aku-dan-photography

Friday, January 22, 2010

Cerita akhir aku

Cerita akhir..


Aku tanamkan semangat yang jitu semasa di maktab.. Tekad aku satu.. Lepas kuor maktab nanti aku nak kawin..


Ya.. Kawin.. Kap alip wau n.. Kawin.. Aku yakin aku mampu tanggung anak orang walaupun aku tak tahu berapa le gaji aku nanti... (haih.. Lepas tu baru aku tau.. Ciput nya gaji.) starting pun baru lima hatus jea..


Kehidupan di maktab, dikelilingi cikgi2 tidak mengoyahkan kesetiaan aku pada budak pempuan tu... Kerana aku memang dilahirkan bersama2 dengan konsep kesetiaan sebelum kempen setia kerajaan lagi..


Tapi seakan2 cerita balqis.
Tak lama lepas tu...
Aku dah tak nampak dia kat tempat biasa dalam bas tu.. Tiap kali aku talipaun dia.. Adiknya info.. Kakak takde...


Akhirnya satu hari.. Dalam talipaun.. Dia kata.


Minta maaf.. Dia tak dapat nak teruskan perhubungan..


Rasa nak pitam aku dibuatnya... Maklumlea.. Aku dah habis setia ngan dia... Dah habis gaya model karaoke tiap kali aku berdiri disimpang menunggu bas nya lalu tiap2 petang... Alih2nya camtu jea endingnya...


Peh.. Beginile rasanya sakit bila dah putus perhubungan.... Frust tertonggeng kata orang kita.. Atau bahasa omputihnya.. Frust bend it like beckham...

Aku hilang fokus...
Keadaan jadi kusut masai..
Keadaan fizikal tak aku hirau dah... Misai dan janggut tak terjaga(janggut ada 3/4 helai jea)


melalui kenalan tempat kerja lama aku.. Aku dapat tahu yang budak pempuan tu nak kawin dah... Ya.. Dah sampai seru gatei agaknya...


Daripada info tu juga aku dah detect beberapa kesilapan aku.


1. Dia tu tunang orang (aku memang tak tahu.. Patotla dia pakai rantai ada tulih z . Aku agak nama tunang dia.. Memang gatei tul.-dah jadi tunang orang pun nak goda anak teruna sunti)

2. Tak ada henpon jenis kamera 3gp ( zaman tu pon tak wujud lagi henpon kamera *kalau ada.. Siapla aku edar kat internet.. Hehe)

3. Dia pun bukan lawa sangat.. Aku lagi lawa.

4. Kawan aku dah bagitahu awal2.-pempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. kalau Ikutkan... aku ni lebih baik samada dari segi rupa mahupun kelayakkan akademik.. Lum lagi dikira dari segi keimanan.. Banyak tu.. Takut aku jadi riak kalau tempek kat sini.-ehem2..

5. Takdir

aku mula liar.. Malam2 aku dah mula belajar mabuk..
Mabuk teh tarik.. Tiap2 malam aku akan keluar ke kedai minum... Nak keluar ke ipoh... Takut lewat ke kelas esoknya.. Lagipun orang tua dah pesan tak elok berembun sangat.


Satu malam tu.. Masa meletakkan lengan di dahi..aku berfikir dalam2... Mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku..
sekurang2nya aku dah ada keyakinan untuk mencuba lagi...
Bak kata orang.. sebijik mentol.-thomas edison mencuba 2 ribu kali.. Baru leh nyala.. Apalah sangat untuk menyalakan sebijik mentol hati seorang perempuan?


Selepas 9 tahun.. Baru la aku dapat menyalakan sebiji mentol yang kini sentiasa menyala di hati kami.....


*nota kaki..
Budak pempuan tu khabarnya dah berpindah ke sungai siput.. Suaminya dah dibuang kerja. Dia tak sebebas dulu kerana suaminya adalah seorang yang kuat cemburu.. Semoga korang hidup aman.. Sebagaimana amannya hidup aku sekarang nie..

