aku-dan-photography

Sunday, January 31, 2010

DARI SPENDA KE SPEN DSLR




Hari ni agak lama aku ke ipoh...
Orang umah sibuk mencari baju untuk anak terunanya manakala aku macam biasa.. Ronda ke sana ke mari mengintai hset2 di rainbow atau uda ocean.. Bila terasa lapor.. Kami makan2 kat futkort bawah tu..




Agak dah dapat apa yang dema nak.. Aku terus ke tesco kat jaya jusco...




Dan pada saat akhir... Aku ternampak sebuah kedai menjual kamera... Hati berdetik lagi... Haih... Aku tak suka bila hati aku berdetik2... Dengan kekuatan berat maksima yang ada.. Aku melangkah berat2 ke dalam kedai tersebut...




aku pesan kat orang umah...




"kalau abang tak call atau sms dalam masa sejam... Tepon polis.."




panjang lebar cene tu terang pada aku pasal kamera nie... Aku angguk2 tanda paham... Tapi aku memang tak paham apa dia kata...




Antara nikon.-canon-sony aku usha satu2... Lastnya aku call kawan lama aku.. Dia guna sony... Jadinya setelah aku angkat timbang... Aku rembat sony satu.... Harga nya.. Tak endak le aku bagitahu.. Sebab kamera biasa jea... Bukanlah canon 7d tu....




Aku mintak macam2 kat cine tu... Akhirnya dema bagi aku kalendar poket 4 keping... Itupun dia kata.. Kalendar limited edition.-tak ramai orang dapat...




Kamera ni sebenarnya orang umah aku yang belanja... Dia tahu abangnya sangat berminat ngan poto2 nie.. Minat nangkap..-tapi cucinye tarak... Huhu.... Bukan tak endak cuci... Tapi dah 3 ribu keping aku snap... Mana mampu nak cuci semua....




Perkara pertama... Aku ucapkan penghargaan pada orang umah aku yang sentiasa berada disamping aku.. Tak kira masa... Kalau boleh.. Ke rest room pun dia nak ikut... Sayangnya dia pada aku..boleh aku umpamakan diri aku ni seperti sebutir permata yang jatuh ke laut dan menjadi pulau...




Nenanti aku ceritakan bagaimana kulop ludin leh terpikat ngan orang tapah nie...




Aku sudah selangkah ke alam dslr... Apakah hati aku akan puas? Tunggu je lah.....








searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Saturday, January 30, 2010

Sony ericson satio

Dulu aku pernah review Tentang sony nie.. Ngetik2 minat aku masa dema launch dulu.. Hset ni baru lagi.. Rasanya baru beberapa bulan kat pasaran dunia. Aku bercakap2 dalam hati.. Satu hari.. Aku mesti pakai...


Aku sebenarnya dah lama tak berganti hset.. Hampir setahun 3 bulan..


Semalam.. Satio ni dalam genggaman. Harganya tak semahal nokia n85 yang aku beli masa dia keluar dulu.. Rm2.5k.. Dan harganya hampir sama ngan nokia n96 juga aku beli pada masa yang sama aku beli n85.


Nokia n96 dah aku jual(pakai sebulan jea..) Sebabnya baterinya alahai cepat benor abihnya.. Tinggallah n85 yang ada sekarang sebabnya aku suka kamera dan fungsi2 yang lain..


Aku setuju ngan pendapat kawan aku.-komennya pada posting di bawah..
Antara keperluan dan kehendak... Aku terlalu menurut kehendak.. Tapi rasanya keperluan dah cukup dah... Anak bini semua aku dah bagi.. Cumanya aku selalu lupa nak beli pakaian dalam orang umah aku kerana.. Aku tak pandai la...


Memang ada banyak tersidai kat supermarket tu.-tapi pada aku bior le dia pilih sendiri.. Kalau aku pilih.. Nanti habis semuanya beropol2...


aku ada sedikit kelemahan.. Kelemahan aku adalah minat aku pada hset susah nak padam... Cumanya lepas kahwin nie ada sedikit slow.. Maklumlea... Hidup dah berdua.. Kemudian bertiga....


Aku dah maklumkan bahawa ini adalah hset (satio) terlast aku beli... Orang umah aku dah dengar berpuluh kali.. Dia kata.. Dialog tu dah dengar banyak kali.. Huhu... Tapi kali ni aku bertekad.. Aku akan guna satio ni.. Sekurang2nya setahun stengah bagi memecahkan rekod n85.


La ni aku tengah bersiap siap nak keluar.. Aku nak beli spenda..
Dalam beribu ribu aku dah keluar.. Cuma spenda aku masih lagi pintal getah.. Bukan tak mampu.. Tapi takde saiz..


"Hidup biar selamba asal idak melukakan hati orang"

kulop ludin.

Friday, January 29, 2010

Mana satu sony ericson satio atau canon dslr

Hari ni aku beli nokia n86 untuk orang umah.. Bagi menggantikan nokia e66 (anak aku nak hset tu tapi aku pun nak gak wat hset kedua)

Aku tengah memikirkan satu kos melepas.. Atau terlepas.


Aku minat henpon.. Nenanti aku ceritakan tentang henpon aku.


La ni aku ada 2 pilihan samada sony ericson satio atau camera canon dslr pada harga yang hampir sama. Tadi aku dah angkat letak satio..kaler merah.. Kat tapah.. Harga dalam 2.3k..


Dah dekat sangat nak rembat.. Tapi aku teringatkan hobi aku yang gemor nangkap gambor... Kalau henpon.. Aku ada gak ilmunya.. Tapi kalau kamera.. Haih.. Mana satu ni...


Jap lagi aku nak kuor makan.. Mesti lalu kedai henpon tu... Kalau kena gayanya.. Aku akan pakai satio 12 megapixel...


Aku tak suka.. Kalau hati berbelah bagi...

Sigh.....

