aku-dan-photography

Thursday, August 5, 2010

Free mineral water

Seperti biasa waktu petang aku akan ke kedai makan sebelah kospek tapah..

Selain dari makan dan minum, dapat juga danny bermain ngan aiman.-anak tokei kedai tu.. Mereka dah lama mengenali antara satu sama lain... Sebaya pula tu...

Tak lama kemudian.. Aku dapati ramai orang membawa ayor mineral.. Rupanya2 ada sebuah lori mengedarkan ayor mineral secara percuma buat penduduk tapah...

Berbotol2 .. Berkotak2...
Berbekalkan bodi yang kiut aku cuba menyelit dicelah2 orang ramai... Nak jugak aku merasa ayor mineral percuma...

Akhirnya aku berhasil juga... Dapat la dalam 10 botol... Cukup le kaver sehari dua...

Berebut macam ni bukan sifat aku tetapi aku ingin menyelami perasaan mereka yang terpaksa bergelut untuk hidup... Bukan setakat untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga...

Seorang suami akan melakukan apa sahaja demi keluarganya...

Do you?

2 comments:

|| NaFiRaa || said...

10 botol?? banyak tu~ nape tokey tu bagi2 air meneral percuma??? kat shah alam x de pon~

kulop ludin said...

ada menteri apentah bagi...
tapi tu lea, nak dapat free pon kene mandi ayor minyak dolo!!

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...