aku-dan-photography

Saturday, December 4, 2010

Minyak naik lagi

memperkatakan isu kenaikan petrol dan barangan lain, maka blog aku pun sama. Berbicara tentang kenaikan harga..kiranya macam nak nyelit2 keyword le tuh..

1983 taim nie aku tak menggunakan petrol sebab masa tu aku naik beskal.. Petrol tak berguna, yg penting lepas letih ngayuh beskal..aku dan kawan2 akan pekena ais kepal..

Ais kisor sebesor bola tennis kemdian ditabur rata ngan sirap merah..alaskan dengan kertas empat segi surathabor..selamba je.. Idak kisah pun sedut skali ngan dakwat cetak surathabor.. Memang selamba orang dolo2..

Lepas abih sedot sirap bahagian atas... Kami kalih bahagian bawah pula.. Sampailah ais kepal tadi jadi putih.. Lepas tu mula la aktiviti bebudak.. Main lempor2 macam lempor snowball... Seronok time tu..

Bukan tiada game elektronik taim tu... Ada.... Tapi status ekonomi kami hampir sama...

Anak attendent.. Cucu pesara attendent.-anak polis-anak polis pencen-anak pekerja pejabat tanah.. Mana le berduit... Jadi alam adalah tempat mainan kami...

Kini semuanya telah dewasa.. Anak masing2 dah tak sama kehidupan mereka seperti bapak mereka...

Kadang2 kita perlu pada perubahan... Dan menerima sesuatu dengan terbuka....

KEnaikan petrol tu sememangnya telah lama aku jangka.. Sebagaimana naiknya harga rokok tahap sepinggan nasi dan segelas teh ais.. Aku masih berkeyakinan pihak pemerintah akan sentiasa memikirkan nasib kita..


life as is..
Kulop Ludin

2 comments:

www.arzone_71.blogspot.com said...

Teman ni..rokok naik tapi berenti idak jgk.. Dari rokok mahai tuko ke rokok murah..jnj berasap. Tapi teman memang nak berenti jgk...bila sampai seru nt... he heh.

kulop ludin said...

sama le kite.. batok jea bersulam obat.. tapi takpe, berasap!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...