Thursday, January 28, 2010

Cinta rm3 hengget kawan aku..

Hanya sekotak mancis. Dia terpanik.. Ape embuat kotak mancis tu?
Disebabkan time tu, mancis adalah sumber utama nyalakan lokok..jadinya fungsi mancis sangat penting.. Lagipun apele sangat mancis seposen...


Aku instruct kawan aku tu supaya membeli mancis sekotak setiap hari.
Pembelian hendaklah dilakukan pada masa yang sama tiap2 hari.. Takleh lewat seminit pun.. Dan ketika beli.. Jangan berkata yang lelain melainkan tengok matanya dan katakan terima kasih.


Kawan aku yang poyo ni tanpa banyak soal ikut apa yang aku suruh... Aku peringatkan sekiranya budak pempuan tu ada cakap apa2.-jangan dijawab sebaliknya senyum dan pandang matanya.. Ini punya nasihat.-kawan aku pun follow gak.. Iskh.-desperate tul.. Suka aku (aku tepuk tangan bila aku suka..)


susah payah kawan aku setiap hari selama 30 hari membeli mancis.. Disebabkan dia tidak merokok.-mancis tu mesti diserahkan pada aku sebagai pengeras.-kira murah tu.-sebab kawan2 jea..

Aku leh charge tinggi lagi tapi disebabkan sebenarnya aku pun tak penah try.-jadi mancis pun kira ok lah...


Hari ke 31.-aku suruh kawan aku stop.. Dan hari yang ke 32 pun sama..
Hari yang ke 33 aku suruh kawan aku pergi semula dan memang benar budak pempuan tu akan bertanya..

"dah 2 hari tak nampak"

kali ini aku serahkan step kemudiannya kepada kawan aku.. Aku bukannya match maker! Sekadar menolong...
Akhirnya niat kawan aku tu tercapai....

Cara yang sama juga aku nasihatkan pada kawan aku... Yang sukakan seorang gadis yang menjual kuih muih dibazar ramadan... Tapi aku suruh dia beli karipap... Sebab aku suka karipap.. Puas le aku makan karipap hampir 3 minggu... Haha.... Aku memang geliga... Dan result nya sama juga.....


Aku guna cara yang sama untuk gadis baling nie tapi... Tapi.. Takkan aku nak bagi mancis dan karipap.. Peh. Kena gak jaga standard... Aku sekarang (time tu) dah pakai tali leher... Jalan dah segak...
Orang ramai kenal aku sebabnya aku orang kedua terbesar selepas ... Pensyarah aku.. En suhaimi (fanatik liverpool)

Bersambung lagi...
Nak ambek anak aku balik dari tosen bahasa inggeris..

Wednesday, January 27, 2010

rm3 ringgit untuk kawan@cinta mungkin.

kerja aku makin banyak....
aku makin kesempatan masa...
kesempatan duit dah lega ckit sebab geng2 tempat krojea aku jemput main kutu..
aku setuju.. janji nombor satu! HAHA... seiring ngan slogan 1Malaysia...


kat luar tengah hujan, ingatkan nak siapkan nama bebudak untuk lomba lari sebabnya s/u sukan udah mintak. Tapi disebabkan aku ni dah tua... jadinya dia mesti paham.. aku kalau bergerak, siput sedut lagi laju (kalau part2 kroje)


aku ingat nak ceritakan kisah kawan2 aku ckit... yang kini kebanyakkan semua dah ada ijazah melainkan aku.... cita2 aku tinggi... tapi tak sama ngan berat ngan azam aku.. aku dah tak boleh nak dengar ceramah panjang2... aku cepat boring (kalau subjeknye tak kena ngan mood aku).. jadi wat sementara nie... bior le aku menghitung pencen.. tak lama je lagi, 17 taon.. aku pencen la.. haha...


selepas aku terkeciwa... dan selepas beberapa bulan aku hidup dalam kekosongan, gatei aku mula berputik... aku tak tunduk pada napsu tapi kalau gatei.. aku garu2 gak ckit....


freshie baru mula menampakkan diri di maktab.. kali ini, muda2 tak macam batch aku yang ratanya2 datang dari lebihan2 stok2 lama....


kali ini aku pilih yang lawo, cantik.. kulit halus bagi mengimbangi kehalusan aku juga. 
Budak Baling pilihan aku.


Kali ini, bukan cinta.. tapi kawan.. no more cinta2 sebabnya aku tak endak perkataan hebat tu terbuang sia2 begitu saja....


budak ni, aku suka senyumannya.. bila dia senyum pada aku.. aku rasakan jiwaku berlari ke sana kemari, tidak sama macam larian cooper yang aku kena wat time maktab dolo... separuh nikotin kat paru2 nie tertinggal kat padang tu hingga kini...


namanya aku dah lupa, yang aku ingat... bapaknye kerja pok'res (jabatan hutan) dan mempunyai bilangan adik beradik seramai 8 orang.. dan dia yang paling sulung..


untuk memenangi hatinya, julung2 kali aku melakukan beberapa perkara yang tak ramai orang lakukan... tapi mungkin ada lepas nie...




apabila sesuatau yang kita lakukan berulang kali... ianya akan menjadi pengukuhan... bila dah kukuh dalam ingatan... ianya akan menjadi pertanyaan sekiranya tiada perulangan.


sebelum itu bior aku ceritakan tentang teknik 30 silamban kabuputen!


cerita rm3 untuk cinta




kawan aku minat pada seorang budak yang bekerja di kaunter. jadi dia mintak nasihat aku camnea nak memulakan satu ikatan.
aku kata, bercakap tak semestinya ngan suara.. guna mata pon boleh.
pengerasnya..........




bersambung....
dah 4.30pm... time aku bersiap2 ambek anak.. nenanti le aku sambung yea..
huhu.. bawak2 bersabor!!








searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Friday, January 22, 2010

Cerita akhir aku

Cerita akhir..


