aku-dan-photography

Friday, February 19, 2010

Kemut SPESEL!

Kemut spesel!

Salah satu aktiviti tertua di dunia adalah pertanian, bercucuk tanam. Manusia telah memahami kepentingan berbudi kepada tanah pasti akan membuahkan hasil. Untuk bercucuk tanam aku perhatikan peluh yang tumpah ke bumi amatlah banyak. Memang getir untuk menjadi seorang petani.

Fenomena kepanasan tahap melampau di kala ini amatlah merusingkan. Segalanya terik.. Semakin tinggi suhu semakin kecil biji mata.

Alangkah nyamannya dapat tinggal di kawasan yang redup.-dilitupi pepohon pokok.. Redup mata memandang.. Kena pula berhampiran sungai... Haih... Nyaman.....

Kepanasan yang tinggi juga menyebabkan rel2 keretapi mengembang... Apabila relnya mengembang maka kepala keretapi pun tak dapat bergerak mengikut haluan. Maka tergelincir ditengah laluan ke destinasi. Akhirnya perjalanan tak sampai. Dan pengakhiran yang mengecewakan bagi satu perjalanan.

Cuaca kena seimbang.. Barulah harmoni segalanya..

Aku sudah tidak mampu untuk menakung peluh.-kipas berputar begitu laju hingga terangkat2 baju kelawarku namun dalam keterbukaan tu, ianya masih tidak mampu menghalang kepanasan walaupun tika di waktu malam...ada masanya baju kelawar tu pun terbang entah ke mana.. Baju pun tau lari menyelamatkan diri. Apatah lagi aku...

Aku keluor makan jap...

6 comments:

Sanusi Din said...

aikk,
jamban atas syiling..
pelik tapi benar

zan-xray said...

pasang ekon ke yop

kulop ludin said...

>huhu sanusi...
sesekati hang jea yea...
haha

kulop ludin said...

>zan.. takleh tahan.. time tido berpeluh2!
RIMEH TEMAN!!
khas eikon bilik jea!! haha!

Sanusi Din said...

orang tanam pokok fertegasi ke hidroponik ke..die cucuk tanam dlm bilik aircond..huhhh..
boleh menimbulkan kerisauan yang munasabah ni..ahaks!!

Nietanozie said...

yop... tumpang gelak yek tgk gambo & tajuk..
hahahahahaha. creative tul.

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...