aku-dan-photography

Friday, December 24, 2010

KIKI LALA DAN KEDAI GEMOK

sedar tak sedar anak aku dah nak darjah satu... kejap je rasanya...

baru2 nie aku ke jusco ipoh membeli pakaian skolahnya.. punyalah ramai umat kat situ, maklumlea tengah opper! ramai aku perhatikan luka2 dan cobeh2 pala sebabkan terlanggar papan diskaun yang bergantungan... dan lantai pun licin, terpaksa aku berhati2 semasa berjalan...

lantainya licin disebabkan air mata tokei jusco tu tak renti2 ngalir kerana banyak barang2nya habis diborong orang, kesian.

sebenarnya part2 beli barang2 camnie, aku tak pandai..aku serahkan pada orang rumah..aku tau bayor jea...entahlah bila nak dapat skill camtu... susah kalau dari kecik hidop sorang..skill ngan budak2 kurang... tapi aku masih lagi belajar,tiap2 hari aku belajar...

setelah dipilih2, saiz anak aku tak berapa ada, malahan dah habis pon jadi yang tinggal hanyalah di bahagian kiki lala.. baru ada saiz yang sesuai... tapi harganya...peh, macam tak percaya jea... tolak diskaun pon boleh berpeloh2 walaupon eikon tala tang kita!

waktu aku dolo, opah aku sopping kat kedai gemok di tanjong rambutan (masih ada hingga kini)... seluar pendek kaler biru gelap...murah jea (sampai form 1 suor pendek lagi) tapi la ni, pakaian bebudak dah nak sama ngan orang dewasa..

kini baru aku sedar dan faham, mengapa ramai yang mengeluh tiap kali hujung tahun... bayangkan kalau anak dah sama ngan troli tesco..bersusun2... mesti lagi pening..tapi aku percaya, ibubapa akan sentiasa memastikan keperluan anak2 dipenuhi..walau dengan apa cara sekalipon....

"HIDUP KEKADANG SELAMBA"

Kulop Ludin™

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...