Aku tanamkan semangat yang jitu semasa di maktab.. Tekad aku satu.. Lepas kuor maktab nanti aku nak kawin..


Ya.. Kawin.. Kap alip wau n.. Kawin.. Aku yakin aku mampu tanggung anak orang walaupun aku tak tahu berapa le gaji aku nanti... (haih.. Lepas tu baru aku tau.. Ciput nya gaji.) starting pun baru lima hatus jea..


Kehidupan di maktab, dikelilingi cikgi2 tidak mengoyahkan kesetiaan aku pada budak pempuan tu... Kerana aku memang dilahirkan bersama2 dengan konsep kesetiaan sebelum kempen setia kerajaan lagi..


Tapi seakan2 cerita balqis.
Tak lama lepas tu...
Aku dah tak nampak dia kat tempat biasa dalam bas tu.. Tiap kali aku talipaun dia.. Adiknya info.. Kakak takde...


Akhirnya satu hari.. Dalam talipaun.. Dia kata.


Minta maaf.. Dia tak dapat nak teruskan perhubungan..


Rasa nak pitam aku dibuatnya... Maklumlea.. Aku dah habis setia ngan dia... Dah habis gaya model karaoke tiap kali aku berdiri disimpang menunggu bas nya lalu tiap2 petang... Alih2nya camtu jea endingnya...


Peh.. Beginile rasanya sakit bila dah putus perhubungan.... Frust tertonggeng kata orang kita.. Atau bahasa omputihnya.. Frust bend it like beckham...

Aku hilang fokus...
Keadaan jadi kusut masai..
Keadaan fizikal tak aku hirau dah... Misai dan janggut tak terjaga(janggut ada 3/4 helai jea)


melalui kenalan tempat kerja lama aku.. Aku dapat tahu yang budak pempuan tu nak kawin dah... Ya.. Dah sampai seru gatei agaknya...


Daripada info tu juga aku dah detect beberapa kesilapan aku.


1. Dia tu tunang orang (aku memang tak tahu.. Patotla dia pakai rantai ada tulih z . Aku agak nama tunang dia.. Memang gatei tul.-dah jadi tunang orang pun nak goda anak teruna sunti)

2. Tak ada henpon jenis kamera 3gp ( zaman tu pon tak wujud lagi henpon kamera *kalau ada.. Siapla aku edar kat internet.. Hehe)

3. Dia pun bukan lawa sangat.. Aku lagi lawa.

4. Kawan aku dah bagitahu awal2.-pempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. kalau Ikutkan... aku ni lebih baik samada dari segi rupa mahupun kelayakkan akademik.. Lum lagi dikira dari segi keimanan.. Banyak tu.. Takut aku jadi riak kalau tempek kat sini.-ehem2..

5. Takdir

aku mula liar.. Malam2 aku dah mula belajar mabuk..
Mabuk teh tarik.. Tiap2 malam aku akan keluar ke kedai minum... Nak keluar ke ipoh... Takut lewat ke kelas esoknya.. Lagipun orang tua dah pesan tak elok berembun sangat.


Satu malam tu.. Masa meletakkan lengan di dahi..aku berfikir dalam2... Mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku..
sekurang2nya aku dah ada keyakinan untuk mencuba lagi...
Bak kata orang.. sebijik mentol.-thomas edison mencuba 2 ribu kali.. Baru leh nyala.. Apalah sangat untuk menyalakan sebijik mentol hati seorang perempuan?


Selepas 9 tahun.. Baru la aku dapat menyalakan sebiji mentol yang kini sentiasa menyala di hati kami.....


*nota kaki..
Budak pempuan tu khabarnya dah berpindah ke sungai siput.. Suaminya dah dibuang kerja. Dia tak sebebas dulu kerana suaminya adalah seorang yang kuat cemburu.. Semoga korang hidup aman.. Sebagaimana amannya hidup aku sekarang nie..

Terimakasih kerana tidak menjadi suamimu.. Kerana isteriku empat juta lima ratus dua lima billion kali lebih baik daripada kamu.. Ambek ko... Duduk le kat ulu banat tu...


Yang benar..
Kulop ludin

Tuesday, January 19, 2010

cerita 4 , 5.45pm SIMPANG TIGA RUMPUN BAMBU!


2 insan yang aku sayang dari dulu,kini dan selama2nya...


Pakcik Kulop Sambung lagi....

Jam 5.45 petang pasti aku akan berada berhampiran kedai kutik.. Di simpang besar menghala ke ulu kinta kira2 15 tahun yang lepas, aku telah pun berada di maktab ketika itu.


Beberapa bulan sebelum itu.
Satu hari aku pulang dari kerja dengan hati yang gembira.. Aku telah terpilih untuk dihantar ke jepun oleh kilang yamaha. Ini adalah kerana aku boleh berbahasa inggeris (gitu2 jea) berbanding kebanyakkan leader yang lain.. Ini adalah peluang yang aku nanti2kan kerana aku memang minat ngan bebenda letronik nie..


Sesampai aku di rumah.. Aku perhatikan opah aku.-mak saudara aku tersenyum2.. Haih.. Ngapa lak nie.. Takkan nak suruh aku kahwin.. Aku tak mimpi apa2 lagi nie...


Mereka menyerahkan sebuah sampul surat yang besar dan berat.
Tawaran mengikuti kursus perguruan.. Dan poskod maktab tu sama lak ngan poskod rumah aku. Depan tu je maktab aku.. Nampak dari rumah..


Aku tak terkata apa2.. Langsung terpendam terus.-ikutkan hati, tak hendak aku terima tawaran tu.-aku nak ke jepun.. tapi.. Bila aku tengok opah aku suka bebenor.. Aku pasrah.. Mungkin nasib aku lebih baik dengan bukan menjadi seorang pekerja kilang.. Malam tu aku menangis semahu2 di atas katil sambil tekup bantal ke muka.. Hingga terangkat2 kain aku..( ni kompom tipu tahap gaban.. Haha)


*bas berwarna biru sedang berhenti.. Aku selak pandanganku pada setiap cermin kaca bas yang luas.. Dan dia berada di dalam bas sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang bakal aku bawa dalam mimpi nanti..

