aku-dan-photography

Sunday, October 17, 2010

Kulop Feels wanderpul tonite...




salah satu lagu paberet aku adalah lagu "wanderpul tonite" by erik kliptone...
so semalam aku layan pala ngan jamming live dari ateh kedai makan kat area2 tempat aku..


bukan niat nak berjamming tapi secara tak sengaja setelah aku lepak menom2 kat mee rebus tapah, ada member lain sampai tapi terus naik tingkat ateh.. dema nie pandai ngan alatan musik sebab tu le dema nie ambek pengkhususan musik masa di menara gading dolo.. sedangkan aku nie cuma tukang cucuk wayar kaler itam dan merah...


entah macammana, aku dan kawan aku tergerak ati nak melawat dema kat situ... kami bernasib baik kerana pada masa kami sampai.. waktu pon cukop2 untuk msa kecederaan.. jadi tanpa melengahkan masa.. aku mengisaratkan nak layan satu lagu..


berbekalkan suara komersial yang ada nie... selain dari lagu kebangsaan, aku boleh gak menyanyikan beberapa lagu bersipat kontemporari balada... aku pilih lagu erik kleptone... kerana lagu itu pada aku ada...soul...(yang benornyea lagu tu idak le tinggi sangat pitchnyea..boleh le aku nyanyi)




ada le 4/5 kali member aku(gitarist) tepok2 pala bagi mendapatkan feel lagu dan tuning lagu tuh... kata dema, lagu nie klassik...


tanpa melengahkan masa, aku sambor maitropon dan mula menyanyikan lagu tersebut yang mana pada pertengahannyea baru aku sedor.. aku lupe lirik.. asek2 aku ulang wanderpul tonite...


pueh rasanyea nyanyi live nie... rasa nak nyala laiter taim nyanyi tu tapi disebabkan bilik tu kecik dan takot terbakor, aku pendamkan niat...


aku yakin, mesti pelanggan yang makan mee rebus tapah pada malam tu tertanya2 sapa le yang nyanyi lagu wanderpul tonite tuh... merdu sungguh..


kini, aku perlu belajar macam mana nak jawab soalan2 dari wartawan sekiranya ada yang menalipon majalah2 atau sarikat2 surathabor bertanyakan suara misteri itu..


ya... walau setinggi mana pon aku akan fames nanti... aku pasti mengaku yang aku udah beranak satu.. khas wat orang umahku, jangan riso... abang tetap ngaku sudah berpunya walopon boleh mencobe!!




HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...