Terimakasih kerana tidak menjadi suamimu.. Kerana isteriku empat juta lima ratus dua lima billion kali lebih baik daripada kamu.. Ambek ko... Duduk le kat ulu banat tu...


Yang benar..
Kulop ludin

13 comments:

|| NaFiRaa || said...

bunge bukan sekuntum ye dak?? dan yang paling penting Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk kita..:)
abes dah citer~ pasni harap ade kisah len plak!!

kulop ludin said...

gitulah kira2nyea...
tutop buku....

tengah mikior cete apa yang nak dikongsi lagi!

tkasih kerana follow cete dalam ni yea....

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

la da abih ke...xnk cite ke cane pkcik leh jatuh ati kat wife?

Duniaku said...

ko sambung la lak crita cinta ko gan budak maktab lak...ko ingat tak ayat paling power kat rumah sewa Batu 8 dulu..."awek tu tahu ka dia awek hang?",........la semua dah jumpa MENTOL...yang tau ialah SaipulHanif...

Duniaku said...

ko sambung la lak crita cinta ko gan budak maktab lak...ko ingat tak ayat paling power kat rumah sewa Batu 8 dulu..."awek tu tahu ka dia awek hang?",........la semua dah jumpa MENTOL...yang tau ialah SaipulHanif...

Juice said...

bila kite putus cinta mesti ada hikmah disebaliknya...juice 2 kali putus cinta, ngan dugaan yang maha berat..akhirnya juice dipertemukan ngan seseorang yg seolah menlengkapi ape yg penah juice hilang.

tuhan sembunyikan matahari dan turunkan hujan, rupenya Dia nak beri kita pelangi yang sangat indah...

kulop ludin said...

haih...
>.::tAk AdE pErAsaaN::.
haha.. ngan orang umah nie, nenanti le cete.. sebabnya, ngan dia memang gentlemen.. pakcik sound terus.. takde bagi bunga2...
> bob.. ayat tu camne leh kuor yea? huhu.. lupa lak... kat maktab tu dolo, ada beberapa orang jea.. satu budak kuala, satu budak baling, satu lagi budak sama kelas.. haih, lupo le pulak...
> juice... bila dah jumpa yang terbaik.. jangan sesiakan!! haha!!

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

ejaa said...

Wah hangat isu ni uncle.huhuhu!!
Kan da dapat isteri yang lebih baik =)

Aie Seifer said...

weh,cam same jek maslah kite?hahaha

kulop ludin said...

> ejaa.. ye lea... 9 taon lepas tuh.. huhu!!

> aie saefer... haha... tu yang leh membuatkan kita dewasa lagi!(kesat2 ayor mata...sape le bakor sampah nie)

Amirah Rashid said...

sabar aje :)
rmai lg prmpn yg baik2 dkt luar sane :D

~ ReD ~ said...

hmmm....=)

salam singgah..;)

Pos Spenda Popular

Related Posts with Thumbnails

LAMAN BLOG AKU YANG LAIN

KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU

ADA BEBERAPA BAHAN YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA.
1. RANCANGAN TAHUNAN DUNIA SENI VISUAL
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN SATU (ada berbelas jadi boleh lea kome ejas2 ngikot kesesuaian tempat krojea memasing)

-ada bahan2 bersifat draf jadi kepada mereka yang berkenaan hendaklah merujuk info2 terkini.
-aku kongsi jadi disklaimer macam biasa le..

download di bawah

1. rancangan tahunan dunia seni visual tahun satu kssr

2. rancangan pengajaran harian DSV Kssr tahun satu.

*kredit to guru2 seni batang padang not to forget JU2nya juga..

* aku dah change link download, jadi kome leh donlod terus as premium user!! dan aku izinkan kome add link ke blog kome tapi kalau boleh backlink ke blog aku yea... hehe... tak paksa tapi apa salahnyea..

DISKLAIMER

PENAFIAN

Kulop Ludin tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada blog ini. Lagipon aku yang bayor bilnyea... Kikiki... siyes nie...