Itu yang aku lakukan berbulan lamanya hinggalah pada satu hari..

Bersambung lagi...

don't break my heart part1
ni pon sayang gak....

searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Sunday, January 17, 2010

Cerita 3 AKU HANDSOME







Pada minggu kedua.. Masuk lagi batch baru ke line production aku. Kali ni.. Semuanya muda2.. Baru habis spm.. 18tahun umur dema..




Aku macam biasa.. Layan kotak2 dan skru2 tiap2 hari.. Tapi pada masa yang sama aku rasa macam kuch2 hota hei bila aku terpandang seorang gadis yang pada aku amat molek segala segi....




Aku perhatikan dia sering pandang serong ngan aku... Tiap kali aku lalu lalang... Pasti lirik matanya mengikuti haluanku.-tanpa perlu menggerakkan kepalanya.-pandang serong le tu... Begitu juga ngan aku.-pandang serong bila aku nampak dia bersembang ngan lelaki lain.... Hehe...




Dianugerahkan dengan kulit yang halus.-putih-dan apabila terkena panas.-kulit akan kemerah2an terutama dibahagian pipi.. umpama buah peach..dipetik ketika diwaktu pagi di selatan Beijing ...
Begitulah rupa aku.... Hehe....




Disebabkan itu.. Aku lebih berminat ngan pempuan yang tidak berkulit cerah..hehe.. Gemor yang kulit gelap manis (seperti yang aku gambarkan di cerita 1)




demi untuk bersama dengannya.. Aku meluangkan lebih banyak masa bekerja.. Obertime hampir setiap hari.-kalau tak boleh obertime pun aku akan stay sampai tengahmalam semata2 ingin pulang bersamanya-tapi pada masa tu.-aku belum melafazkan apa2.-masih lagi aku simpan dalam hati..




Satu hari.. Baru aku sedar.-tangan ku tak bertepuk sehala..apabila.. Aku mengajaknye ke kantin untuk makan tetapi dia menolak.. Jadi aku ke kantin bersama kawan baiknya sendiri (tanpa pengetahuannya)..


Telah menjadi sifat lelaki budiman.. Aku yang ambil makanan untuk budak perempuan nie.. Pada aku biasa je.. (tapi apasal aku kena bayar lak..bukan gepren aku pun..) tengah makan tu.. Tetiba budak pempuan yang aku bekenan tadi muncul.. Dan apabila dia terpandang.-terus dengan laju dia berlalu pergi.-dengan muka yang semacam..


Kawannya yang teman aku tadi terus stop makan... Dan bergegas ke arah haluan budak pempuan yang aku minat tu...


Sambil mengigit peha ayam tu... Aku pikior gak kenapa lain macam je dia.. Lepas habis makan.. Aku ke kaunter dan beli kuih karipap.-aku suka kuih karipap makcik kantin tu.-sedap betoi....




Waktu rehat pun habis dan aku semula ke line aku.. Aku perhatikan matanya berair.. Em.. Baru lepas nangis.... Kemudian kawannya menggamit kat aku...
Sambil cakap tak kuat.- dia kata budak pempuan tu dah salah sangka.-dia ingatkan aku berkawan dengannya...




Time minum petang.. Aku ajak dia sekali.-dan kali ni dia setuju(agaknya lapor kut..)
Barulah aku nampak senyuman nya yang manis..
Kami makan karipap 2 ketul sorang.-ngan menom teh ais...




apabila aku pulang ke rumah.... Perkara pertama yang aku buat...
Aku berdiri di depan cermin... Dan berkata...


"handsome gak aku nie.. Tak sangka ada pempuan menangis kerana aku"




semenjak kejadian tu (berdiri depan cermin).. Aku pun sedar.-aku handsome dan aku mula menyeperei minyak wangi avon ngan bedak wild country...




Kisah lepas ni..
"Akhirnya kau pergi jua"






searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Friday, January 15, 2010

Cerita 2 MIRA


*Pada baju bahagian bahu sbelah kiri kelihatan lembab hasil airmata pempuan yang nakkan aku.-aku simpan lagi baju tu walaupun dah tak muat)

1991
setelah 2 tahun kerja tak tentu hala.. Aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib bekerja di kilang. Kilang tersebut kilang yamaha yang mengeluarkan produk home entertainment.. Aku pasti tak ramai yang tahu.. Amplifier home theater terbaik di dunia dikeluarkan di klebang ipoh.. Ada la 2/3 bijik pernah aku letopkan pasei tersilap cucuk wayar karennya ... Mana le aku tau,Set amerika guna karen lebih rendah dari malaysia.. 


disebabkan aku ni lurus bendul.. Masa apply keje kilang .. Aku guna sijil spm. Sebelum yamaha.. Dua tiga tempat aku pergi.-semuanya tolak.. Sebabnya.. Aku dapat gred 1 masa spm jadi tokei2 kilang takut nak ambek aku, gerenti tak keje lama.. Tu lagi satu lurus bendul nya aku.. Aku sepatutnya guna la sijil pass darjah enam.-idak le melata aku mintak kerja.. Aku tak pandai berbohong sebab aku teringat kat kata2 ustazah zawiyyah masa darjah 4..

"sapa cakap bohong nanti lidah kena potong"
macammana aku nak cakap kalau lidah dah kena potong...

Aku dijadikan line leader.. Atas sikit dari operator dan bawah sikit dari supervisor.. So setelah sekian lama bergelumang ngan kaum pria..akhirnya aku dikelilingi oleh bidadari yang bermacam warna...macam2 bentuk dan sebagainya...


