aku-dan-photography

Friday, November 12, 2010

HARI ANUGERAH

hari ni aku cuti sebab semalam sampai ke petang ada majlis anugerah kat tempat krojea..
seperti biasa aku ditugaskan sebagai potograper... satu tugas yang nampak mudah tetapi amat payah..
disebabkan aku ni single potograper jadinya banyak ruang terpaksa aku cover... kebetulan pula ada orang besor yang merasmikan hari anugerah tersebot makanya aku mengambil kesempatan untuk bergambor bersamanya...




sebenarnyea menjadi potograper nie umpama terkena sumpahan... gambor orang jea yang aku ambek sedangkan gambor sendiri tak sapa nak snap.. sedangkan aku juga kalau duduk/berdiri sama je ngan model2 dalam majalah...  dema ada mata aku pon ada juga.. dema ke tandas.. aku juga ke tandas... dema lawo dan cantik, aku juga agak lawa dan cantik...




makcik2 kat ateh nie adalah staff2 kat tempat krojea aku... so, aku pon snap gambor dema yang kebetulan segak bergaya... sebelom gambor disnap, dema kata takmo nampak besor.. maklumlea.. lebel2 makcik.. kita kena paham.. graviti dah lama menarik... 
berbekalkan ilmu sedikit sebanyak yang ada.. aku memikirkan cara paling selamat untuk mengekalkan keayuan mereka seperti dua poloh tahon yang lepas...  jadi aku kerat separuh gambor dema... ya, kini dema kelihatan separuh lebih slim dari yang sebelom nie... hehe... harap2 dema idak le terbaca entri nie...( sebelom aku snap gambor dema, aku dah bgtau.. kamera dslr tak pandei nipu.. dia snap yang betoi jea)


 
(sonok tangkap gambor bebudak... dema nie ikhlas)


dan apabila aku pulang ke rumah... terasa tul sakit belakang disebabkan terbongkok2,tertonggeng2 ke sana kemari... peh.. terasa betul anak aku dah membesar..... seperti kebiasaan juga orang rumah jugak yang ngurut2 kat betis acapkali bila sempakarung datang melanda...



HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...