan nilai yang murni...
Cawan, walau mahal camne skali pon.. kalau dah sumbing... takut gak orang nak neguk air di dalamnya.....


hidup kekadang selamba....


searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...