Aku line leader bilik air... Itulea yang aku rasa sebabnya tiap kali turn aku jaga line production.. Operator aku.-lepas sorang2 tekan lampu.-mintak aku ganti kerana nak ke bilik ayor.... Hampeh.-bocor memanjang... Dan kini pun sama... Anak murid aku lak wat camtu... Nak dilarang.-kesian lak.. Bayangkan kalau orang paksa kita tahan kencing.-peh... Senak pundi2 weh...

Taklama kemudian.. Pihak kilang wat roadshow.. Nak cari pekerja lagi.. Jadinya pada hari senin tu. Tetiba aku perhatikan ramai bebudak muda masuk ke line production aku.. Aku tak fokus bebudak lelaki. Tak semengah pun kata orang perak..

Aku terpandang satu budak perempuan.. Putih kulitnya.. Sopan.. Dan yang paling aku berminat.. Bibirnya.- penuh.. Memang cantik.. Kena lak ngan gincu merah nyala.. Peh..


Satu hari aku menghampiri gadis ni.. Aku tanya nama dia.. Memang dia pakai tag nama MIRA(time tu nama mira memang glamer...mira idora)

nama betoi mira apa ye?
Mula2 dia agak keberatan nak bagitahu.. Tapi disebabkan aku ni line leader.. Dia pun berbisik pada aku.. Tapi dia pesan. Jangan info sapa2 pun.. Rahsia..


Nama saya MAHERAM BENTI YAKKOB.. asei kat jenalik.. (4 tahun lepas tu baru aku tau jenalik tu kat mana)

Huhu.. Aku kontrol hensem tak endak gelak.. Bukan apa... Nama glamer kan main.... Haha..
Tak lama lepas tu mata aku terpandang pada dia..

Bersambung lagi...

Thursday, January 14, 2010

Cerita 1


(kalau dah cinta, awek pakai helmet terbalik pun kome tak kisah!)

Cerita 1.
Kucing, walaupun gitu2, nak jugak ada awek tak kira la awek tu adik beradik dia.-janji ada awek..

Sama jugak ngan aku... Dah lama nak awek tetapi skill takde.. Dari skolah menengah dah simpan perasaan nak awek..bukan nak yang lawa sangat.-yang karat pun takpe...

Semasa ni sekolah menengah.-satu hari tu lepas habis koko-aku pulang sama2 ngan awek nie... Kalau disusun botol2 kicap yang ada kat sekolah tu.-pasti takkan perasankan awek nie.-sebab sama jea warna kulitnya.-tapi bak kata orang.-soal hati.. Aku yang minat.-rasa unik.. Gatei sikit pun ada gak...



So kami naik bas mini nombor 25 sama2.. Aku bayarkan tiket untuknya.. Haih.. Baru belanja teket bas mini pun aku dah debor2.-rasa macam aku ni dah jadi boypren dia..

Sampai pudu.. Dia turun.-aku pun turun.. Dan itu je pengalaman aku ngan awek.. 

Padahal awek tu respon dah bagus..memang bendul betoi.. Apa le salahnya aku wat follow up keesokannya..mesti awek tu tertunggu2 selama 23 tahun..

Kalau ada pembaca blog ni terjumpa makcik tu..kulit lebih kurang macam orang myanmar tu.. Kat area2 pudu.. Mintak bgtau dia.. Pakcik kulop udah kawin.. Takyah le tunggu lagi.. Tkasih.
end part 1, lum lagi masuk cete camnea aku leh jadi mat bunga.. Ini baru warm up ckit2.

Tuesday, January 12, 2010

perlu ke tidak aku ceritakan? cinta pertama

what lies ahead...

orang umah aku mintak aku ceritakan bagaimana bermulanya percintaan aku.
cinta pertama kulop ludin....


aku tengah pikior.... apabila kulop ludin tengah pikior... dia akan rasa lapor...
haih... aku kena menom susu tanpa lemak....




searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Sunday, January 10, 2010

brader misai dan takraw



life as is



1989
setelah selesai aku ngan spm (masa ni aku bersekolah di sm kem terendak dan tinggal di asrama putera angkatan tentera atau apat) -aku pulang semula ke perak..


Opah aku telah menyewa sebuah rumah di taman perpaduan.-jadi bagi mengisi masa aku yang baru bergelar dewasa.. Aku bekerja di sebuah kedai runcit mamak.-berhampiran rumah..


Nama mamak tu din.. Gaji aku rm5 sehari... Lama jugak aku bekerja kat situ.. Mula 8 pagi sampai kul 9 malam... Bila aku kenang2 balik.. Peh rm5 hengget jea dia bagi.. Ciput betoi.. Duit makan pun takde...


Bekerja sebagai pembantu kedai.. Banyak pengalaman yang aku dapat... Dan pada masa yang sama... Dapat kenal ramai orang... Tak gheti lak aku ngorat2.-bendul betoi!


Pada satu hari... Agak ramai pelanggan di kedai tu... Dan diantara ramai2 tu, aku perhatikan satu brader yang berbadan tegap siap ngan misai tebal (macam gangster) dalam keadaan mencurigakan... Aku mula cuak... Aku tanya dia.. Ya pakcik.-nak beli apa? Dia kata takpe tunggu dulu..-sambil memerhati dalam dan luar kedai...


Kebetulan masa tu... Boss aku keluar sebab ada urusan lain.-aku le cover sorang2... Semasa melayan pelanggan yang lain... Aku perhatikan brader tadi masih berdiri berhampiran kaunter bayar.. Memang mencurigakan..-tapi aku tetap menten.-kontrol.-tapi dalam hati.-aku dah mengelabah.. Nak aku tanya lagi..-takut le pulak.


