aku-dan-photography

Saturday, September 11, 2010

kg isteri..raya aku dan rumah orang tua



 dah banyak tahun aku beraya pertama di kg isteri kerana rumah mereka di tapah jea... aku pon dok tapah, kahwin orang tapah.. makanyea aku pon dah di kira macam warga tapah.


pada waktu begini apabila semua berkumpul maka riuh rendahla jadinyea... dan kesempatan ini, digunakan oleh danny untuk bermain ngan sepupunyea...


zaman aku dolo. time raya pertama kami semua kumpul duit cukop2 kerana pada raya kedua kami akan ke ipoh.. setahun sekali barulah merasa ke bandar ipoh... naik bas merah dari batu 8 ulu kinta dan turun kat pekan baru.. 


hampir sebaya jea kami... masing2 dengan doit raya yang berjaya dikumpulkan semalam.. bukanlah banyak sangat, rata2 ada la dalam rm20 atau kurang... tapi cukop untok tengok wayang dan main game samada di glory ataupon kat jubli park... semua tu berlaku setahun sekali....


kalau menonton wayang, biasanyea kami ambek teket yg murah... dudok depan sekali... dan lepas abih tengok wayang.. masing2 mengadu sakit tengkok akibat mendongak lama  sangat dan kalau nak baca sarikata.. belum abih sebaris, udah timbul sarikata yang baru..tak sempat!!


 masing2 berbaju baru, kasut baru dan bila pulang ke rumah.. abih melecet kerana kasut baru tu tak sempat lembutnyea... kasut raya, pakai time raya lea..tu yang keras semacam...


cukop tenang dan selamat untuk kami berjalan ke sana ke mari tanpa ditemani ibubapa ataupun penjaga. taim tu, kalau ada kes colek2 nie pon dalam cete2 tibi jea... kalau ada kes2 colek tu pon kalau kes2 tokei2 besor yang banyak doit... 


tapi kini, status camtu dah tak penting... bebudak takleh nak lepa dibiorkan, banyak perkara yang boleh dema wat kat anak2 kita... ada yang dicacatkan, diambil anggota badan untuk dijualkan kepada pembeli2 organ.. haih, ngeri kalau di kenang2kan manusia yang bertuhankan doit/wang.... sanggup lakukan apa saja demi wang...


bersyukurlah kepada mereka yang masih mempunyai kampong untuk pulang beraya....
dan kepada mereka yang mengepos ayah/ibu di pusat jagaan orang tua (welfare) cari le jalan untuk bawak pulang ibu dan ayah tu.... kasihanilah mereka... sebagaimana sayangnyea kita pada anak kita sebegitu jugalah mereka dahulu...

kita tidak selamanyea muda dan sihat.... masa tua akan tiba.. dan pada masa itu, kita pasti akan terkenangkan perlakuan kita kepada ibubapa kita...


 Bagaimana rasanyea nanti apabila tiba pagi raya.. kita memandang luar tingkap kaca mengharapkan anak yang ditatang penuh tiba menziarahi kita (anaklah katakan,anak..darah daging) tapi hampa... seperti tahun2 yang lepas, kita menanti dan masih menanti....

HIDUP KEKADANG SELAMBA! kulop ludin spenda pintal getah

No comments:

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...