aku-dan-photography

Monday, August 30, 2010

Zakat Fitrah

Petang tadi semasa aku melakukan aktiviti biasa iaitu ke bazar ramadhan, aku ternampak amil ni tengah layan kepala menunggu sesapa yang nak bayar zakat fitrah..

Kebetulan aku belum lagi membayarnya.. Kekadang bebenda camni memang leh terlupa.. Orang lebih ingat bila masa nak beli baju raya berbanding membayar zakat.. Jadi aku membereskan semua dengan nilai rm21 tunai...

Pada masa yang sama ada aku perhatikan budak dari sekolah agama mana ntah sedang pegang kotak lut sinar kutip derma sekolah..

Aku tak berapa gemar pihak tertentu gunakan penghuni mereka terutama bebudak kecil untuk mintak derma2 camni.. Pada aku, belum waktunya lagi..

Kesian aku tengok budak tu berdiri jea bebulan puasa ni..
Apa gunanya duit zakat (bukan sedikit kalau semua warga islam perak membayarnya) berjuta2 tiap tahun... Sepatutnya pihak pengurusan sekolah2 agama atau anak yatim cari jalan bagi mendapatkan bantuan daripada kutipan hasil zakat tu...

Benda ni tidak pula diperjuangkan oleh mana2 pihak tertentu... Agaknya takde nilai politik...

Selamat berpuasa dan tak lama lagi akan berhari raya... Dari kulop ludin.

*segera2 kan membayar zakat... Peringatan ikhlas dari kulop ludin untuk semua...

5 comments:

anjang said...

tadi ke jj di ipoh terserempak juga ngan amil. Selesailah sudah zakat fittrah aku tahun ni berjumlah RM 42.00

kulop ludin said...

sekali ganda dari teman...
hehe....
janji settle semua.. takyah mikior lagi dah!

www.arzone_71.blogspot.com said...

Dah bayor baguih le ..x yah memikio lagi. Teman belum lagi . Nam kepala semuanya..tengokle sari dua lagi..he he.

kulop ludin said...

la nie orang bayor zakat kat sopping komplek, lepeh bayor.. leh lajak sopping skali!!

www.arzone_71.blogspot.com said...

a'ah..ari tu teman nengok kat tesco pon ada...tapi tinggal meja je...oghangnye entah ke mana...heh heh.. x kena taim kot.

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...