Akhirnya kedai dah kosong tanpa pelanggan.. Brader macho tadi dengan wajah yang siyes.. Menghampiri aku..
aku nampak dia menyeluk ke dalam poket seluarnya.. Dan cuba mengeluarkan sesuatu dengan agak payah..


Haih.. Pisau ke tu... Habis le aku... Mana aku nak lari..


Mata aku pulak jahat..-mengikut je ke mana tangan tu pergi...


Brader tu mula rapat  sambil matanya memerhati ke luar..-mungkin dia nak sepenuh kepastian takde orang lain lagi pada masa tu...


Adik... Benda ni ada jual tak? Sambil dia menunjukkan segumpal plastik pembalut...


Haha... Rupa2nya brader tadi nak beli tuala wanita.. Mungkin orang rumah dia punya... Hampeh... Patutla dia tunggu semua orang dah clear dalam kedai tu.....


Aku siap balut dengan kertas suratkhabar.. Memang pesen time tu kalau jual tuala wanita.-kebiasaan akan dibalut dengan kertas suratkhabar bagi menghalang pandangan telus ke dalam plastik.

21 tahun yang lepas.. Bab2 tuala wanita ni masih dianggap taboo.. Jarang sangat orang laki nak join sama.. Samada nak membelinya atau lalu area2 situ...


Kini... Turn aku pulak... Ah.. Selamba jea la nie... Takde nak balut2 lagi... Dah hilang keseniannya... Mungkin era la nie.-masyarakat dah dapat terima... Semua tu adalah fakta kehidupan.... Malahan.. Iklan di tibi2 pun dah tak kisah...

Nilai murni:
1985
aku tinggal di kem pph di ulu kinta... Tiap2 petang di bawah blok N ada la orang main sepak takraw..
Satu petang... Masa aku tengok dema main.. Tetiba aku perhatikan sekumpulan budak2 dalam umur 10 tahun gitu sedang meniru gaya bapak2 dema main takraw.. Dan disebabkan bola tu keras dema lapik dahi dema bagi mengelakkan kesakitan apabila menanduk bola takraw.. Ala.. Bebudak2 kecil.. Mana le tahan ngan bola2 tu...
Ada lebih kurang 6 ke 7 orang budak time tu.
Taklama kemudian aku perhatikan uncle2 kat situ stop main dan masing2 berlari mendapatkan anak masing2..

Haha... Rupa2nya... Budak2 tadi dah tampal tuala wanita emak dema tang dahi.... Hahaha...... So riuh la ngan gelak tawa satu blok sebab ramai yang tengok kejadian tu..

Sebab jadinya begitu... Salah seorang budak tu dah terjumpa tuala wanita dalam almari dan tanya mak dia apa kegunaannya.. Maknya tak tau nak explain apa yang patut.. Terus je info... Tu bapak buat lapik dahi masa main takraw... So budak tu bermurah hati menyampaikan info tersebut pada rakan2 lain.Hahaha...

Agaknya tu la sebabnya gomen nak wat subjek pendidikan seks bagi menerangkan apa yang gelap.. Agaknya la...









searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Saturday, January 9, 2010

KAKI AYAM DAN AKU

eat prepaidboss collections_09
kepak ayam, aku suka......walopon aku memang tak suka bau ketiak orang!!



Tiap kali aku balik ke kampung iaitu di arena perpaduan, ulu kinta pasti aku akan ke sebuah kedai makanan yang terletak di batu 8 ulu kinta, restoren Liswan berhampiran Esso batu 8.


Pada aku, di situ makanannya sedap betoi..terutama ciken chopnyea... peh, superb!!
rasa nak melompat2 bila makan ciken tuh!!

hari nie, aku ke tempat yang sama... dan secara kebetulan aku terjumpa rakan kampung aku, ejan bersama familinya. Jadi aku duduk semeja.

aku order nasi goreng telur sebabnya kau ternampak anak rakan aku tadi tu makan nasik goreng telur... peh, teringin le plak!! minuman kegemaran terbaru aku ialah teh o ais laici, entah ngapa aku sukakan campuran teh ngan laici mungkin kerana rasanya unik!!

ejan telah order untuk aku satu sup istimewa.... dan sup tu pon sampai... bebetoi depan aku.... SUP KAKI AYAM!!

Haih! aku tak pernah makan sup kaki ayam... aiyea... banyak lak kaki dalam tuh... kata ejan, sup ni istimewa, dema tak jual tapi khas untuk orang dalam jea...

Uhuk2... tak tentu hala perasaan aku time tu.. tak dimakan, member baik aku lak yang order... so, dengan berat hati.. aku pun mula langkah pertama bemesra ngan kaki ayam..

Aku mulakan dengan keting ayam... huhu... unik rasanya bila kita sedut2 ligamen ayam tuh...lepas tu aku sauk pula kaki ayam... aku mintak tunjuk ajar dari ejan bagaimana nak makan kaki nie.. nak aku buang dulu ke kulit2 yang melekat kat kaki ayam tuh atau sedut je terus... kata ejan, sedut gitu jea....

aku makan semua kaki ayam tuh... tapi aku rasa tiap kali aku makan, aku tak tengok pun kaki2 tuh.. aku pandang ke lain.... sebenarnyea, aku geli... aku memang geli ngan kaki ayam nie... bila ada dalam mangkuk sup tu.. rasa brutal jea ghope kaki ayam tu terperongo camtu!

aku tak pasti selepas nie aku akan makan lagi kaki ayam.... hingga kini terasa2 jea kaki tu mencakar2 dalam perot atau paling2 koman pun berlari ke sana ke mari....


nilai murni: makan kaki ayam lebih baik daripada main laga ayam atau jadi "ayam"



searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Thursday, January 7, 2010

Rostam dan aku


Inilah rostam 07...
Itu hari aku berpeluh2 nyetat moto kriss aku yang dah hampir 6 bulan tak ku sentuh.. Nasib baik la kriss aku tu tak leh mintak cerai.. Idak kalu.. Duda tanpa moto le aku...
Kemudian aku ke kedai moto untuk servis kriss aku yang aku namakan rostam.. Moto kriss aku namanya ROSTAM dan kete kancil aku pula.-aku namakan ROSNAH MAT ARIS...


