aku-dan-photography

Wednesday, February 10, 2010

G string kaler merah dan aku

Pada satu malam... Entah macammana aku terpetik siaran the biggest loser asia... Peh... Kan main besor dema tu...

Tetiba aku terpikir... Kalau dema boleh berkurus makanya aku pun boleh juga... Ya... Aku pun nak kurus juga... Sebabnya bila aku dah kurus pasti aku boleh beli spenda yang ada saiz untuk aku.. Mungkin aku boleh menggunakan g string kaler merah... Pasti ramai yang akan cemburu bila aku menggayakan fesyen tu nanti... Peh..... Kaler merah...


Aku sentiasa memegang rekod the biggest samada ketika di sekolah mahupun di tempat kerja... Ya.. Aku dah lemas.... Lemas di darat... Aku nak kurus... Aku suarakan hasrat aku pada isteri tercinta.. Dia bersetuju...

Aku mencadangkan supaya kami berkongsi menggunakan barut berjenama iaitu.. beautiful yang harganya dalam 2k lebih gitu.. ya.. Aku nak pakai barut secara berkongsi..
Orang umah aku akan pakai dari pagi sampai kul 2 petang manakala aku pakai kul 2 ke atas.. Tapi timbul pula masalah... Barut tu akan kembang kuncup.. Jadi elastiknya akan berkurangan... Jadi macam mana nak dapat kesan yang maksimum? Kensel... Aku terpaksa kensel hasrat nak berbarut.. Hampa...

Kemudian aku mencadangkan supaya mencuba herbalife.. Berperisa coklat... Kemudian baru aku teringat yang aku pernah mencubanya..-dan yang pasti kurus adalah poket aku... Hampeh.. Aku tak tahan.. Lapor.... 

Disebabkan badan aku yang tak ikut pertumbuhan sewajarnya... Aku tak pandai menggunakan spenda sejak awal2 budak lagi.. Lagipun aku adalah seperti "ku ingin bebas" bak intro lagu awan dania tu.. Aku rasa lemas kalau dibalut2.. Tak tahan... 

Namun begitu.. Semua tu berubah apabila pada satu hari beberapa tahun yang lepas...
Dah kul 4.45 pm.. Time ambil danny... Sambung kemudian yea..
Jangan lupa follow tau untuk kenikmatan sambungnya..

7 comments:

NARDtheNERD said...

ish~..susah2 join je biggest loser tu..teehehe~

Nik Norzuliana Nik Mat said...

salam..haha...very funny...nnt smbung lg ye...

Daddy Zuki said...

salam...bila dah berumur ni susah nak kuruskan tubuh sbb kurang senaman. tp janji u x de penyakit kronik dah la. bersykur dgn kurniaan Allah.

kulop ludin said...

>nard.. segan lak kena tayang semua time timbang tuh! huhu

> nik... huhu...

> d zuki.... ni tengah berusaha...
tungguuu.......

zan-xray said...

ada niat tu kira ok la,
keazaman tu yang penting lepas tu.

kulop ludin said...

> zan.. ada lagi kejutan.... tungguuu...

Nietanozie said...

hehehe.. g string kaler merah yek.
Lawak lak bab beautiful tue. Beli lain la yop. Pehal share2 lak....

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...