aku-dan-photography

Thursday, November 18, 2010

Makan besor di rest house kampar


kelab tempat aku krojea telah mengadakan makan besor di rest house kampar.

aku teruja, kerana ini kali pertama aku ke sana.. kalau setakat rest house tapah tu...udah dozen2 kali..bosnye pon ucap tenkiu sbb aku promot tak sengaja dalam phototaking aku di flickr... google image rest house tapah... mesti kuor gambar yang aku tangkap..

setibanya aku di rst hous tu.. first impression mmg menarik.. mungkin disebabkan aku sampai malam dalam keadaan hujan rintik2 , suasana agak cozy....

bila tibanya taim makan setelah macam2 aktiviti sampingan dijalankan, orang umah aku tau selera abangnya... nasik goreng+ bihun dengan daging black pepper..

tapi sayangnya.. nasik goreng lembik khas untuk orang takde gigi...bihunnya..em bukan standard rest house manakala daging black peppernyea seumpama kita berlari2 ke arah seekor lembu dan dengan ganaznya kita tokak lembu tu idop2.. liat kan main.... makna kata, pisau yang dibagi untuk kerat2 daging tu umpama mencurah ayor daun keladi.. aku rasa daging liat camtu elok bagi kat lion king je... tak layak untuk mana2 homo sapiens makan.

susun aturnyea pon lemah, ponggong nie entah berapa kali boleh batal ayor smayang hanya kerana nak bergerak ke sana kemari....

aku beranggapan baik kerana mungkin disebabkan rest house kampar tu baru dibuka dan mungkin mereka memerlukan sedikit masa untuk membuat adjustment....


malam tu juga aku berjaya mendapat sebuah cordless drill dalam cabutan sendiri bertuah.... em, aku lum test lagi.. mungkin dalam cuti nie aku nak drill beberapa tempat... kalau idakpon, aku simpan seperti mana aku menyimpan hammerdrill blackdekker aku.

overall.... aku berterima kasih atas usaha pengerusi kelab aku, hasil penat lelahnya memastikan benefit sama rata kepada ahli di bawah naungannya dinikmati bersama....

apakah aku akan pergi sekali lagi ke rest house kampar? sudah tentu ya kerana aku ingin mencuba steaknya pula.. mesti sedap ponyea..... ( aku juga kena spare suor katik satu...ada swimming pool...leh berendam)

Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...