Aku mula menunggang motosikal ketika aku berusia 12 tahun.. Di kampung pantai tanah merah melaka aku bermula... Maklumlea kawasan kampong.-bebas ke sana ke mari..


1995
Berbalik pada zaman aku mula2 beli moto.. Time tu. Honda cub 70 masih lagi ada tempat.. Harga pun menten.. So aku beli honda cub..dengan muka rm1600.. sekehand je tu.. Masih lagi kena bayor bulanan rm70... Selama setahun stengah... Peh... Habis bayar jea dah dekat tiga ribu... Nak buat macammana..-tu je mampu...


Rostam aku jaga betul..ku curah ngan kasih sayang.. Tak berbelah bagi hinggalah pada satu hari aku terpaksa berpisah dengannya kerana.. Dia tak mampu bersaing dengan kapasiti aku..


1990 Hidup di batu 8 ulu kinta banyak pengalaman moto yang mendebarkan.. Akibat daripada keinginan berlumba.. aku akhirnya bergelar pelumba 1 hari.


1 hari aku berlumba jalan kampung kemudian aku eksiden.. Lutot ku cobeh (sengsara nak ke jamban bila luka tu mula kering.) mujor le idak patah riuk.. Dan motor pak sedara yang aku pinjam tak berapa ketara rosak nya.-senyap2 je aku adjust mana patut... Hasil 1 hari berlumba.. Sampai sekarang aku tak berani bawak lebih daripada 80km kalau motor.-90km kalau kereta.. Sakit le badan kalau nak travel jauh2...

Phobia aku dah lebih 20tahun.-tak reda2 lagi...

Wednesday, January 6, 2010

BLOG AKU, AKU TAK KACAU SIAPA2..


Terus terang blog ni adalah refleksi retrospektif hidup aku. Aku tak ganggu hidup orang lain. Kalau berminat.. Follow.. Kalau tidak.. Layan sahaja.

Monday, January 4, 2010

2010 astro beyond 1990 panggung over

2010 astro beyond
1990 panggung over







hari ni orang astro datang nak pasang astro beyond yang aku order dua minggu lepas. Dah lama aku nanti... Tadi orang astro tu bagitahu dah lama dah dema contact tapi tak dapat.. Rupa2nya no tepon tu salah satu angka.. Patut la....


Sesampai dema.. Aku dah tak sabar sebabnya aku dah lama nak tengok kualiti hd.... So uncle tu sambung la mana patut... Ada dalam setengah 20 minit aku dah dapat menikmati kualiti hd nya.. Haih... Memang superb gambornya... Nampak clear tahi lalat kat pangkal dada masa tengok rencana seorang perempuan itu...





Tapi disebabkan aku tak ambek pakej hbo jadinya aku cuma merasa 4 channel jea.... Takpe la.. Janji merasa...


Bercerita pasal wayang2 gambor ni... Teringat aku satu panggung wayang di ipoh...


Pada masa tu aku duduk di flat dbi jalan bijih timah atau treacher street... Area pekan lama ipoh... Seronok duk situ sebabnya ada pasar karat atau looken.. Bermacam2 barang kita boleh dapat termasuklah kasut aku yang hilang leh dapat kat situ semula..-hampeh la sapa yang curik tu...


Di belakang flat tu.. Seberang sungai kinta ada sebuah pawagam.. Pawagam tu diberi nama hoover atau nama ringkas panggung ober...


Pawagam ni agak istimewa kerana selain daripada menayangkan cerita2 semasa.. Ada juga diselitkan cerita2 luar biasa... Hehe.. Cerita ketor lutot... Time tayangan pun ada ketikanya... Tapi ramai dah tahu dah...


Satu hari... Aku teringin nak tumpang sekaki... So aku pun beratur mengambil teket.. Sebelum tu aku dah usha2 gambar tayangan yang dilekat... Aum..-mengaum dalam hati aku.


Apabila pintu dibuka... Aku perhatikan ramai orang keluar... Masing2 kecil je biji mata bila cahaya matahari melimpahkan sinar ke muka masing2....


Dalam reramai yang keluar tu..-aku terperanjat bila aku ternampak ayah kepada seorang kawan baik aku.. Huhu.-nasib baik dia tak nampak aku.... Mujor..


Apabila aku mengambil tempat duduk... Wayang pun setat.. time tu.. Kita boleh bawak masuk makanan atau minuman jadi macam2 sound effect lain boleh kita dengar... Paling2 koman pun bunyik kuaci.ketip2 tak berhenti.


Bunyik2 kuaci mengikut rentak cerita... Sampai part yang gitu2... Bunyiknya hilang kemudian sambung balik...


Hari tu bunyik kuaci je yang banyak aku dengor apabila cerita yang dimainkan tak seperti dalam gambor yang diiklankan/dipamerkan.


Hasrat nak ketor2 lutot terbantut apabila adegan yang paling panas dalam cerita tu adalah adegan seorang perempuan berlari di tepi pantai sebijik macam baywatch tu.... Kalau muda takpe la.. Tapi ni udah sama level ngan makcik nak menapose.-hampeh.... itu le last aku landing kat panggung ober....


Nilai murni: jangan salah guna lesen yang kerajaan bagi. dan jangan bagitahu rakan aku tu bapaknye pon pegi panggung ober!!





searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Sunday, January 3, 2010

1987 MONA GERSANG DAN AKU



1987 SAB kg pandan.

Aku berpindah ke kuala lumpur pada tahun 1987 dan tinggal di kem sungai besi.

Untuk bertukar ke sekolah ini..-amat payah sebenarnya kerana pada masa tu.-sekolah ni dah mula dipertingkatkan keperkasaannya. Namun begitu aku diterima masuk.

Dari aliran sains pertanian aku bertukar ke aliran perdagangan. Tahun itu aku akan menduduki SRP. Jerih betul nak aku kejar semua yang aku tertinggal..tahun yang benar2 mencabar...

Tinggal di kuala lumpur sangat mengoda bagi budak kampung seperti aku-satu kejutan budaya yang teramat sangat.-aku mula kenal dengan disko-bowling-rewang gitu..

Kenal di sini bukanlah bermakna aku melibatkan aktiviti sebegitu tetapi aku dapati ramai kawan sekelas aku yang biasa pergi dan buat perkara2 yang pada mereka sangat biasa.aku tak mampu sebabnya mana aku ada duit.-hidup mengharapkan bantuan opah aku jea..


Di kala umur begini..-naluri remaja tentang seks mula berkembang.- semasa di tingkatan 3.-dalam kelas adalah all boys- jadinya pada satu hari.. Seorang kawan aku telah membawa sebuah novel untuk tatapan dewasa.


Maka ramailah berminat untuk meminjamnya .naluri ingin tahu seakan2 membuak..dalam tubuh remaja ini. Aku masih ingat tajuk novel tu.. MONA GERSANG!


Disebabkan ramai yang berminat.-akhirnya kami bersetuju untuk mengikut giliran.. Masing2 menunggu dengan penuh sabar..-hinggalah tibanya giliran sorang kawan aku yang bernama..- cuma nama bapaknya le yang aku ingat.-dom.


Anak dom sangat gembira-tak sabar nak balik ke rumah...aktiviti persatuan pun dia skip semata-mata ingin membaca novel tersebut.
Aku pasti dia akan terkemut2 special.-maklumlea budak remaja..


Keesokannya tiba giliran kawan yang lain.. Semua menunggu anak dom tu.. Akhirnya dia tiba dengan muka yang cemas...kami tertanya2...


Setelah meletakkan begnya... Kawan aku mula bertanyakan novel itu... Dengan berat..hati-anak dom menjawab... Novel tu dah takde... Dah hilang... Kawan yang lain tak puashati... Anak dom menyambung lagi ceritanya...


Aku sorok novel tu celah2 paper lama... Kemudian bila aku nak ambek... Rupa2nya mak aku dah ambek paper tu buat bungkus nasi lemak..


haha.. Kantoi! Kami gelak ramai2..-tak jadi nak marah dia... Menurutnya lagi.... dia tak pasti mak dia dah tahu ke idak.. Sebabnya mak dia dah keluar awal pagi untuk menjual nasi lemak....


Esoknya anak dom tak datang ke sekolah... Hari kemudiannya..-aku tengok anak dom tu tak dapat duduk dengan betul dan asyik membetul2kan ponggongnya... Kami dah tahu... Dia dah kena libas!

Sehingga kini turn aku tak sampai2...




searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah


Friday, January 1, 2010

2010 1 januari membeli pantelon

1.1.2010
hari ni aku ke tf supermarket di teluk intan. Hajatnya nak cari seluar jerut..-yang ada ni dah loose getahnya-nak dipintal dengan getah rasanya dah takda tempat nak pintal!

Sejak dari kecik aku memang tak biasa nak pakai spenda2 ni..-aku rasa rimas-terkepung-tidak bernafas..selamba je aku bebas dan tergantung.





Badan aku mula naik..-ketika aku darjah 3-sebetul selepas datuk aku meninggal dunia-agaknya rasa bebas kut..aku takut ngan datuk aku lepas aku kena kejar keliling rumah. Satu hari tu aku malas ke sekolah-lagipun sekolah dah nak tutup-bukannya belajar pun-tapi datuk aku berkeras juga suruh aku ke sekolah-3 round aku keliling rumah...entah camne datuk aku ada kederat sedangkan dia ada sakit jantung! Iskh takleh lupa aku bagaimana tak cukup tanah dibuatnya-sejak itu aku pun rajin ke sekolah.



Sejak lama dulu aku ada masalah size baju-seluar-seluar jerut.segalanya kena bertempah terutamanya seluar.. Tapi la ni dah ada bahagian jual baju dan seluar size besor2.. Harganya besar2 juga macam satu lagu tu yang besar2 saja..


Teringin aku nak sarungkan pantelon2 berjenama tapi apakandaya kalau lepas kaki.-sangkut lak kat peha ngan pinggang..aku takut kalau dipaksa pakai.-kalau butang tu tercabut dan terpelanting masuk ke dalam pinggan orang ketika aku tengah makan2..alangkah haru jadinya.


Untuk 2010.. Size pantelon aku dah berkurangan 2 inci.. Patotla tiap kali aku berjalan.-terpaksa aku tarik2 pantelon aku ke atas.. Pernah sekali ngam2 buka pintu rumah.-pantelon aku lucut.-tak sempat aku selamatkan sebab pada masa tu aku tengah angkat kotak rasanya.-haru.

Aku jadi phobia ngan size2 nie sebabnya nak kurang tu payah tapi nak menambah nya memang mudah.-semudah petik jari..

Salah satu azam tahun baru aku ialah mengurangkan berat badan..bermula isnin nie sebabnya tadi semasa di teluk intan.-aku dah singgah di mekdonat dan beli burger baru tu.-peh sedap betoi daging disirami sos lada hitam...dagingnya lembut dan mesra betoi dengan sosnya sekali.. (baru lepas makan burger tu jap tadi) 



nilai murni: kurangkan lemak dalam makanan.-kalau free.-balun jea...


searching for subjects...
kulop ludin
spenda pintal getah

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat tahun baru semua...
Aku harapkan semua pembaca blog aku pada tahun 2010 akan bertambah2 apa yang kurang. Rezeki.-anak-iman dan sebagainya.

1st post 2010

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...